window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rebiu: Mitsubishi Triton, trak kerja pelbagai guna. Mampu jadi kenderaan harian?

Haris Β· Jul 30, 2020 08:00 PM

Rebiu: Mitsubishi Triton, trak kerja pelbagai guna. Mampu jadi kenderaan harian? 01

Bolehkah kita menggunakan trak pikap sebagai kenderaan utama? Kami rasa ramai juga yang berminat dengan idea ini. Lagipun, siapa yang mahu menggunakan trak pikap sebagai kenderaan harian? Tak selesa, mudah terbalik, bau diesel dan sukar mengambil selekoh sempit selalunya menjadi tanggapan awal terhadap trak pikap.

Rebiu: Mitsubishi Triton, trak kerja pelbagai guna. Mampu jadi kenderaan harian? 01

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Walau bagaimanapun, tanggapan kami ternyata meleset selepas beberapa hari menggunakan Mitsubishi Triton VGT Adventure X. Model ini adalah varian paling tinggi untuk dalam kelas enjin 2.4 liter NA. Terdapat 2 lagi pilihan enjin iaitu 2.5 liter NA dan 2.5 liter Turbo. Lagi satu, Mitsubishi Triton VGT Adventure X adalah satu-satunya varian dengan Super Select 4WD.

Rebiu: Mitsubishi Triton, trak kerja pelbagai guna. Mampu jadi kenderaan harian? 01

Apa itu Super Select 4WD? Super Select 4WD adalah fungsi yang menjadikan trak pikap ini berada pada potensi 4WD secara penuh berbanding 4WD biasa. Senang cerita, anda mampu memandu pada kelajuan lebuh raya (atas 100 km/j) dan menempuh jalan mencabar dengan lebih keyakinan menggunakan fungsi ini. 

Rebiu: Mitsubishi Triton, trak kerja pelbagai guna. Mampu jadi kenderaan harian? 02

Triton menghasilkan 181 PS kuasa kuda yang lebih tinggi daripada kuasa kuda Toyota Hilux 2.8L (177 PS) dan Isuzu D-Max 3.0L (177 PS). Namun, Triton kalah dengan Ford Ranger 2.0L bi-turbo yang menjana kuasa kuda tertinggi dalam kelas trak pikap dengan 213 PS

Rebiu: Mitsubishi Triton, trak kerja pelbagai guna. Mampu jadi kenderaan harian? 03

Dari segi tork, Triton hanya mampu menghasilkan daya kilas 430 Nm tork yang lebih tinggi daripada Isuzu D-MAX (380 Nm) tetapi kurang daripada Hilux (450 Nm) dan Ford Ranger Wildtrak (500 Nm).

Rebiu: Mitsubishi Triton, trak kerja pelbagai guna. Mampu jadi kenderaan harian? 04

Selain itu, Mitsubishi Triton mempunyai jarak antara tayar yang paling pendek dalam kelasnya. Dengan jarak 3,000 mm antara tayar, terdapat beberapa kelebihan dan kekurangan Mitsubishi Triton yang akan kami jelaskan sebentar lagi. Secara mudahnya, Mitsubishi Triton ini sedikit lebih kecil berbanding Toyota Hilux.

Pengalaman pemanduan

Rebiu: Mitsubishi Triton, trak kerja pelbagai guna. Mampu jadi kenderaan harian? 05

Memandu Mitsubishi Triton terasa seperti memandu sebuah crossover. Perkara pertama yang bakal anda perasan adalah radius pusingan yang kecil. Mitsubishi Triton mempunyai radius pusingan 5.9 m yang lebih kecil berbanding Toyota Hilux (6.4 m) dan Isuzu D-MAX (6.3 m). Ini adalah kelebihan daripada jarak antara tayar yang pendek.

Rebiu: Mitsubishi Triton, trak kerja pelbagai guna. Mampu jadi kenderaan harian? 06

Jarak antara tayar yang pendek ini turut memberikan feel pemanduan yang lebih sedap di samping keyakinan yang tinggi untuk mengolah gerak (manoeuver). Fungsi kamera 360 darjah ternyata meningkatkan keyakinan dalam pemanduan. Fungsi pengawasan titik buta pula membantu mengawasi sisi kenderaan.

Rebiu: Mitsubishi Triton, trak kerja pelbagai guna. Mampu jadi kenderaan harian? 07

Di samping itu, Mitsubishi Triton tidak mempunyai masalah untuk memotong kenderaan lain. 181 PS kuasa kuda dan 430 Nm tork ternyata cukup untuk memberikan keyakinan pemanduan ketika memotong. Keseluruhan berat trak pikap ini ternyata dipadankan dengan kuasanya pada kadar yang sangat baik.

Rebiu: Mitsubishi Triton, trak kerja pelbagai guna. Mampu jadi kenderaan harian? 08

Ujian pecutan 0-100 km/j mampu dilengkapkan dalam masa 11.5 saat sementara 0-100-0 km dilakukan pada jarak 47 meter. Triton dilengkapi dengan brek cakera di hadapan dan brek drum di belakang.

Fungsi Super Select 4WD

Rebiu: Mitsubishi Triton, trak kerja pelbagai guna. Mampu jadi kenderaan harian? 09

Terdapat dua jenis 4WD iaitu 4WD Sepenuh Masa (Full Time 4WD) dan 4WD Separuh Masa (Part Time 4WD). Fungsi Super-Select 4WD pada Mitsubishi Triton ini menggabungkan kedua-dua jenis 4WD ini dengan cukup baik.

Berikut adalah perbezaan antara 4WD Sepenuh Masa (Full Time 4WD) dan 4WD Separuh Masa (Part Time 4WD). Sebagai penjelasan, kami akan menggunakan terma-terma dalam bahasa Inggeris.

Full Time 4WD

Part Time 4WD

Mempunyai LSD berpusat

Tiada LSD

LSD boleh dikunci mengikut kesesuaian

Transfer Case boleh dikunci atau dilepaskan

*LSD - Limited Slip Differential (Pembeza Gelincir Terhad)

*Transfer Case - Kotak Pindah

Rebiu: Mitsubishi Triton, trak kerja pelbagai guna. Mampu jadi kenderaan harian? 10

Dalam sistem Mitsubishi Super-Select 4WD, LSD boleh dilepaskan sepenuhnya melalui gandingan kelikatan (viscous coupling) yang dilakukan secara elektronik bagi membolehkan pemanduan 2WD. Hal yang sama tidak boleh dilakukan pada 4WD sepenuh masa disebabkan tiada fungsi gandingan kelikatan (viscous coupling) tersebut.

Rebiu: Mitsubishi Triton, trak kerja pelbagai guna. Mampu jadi kenderaan harian? 11

Beberapa kereta 4WD separuh masa seperti Toyota Hilux mempunyai pembeza bahagian belakang (rear differential) yang boleh dikunci. Fungsi ini membantu menarik trak keluar dari lumpur. Isuzu D-Max tidak dilengkapi dengan pembeza bahagian belakang (rear differential) yang boleh dikunci tetapi boleh diubahsuai dengan alat ganti aftermarket.

*Rajah sebagai rujukan.

Keselesaan dan rekaan dalaman

Rebiu: Mitsubishi Triton, trak kerja pelbagai guna. Mampu jadi kenderaan harian? 12

Rekaan dalaman Mitsubishi Triton agak membosankan, sesuai dengan kegunaannya yang memfokuskan fungsi dan praktikaliti. Pada hemat kami, rekaan dalaman ini bagus tanpa perlu membayar harga yang lebih untuk sebarang kemasan-kemasan premium.

Rebiu: Mitsubishi Triton, trak kerja pelbagai guna. Mampu jadi kenderaan harian? 13

Kerusi hadapan memberikan sokongan yang cukup dan agak lembut. Pada bahagian belakang pula, penumpang menerima ruang yang banyak dengan tempat duduk yang boleh disandarkan.

Rebiu: Mitsubishi Triton, trak kerja pelbagai guna. Mampu jadi kenderaan harian? 14

Bahagian pemandu menerima knee pillow dan kawalan tempat duduk elektronik sebagai tambahan keselesaan. Kedudukan penyandar tangan tengah dan penyandar tangan pintu juga baik, memberikan sokongan yang bagus ketika pemanduan jarak jauh.

Rebiu: Mitsubishi Triton, trak kerja pelbagai guna. Mampu jadi kenderaan harian? 15

Sebagai sebuah kenderaan dengan rangka body-on-frame, Mitsubishi Triton masih terasa berbuai di jalan yang tidak rata. Walaupun Mitsubishi Triton dilihat bertujuan untuk memberi keselesaan ketika memandu, Mitsubishi mengambil langkah yang bagus apabila tidak mengikuti langkah Nissan Navara yang menggunakan sistem suspensi leaf spring di belakang untuk meningkatkan praktikaliti.

Rekaan luaran

Rebiu: Mitsubishi Triton, trak kerja pelbagai guna. Mampu jadi kenderaan harian? 16

Untuk aspek rekaan luaran, kami secara peribadi memang sukakan rekaan Mitsubishi Triton yang baru ini. Rekaan luaran secara keseluruhan nampak gagah dan tegap. Rekaan lampu yang kelihatan ‘sepet’ menampakkan imej garang kereta ini. 

Rebiu: Mitsubishi Triton, trak kerja pelbagai guna. Mampu jadi kenderaan harian? 17

Bagi kami, rekaan luar Mitsubishi Triton adalah salah satu daripada faktor pelaris trak pikap ini. Rekaan luarannya ternyata tidak membosankan dan masih nampak cantik pada masa hadapan. Kebanyakan trak pikap lain hadir dengan rekaan yang menonjolkan imej gagah dengan gril hadapan sebesar alam namun tidak pada Mitsubishi Triton ini.

Penggunaan bahan api

Rebiu: Mitsubishi Triton, trak kerja pelbagai guna. Mampu jadi kenderaan harian? 18

Triton VGT Adventure X mencatatkan sekitar 10.5 km / liter dengan sedikit pemanduan bandar. Angka itu diperolehi dengan memandu kereta dalam mod 2H. Kapasiti tangki bahan api pula mampu menampung sebanyak 75 liter minyak diesel.

Kesimpulan

Rebiu: Mitsubishi Triton, trak kerja pelbagai guna. Mampu jadi kenderaan harian? 19

Triton Adventure X memang sangat sedap dipandu. Pengendaliannya bagus tetapi dengan kekurangan pada saiznya. Anda boleh memandu Triton hampir setiap hari walaupun anda tidak memerlukan trak untuk tugasan berat. Dengan harga RM137,900, Triton lebih murah daripada Toyota Hilux 2.8L tetapi lebih mahal daripada Isuzu D-Max 3.0L.

Rebiu: Mitsubishi Triton, trak kerja pelbagai guna. Mampu jadi kenderaan harian? 20

Walaupun Triton lebih kecil daripada pesaingnya, ia masih merupakan trak kerja 4x4 yang bagus dan bukan hanya sekadar pilihan mewah untuk dipandu di sekitar bandar.

Sistem Super-Select 4WD memberi anda keyakinan yang lebih tinggi dalam keadaan pemanduan yang kurang ideal namun masih cuba mengekalkan tahap keselesaan yang memuaskan ketika pemanduan yang lebih sukar.

Baca juga: Tiga trak pikap paling berbaloi di Malaysia! Mana satu pilihan anda?

Rebiu: Mitsubishi Triton, trak kerja pelbagai guna. Mampu jadi kenderaan harian? 21

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Mitsubishi Triton MT Premium

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda