window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rebiu: Kia Grand Carnival 2.2D 11 tempat duduk. Kenderaan penumpang terbaik?

Haris · Sep 22, 2020 08:00 PM

Rebiu: Kia Grand Carnival 2.2D 11 tempat duduk. Kenderaan penumpang terbaik? 01

Naza Kia Malaysia telah melancarkan Kia Grand Carnival 2.2D 11 tempat duduk pada bulan Mei 2020 yang lalu. Kehadiran model terbaru ini ditawarkan dengan 1 varian sahaja melenyapkan pilihan 2 varian sebelum ini.  

Rebiu: Kia Grand Carnival 2.2D 11 tempat duduk. Kenderaan penumpang terbaik? 01

Kelebihan MPV segmen D ini adalah pada 11 tempat duduk yang merupakan faktor jualan utamanya. Pasaran bagi mereka yang mencari kenderaan pelbagai guna seperti ini agak kecil tetapi masih ada. Tiada saingan langsung dalam kelas yang sama tetapi saingan yang agak dekat adalah Hyundai Grand Starex.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Rekaan luar

Rebiu: Kia Grand Carnival 2.2D 11 tempat duduk. Kenderaan penumpang terbaik? 01

Untuk memuatkan 11 tempat duduk dalam sebuah kenderaan, sudah tentu beberapa kompromi perlu dilakukan. Paling ketara adalah panjang kereta ini melebihi kebanyakan saiz lot parkir standard iaitu 16 kaki (4877 mm). Panjang Kia Grand Carnival 2.2D pula adalah 5115 mm.

Walaubagaimanapun, kelebaran Kia Grand Carnival masih di dalam petak lot parkir oleh itu, kereta ini masih mesra kendalian.

Rebiu: Kia Grand Carnival 2.2D 11 tempat duduk. Kenderaan penumpang terbaik? 02

Kia Grand Carnival ini menggayakan rekaan yang ringkas, kemas dan menarik dengan rekaan gril ‘tiger nose’ pada bahagian hadapan yang selari dengan lampu hadapan projektor halogen. Bergerak ke bahagian sisi, MPV ini kelihatan seperti sebuah van mini dan tidak menggunakan sebarang perincian krom. Ringkas.

Rebiu: Kia Grand Carnival 2.2D 11 tempat duduk. Kenderaan penumpang terbaik? 03

Aspek perincian kualiti binaan pula sedikit bercanggah. Purata celahan panel adalah sekitar 3 mm, iaitu jarak padanan (fit) yang baik namun ketebalan lapisan cat pula hanyalah dalam lingkungan 95 micronmeter sahaja. Namun begitu, ketebalan lapisan cat tidak begitu ketara pada warna badan hitam yang digunakan.

Rebiu: Kia Grand Carnival 2.2D 11 tempat duduk. Kenderaan penumpang terbaik? 04

Sekali lagi di bahagian belakang pula, 2 buah lampu belakang LED yang besar dengan jalur krom digunakan pada bahagian bawah cermin belakang menyempurnakan lagi tema ringkas MPV ini.

Rebiu: Kia Grand Carnival 2.2D 11 tempat duduk. Kenderaan penumpang terbaik? 05

Garisan bumbung yang diselarikan dengan spoiler bumbung belakang ternyata memberikan rupa yang lebih tajam. Tidak dinafikan, nilai astetika kenderaan jenama Korea sememangnya tinggi tanpa perlu sebarang perincian yang sibuk.

Trenkuasa dan prestasi

Rebiu: Kia Grand Carnival 2.2D 11 tempat duduk. Kenderaan penumpang terbaik? 06

Kesemua 11 tempat duduk dikuasakan oleh enjin 2.2 liter turbo diesel TCI. Enjin ini digandingkan dengan transmisi automatik 8-kelajuan dan mampu menjana sehingga 200 PS kuasa kuda dan 440 Nm tork.

Rebiu: Kia Grand Carnival 2.2D 11 tempat duduk. Kenderaan penumpang terbaik? 07

Tiada sebarang kelesuan apabila memandu Kia Grand Carnival 2.2D ini. Enjin diesel memainkan peranan yang kuat tanpa sebarang lengah ketika memecut mahupun dalam bantuan kawalan jelajah (Cruise Control). Tiada keraguan mengenai kemampuan enjin ini membawa 11 orang. 

Rebiu: Kia Grand Carnival 2.2D 11 tempat duduk. Kenderaan penumpang terbaik? 08

Untuk kendalian pemanduan pula, respons stereng dirasakan seimbang manakala respons brek dan pedal minyak juga seimbang. Talaan pemanduan yang seimbang memang sesuai untuk sebuah kenderaan sebesar Kia Grand Carnival 2.2D, tidak terasa lemah, tidak terlalu berkuasa.

Rebiu: Kia Grand Carnival 2.2D 11 tempat duduk. Kenderaan penumpang terbaik? 09

Kekuatan enjin 2.2 liter turbo diesel TCI ini adalah benar. Bagi menterjemah kekuatan enjin tersebut, ujian pecutan 0-100 km/j kami mencatatkan sebanyak 10.5 saat, jauh lebih baik dari ujian kami pada Mitsubishi Outlander 2.0 4WD (7 tempat duduk, 13.3 saat) dan Subaru Forester 2.0i-S ES (5 tempat duduk, 11.7 saat). Masih ragu-ragu mengenai kemampuan Kia Grand Carnival 2.2D ini?

Rekaan dalaman dan keselesaan

Rebiu: Kia Grand Carnival 2.2D 11 tempat duduk. Kenderaan penumpang terbaik? 10

Ruang dalaman sudah tentulah kemuncak bagi ulasan MPV ini. Keluasan MPV ini memang tidak disangkal lagi. Sebagai sebuah MPV segmen D, MPV ini memberikan lebihan sekitar 20 mm untuk ruang dalaman berbanding sebuah SUV segmen C. Sebagai konteks, lebar ruang tempat duduk baris tempat kedua Kia Grand Carnival adalah 168 cm berbanding Mitsubishi Outlander 2.0 4WD (147 cm) dan Nissan X-Trail 2.0L MID (146 cm).

Rebiu: Kia Grand Carnival 2.2D 11 tempat duduk. Kenderaan penumpang terbaik? 11

Penggunaan plastik lembut dalam Kia Grand Carnival 2.2D ini sangat baik. Kesemua tempat duduk menggunakan kemasan fabrik. Kualiti bahan yang digunakan kurang premium apatah lagi jika dibandingkan dengan harga jualannya. Namun, tidak dinafikan bahawa kemasan yang digunakan berkualiti dan padan.

Rebiu: Kia Grand Carnival 2.2D 11 tempat duduk. Kenderaan penumpang terbaik? 12

Susun atur pada konsol tengah dan sistem infotainment 7.0 inci dengan fungsi Apple Carplay dan Android Auto pula ringkas. Jumlah pemegang cawan sebanyak 16 ruangan ternyata memastikan tekak sentiasa basah. Ditambah dengan ruangan poket pintu yang besar, Kia Grand Carnival 2.2D menang dalam aspek praktikaliti.

Rebiu: Kia Grand Carnival 2.2D 11 tempat duduk. Kenderaan penumpang terbaik? 13

Susun atur 11 tempat duduk Multiflex memastikan pergerakan dalam kenderaan berlaku pada bahagian tengah. Tempat duduk bahagian tengah di baris kedua juga bertindak sebagai perehat lengan dengan ruang simpanan dan pemegang cawan tersedia. Pintu sisi gelongsor berkuasa juga mudah dikendalikan tetapi ini bukanlah ciri unik dalam Kia Grand Carnival 2.2D.

Rebiu: Kia Grand Carnival 2.2D 11 tempat duduk. Kenderaan penumpang terbaik? 14

Baris 2, 3 dan 4 (ikut arah jam)

3 baris tempat duduk pada Kia Grand Carnival memberikan ruang yang cukup untuk penumpang dewasa tetapi sedikit kecil. Di atas adalah perbezaan ketiga-tiga ruangan kaki secara visual manakala ruangan kepala yang tinggi kekal memuatkan 3 bola tenis di ketiga-tiga baris. Ruang but dengan baris ketiga disimpan adalah 359 liter dengan panjang 64 cm tetapi disesuaikan dengan lebih ketinggian dan kelebaran.

Rebiu: Kia Grand Carnival 2.2D 11 tempat duduk. Kenderaan penumpang terbaik? 15

Pada bahagian pemandu pula, tema ringkas masih diterapkan. Buktinya, tiada Sistem Bantuan Pemandu (ADAS) dan kamera 360 darjah, suatu kekurangan paling besar untuk sebuah MPV segmen D yang membawa sehingga 11 penumpang. Tambahan kamera pandang belakang sahaja menjadi deria anda pada Kia Grand Carnival 2.2D ini. 

Rebiu: Kia Grand Carnival 2.2D 11 tempat duduk. Kenderaan penumpang terbaik? 16

Fungsi but belakang berkuasa elektrik juga tiada pada MPV ini. Pintu but yang agak berat pastinya memberikan sedikit senaman setiap kali mahu menutup but belakang.

Kadar penggunaan minyak dan tahap kebisingan

Rebiu: Kia Grand Carnival 2.2D 11 tempat duduk. Kenderaan penumpang terbaik? 17

Tirai yang terbina dalam

Menggunakan tenaga diesel, sudah tentu tahap kebisingan menjadi pertimbangan. Ujian kami mendapati, bunyi enjin diesel tetap sayup-sayup kedengaran, dengan bacaan sekitar 62.7 dB pada kelajuan 60 km/j meningkat ke 70.5 dB pada kelajuan 110 km/j. 

Rebiu: Kia Grand Carnival 2.2D 11 tempat duduk. Kenderaan penumpang terbaik? 18

Kadar penggunaan minyak juga agak memuaskan dan tidak jauh dari bacaan komputer. Ujian dunia nyata kami mencatatkan 7.1 liter / 100 km berbanding 6.9 liter / 100 km pada meter MPV ini. Ditambah pula dengan kapasiti tangki yang besar, MPV ini sangat sesuai untuk perjalanan jauh. Tetapkan fungsi Kawalan Jelajah dan nikmati perjalanan dengan lebih tenang.

Kesimpulan

Rebiu: Kia Grand Carnival 2.2D 11 tempat duduk. Kenderaan penumpang terbaik? 19

Kia Grand Carnival 2.2D dijual pada harga RM 179,888 iaitu sedikit lebih mahal berbanding pesaing terdekat iaitu Hyundai Grand Starex 2.5 GLS CRDi Royale Deluxe pada RM 173,888. Pada julat harga ini, pelanggan komersial dan persendirian kedua-duanya masih mampu mempertimbangkan MPV ini.

Rebiu: Kia Grand Carnival 2.2D 11 tempat duduk. Kenderaan penumpang terbaik? 20

Sebagai sebuah MPV segmen D 11 tempat duduk, kenderaan ini adalah kenderaan penumpang yang sangat bagus. Luas, selesa dan masih berkuasa, Kia Grand Carnival patut menjadi MPV pilihan utama.

Rebiu: Kia Grand Carnival 2.2D 11 tempat duduk. Kenderaan penumpang terbaik? 21

MPV segmen D ini sememangnya sebuah kenderaan keluarga yang bagus dari segi kendalian pemanduan, ruang yang luas dan keselesaan penumpang tetapi kurang dari segi praktikaliti dengan harga yang tinggi. Alang-alang membeli MPV, biar sampai 11 tempat duduk.

Rebiu: Kia Grand Carnival 2.2D 11 tempat duduk. Kenderaan penumpang terbaik? 22

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Kia Carnival 2.2D 11-Seater

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda