window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rebiu: Mitsubishi Triton Athlete 2021 adalah sebuah Hilux yang lagi best!

Zamil Syaheer · May 8, 2021 06:00 PM

Rebiu: Mitsubishi Triton Athlete 2021 adalah sebuah Hilux yang lagi best! 01

Sekiranya anda berpendapat tajuk ulasan Mitsubishi Triton ini kendengaran agak ganjil, itu kerana anda tidak membacanya dalam konteks orang di Sabah dan Sarawak.

Untuk kebanyakkan rakyat Malaysia di sana, nama Hilux tidak semestinya merujuk kepada Toyota Hilux, tetapi kata nama yang merujuk kepada mana-mana trak pikap.

Rebiu: Mitsubishi Triton Athlete 2021 adalah sebuah Hilux yang lagi best! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Rasa macam tak kena? Sekiranya anda berhenti memanggil mi segera Cintan atau Mamee sebagai Maggi, atau merujuk kepada setiap bekas makanan plastik sebagai Tupperware, mungkin orang Sabah dan Sarawak akan mendengar kata-kata anda.

Rebiu: Mitsubishi Triton Athlete 2021 adalah sebuah Hilux yang lagi best! 01

Kedalaman meluncur bagi Triton pasaran Malaysia adalah 700 mm (varian 4WD, roda 18 inci).

Mitsubishi Triton Athlete yang anda lihat di sini adalah varian terbaru untuk barisan Triton di Malaysia. Pada dasarnya, ia adalah Triton Adventure X tanpa krom, digantikan dengan kemasan warna hitam kilat.

Apa yang baru dengan Triton Athlete?

Rebiu: Mitsubishi Triton Athlete 2021 adalah sebuah Hilux yang lagi best! 02

Triton Adventure X (kiri) vs Triton Athlete (kanan)

Dengan harga RM 141,500, ianya RM 3,600 lebih mahal daripada Triton Adventure X yang digantikannya. Jadi apa tambahan yang anda dapat dengan RM 3,600?

Selain daripada kemasan hitam kilat yang disebutkan pada trim krom sebelumnya, anda juga mendapat pelekat grafik Triton Athlete, lampu depan aksen hitam (masih Bi-LED, seperti sebelumnya), dan plat sisi pintu dengan tulisan “TRITON” diterangi pada keempat-empat bukaan pintu.

Rebiu: Mitsubishi Triton Athlete 2021 adalah sebuah Hilux yang lagi best! 03

Selebihnya pula sama dengan Adventure X, termasuklah sistem infotainment yang dengan Android Auto dan Apple CarPlay dan perakam video digital (DVR), keduanya diperkenalkan sebagai sebahagian daripada perubahan ('running change') pada bulan November 2019.

Rebiu: Mitsubishi Triton Athlete 2021 adalah sebuah Hilux yang lagi best! 04

Enjin 4N15 dengan MIVEC ini amat senyap.

Triton Athlete masih lagi menggunakan enjin 2.4 liter 4N15 turbo MIVEC dengan blok aluminium (181 PS pada 3,500 rpm dan 430 Nm pada 2,500 rpm), dipadankan dengan transmisi 6 kelajuan automatik dengan paddle shifters.

Dengan kata lain, acara pemanduan ini lebih kepada saya untuk meneroka sejauh mana Triton ini boleh mengendalikan off-road.

Rebiu: Mitsubishi Triton Athlete 2021 adalah sebuah Hilux yang lagi best! 05

Triton Quest, MT Standard dan AT Standard tiada dalam carta ini.

Sebab untuk menyukainya - cukup selesa daripada kebanyakkan sedan di pasaran

Rebiu: Mitsubishi Triton Athlete 2021 adalah sebuah Hilux yang lagi best! 06

Walaupun dengan tayar all-terrain, Triton sangat selesa di lebuh raya. Tahap keselesaan akan jadi jauh lebih baik dengan tayar highway terrain.

Saya telah meluangkan masa dengan Mitsubishi Triton sebelum ini untuk uji pandu di jalan raya, dan kebetulan hari sebelumnya saya juga telah diberi kesempatan untuk mencuba Isuzu D-Max serba baru. Ini bermakna, badan dan memori saya masih lagi "segar" dengan pengalaman pemanduan pikap trak.

Apa yang saya dapat rumuskan; Mitsubishi Triton adalah trak yang serba lengkap dari pelbagai aspek.

Rebiu: Mitsubishi Triton Athlete 2021 adalah sebuah Hilux yang lagi best! 07

Perhatikan garis menegak di tempat duduk belakang, ia membantu menyejukkan belakang anda

Bagaimana dengan Ford Ranger yang anda tanyakan? Ya, Ranger mempunyai bahagian dalaman serta sistem infotainment yang lebih baik, tetapi Triton menawarkan tempat duduk yang lebih baik (lebih sokongan, dan tidak mudah berpeluh), dan corong penghawa dingin yang dipasang di atas bumbung – ciri unik dan jauh lebih sesuai berbanding posisi biasa di bahagian bawah.

Rebiu: Mitsubishi Triton Athlete 2021 adalah sebuah Hilux yang lagi best! 08

Tempat penyimpanan di belakang Triton ini amat berguna kerana ianya lebih luas berbanding trak pikap lain di pasaran.

Kabin Triton juga lebih senyap daripada banyak kereta sedan di lebuh raya. Ini juga kami dibantu oleh enjin blok aluminium yang ringan dan tenang.

Rebiu: Mitsubishi Triton Athlete 2021 adalah sebuah Hilux yang lagi best! 09

Berbanding trak pikap lain, tempat sandar belakang Triton ini selesa sangat!

Malah tempat duduk belakangnya mempunyai sudut condong yang terbaik dalam kelasnya, berdasarkan keluk badan khas J-line Triton.

Anda telah melihat iklan video Triton melakukan aksi pemanduan drift serta rally-cross. Percaya tak bahawa Triton yang digunapakai itu adalah standard tanpa sebarang modifikasi? Setelah diberi peluang untuk "membelasah" Triton ini sebegitu, ia memang agak lincah bagi sebuah trak pikap.

Mitsubishi mungkin tidak lagi bersaing dalam Kejuaraan Rali Dunia (WRC), tetapi kepakaran mereka dalam penalaan casis untuk keadaan jalan yang kasar masih ada, lebih baik daripada Ford Ranger ataupun Toyota Hilux.

Seperti semua kenderaan Mitsubishi, Triton mempunyai talaan suspensi yang sangat lembut tetapi terkawal.

Rebiu: Mitsubishi Triton Athlete 2021 adalah sebuah Hilux yang lagi best! 10

Senang untuk mengemudi di laluan off-road.

Tahukah anda bahawa Triton mempunyai radius pusingan yang sama dengan Honda Civic 1.5 TC-P? Kedua-dua kereta dapat membuat pusingan U pada radius 5.9 meter. Hebat boss!

Rebiu: Mitsubishi Triton Athlete 2021 adalah sebuah Hilux yang lagi best! 11

Seperti sebelumnya, ciri keselamatan Triton termasuk AEB dengan pengesanan pejalan kaki (Mitsubishi menyebutnya sebagai Forward Collision Mitigation), amaran lalu lintas belakang (sangat penting ketika mengundur ke jalan yang sibuk), 7 beg udara, kamera letak kereta 360 darjah.

Juga baca: Apa itu ADAS dan kenapa anda perlukannya dalam kereta anda?

Rebiu: Mitsubishi Triton Athlete 2021 adalah sebuah Hilux yang lagi best! 12

Terdapat corong penghawa dingin belakang yang dipasang di siling - satu-satunya trak pikap dengan ciri ini. Udara panas naik, udara sejuk turun, jadi anda faham mengapa corong udara yang dipasang di siling berfungsi lebih baik daripada yang dipasang di lantai.

Sebab untuk tidak menyukainya

Rebiu: Mitsubishi Triton Athlete 2021 adalah sebuah Hilux yang lagi best! 13

Hello Proton, trak pikap pun ada Android Auto dan Apple CarPlay okay.

Tak banyak sebenarnya. Tidak seperti model Mitsubishi Motors Malaysia yang lain, sistem infotainment Triton Athlete tidak ada animasi perubahan warna ala disko. Ini mungkin mengurangkan faktor ‘cool’ bagi sesetengah pembeli.

Rebiu: Mitsubishi Triton Athlete 2021 adalah sebuah Hilux yang lagi best! 14

2021 bos, mana 'strut damper'?

Lagi satu, Triton Athlete tidak dilengkapi dengan ‘strut damper’ di bahagian pintu belakang. Ini bukan masalah besar tetapi apabila Toyota Hilux, Isuzu D-Max dan Nissan Navara menawarkannya, kenapa Mitsubishi tiada? Pintu belakangnya agak berat untuk dibuka mahupun ditutup.

Rebiu: Mitsubishi Triton Athlete 2021 adalah sebuah Hilux yang lagi best! 15

Seterusnya pula adalah 'sportsbar' di bahagian belakang yang diperbuat daripada plastik. Ia hanya lebih kepada estetika sahaja kerana ianya tidak boleh digunakan untuk mengikat barang/muatan yang berat seperti motosikal.

Tambahan pula, ianya menyukarkan akses di bahagian sisi untuk mengambil atau menyusun barang.

Rebiu: Mitsubishi Triton Athlete 2021 adalah sebuah Hilux yang lagi best! 16

Overhang belakangnya lebih panjang daripada posisi gandar belakang berbanding pesaingnya.

Berbanding dengan trak lain, Triton mempunyai jarak roda yang lebih pendek. Ini memberikannya kelebihan radius pusingan 5.9 meter yang terbaik dalam kelasnya serta lebih lincah, tetapi ini juga bermaksud bahawa overhang belakangnya lebih panjang daripada posisi gandar belakang berbanding pesaingnya, dan itu bukan perkara yang baik.

Rebiu: Mitsubishi Triton Athlete 2021 adalah sebuah Hilux yang lagi best! 17

Hilux mengorbankan radius pusingan untuk sudut berlepas 26-darjah yang lebih tinggi, dan keseimbangan berat badan yang lebih baik ketika ada barang.

Sekiranya ada barang di bahagian belakang, pengedaran berat Triton tidak sebaik Toyota Hilux - juga mempunyai salah satu overhang belakang terpendek. Semasa melalui kawasan curam, overhang belakang yang panjang kadang-kadang boleh menjejak tanah.

Triton mempunyai sudut pendekatan 31-darjah yang jauh,lebih baik daripada Hilux dengan 29-darjah, tetapi sudut berlepas 23-darjah Triton lebih teruk daripada Hilux dengan 26-darjah.

Juga baca: Mitsubishi Triton Athlete 2021 vs. Toyota Hilux Rouge: Mana satu ‘King’?

Rebiu: Mitsubishi Triton Athlete 2021 adalah sebuah Hilux yang lagi best! 18

Sekiranya anda membandingkan Ford Ranger WildTrak (RM 143,819) dengan Triton Athlete, masih terdapat banyak kekurangan lain.

Bayar lebih sikit, dan Ranger WildTrak dilengkapi dengan ciri tambahan sepertri kawalan pelayaran adaptif, Lane Departure Assist, kuasa dan tork tambahan (32 PS/70 Nm), dan 4 nisbah gear tambahan. Tetapi, penambahan 4 gear (10 kelajuan) pada Ranger terasa macam terlalu banyak serta rumit.

Juga baca: Kebaikan dan Keburukan: Ford Ranger Wildtrak, trak gaya hidup terbaik di Malaysia?

Rebiu: Mitsubishi Triton Athlete 2021 adalah sebuah Hilux yang lagi best! 19

Walau bagaimanapun, apa yang Triton boleh lawan balik ialah ianya sebuah trak pikap yang boleh dipercayai pada jangka masa yang akan datang. Kalau anda beli Ford…faham-faham ajelah kereta jenama ‘continental’ ni macam mana.

Kehebatan off-road - ia adalah Land Rover versi Jepun

Rebiu: Mitsubishi Triton Athlete 2021 adalah sebuah Hilux yang lagi best! 20

Trak-trak pikap yang dijual di luar Malaysia ini biasanya terdiri daripada trak jenis 4WD sambilan. Dengan kata lain, ini bukan kenderaan 4WD (tetapi trak pacuan belakang) dengan pilihan mod 4H atau yang mana kedua-duanya anda TIDAK BOLEH gunakan di jalan raya biasa.

Rebiu: Mitsubishi Triton Athlete 2021 adalah sebuah Hilux yang lagi best! 21

Secara teknikalnya, Triton masih merupakan trak 4WD sambilan, tetapi dengan kelainan. Bukan seperti pesaingnya, Triton Athlete dilengkapi dengan pembeza pusat gandingan likat (tetapi tidak ada ‘differential lock’ di belakang) yang membolehkannya beroperasi dalam mod 4WD walaupun di jalan raya.

Rebiu: Mitsubishi Triton Athlete 2021 adalah sebuah Hilux yang lagi best! 22

LC: locked centre differential

Super Select 4WD II adalah nama yang Mitsubishi gelarkannya – JDM habis.

Super Select 4WD II (panjang benor nak sebut) bukanlah sistem 4WD sepenuh masa, jadi elakkan daripada menggunakannya di jalan tar yang kering (beberapa pengikatan masih dapat dirasakan ketika membuat pusingan U di kawasan kering) kecuali jalan basah sahaja.

Rebiu: Mitsubishi Triton Athlete 2021 adalah sebuah Hilux yang lagi best! 23

Selain itu, mod off-road secara automatik menyesuaikan toleransi sistem 4WD Triton dalam pelbagai jenis keadaan. Dengan 4 pilihan mod iaitu - Gravel, Sand, Muddy, Rock – ia membuatkan pemandu amatur seperti seorang juara.

Biasanya, kawalan daya tarikan dan kestabilan elektronik perlu dimatikan dalam situasi off-road kerana slip roda diperlukan agar tayar menggali permukaan sebelum ia dapat mencengkam. Tetapi dengan mod yang ada pada Triton ini, ia membuat penilaian ini secara automatik.

Rebiu: Mitsubishi Triton Athlete 2021 adalah sebuah Hilux yang lagi best! 24

Di mana Hilux mempunyai kelebihan ekstra iaitu ‘differential lock’, Triton tiada fungsi ini. ‘Differential lock’ ini terdapat di pasaran lain tetapi bukan di Malaysia. Adakah Mitsubishi Motors Malaysia memang tidak mahu berikan Triton generasi baru fungsi ini?

Perkara ini boleh diperdebatkan, kerana memasang dua ‘differential lock’ (tengah dan belakang) adalah sedikit keterlaluan bagi kebanyakkan pengguna.

Rebiu: Mitsubishi Triton Athlete 2021 adalah sebuah Hilux yang lagi best! 25

Triton generasi terdahulu. Untuk Borneo Safari, hanya lampu, winch, dan tayar off-road ‘heavy-duty’ sahaja yang digunakan. Tiada mod pemanduan atau off-road pun.

MMM berpendapat bahawa kombinasi ‘differential lock’ di bahagian tengah pusat dan 4 mod pilihan off-road lebih dari mengcukupi.

Ini terbukti ketika MMM menghantar beberapa Triton standard yang ditambah dengan lampu, winch, tayar off-road ‘heavy-duty’ untuk cabaran Borneo Safari yang paling sukar – dan ia mampu melakukannya tanpa sebarang masalah. Lebih menarik lagi, ini adalah Triton generasi terdahulu tanpa mod off-road.

Rebiu: Mitsubishi Triton Athlete 2021 adalah sebuah Hilux yang lagi best! 26

Sebab 'overhang' belakang panjang, anda perlu berhati-hati.

Acara uji pandu off-road kali ini tidaklah seganas Borneo Safari, tetapi ianya tetap mencabar dengan jalan masuk yang dalam serta licin.

Malah, kami pakai tayar standard all-terrain lagi, bukannya tayar off-road. Pilihlah diantara Hill Descent Control, 4HLc dan 4LLc, atau beralih melalui empat pilihan mod off-road.

Rebiu: Mitsubishi Triton Athlete 2021 adalah sebuah Hilux yang lagi best! 27

Kalau pikap trak dulu, anda memerlukan lebih banyak kemahiran dan keyakinan. Brek terlalu kuat dan bahagian belakang akan membuang, dan anda mungkin terbalik. Sekarang saya hanya perlu menekan butang Hill Descent Control (HDC), tunggu lampu hijau menyala, angkat kaki saya dari pedal dan tumpukan perhatian kepada stereng sahaja.

Ini sudah menjadi ciri standard pada semua trak pikap lain di pasaran tetapi bezanya HDC pada Triton ini amat lancar - malah lebih lancar daripada yang digunakan oleh Range Rover.

Konklusi

Rebiu: Mitsubishi Triton Athlete 2021 adalah sebuah Hilux yang lagi best! 28

Sebahagian daripada diri saya tertanya-tanya adakah pemanduan di off-road telah menjadi begitu mudah. Pada suatu ketika dulu, kenderaan 4x4 memerlukan para pemandu turun dari kereta untuk mengunci hab roda depan berlumpur secara manual sebelum menggunakan 4WD.

Rebiu: Mitsubishi Triton Athlete 2021 adalah sebuah Hilux yang lagi best! 29

Suatu ketika dulu, mana ada pilihan mod pemanduan. Andalah yang menentukannya.

Trak pikap moden seperti Mitsubishi Triton Athlete ini menjadikan pemanduan off-road seperti permainan kanak-kanak.

Kita sekarang hidup di era di mana anda dapat menggunakan Spotify dari Android Auto pada trak anda (tidak tersedia pada Triton spesifikasi Thai), dan menyerahkan semua mod pemanduan kepada elektronik.

Rebiu: Mitsubishi Triton Athlete 2021 adalah sebuah Hilux yang lagi best! 30

Apa yang saya rasa boleh membuatkan Triton jauh lebih baik? Mungkin butang di depan untuk pemandu menghidupkan/mematikan blower penghawa dingin di belakang, penambahan ‘differential lock’, serta skrin sistem infotainment yang jauh lebih besar.

Rebiu: Mitsubishi Triton Athlete 2021 adalah sebuah Hilux yang lagi best! 31

Triton terbaru ini lebih senyap dan lebih selesa daripada banyak SUV dan sedan yang dijual hari ini, dengan ciri keselamatan yang lebih baik juga. Jurang antara trak kerja dan trak rekreasi sekarang hampir tidak ada, dan melihat banjir kilat yang kerap kali terjadi, mungkin idea sebuah "trak Bangsar atau Hartamas" tidaklah kendengaran aneh.

Rebiu: Mitsubishi Triton Athlete 2021 adalah sebuah Hilux yang lagi best! 32

Ada satu masalah – Isuzu D-Max 2021 ingin ‘bergaduh’ dengan Triton, dan ia mempunyai rupa serta spesifikasi yang mantap. Jangan lupa Nissan Navara Pro-4X, Mazda BT-50 dan Ford Ranger yang dikemaskini (bakal tiba). Tahun 2021 memang tahun trak pikap.

Juga baca: Pelancaran 2021 untuk trak pikap: BT-50, Ranger, Navara – Hilux makin tergugat?

Juga baca: 

Nak beli Mitsubishi Triton Athlete, tapi berapa jumlah gaji diperlukan untuk bayar bulan-bulan?

Mitsubishi Triton Athlete - pelapis L200 Storm, model trak pikap gaya hidup pertama dari Mitsubishi!

3 Kebaikan & Keburukan: Mitsubishi Triton Athlete – begitu selesa dan konfiden di off-road!

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Mitsubishi Triton MT Premium

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda