window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rebiu jujur: Toyota Innova 2.0 X 2021 – MPV terbaik untuk ketua keluarga yang paling cermat?

Faisal · Apr 17, 2021 12:00 PM

Rebiu jujur: Toyota Innova 2.0 X 2021 – MPV terbaik untuk ketua keluarga yang paling cermat? 01

Sejak diperkenalkan di Malaysia, Toyota Innova telah menjadi pilihan mutlak untuk keluarga yang perlukan kereta 7 tempat duduk yang paling boleh dipercayai. Kini di generasi kedua, Toyota Innova menerapkan unsur yang lebih premium untuk menarik pembeli dari pelbagai demografi.

Rebiu jujur: Toyota Innova 2.0 X 2021 – MPV terbaik untuk ketua keluarga yang paling cermat? 02

Februari yang lalu, Toyota Innova facelift diperkenalkan ke pasaran kita. Model terbaru ini tampil dengan pembaharuan kosmetik, port USB yang dinaik taraf, ciri Blind Spot Monitor, dan kamera 360-darjah jenis 3D. Setelah hidup dengannya selama beberapa hari, kami boleh rumuskan bahawa MPV ini cukup sesuai untuk penggunaan yang memadai, iaitu mereka yang menggunakan secara cermat.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga bacaToyota Innova 2021 facelift - Apa perbezaan lama dan baru?

Rebiu jujur: Toyota Innova 2.0 X 2021 – MPV terbaik untuk ketua keluarga yang paling cermat? 01

Dengan harga RM 129,677 untuk varian 2.0 X yang kami uji, setakat manakah relevannya MPV yang tidak pernah diragui seperti ini? Mari kami ulaskan.

Juga bacaToyota Innova facelift 2021 - varian mana yang paling berbaloi?

Eksterior – tidak keterlaluan tetapi tidak membosankan

Rebiu jujur: Toyota Innova 2.0 X 2021 – MPV terbaik untuk ketua keluarga yang paling cermat? 02

Toyota Innova mempunyai lekuk badan yang ringkas. Namun begitu, ia tidaklah sampai ke tahap yang membosankan untuk dilihat. Malah, siluetnya agak landai berbanding beberapa pesaing lain yang nampak lebih tinggi.

Rebiu jujur: Toyota Innova 2.0 X 2021 – MPV terbaik untuk ketua keluarga yang paling cermat? 03

Dari segi reka bentuk, Toyota Innova masih nampak relevan di tahun 2021. Pembaharuan pada bahagian bampar, gril depan, dan rim berwarna gun metal memainkan peranan yang besar terhadap rupa paras Toyota Innova 2.0 X terbaru secara keseluruhan. Walaupun reka bentuknya agak konservatif, ia tetap nampak menarik. Malah, membasuh MPV ini tidak begitu sukar kerana kebanyakan bahagian badannya tidak begitu berlekuk.

Interior – boleh terpegun

Rebiu jujur: Toyota Innova 2.0 X 2021 – MPV terbaik untuk ketua keluarga yang paling cermat? 04

Walaupun dengan bahagian luar yang konservatif, bahagian dalam Toyota Innova tampil dengan imej yang jauh lebih berani. Untuk harga sebegini, papan pemukanya boleh dikatakan moden dan mewah. Kalau anda perasan, bahagian kawalan penyaman udaranya seakan sama seperti kereta mewah Lexus ES 250 yang berharga hampir 3x ganda lebih mahal. Umumnya, bahan yang digunakan adalah jenis plastik keras tetapi ia bukanlah plastik yang murahan.

Rebiu jujur: Toyota Innova 2.0 X 2021 – MPV terbaik untuk ketua keluarga yang paling cermat? 05

Malah, mutu pemasangan kabin ini cukup baik. Tiada sebarang jurang ataupun panel yang tidak konsisten dapat dilihat oleh mata kami. Perkara ini memainkan peranan yang penting memandangkan MPV ini sering dibeli untuk kegunaan yang lebih lasak.

Rebiu jujur: Toyota Innova 2.0 X 2021 – MPV terbaik untuk ketua keluarga yang paling cermat? 06

Baris kedua siap ada meja lagi tuan-tuan & puan-puan!

Dari segi praktikal, Toyota Innova tidak mengecewakan langsung kerana terdapat pelbagai tempat untuk meletak dan menyimpan barang.

Rebiu jujur: Toyota Innova 2.0 X 2021 – MPV terbaik untuk ketua keluarga yang paling cermat? 07

Malah, tempat duduknya boleh dikonfigurasikan untuk menyesuaikan dengan pelbagai kegunaan. Tidak cukup dengan itu, bahagian kabin Toyota Innova boleh memuatkan sehingga 13 botol minuman dalam satu masa. Hebat kan?

Rebiu jujur: Toyota Innova 2.0 X 2021 – MPV terbaik untuk ketua keluarga yang paling cermat? 08

Untuk model tahun 2021, Toyota Innova diperbaharui dengan tambahan port USB untuk baris ketiga dan port USB berpengecas pantas. Malah, lokasi port USB untuk penghuni depan juga berubah ke papan pemuka yang mana ia lebih strategik berbanding di dalam ‘armrest’ tengah sebelum ini.

Rebiu jujur: Toyota Innova 2.0 X 2021 – MPV terbaik untuk ketua keluarga yang paling cermat? 09

Namun begitu, port USB untuk penumpang di baris kedua tidak didatangkan sama sekali sedangkan tempat duduk inilah yang sepatutnya paling lengkap kerana ia didatangkan dengan kerusi jenis Captain.

Rebiu jujur: Toyota Innova 2.0 X 2021 – MPV terbaik untuk ketua keluarga yang paling cermat? 10

Apapun, sambungan Apple CarPlay & Android Auto kekal lancar. Sebaik sahaja telefon anda disambungkan dengan sistem infotainment melalui wayar USB, sokongan tersebut akan terus diaktifkan. Skrin infotainment yang digunakan juga cukup terang untuk dilihat di bawah sinaran matahari.

Juga bacaKenapa kereta anda wajib ada Apple CarPlay dan Android Auto? Ini sebabnya

Rebiu jujur: Toyota Innova 2.0 X 2021 – MPV terbaik untuk ketua keluarga yang paling cermat? 11

Dari segi audio, kualiti bunyi yang dihasilkan tidaklah mengagumkan tetapi ia tidak lemah sama sekali.

Pemanduan – keselesaan menjadi keutamaan

Rebiu jujur: Toyota Innova 2.0 X 2021 – MPV terbaik untuk ketua keluarga yang paling cermat? 12

Sejujurnya, MPV ini tidak mempunyai sebarang isu dari segi pengendalian walaupun menggunakan platform jenis ladder frame. Disebabkan saiz yang tidak terlalu besar dan penglihatan yang cukup baik, memandu Toyota Innova tidak leceh langsung. Cumanya, tiang A sedikit tebal sekiranya anda ingin lihat ke arah jam 10 ataupun 2. Apapun, titik buta sebegini tidak menjadi isu pada sudut lain kerana ciri Blind Spot Monitor yang didatangkan ditala dengan cukup tepat.

Rebiu jujur: Toyota Innova 2.0 X 2021 – MPV terbaik untuk ketua keluarga yang paling cermat? 13

Walau bagaimanapun, ciri bantuan keselamatan ADAS seperti brek kecemasan automatik tidak ditawarkan langsung. Secara umumnya, Toyota Innova memberikan pemanduan yang mudah dan santai kerana suspensinya tenang dalam menguruskan permukaan jalan yang tidak seberapa.

Rebiu jujur: Toyota Innova 2.0 X 2021 – MPV terbaik untuk ketua keluarga yang paling cermat? 14

Prestasi brek Toyota Innova yang boleh membuat pemberhentian penuh dari 100 km/j dalam jarak 46.1 meter sahaja.

Malah sebagai sebuah kereta keluarga, kawalan breknya cukup progresif dan meyakinkan.

Rebiu jujur: Toyota Innova 2.0 X 2021 – MPV terbaik untuk ketua keluarga yang paling cermat? 15

Cumanya, stereng hidraulik yang masih digunakan agak berat untuk dikemudi pada kelajuan rendah, terutama ketika meletakkan kenderaan di tempat parkir. Namun demikian, sterengnya tidak perlahan sama sekali. Untuk maklumat anda, kereta Toyota yang menggunakan stereng hidraulik sebegini sinonim dengan sifat malas sehingga menukar lorong sekalipun boleh dianggap sebagai satu pencapaian kerana sterengnya tidak cukup responsif.

Rebiu jujur: Toyota Innova 2.0 X 2021 – MPV terbaik untuk ketua keluarga yang paling cermat? 16

Bercakap mengenai sinonim, pedal minyak atau pedal brek kereta Toyota sering mengeluarkan bunyi hentakan sebaik sahaja ia dilepaskan sepenuhnya. Pedal kaki Toyota Innova tetap mengeluarkan bunyi tersebut tetapi untuk pedal minyak sahaja. Ia bukanlah isu besar tetapi pedal kaki kereta Honda tiada pun isu bunyi seperti ini.

Rebiu jujur: Toyota Innova 2.0 X 2021 – MPV terbaik untuk ketua keluarga yang paling cermat? 17

Bercakap mengenai bunyi pula, Toyota Innova dilengkapkan sekali dengan 'door visor'. Malangnya, ciri ini menghasilkan bunyi angin yang cukup menjengkelkan. Kelajuan 60 km/j sahaja sudah ada bunyi angin. Apa kes?

Rebiu jujur: Toyota Innova 2.0 X 2021 – MPV terbaik untuk ketua keluarga yang paling cermat? 18

Beralih ke trenkuasa, Toyota innova didatangkan dengan enjin 2.0L aspirasi natural yang menghasilkan 139 PS dan 183 Nm tork. Kuasa dihantar ke roda belakang melalui transmisi automatik 6 kelajuan. Untuk pemanduan solo, kuasa sebanyak ini sebenarnya sudah memadai sekiranya anda jenis pemandu yang santai.

Rebiu jujur: Toyota Innova 2.0 X 2021 – MPV terbaik untuk ketua keluarga yang paling cermat? 19

Walaupun enjin ini bunyi seperti ribut taufan sekiranya didengar dari luar, ia sebenarnya tidak begitu bising dari dalam kabin. Tetapi sebaik sahaja anda membawa 6 orang penumpang, Toyota Innova seperti sengsara terus. Walaupun dengan transmisi yang responsif dan menahan gear dengan lebih lama untuk menyalurkan kuasa, trenkuasa ini tetap lemah untuk menggerakkan MPV ini. Perkara ini dibuktikan dengan pecutan 0-100 km/j yang mengambil masa sehingga 18.4 saat.

Rebiu jujur: Toyota Innova 2.0 X 2021 – MPV terbaik untuk ketua keluarga yang paling cermat? 20

Pada pendapat kami, sudah tiba masanya untuk Toyota Innova digandingkan dengan enjin diesel di pasaran Malaysia. Berat MPV sahaja sudah mencecah 1,735 kg. Bagi anda yang belum tahu, enjin diesel lebih gagah untuk memandu MPV yang seberat ini, sebab itulah ia ditawarkan di pasaran Indonesia. Tetapi di Malaysia, kami yakin antara sebab utama enjin diesel tidak ditawarkan sebenarnya berkait rapat dengan imej premium yang UMW Toyota ingin sampaikan. Maklumlah, bunyi macam trak, celah mana nak rasa premium?

Juga bacaKebaikan & Keburukan: Toyota Innova 2.0X facelift 2021 – MPV luas yang selesa tapi enjin semput?

Keselesaan – cukup memuaskan

Rebiu jujur: Toyota Innova 2.0 X 2021 – MPV terbaik untuk ketua keluarga yang paling cermat? 21

Sebagai sebuah MPV, sudah pasti keselesaan menjadi keutamaan dan Toyota Innova agak cemerlang dalam bab ini. Ketujuh-tujuk tempat duduk jenis kulit memberikan sokongan di tempat yang sepatutnya tanpa sebarang sudut atau tekanan yang kekok terhadap anggota badan anda. Malah, bahan kulit itu sendiri tidak licin langsung.

Rebiu jujur: Toyota Innova 2.0 X 2021 – MPV terbaik untuk ketua keluarga yang paling cermat? 22

Ruang kaki dan kepala di belakang tiada masalah langsung.

Kelegaan kaki dan kepala juga cukup memuaskan. Di samping itu, posisi duduk juga agak ergonomik kerana tiada sebarang bahagian yang menghalang postur anggota badan.

Rebiu jujur: Toyota Innova 2.0 X 2021 – MPV terbaik untuk ketua keluarga yang paling cermat? 23

Ditambah pula dengan corong penyaman udara untuk setiap tempat duduk, pengguna dijamin tidak akan merungut langsung.

Rebiu jujur: Toyota Innova 2.0 X 2021 – MPV terbaik untuk ketua keluarga yang paling cermat? 24

Namun begitu, kabin Toyota Innova mempunyai beberapa kelemahan. Misalnya, lekuk plastik pada glovebox atas bahagian pemandu depan agak tajam. Lengan kami sendiri hampir luka sewaktu ingin mengambil barang di bahagian itu.

Rebiu jujur: Toyota Innova 2.0 X 2021 – MPV terbaik untuk ketua keluarga yang paling cermat? 25

Pada masa yang sama, armrest di konsol tengah untuk penghuni depan yang berfungsi sebagai tempat menyimpan barang juga agak kekok untuk digunakan. Pertama, ia terlalu rendah untuk menyokong lengan. Yang kedua, menutupnya secara semula jadi diibarat seperti menghempas barang seakan mengamuk. Mungkin mekanisma yang dihasilkan untuk armrest depan ini tidak ada penyerap hentakan ataupun pengimbang.

Rebiu jujur: Toyota Innova 2.0 X 2021 – MPV terbaik untuk ketua keluarga yang paling cermat? 26

Bercakap mengenai armrest, tempat merehat tangan pada bahagian pintu depan juga agak kekok kerana rekaannya seakan-akan untuk siku sahaja. Lengan anda yang selebihnya harus bertapak dekat peha anda sendiri. Di samping itu, bahan fabrik hitam yang digunakan pada bahagian ini juga mudah kotor.

Penggunaan minyak – agak kuat

Rebiu jujur: Toyota Innova 2.0 X 2021 – MPV terbaik untuk ketua keluarga yang paling cermat? 27

Seperti yang kami maklumkan, enjin petrol aspirasi natural yang didatangkan pada Toyota Innova agak lemah. Secara tidak langsung, enjin ini dahagakan minyak yang lebih. Menurut ujian kami, Toyota Innova mencatatkan penggunaan petrol sebanyak 11 liter/100 km.

Rebiu jujur: Toyota Innova 2.0 X 2021 – MPV terbaik untuk ketua keluarga yang paling cermat? 28

Kalau anda betul-betul memandu secara santai sekalipun, MPV ini hanya mampu catatkan bacaan serendah 8.2 liter/100 km sahaja.

Konklusi – MPV rakyat yang terbaik?

Rebiu jujur: Toyota Innova 2.0 X 2021 – MPV terbaik untuk ketua keluarga yang paling cermat? 29

Istilah cermat yang kami bicarakan dari awal merujuk kepada kadar penggunaan yang berpada-pada tetapi masih boleh dipercayai. Cara penggunaan sebegini pula bertepatan dengan ketua keluarga yang lebih rasional dan berhati-hati demi keluarga yang tersayang. 

Rebiu jujur: Toyota Innova 2.0 X 2021 – MPV terbaik untuk ketua keluarga yang paling cermat? 30

Lampu ambient lighting berwarna biru yang menaikkan suasana di dalam kabin, ala Toyota Alphard/Vellfire.

Kebiasaannya, ketua keluarga yang bertanggungjawab tidak akan meletakkan prestasi enjin sebagai keutamaan. Mereka juga tidak peduli dengan ciri brek kecemasan automatik kerana mereka yakin bahawa tugasan untuk memberhentikan kenderaan terletak pada diri mereka sendiri. Pada masa yang sama, mereka tidak mahu berbelanja banyak kerana ada perkara lain yang lebih penting.

Rebiu jujur: Toyota Innova 2.0 X 2021 – MPV terbaik untuk ketua keluarga yang paling cermat? 31

Dengan harga dibawah RM 130,000, agak sukar untuk menafikan kredibiliti MPV ini. Ia mempunyai ruang kabin yang sangat praktikal dan selesa. Ditambah pula dengan reputasinya yang tahan lama dan murah untuk dibela, Toyota Innova boleh dibeli terus, lebih-lebih lagi untuk mereka yang tidak hairan dengan prestasi dan pemanduan yang menakjubkan.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Innova Upcoming

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda