window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rebiu: Mazda CX-30 2.0G, lebih nilai dan padu dari Mazda 3 dan CX-5?

Zamil Syaheer Β· Jun 13, 2020 07:00 PM

Rebiu: Mazda CX-30 2.0G, lebih nilai dan padu dari Mazda 3 dan CX-5? 01

Nama Mazda CX-30 terasa sedikit janggal, kerana SUV segmen C ini diletakkan diantara CX-3 (segmen B) dan CX-5 (segmen C). Patut ia dipanggil CX-4, betul tak?

Rebiu: Mazda CX-30 2.0G, lebih nilai dan padu dari Mazda 3 dan CX-5? 01

Mazda CX-4, berdasarkan model CX-5 generasi terdahulu.

Namun atas sebab tidak mahu menimbulkan rasa kecelaruan di antara CX-4 yang wujud sebagai model berbeza yang dijual khas di negara China sahaja (berasaskan model CX-5 sebelumnya), Mazda rasa perlu untuk memberi nama yang lain.

Rebiu: Mazda CX-30 2.0G, lebih nilai dan padu dari Mazda 3 dan CX-5? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mazda CX-30 yang anda lihat di sini adalah antara produk global terbaru Mazda. Dilancarkan pada bulan Januari yang lalu di Malaysia, ia mirip dengan CX-5 tetapi saiznya lebih kepada Toyota C-HR.

Sebagaimana Mazda CX-3 dibina berasaskan Mazda 2, CX-30 ini dibina berasaskan Mazda 3 didalam keluarga generasi ketujuh Mazda.

Rebiu: Mazda CX-30 2.0G, lebih nilai dan padu dari Mazda 3 dan CX-5? 01

Mazda 3 hatchback dan sedan.

Ini bermakna CX-30 datang dengan tempat duduk yang diukir secara ergonomik yang menjaga tulang belakang anda dalam bentuk S untuk mengurangkan rasa letih, sistem infotainment generasi baru dengan MZD Connect, dan mempunyai bahagian interior yang membuat anda memikirkan semula apa yang menentukan sesebuah kereta premium.

Rebiu: Mazda CX-30 2.0G, lebih nilai dan padu dari Mazda 3 dan CX-5? 02

Dari segi prestasi enjin dan dimensi badan, CX-30 sangat dekat dengan Subaru XV, tetapi perbezaan antara keduanya adalah siang dan malam.

Rebiu: Mazda CX-30 2.0G, lebih nilai dan padu dari Mazda 3 dan CX-5? 03

Similarly sized, but not on the same level as the CX-30.

Ini bukan kerana satu lebih baik daripada yang lain, tetapi kerana ia dikembangkan dengan konsep yang tersendiri untuk pembeli yang sangat berbeza. 

Sekiranya anda tidak perasan perbezaan harga yang ketara antara dua ini, anda perlu lebih teliti dalam membuat penilaian.

Rebiu: Mazda CX-30 2.0G, lebih nilai dan padu dari Mazda 3 dan CX-5? 04

CX-30 adalah produk premium dari negara matahari terbit dan harganya sudah terang lagi bersuluh. Jika anda menganggap CX-30 terlalu mahal, anda jauh lebih baik dengan membeli samaada Subaru XV ataupun Honda HR-V yang berada didalam segmen B.

Ini kerana kedua-duanya ialah model pemasangan tempatan (CKD), mempunyai harga yang lebih berpatutan, dan lebih praktikal.

Rebiu: Mazda CX-30 2.0G, lebih nilai dan padu dari Mazda 3 dan CX-5? 05

Anda harus melihat CX-30 ini sebagai SUV untuk mereka yang inginkan kereta premium tetapi tidak mahu menangani apa-apa masalah selepas jualan dan ketahanan yang sering dikaitkan dengan kereta Eropah.

Bahagian eksterior

Rebiu: Mazda CX-30 2.0G, lebih nilai dan padu dari Mazda 3 dan CX-5? 06

Sekali imbas, Mazda CX-30 nampak lebih besar dari saiznya yang sebenar. Ini kerana bentuk siluet SUV depan dan belakang yang kelihatan luas serta jarak ketinggian yang memberikan ilusi sebegitu.

Sebenarnya CX-30 65 mm lebih pendek dari Mazda 3. Malah jarak rodanya pun pendek sebanyak 70 mm. Yang sama hanyalah kelebarannya.

Rebiu: Mazda CX-30 2.0G, lebih nilai dan padu dari Mazda 3 dan CX-5? 07

Ini kerana Mazda tidak akan sewenang-wenangnya mengubah Mazda 3 ke CX-30 dengan cara yang kebanyakkan pengeluar kereta lain buat, iaitu dengan menarik bahagian perkadaran (proportion) atas badan kereta atau menukar sistem suspensi dan tayar ke saiz yang lebih besar dan memanggilnya SUV.

Hasilnya, CX-30 tampak lebih premium daripada kebanyakkan model SUV dari Eropah yang ada di pasaran.

Rebiu: Mazda CX-30 2.0G, lebih nilai dan padu dari Mazda 3 dan CX-5? 08

Unit yang kami pandu uji ini juga mempunyai kualiti binaan yang sangat konsisten, dimana jurang antara pintu, but dan bonet depan berlegar di antara 3 mm dan 3.5 mm.

Kualiti cat juga berada di tahap 95 μm ke 110 μm.

Rebiu: Mazda CX-30 2.0G, lebih nilai dan padu dari Mazda 3 dan CX-5? 09

Bahagian eskterior CX-30 dipenuhi dengan perincian rekaan yang sangat unik. Contohnya di bahagian but belakang.

Pada kebanyakkan kereta di pasaran, selalunya permukaannya but akan diratakan dan kemudiannya peraka bentuk akan meletakkan jalur krom ataupun huruf yang tebal dan besar. Tetapi ini adalah Mazda, mereka tidak akan menerima kerja selekeh sedemikian.

Rebiu: Mazda CX-30 2.0G, lebih nilai dan padu dari Mazda 3 dan CX-5? 10

Anda boleh nampak lengkung cembung itu dengan lebih terperinci dengan warna Soul Red.

Sebaliknya, but belakang datang dengan rekaan panel lengkung cembung yang sangat mahal untuk dihasilkan. Malah, efek lengkung cembung itu dikembangkan ke bahagian fender belakang. Jika dilihat dari sisi, anda akan nampak pantulan cahaya matahari bergerak seperti riak bergelombang (ripple-effect) semasa anda berjalan menuju ke kereta.

Rebiu: Mazda CX-30 2.0G, lebih nilai dan padu dari Mazda 3 dan CX-5? 11

Nampak bagaimana sinaran cahaya dipantulkan di sisi CX-30. Artistik bukan?

Setakat ini, Mazda je yang berani membelanjakan wang yang begitu banyak untuk mendapatkan efek ini. Kalau pengeluar kereta lain, jangan haraplah!

Jika anda berpeluang untuk melihat CX-30 di depan mata anda, cuba nyalakan lampu kecemasan (atau insyarat) LED. Kebanyakkan kereta premium menggunakan jenis dynamic sequential LED yang menerangi secara berurutan, tapi Mazda pula menggunakan efek fade in dan fade out seperti degupan jantung.

Rebiu: Mazda CX-30 2.0G, lebih nilai dan padu dari Mazda 3 dan CX-5? 12

Malah efek ini juga boleh dilihat dari kluster meter juga. Ini adalah salah satu sentuhan yang kami rasakan sangat menarik, membuatkan lampu kecemasan dynamic yang digunapakai oleh kebanyakkan jenama Eropah tampak biasa sahaja.

Rebiu: Mazda CX-30 2.0G, lebih nilai dan padu dari Mazda 3 dan CX-5? 13

Kemasan lampu depan dan belakang juga tampak luar biasa. Perincian corak cahaya, terutama di sisi perumahan projektor, layak dipamerkan di muzium seni rupa.

Dimana Mazda 3 mempunyai gril bewarna hitam, CX-30 datang dengan kemasan krom yang menyerupai Mazda 6 2018 facelift.

Bahagian interior

Rebiu: Mazda CX-30 2.0G, lebih nilai dan padu dari Mazda 3 dan CX-5? 14

Dengan ketinggian SUV, CX-30 mempunyai jarak kelegaan tanah 40 mm lebih tinggi berbanding Mazda 3 yang jaraknya 175 mm sahaja. Ini memudahkan akses keluar masuk. Walau bagaimanapun, posisi pemanduannya kurang ideal berbanding Mazda 3 yang lebih rendah.

Rebiu: Mazda CX-30 2.0G, lebih nilai dan padu dari Mazda 3 dan CX-5? 15

Mazda 3 juga membolehkan anda duduk dengan lebih rendah, di mana kedua belah kaki anda boleh terbentang dengan lebih selesa serta stereng berada tepat di bahagian tengah dada anda. Ini dah ala-ala Mazda MX-5 Mazda MX-5 ni!

Rebiu: Mazda CX-30 2.0G, lebih nilai dan padu dari Mazda 3 dan CX-5? 16

Ruangan but belakang juga lebih luas dengan 430 liter berbanding 358 liter di dalam Mazda 3. Ini kerana CX-30 mempunyai bumbung yang lebih tinggi serta tempat duduk belakang yang lebih tegak. Selebihnya, kabin CX-30 sama dengan Mazda 3.

Jika anda perasan, jenis font yang digunakan di kluster meter sama dengan sistem infotainmen dan ini termasuklah tahap suhu dan keterangan warna putih yang ada di keseluruhan kabin.

Rebiu: Mazda CX-30 2.0G, lebih nilai dan padu dari Mazda 3 dan CX-5? 17

Kain kulit yang digunakan di tempat rehat tangan tebal dan lembut, manakala konsol tengah dibalut dengan kain kulit lembut supaya peha anda tidak berlaga dengan plastik keras. Trim aluminium yang digunakan di keseluruhan kabin dan lapisan kulit di papan pemuka berkualiti tinggi.

Rebiu: Mazda CX-30 2.0G, lebih nilai dan padu dari Mazda 3 dan CX-5? 18

Jika anda masih terasa SUV ini terlalu mahal, maka anda perlu melihat lebih daripada sekadar lambang. Cuba duduk di dalam mana-mana model BMW yang baru dan rasakan tahap kualiti dan sentuhan konsol tengah, kedudukkan tombol iDrive, lampu kabin dan keseluruhan rasa kabin.

Rebiu: Mazda CX-30 2.0G, lebih nilai dan padu dari Mazda 3 dan CX-5? 19

Sama dengan Mazda 3, skrin infotainmen 8.8 inci di dalam CX-30 bukan lagi jenis sesentuh dan hanya boleh dikawal dengan tombol putar MZD Connect sahaja.

Rebiu: Mazda CX-30 2.0G, lebih nilai dan padu dari Mazda 3 dan CX-5? 20

Ini kerana Mazda ingin meletakkan skrin sentuh kehadapan yang boleh supaya ia rapat dengan pandangan pemandu (driver’s line of sight). Ini mengurangkan masa untuk pemandu fokus semula, membolehkan pandangan lebih pantas dan selamat semasa memandu.

Rebiu: Mazda CX-30 2.0G, lebih nilai dan padu dari Mazda 3 dan CX-5? 21

Kualiti 8 pembesar suara juga terbaik, dan jika anda memberi lebih tumpuan kepada bunyinya anda akan dapati yang setiap bunyi yang dikeluarkan bermain dengan nada dan melodi seakan-akan sistem sekeliling di panggung wayang.

Rebiu: Mazda CX-30 2.0G, lebih nilai dan padu dari Mazda 3 dan CX-5? 22

Namun begitu, pengunaan aplikasi Waze / Google Maps dengan Android Auto lebih mesra pengguna untuk skrin sentuh, jadi mengawal aplikasi ini melalui tombol putar agak menyusahkan dan sedikit kekok.

Pengalaman pemanduan dan kawalan

Rebiu: Mazda CX-30 2.0G, lebih nilai dan padu dari Mazda 3 dan CX-5? 23

Model Mazda generasi terdahulu terkenal dengan kawalan pemanduannya yang mantap dan bukannya tahap kesenyapan kabin dan ketenangan ketika memandu di lebuh raya.

Generasi ketujuh ini telah merubah segalanya tentang itu.

Rebiu: Mazda CX-30 2.0G, lebih nilai dan padu dari Mazda 3 dan CX-5? 24

Anda masih dapat merasakan karekter ‘Jinba-Ittai’ diantara kereta dan pemandu kerana selalunya SUV bukanlah jenis kereta yang anda fikir akan memberikan pemanduan yang seronok.

Namun begitu, memandu CX-30 ini memberi rasa seperti anda 'satu' dengan kereta.

Rebiu: Mazda CX-30 2.0G, lebih nilai dan padu dari Mazda 3 dan CX-5? 25

Jarak roda yang pendek juga memberikan karekter yang lincah kepada CX-30. Anda boleh mengubah arah kawalan anda tanpa sebarang masalah ketika mengambil selekoh walaupun permukaan jalan kurang cantik.

Rebiu: Mazda CX-30 2.0G, lebih nilai dan padu dari Mazda 3 dan CX-5? 26

Sistem gantungan bekerja dengan sempurna dalam mengawal pergerakkan sisi dan menegak.

Rebiu: Mazda CX-30 2.0G, lebih nilai dan padu dari Mazda 3 dan CX-5? 27

Anda dapat rasakan segala pergerakkan dan pusingan tayar dengan sterengnya yang sangat responsif. Malah tidak keterlaluan kami katakan yang ia terasa lebih sedap dan puas untuk dikawal berbanding kebanyakkan kereta prestasi buatan Jerman.

Rebiu: Mazda CX-30 2.0G, lebih nilai dan padu dari Mazda 3 dan CX-5? 28

Kuasa 164 PS dengan tork 213 Nm dari enjin 2.0 liter 4 silinder petrol Skyactiv-G sudah cukup untuk jenis pemanduan sporty. Ini kerana kuasa dan casis kereta seimbang dengan pengalaman pemanduan yang diberikan oleh CX-30 yang cukup untuk membuatkan penulis tersenyum lebar sepanjang pemanduan.

Dalam ujian 0-100 km/j, ia mengambil masa 10.4 saat (Mazda 3 9.9 saat).

Tahap keselesaan

Rebiu: Mazda CX-30 2.0G, lebih nilai dan padu dari Mazda 3 dan CX-5? 29

Perlu kami tegaskan bahawa pengalaman pemanduan CX-30 hanyalah 8/10 berbanding Mazda 3, kerana di akhir harinya ia tetap sebuah SUV yang lebih tinggi. Mazda 3 lebih ringan, rendah, dan lebih stabil.

Rebiu: Mazda CX-30 2.0G, lebih nilai dan padu dari Mazda 3 dan CX-5? 30

Tetapi ini bukan bermakna ianya tidak selesa atau teruk, jauh dari itu. Cuma CX-30 ini bukanlah penanda aras didalam segmennya.

Rebiu: Mazda CX-30 2.0G, lebih nilai dan padu dari Mazda 3 dan CX-5? 31

Di jalan yang beralun, penyerap hentak menunjukkan kawalan badan yang sangat baik,dengan body roll yang sedikit dan pantas bertindak balas terhadap gerakan menegak dengan satu gerakan pantas tetapi tegap.

Rebiu: Mazda CX-30 2.0G, lebih nilai dan padu dari Mazda 3 dan CX-5? 32

Walau bagaimanapun, tahap rebound penyerap hentak CX-30 sedikit kurang selasa melalui jalan yang kurang cantik berbanding dengan Toyota CH-R yang terbaik dalam kelasnya.

Rebiu: Mazda CX-30 2.0G, lebih nilai dan padu dari Mazda 3 dan CX-5? 33

Ruang di bahagian tempat duduk belakang seperti yang kami jangkakan sebagaimana kebanyakkan model Mazda lain. Penyandar belakangnnya juga agak tegak dan tidak boleh dilaras.

Jika anda inginkan ruangan yang luas dan praktikal, anda jauh lebih sesuai dengan Honda HR-V.

Rebiu: Mazda CX-30 2.0G, lebih nilai dan padu dari Mazda 3 dan CX-5? 34

Beza ruangan kaki diantara Mazda 3 juga tidak boleh dibezakan kerana tempat duduk hadapan CX-30 jauh lebih tinggi dan ia memberi sedikit ruang kepada penumpang belakang untuk menyelit kaki di bawah.

Rebiu: Mazda CX-30 2.0G, lebih nilai dan padu dari Mazda 3 dan CX-5? 35

Yang penting ada sistem penghawa dingin di bahagian belakang di mana kebanyakkan SUV di dalam kelasnya tidak ada.

Kabinnya juga sangat senyap, di mana ia merekodkan bacaan di dalam 60 desibel pada kadar kelajuan 60 km/j, 62 desibel pada 90 km/j dan akhir sekali 66 desibel pada 110 km/j.

Tahap kecekapan bahan api

Rebiu: Mazda CX-30 2.0G, lebih nilai dan padu dari Mazda 3 dan CX-5? 36

Mengikut data yang diberikan oleh Mazda, enjin Skyactiv 2.0 liter 4-silinder aspirasi natural dengan 6-kelajuan automatik CX-30 hanya menggunakan 6.4 liter/100 km. Akan tetapi dalam keadaan pemanduan sebenar di mana kami memandu di atas lebuhraya dan bandar, kami mendapat 8.0 liter/100km.

Rebiu: Mazda CX-30 2.0G, lebih nilai dan padu dari Mazda 3 dan CX-5? 37

Angka ini dicapai walaupun dengan ujian agresif yang kami lakukan untuk 0-100 km/j dan 0-100-0 km/j.

Cara pemanduan yang lebih efisyen akan membolehkan anda mencapai angka penggunaan bahan bakar yang dituntut Mazda.

Konklusi

Rebiu: Mazda CX-30 2.0G, lebih nilai dan padu dari Mazda 3 dan CX-5? 38

Pada kebanyakkan pembeli, soalan sebenar yang patut ditanya apabila ingin membeli Mazda CX-30 bukan terletak pada perbezaan Subaru XV mahupun Honda HR-V.

Ia sebenarnya samaada memilih diantara CX-30 untuk saiz butnya yang lebih besar dah kedudukan tempat duduk yang lebih tinggi, atau Mazda 3 untuk pengalaman memandu yang lebih kondusif.

Rebiu: Mazda CX-30 2.0G, lebih nilai dan padu dari Mazda 3 dan CX-5? 39

Ini kerana Mazda CX-30 bukan direka untuk memuaskan hati pemandu kereta biasa yang mementingkan bajet dan praktikaliti. 

Sebaliknya, CX-30 ini sesuai untuk sesiapa yang ingin memiliki sebuah kereta yang istimewa dan menghargai setiap perincian yang lebih baik mengenai pertukangan automotif.

Rebiu: Mazda CX-30 2.0G, lebih nilai dan padu dari Mazda 3 dan CX-5? 40

Jadi jika anda cintakan kereta dan mahupun produk berkualiti dari Jepun dengan kemasan premium, kami syorkan anda untuk membeli Mazda CX-30 kerana tiada alternatif lain di luar sana yang menawarkan kualiti sebegini pada harganya.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Mazda CX-30 2.0G 2WD Standard

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda