Rebiu: Nissan Almera Turbo 2020 serba baru tawar kabin senyap, keselesaan dengan enjin Turbo!

Haris · Nov 10, 2020 07:00 PM

Rebiu: Nissan Almera Turbo 2020 serba baru tawar kabin senyap, keselesaan dengan enjin Turbo! 01

Nissan Almera generasi sebelum ini selalu dibayangi dengan Toyota Vios dan Honda City. Malah, Perodua Bezza juga tampil sebagai sebuah sedan yang lebih baik berbanding model tersebut. Tidak mahu dibayangi kenangan lalu, Nissan Almera Turbo 2020 hadir seolah-olah suatu penjenamaan semula terhadap tanda nama Almera.

Rebiu: Nissan Almera Turbo 2020 serba baru tawar kabin senyap, keselesaan dengan enjin Turbo! 02

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Dengan rekaan serba baru dengan trenkuasa baru, Nissan dilihat mahu kembali serius dalam persaingan sedan segmen B. ETCM juga mengambil kesempatan dengan mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk memberi nilai tambah pada Nissan Almera Turbo melalui kerusi belakang yang boleh dilipat, satu-satunya ciri pada Nissan Almera Turbo yang khas di Malaysia.

Jadi adakah ini semua poyo gimik pemasaran atau benar-benar keseriusan Nissan untuk memperbaiki imej? Ini rebiu kami mengenai Nissan Almera Turbo 2020.

Rekaan luar 

Rebiu: Nissan Almera Turbo 2020 serba baru tawar kabin senyap, keselesaan dengan enjin Turbo! 01

Nissan Almera Turbo tampil dengan rekaan serba baru. Kami menerima banyak pujian diberikan terhadap rekaan ini. Hal ini kerana, rekaan ni merupakan suatu anjakan yang agak jauh berbanding rekaan generasi N17.

Rebiu: Nissan Almera Turbo 2020 serba baru tawar kabin senyap, keselesaan dengan enjin Turbo! 02

Perhatikan garis bumbung dan garis badan yang bersepadu dengan begitu cantik. Ditambah dengan jalur hitam maskara yang menutup alis tingkap sehingga ke bahagian but belakang, memberikan imej seolah-olah bumbung terapung. 

Rebiu: Nissan Almera Turbo 2020 serba baru tawar kabin senyap, keselesaan dengan enjin Turbo! 03

Melengkapi Nissan Almera Turbo adalah rim 16 inci rekaan berkembar 5 jejari dua tona aloi. Walaubagaimanapun, rim ini hanya boleh ditemui pada 2 varian atas. Varian pengenalan hanya menerima rim 15 inci berwarna perak.

Rebiu: Nissan Almera Turbo 2020 serba baru tawar kabin senyap, keselesaan dengan enjin Turbo! 04

Varian VLT mempunyai lampu hadapan LED manakala varian selain itu menerima lampu hadapan dan DRL halogen. Lampu belakang LED masih ditawarkan untuk setiap varian.

Rebiu: Nissan Almera Turbo 2020 serba baru tawar kabin senyap, keselesaan dengan enjin Turbo! 05

Bahagian dalaman

Rebiu: Nissan Almera Turbo 2020 serba baru tawar kabin senyap, keselesaan dengan enjin Turbo! 06

Bukan sahaja rekaan luar sahaja yang baru, ruang dalaman juga menerima sentuhan yang baru. Warna 2 tona yang dipaparkan adalah eksklusif terhadap varian paling atas iaitu VLT.

Rebiu: Nissan Almera Turbo 2020 serba baru tawar kabin senyap, keselesaan dengan enjin Turbo! 07

Apa yang meningkatkan lagi suasana kabin adalah skrin digital 7 inci multi-info yang ditempatkan di bersama-sama dengan kluster instrumen meter. Perincian yang sangat baik pada hemat kami dalam memberikan maklumat mengenai kereta dan mudah dibaca.

Rebiu: Nissan Almera Turbo 2020 serba baru tawar kabin senyap, keselesaan dengan enjin Turbo! 08

Menambah daya tarikan sporty Nissan Almera adalah stereng dengan bahagian bawah yang rata. Stereng ini menawarkan semua butang yang diperlukan untuk paparan infotainment dan multi-info. Stereng jenis ini bukan kegemaran kami dan ketiadaan paddle shifter seolah-olah suatu kekurangan untuk keseluruhan imej sporty yang mahu dibawakan.

Rebiu: Nissan Almera Turbo 2020 serba baru tawar kabin senyap, keselesaan dengan enjin Turbo! 09

Sistem infotainment menggunakan unit skrin sentuh 8.0 inci yang hanya menyokong Apple CarPlay. Tolak tepi isu ketiadaan fungsi Android Auto, teks dan keseluruhan antarmuka pengguna (UI) adalah sangat jelas dan baik. Tidak keterlaluan jika kami katakan, inilah sistem infotainment paling jelas dan terang dalam kelasnya.

Rebiu: Nissan Almera Turbo 2020 serba baru tawar kabin senyap, keselesaan dengan enjin Turbo! 10

Keselesaan dan kendalian pemanduan

Rebiu: Nissan Almera Turbo 2020 serba baru tawar kabin senyap, keselesaan dengan enjin Turbo! 11

Nissan Almera Turbo serba baru dijana oleh enjin petrol 3 silinder 1.0 liter berkuasa Turbo yang mampu menghasilkan hingga 100 PS kuasa kuda dan 152 Nm tork. Mungkin bukan suatu bacaan untuk pemanduan laju tetapi masih cukup sebagai kenderaan harian.

Rebiu: Nissan Almera Turbo 2020 serba baru tawar kabin senyap, keselesaan dengan enjin Turbo! 12

Kekuatan Nissan Almera Turbo terletak pada huruf NM nya, iaitu 152 Nm tork. Daya kilas ini agak tinggi dan boleh didapati pada rpm serendah 2,400 rpm. Senang cerita, anda dapat merasai penangan tork tersebut walaupun pada kelajuan rendah; di samping memudahkan anda memotong kereta hadapan.

Rebiu: Nissan Almera Turbo 2020 serba baru tawar kabin senyap, keselesaan dengan enjin Turbo! 13

Sebelum anda teruja dengan enjin Turbo pada Nissan Almera 2020 ini, harus diingatkan bahawa ia masih berkapasiti 1.0 liter. Disebabkan ini, karakter yang diberikan sesuai untuk pemanduan bandar namun masih bergelut pada kelajuan melebihi 100 km/j.

Rebiu: Nissan Almera Turbo 2020 serba baru tawar kabin senyap, keselesaan dengan enjin Turbo! 14

Pelarasan sistem suspensi juga agak baik. Pemanduan mungkin terasa lebih keras sedikit berbanding Toyota Vios tetapi tidaklah sampai tahap tak selesa. Jangan salah anggap, Nissan Almera Turbo sekadar memberikan anda lebih 'rasa' apabila melalui jalan yang tidak rata.

Rebiu: Nissan Almera Turbo 2020 serba baru tawar kabin senyap, keselesaan dengan enjin Turbo! 15

Dengan penggunaan tempat duduk semi bucket yang digelar Zero Gravity oleh Nissan, Nissan Almera Turbo mampu mencapai keselesaan pemanduan yang memuaskan, mungkin sebaik sedan segmen C?

Rebiu: Nissan Almera Turbo 2020 serba baru tawar kabin senyap, keselesaan dengan enjin Turbo! 16

Malah, semenjak acara pratonton Nissan Almera Turbo serba baru, ETCM banyak mengetengahkan bahawa Nissan Almera Turbo khas untuk Malaysia ini mempunyai penebat bunyi yang lebih banyak daripada model di Thailand. Menggunakan meter desibel kami, bacaan yang dicatatkan pada Nissan Almera Turbo adalah sebanyak 68 dB pada kelajuan 110 km/j. Sebagai konteks, ujian kami pada Honda Accord, sedan segmen D mempunyai bacaan sebanyak 69 dB.

Rebiu: Nissan Almera Turbo 2020 serba baru tawar kabin senyap, keselesaan dengan enjin Turbo! 17

Perincian yang diperhalusi turut merangkumi enjin 3 silinder. Walaupun terkenal dengan gegaran, enjin 3 silinder pada Nissan Almera Turbo tidak memberikan sebarang gegaran yang ketara pada stereng ataupun pedal minyak. 

Rebiu: Nissan Almera Turbo 2020 serba baru tawar kabin senyap, keselesaan dengan enjin Turbo! 18

Nissan mendakwa bahawa Almera mampu mencatatkan bacaan sebanyak 5.4 liter / 100 km berdasarkan ujian NEDC R101. Ujian penggunaan minyak dunia nyata yang berjaya  kami capai adalah sebanyak 5.19 liter / 100 km.

Rebiu: Nissan Almera Turbo 2020 serba baru tawar kabin senyap, keselesaan dengan enjin Turbo! 19

Walaupun begitu, kami tidak sempat melakukan ujian pecutan 0-100 km/j akibat kekangan masa, jadi jangkakan angka penggunaan minyak yang lebih tinggi jika mengambil kira ujian pecutan tersebut.

Kesimpulan - Produk yang lebih matang dan perlu diberi peluang

Rebiu: Nissan Almera Turbo 2020 serba baru tawar kabin senyap, keselesaan dengan enjin Turbo! 20

Antara kekangan pada Nissan Almera Turbo adalah pada harganya. Nissan Almera Turbo datang dengan harga yang setanding Proton X50 (tanpa mengambil kira varian Flagship), sebuah nilai yang sukar dibayar apatah lagi dengan pesaing lain yang lebih murah RM 5k.

Rebiu: Nissan Almera Turbo 2020 serba baru tawar kabin senyap, keselesaan dengan enjin Turbo! 21

Dengan perbezaan hampir RM 5k tersebut, Nissan Almera Turbo menawarkan Brek Kecemasan Automatik (AEB) dalam semua varian berbanding kesemua pesaingnya iaitu Toyota Vios dan Honda City bahkan termasuklah Proton X50.

Rebiu: Nissan Almera Turbo 2020 serba baru tawar kabin senyap, keselesaan dengan enjin Turbo! 22

Tawaran nilai semakin baik pada varian pertengahan VLP manakala penambahan untuk varian VLT kebanyakkannya hanyalah sekadar bantuan elektronik. Varian VLP tampak sebagai sebuah sedan segmen B yang lebih berbaloi untuk harganya.

Rebiu: Nissan Almera Turbo 2020 serba baru tawar kabin senyap, keselesaan dengan enjin Turbo! 23

Unit pandu uji kami adalah unit paling tinggi iaitu varian VLT. Ia menerima kamera 360 darjah dengan Blind Spot Monitor dan Rear Cross Traffic Alert. Walaubagaimanapun, harganya telah melepasi tanda RM 90k, nilai yang agak tinggi untuk dibayar.

Rebiu: Nissan Almera Turbo 2020 serba baru tawar kabin senyap, keselesaan dengan enjin Turbo! 24

Ini menyukarkan lagi pilihan apatah lagi Toyota Vios turut mempunyai ciri tersebut dengan harga yang lebih murah. Toyota Vios dikatakan akan menerima kemaskini pada bulan Disember 2020 ini.

Rebiu: Nissan Almera Turbo 2020 serba baru tawar kabin senyap, keselesaan dengan enjin Turbo! 25

Selain daripada AEB, Nissan Almera Turbo memberikan anda penjimatan roadtax yang sangat signifikan. Berapa harga roadtax Nissan Almera Turbo? Hanya RM 20.

Rebiu: Nissan Almera Turbo 2020 serba baru tawar kabin senyap, keselesaan dengan enjin Turbo! 26

Kelebihan Nissan Almera Turbo 2020 terletak pada keselesaan dan kesenyapan pemanduan yang melangkaui pandangan awal ramai pihak. Apatah lagi jika dibandingkan dengan Nissan Almera generasi N17. Toyota Vios lebih kepada sebuah pakej yang baik dalam kesemua aspek.

Rebiu: Nissan Almera Turbo 2020 serba baru tawar kabin senyap, keselesaan dengan enjin Turbo! 27

Oleh itu, adalah menarik untuk melihat respons pemilik awal Nissan Almera Turbo 2020 ini. Ia mempunyai potensi yang agak baik dan harus diberi lebih perhatian tetapi adakah reputasi Nissan dan ETCM sebelum ini bakal menjejaskan penjualannya?

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

Perbincangang Trending

Komen

tradeInTool.upto20

2018 Nissan Almera 1.5L E AT

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Terkini

    Cek Lebih

    Model Terbaru