Rebiu: Hyundai Sonata 2021 (DN8), boleh kacau ‘market’ Camry, Accord dan Passat?

Zamil Syaheer · Jan 20, 2021 11:59 AM

Rebiu: Hyundai Sonata 2021 (DN8), boleh kacau ‘market’ Camry, Accord dan Passat? 01

Sejarah Hyundai Sonata di Malaysia bermula dari model generasi kedua (Y2), tetapi model YF generasi keenam yang membuatkan model ini memenangi hati rakyat Malaysia.

Rebiu: Hyundai Sonata 2021 (DN8), boleh kacau ‘market’ Camry, Accord dan Passat? 02

Hyundai Sonata generasi YF dengan bahasa reka bentuk "Fluidic Sculpture" dilihat lebih stailo berbanding Toyota Camry dan Honda Accord pada masa itu. Bahkan juga, harganya juga jauh lebih murah berbanding dua pesaingnya.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Rebiu: Hyundai Sonata 2021 (DN8), boleh kacau ‘market’ Camry, Accord dan Passat? 01

Kini, Hyundai Sonata sudahpun berada pada generasi kelapan dengan reka bentuk dan juga trenkuasa baru, adakah sedan dari Korea ini mampu mencabar pesaing lain yang lebih popular seperti Honda Accord, Toyota Camry, Volkswagen Passat, dan Mazda 6?

Eksterior – memang ‘stand-out’ habis

Rebiu: Hyundai Sonata 2021 (DN8), boleh kacau ‘market’ Camry, Accord dan Passat? 02

Tiada lagi dah rupa sedan D yang kotemporari dan membosankan, kerana kini semua telah diberi rupa yang sporty. Lihatlah Toyota Camry, kereta yang dahulu dikenali sebagai ‘kereta uncle’pun kini nampak seksi seperti Lexus.

Rebiu: Hyundai Sonata 2021 (DN8), boleh kacau ‘market’ Camry, Accord dan Passat? 03

Hyundai Sonata DN8 terbaru ini menguatkan lagi poin ini, kerana bagi kami ia salah satu sedan segmen D yang hensem di pasaran.

Rebiu: Hyundai Sonata 2021 (DN8), boleh kacau ‘market’ Camry, Accord dan Passat? 04

Ternyata DNA Hyundai terserlah pada rekaan luarnya dengan gril depan besar serta lampu LED di bucu depan, hasil pasukan reka bentuk dibawah naungan Luc Donckerwolke.

Rebiu: Hyundai Sonata 2021 (DN8), boleh kacau ‘market’ Camry, Accord dan Passat? 05

Tetapi elemen reka bentuk yang paling menarik di bahagian depan ialah lampu DRL. Jika anda perhatikan, DRL LED Sonata "bersambung" dari hujung lampu depan ke jalur krom di sepanjang sisi badan, membentuk karakter ‘signature’ Sonata.

Rebiu: Hyundai Sonata 2021 (DN8), boleh kacau ‘market’ Camry, Accord dan Passat? 06

Di belakang pula, reka bentuk lampu utamanya ada sedikit persamaan dengan Honda Civic generasi FC yang dinipiskan dengan tambahan jalur lampu merah tengah. Berbanding sedan segmen D yang lain, bahagian belakang Sonata ini nampak sungguh unik, memberikan ‘road presence’ yang begitu menyerlah di jalan raya.

Interior – Senang dan mudah untuk digunakan  

Rebiu: Hyundai Sonata 2021 (DN8), boleh kacau ‘market’ Camry, Accord dan Passat? 07

Trend stailo di bahagian luar ini bersambung di bahagian dalam. Senang cerita, jika reka bentuk berada dalam senarai tertinggi untuk apa yang anda inginkan didalam kereta, maka anda akan berpuas hati dengan Sonata baru ini. Tengok lah stereng dwi-bilah dan corong penghawa dingin nipis.

Rebiu: Hyundai Sonata 2021 (DN8), boleh kacau ‘market’ Camry, Accord dan Passat? 08

Bahkan saya berani katakan yang susun atur interior Sonata jauh lebih baik berbanding Toyota Camry. Interior Toyota Camry nampak terlalu sibuk dan antaramuka pengguna agak teruk – keduanya bukanlah isu pada Sonata.

Rebiu: Hyundai Sonata 2021 (DN8), boleh kacau ‘market’ Camry, Accord dan Passat? 09

Di bahagian tengah dashboard pula terdapat sistem infotainment 8 inci yang menyokong penuh Android Auto dan Apple CarPlay – satu kewajipan bagi segmen kereta ini.

Rebiu: Hyundai Sonata 2021 (DN8), boleh kacau ‘market’ Camry, Accord dan Passat? 10

Sonata spesifikasi Malaysia juga dilengkapi dengan meter kluster digital sepenuhnya berukuran 12.3 inci yang halus dan responsif. Namun begitu, meter kluster digital yang nampak sofistikated ini sebenarnya kurang lengkap.

Rebiu: Hyundai Sonata 2021 (DN8), boleh kacau ‘market’ Camry, Accord dan Passat? 11

Integrasi sistem navigasi pada kluster meter Honda Accord sangat baik.

Berbanding pesaing seperti Honda Accord atau Volkswagen Passat, meter kluster digital Sonata tidak memaparkan navigasi belokan demi belokan, juga tidak memaparkan maklumat lagu.

Rebiu: Hyundai Sonata 2021 (DN8), boleh kacau ‘market’ Camry, Accord dan Passat? 12

Walaupun ianya kalah dari segi kegunaan, Sonata menang semula dari segi keselamatan kerana kamera Blindspot View Monitoring (BVM) agak menarik. Kami akan tunjukkan kepada anda dengan lebih lanjut selepas ini.

Rebiu: Hyundai Sonata 2021 (DN8), boleh kacau ‘market’ Camry, Accord dan Passat? 13

Sonata ini juga tidak dilengkapi dengan tombol gear tradisional, sebaliknya ia menggunakan butang untuk memilih gear. Serius gempak! Anda mungkin akan kekok pada mulanya, tetapi anda akan menghargai ruang lebih yang ada kerana tiadanya tombol gear.

Rebiu: Hyundai Sonata 2021 (DN8), boleh kacau ‘market’ Camry, Accord dan Passat? 14

Cuma yang agak potong stim untuk kereta berharga RM 200k adalah jahitan palsu di dashboard. ‘Come on’ Hyundai, biar betul? Camry dengan Accord nampak lagi premium.

Pengalaman pemanduan – tersangatlah lancar 

Rebiu: Hyundai Sonata 2021 (DN8), boleh kacau ‘market’ Camry, Accord dan Passat? 15

Hyundai Sonata ini menggunakan enjin 2.5 liter aspirasi natural SmartStream G2.5 MPI petrol yang menghasilkan 180 PS dan 232 Nm, dipadankan dengan transmisi 6 kelajuan automatik.

Rebiu: Hyundai Sonata 2021 (DN8), boleh kacau ‘market’ Camry, Accord dan Passat? 16

Walaupun angka sebegini mungkin sekadar mampu mengejar pesaing lain yang lebih berkuasa, Sonata bersinar bak rembulan dengan memberikan pengalaman pemanduan yang sangatlah lancar.

Rebiu: Hyundai Sonata 2021 (DN8), boleh kacau ‘market’ Camry, Accord dan Passat? 17

Bukan saja anda tidak boleh merasa penukaran gear dari transmisi 6 kelajuan ini, malah cara kuasa itu dihantar juga terasa seperti mentega. Secara tak langsung, ini membuatkan Sonata ini sangat sesuai dan nyaman untuk dipandu harian.

Rebiu: Hyundai Sonata 2021 (DN8), boleh kacau ‘market’ Camry, Accord dan Passat? 18

Jika anda tekan pedal minyak untuk memecut, bunyi enjin Sonata agak sporty sebenarnya. Rasa macam "tak kena" dengan talaan suspensi yang sungguh selesa, tapi masih lagi ‘best’.

Rebiu: Hyundai Sonata 2021 (DN8), boleh kacau ‘market’ Camry, Accord dan Passat? 19

Dari segi pecutan 0/100 km/j, Sonata hanya mengambil masa 9.6 saat, lebih laju berbanding Camry yang mencatatkan masa 10.5 saat.

Rebiu: Hyundai Sonata 2021 (DN8), boleh kacau ‘market’ Camry, Accord dan Passat? 20

Jurutera Hyundai juga menala sistem brek untuk memberikan prestasi brek yang sangat linear dan kuat. Malah, brek Sonata jauh lebih baik berbanding Camry (40.5 meter), Accord (38 meter), dan Passat (40.1 meter).

Rebiu: Hyundai Sonata 2021 (DN8), boleh kacau ‘market’ Camry, Accord dan Passat? 21

Dari segi tahap keselesaan pula, tempat duduk depan menawarkan sokongan punggung dan paha yang mencukupi, tetapi perkara yang sama tidak dapat dikatakan untuk tempat duduk belakang.

Ini kerana bangkunya tidak mempunyai sokongan paha yang cukup – membuatkan anda rasa kurang selesa. 

Rebiu: Hyundai Sonata 2021 (DN8), boleh kacau ‘market’ Camry, Accord dan Passat? 22

Beralih ke tahap kesenyapan kabin pula, meter dB kami mencatatkan bacaan sekitar 68 dB yang sungguh senyap. Ini meletakkannya diantara Honda Accord dan Toyota Camry.

Rebiu: Hyundai Sonata 2021 (DN8), boleh kacau ‘market’ Camry, Accord dan Passat? 23

Talaan suspensi yang lebih fokus kepada tahap keselesaan juga terserlah ketika memandu kerana Sonata ini akan membuai sedikit ketika mengambil selekoh, tapi bukanlah sampai tahap yang melampau.

Bagi kami di WapCar, Camry dan Passat kekal sebagai sedan yang lebih sesuai untuk peminat pemanduan, manakala Accord lebih untuk yang mementingkan tahap keselesaan.

Rebiu: Hyundai Sonata 2021 (DN8), boleh kacau ‘market’ Camry, Accord dan Passat? 24

Ini bermakna Sonata bukanlah sebuah kereta untuk mereka yang suka memandu secara bersemangat. Walaupun sterengnya responsif ketika memusing, anda tidak mendapat banyak tindakbalas ke jari anda kerana ia agak ringan.

Rebiu: Hyundai Sonata 2021 (DN8), boleh kacau ‘market’ Camry, Accord dan Passat? 25

Ini membuatkan anda sukar untuk mengagak dimana posisi tayar depan. Stereng Camry dan juga Passat jauh lebih komunikatif dan ‘engaging’.

Senang cerita – walaupun dinamik pemanduan tiada sebarang drama, tetapi ia tiada jiwa.

Rebiu: Hyundai Sonata 2021 (DN8), boleh kacau ‘market’ Camry, Accord dan Passat? 26

Ketika anda memandunya, anda rasa macam memandu sebuah mesin besi dan elektronik yang besar. Sebagai seorang peminat pemanduan, saya terasa lebih seronok memandu Camry, Mazda 6, ataupun Volkswagen Passat. Memang ketiga-tiga ni syok.

Ciri Keselamatan – harga dekat 200k, tapi tiada ADAS

Rebiu: Hyundai Sonata 2021 (DN8), boleh kacau ‘market’ Camry, Accord dan Passat? 27

Untuk sebuah sedan segmen D dalam julat harga RM 200k, ciri keselamatan Hyundai Sonata terasa "kosong". Bukan nak kata ia tak selamat, jauh dari itu. Ini kerana Honda Accord dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu ADAS Honda Sensing. Toyota Camry pun diberikan Toyota Safety Sense.

Rebiu: Hyundai Sonata 2021 (DN8), boleh kacau ‘market’ Camry, Accord dan Passat? 28

Apa yang kami rasa terbaik pada bab keselamatan ialah kamera Blindspot View Monitoring (BVM) yang berfungsi sama seperti Honda LaneWatch, tetapi ini untuk kedua belah sisi.

Rebiu: Hyundai Sonata 2021 (DN8), boleh kacau ‘market’ Camry, Accord dan Passat? 29

Oleh itu, ada dua kamera yang dipasang pada cermin sisi yang memaparkan paparan di meter kluster digital 12.3 inci.

Rebiu: Hyundai Sonata 2021 (DN8), boleh kacau ‘market’ Camry, Accord dan Passat? 30

Memang nampak gaya, tetapi dalam situasi sebenar, mata anda harus bergerak keatas dan kebawah serta kiri dan kekanan diantaran raya, cermin, dan juga meter kluster. Terasa susah dan sedikit janggal.

Oleh itu, Honda LaneWatch adalah jauh lebih baik walaupun ia hanya ada pada bahagian sebelah penumpang sahaja kerana ia dipaparkan di skrin sistem infotainment yang mudah untuk anda jenguk ketika pandang ke kiri.

Penggunaan bahan bakar – lebih baik dari Camry, tapi kalah dengan pesaing turbo

Rebiu: Hyundai Sonata 2021 (DN8), boleh kacau ‘market’ Camry, Accord dan Passat? 31

Dalam keadaan pemanduan merangkumi 50/50 di bandar dan juga lebuh raya, Sonata memberi bacaan 9.2 liter/100 km.

Angka 9.2 liter/100 km mengalahkan Camry (10.5 liter/100 km), tetapi kalah dengan Accord (8.8 liter/100 km) dan Passat (6.5 liter/100 km).

Namun begitu Sonata yang kami pandu ini mempunyai bacaan kurang dari 1,000 km pada odometer, jadi tak heran lah angka penggunaan minyak biasa-biasa sahaja.

Konklusi – makin menarik, tetapi boleh diperbaiki

Rebiu: Hyundai Sonata 2021 (DN8), boleh kacau ‘market’ Camry, Accord dan Passat? 32

Hyundai Sonata ini ialah sebuah produk yang jauh lebih matang dan menarik berbanding dahulu, tetapi ianya sedikit ketinggalan berbanding pesaing terasnya.

Rebiu: Hyundai Sonata 2021 (DN8), boleh kacau ‘market’ Camry, Accord dan Passat? 33

Ianya memang selesa, tetapi bangku tempat duduk belakang yang pendek sedikit potong stim.

Rebiu: Hyundai Sonata 2021 (DN8), boleh kacau ‘market’ Camry, Accord dan Passat? 34

Kami menghargai fungsi BSW, tetapi kami tetap rasa ia sepatutnya ditawarkan dengan sistem ADAS SmartSense kerana dua pesaing utamanya menawarkan ciri ini. Lanjutan dari itu, Hyundai Kona, Hyundai Ioniq, dan juga Hyundai Elantra pun ada ciri ini.

Rebiu: Hyundai Sonata 2021 (DN8), boleh kacau ‘market’ Camry, Accord dan Passat? 35

Apa-apa pun, kami tetap beri kredit kepada Hyundai kerana Sonata sudah jauh berkembang berbanding dahulu. Kini ianya tidak lagi kekal sebagai sebuah alternatif murah berbanding pesaingnya kerana ia mampu bersaing secara terus dengan sedan lain di dalam segmen.

Rebiu: Hyundai Sonata 2021 (DN8), boleh kacau ‘market’ Camry, Accord dan Passat? 36

Anda hanya perlu mengawal jangkaan dan harapan anda dengan Sonata. Ia bukanlah sebuah kereta yang teruk, cuma seperti kereta lain di luar sana, tiada kereta yang sempurna. Kualiti bahan binaan kabin tidak kena dengan eksterior luar yang sangat stailo, tiada ADAS, dan ianya tidaklah ‘best’ sangat untuk dipandu berbanding pesaingnya.

Jika anda boleh hidup dengan ketidaksempurnaan ini, maka Sonata ini ialah opsyen yang baik jika anda inginkan sedan segmen D. Ini kerana kami percaya yang ini adalah sebuah sedan yang paling cun di luar sana.

 

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

Perbincangang Trending

Komen

Up to 20% higher than average trade-in price

2017 Hyundai Sonata 2.0 Elegance

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Terkini

    Cek Lebih

    Model Terbaru