window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rebiu: Nissan Kicks e-Power 2020 dengan fungsi Satu Pedal, tawar pemanduan menyeronokkan?

Mersita · Oct 12, 2020 07:00 PM

Rebiu: Nissan Kicks e-Power 2020 dengan fungsi Satu Pedal, tawar pemanduan menyeronokkan? 01

Walaupun Nissan Kicks e-Power belum lagi dilancarkan di Malaysia, kita boleh jangkakan kemunculan kereta hibrid ini di tanah air kita menjelang 2021. Rakan kami di Thailand, Autofun, telahpun membuat pandu-uji SUV hibrid ini dan mereka dapati kereta ini amat sesuai dan seronok untuk dipandu di kawasan bandar. Tapi, ada juga kekurangannya yang perlu diberi perhatian.

Rebiu: Nissan Kicks e-Power 2020 dengan fungsi Satu Pedal, tawar pemanduan menyeronokkan? 02

Sebagai permulaan, Nissan Kicks e-Power 2020 diperkenalkan pada peringkat global di Thailand pada Mei 2020. Thailand ialah pasaran pertama di luar Jepun yang menawarkan tren kuasa pemanduan elektrik hibrid e-Power dan ia dipasang tempatan di Thailand untuk ekspot ke negara-negara lain.

Pada bulan September, Nissan Kicks e-Power ini dilancarkan di Indonesia - lantas membuatkannya SUV hibrid paling mampu milik di sana dengan harga 449 juta Rupiah (sekitar RM 126 ribu).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Rebiu: Nissan Kicks e-Power 2020 dengan fungsi Satu Pedal, tawar pemanduan menyeronokkan? 01

Tren kuasa Nissan Kicks e-Power terdiri daripada enjin petrol 3 silinder 1.2 liter yang digunakan sebagai penjana/’generator’ bagi mengecas pek bateri lithium-ion yang memacu roda hadapannya. Motor elektrik EM57 ini mampu menjana 129 PS kuasa kuda dan 260 Nm tork segera.

Sebelum kita pergi ke prestasi enjinnya, jom kita bincangkan dulu tentang kelengkapannya yang dikatakan menawarkan pemanduan yang mudah dan ‘relax’ – iaitu ‘One-Pedal Operation’ (OPO) atau fungsi Satu Pedal.

Rebiu: Nissan Kicks e-Power 2020 dengan fungsi Satu Pedal, tawar pemanduan menyeronokkan? 02

Bagaimanakah prestasi ‘One Pedal Operation’ dalam Nissan Kicks e-Power 2020?

Fungsi satu pedal ini seringkali digunakan di dalam tren kuasa hibrid. Ia boleh diaktivasikan dalam Eco Mode dan Smart Mode, dimana pemandu boleh memecut kereta dengan menekan pedal dan memberhentikan kereta dengan melepaskan pedal yang sama. SUV ini juga dilengkapi dengan perincian keselamatan dimana pemandu boleh menetapkan pengekalan jarak antara bampar hadapan dengan bampar belakang kereta yang diekori.

Rebiu: Nissan Kicks e-Power 2020 dengan fungsi Satu Pedal, tawar pemanduan menyeronokkan? 03

Fungsi mudah ini amat sesuai untuk trafik ‘stop-go’ di kawasan bandar dan ia menawarkan pemanduan mudah dan seronok terutama sekali di jalanraya berbengkang-bengkok. Operasinya fleksibel kerana pemandu boleh mengawal kelajuan dan memperlahankan kereta dengan mengawal tekanan yang diberi pada pedal.

Rebiu: Nissan Kicks e-Power 2020 dengan fungsi Satu Pedal, tawar pemanduan menyeronokkan? 04

Aktifkan Sport Mode dan kehebatan Nissan Kicks e-Power ini di selekoh cukup menyerlah. Dengan tork segera yang ditawarkan oleh motor elektriknya, memandu di selekoh jadi lebih mudah dan menyeronokkan. Ia terasa seperti memandu kereta bertransmisi manual dan menggunakan brek enjin di selekoh, tapi dengan fungsi satu pedal ini pemandu tak perlu kelam-kabut di ruang kaki.

Rebiu: Nissan Kicks e-Power 2020 dengan fungsi Satu Pedal, tawar pemanduan menyeronokkan? 05

Tapi, satu kekurangan yang dikesan ialah nyalaan lampu breknya. Bagi pemandu, memang seronok. Tapi, segelintir pemandu di Thailand mengatakan yang lampu breknya tidak menyala dengan pantas apabila pedal dilepaskan. Menurut Nissan, lampu breknya mungkin tidak menyala jika daya brek kurang daripada 0.1G dan ia jarang sekali terjadi di atas jalan. Tapi, dengan kemungkinan yang ada, mungkin agak sukar bagi pemandu di belakang untuk mengagak kelajuan Nissan Kicks e-Power yang tengah seronok ‘cornering’ di hadapan.

Rebiu: Nissan Kicks e-Power 2020 dengan fungsi Satu Pedal, tawar pemanduan menyeronokkan? 06

Bagaimana prestasi Nissan Kicks e-Power 2020 pada kelajuan tinggi?

Dengan badan kereta yang agak kecil dengan suspension yang terasa stabil dan selesa, Nissan Kicks e-Power boleh dipandu pada kelajuan tinggi dengan yakin tanpa rasa membuai. Cengkamannya di atas jalan agak bagus tanpa gegaran ketara. Dengan pengendalian/’handling’nya yang cukup bagus, kabinnya juga sangat senyap pada kelajuan tinggi.

Rebiu: Nissan Kicks e-Power 2020 dengan fungsi Satu Pedal, tawar pemanduan menyeronokkan? 07

Prestasi enjin pada awal pemanduan amat bagus kerana motor elektriknya memberi respon segera. Tapi, untuk perjalanan jarak ja di kawasan banuh di lebuhraya, motor elektriknya terasa lemah sedikit. Pastinya Nissan Kicks seronok dipandudar, dan kelajuan sekitar 100 – 120 km/jam adalah tahap kelajuan yang paling menyerlahkan kelebihan Nissan Kicks di jalanraya.

Ruang dalaman Nissan Kicks e-Power 2020 – cukup selesa dan luas

Rebiu: Nissan Kicks e-Power 2020 dengan fungsi Satu Pedal, tawar pemanduan menyeronokkan? 08

Satu kelebihan yang boleh dirasai serta-merta apabila melangkah masuk ke dalam ruang kabinnya ialah keluasan – tempat duduknya rendah dan siling kabinnya tinggi. Bagi yang tak berapa tinggi mungkin perlu menaikkan ketinggian kerusi. Bagi yang berketinggian 170 cm, ruang antara kepala dan siling masih agak besar. Ruang kaki bagi penumpang yang duduk di belakang juga cukup luas dan selesa.

Rebiu: Nissan Kicks e-Power 2020 dengan fungsi Satu Pedal, tawar pemanduan menyeronokkan? 09

Bagi varian spesifikasi paling tinggi yang dipandu uji oleh Autofun iaitu varian Nissan Kicks e-Power VL, kemasan kulit berwarna hitam dan jingga pada kerusi, papan pemuka dan di sisi pintu tampak mewah dengan sentuhan premium. Ia dilengkapi dengan stereng pelbagai fungsi, kluster instrumen kombinasi analog dan digital, sistem infotainmen dengan skrin sentuh 8 inci, brek parkir elektrik dan juga sambungan Apple CarPlay.

Rebiu: Nissan Kicks e-Power 2020 dengan fungsi Satu Pedal, tawar pemanduan menyeronokkan? 10

Nissan Kicks e-Power 2020 juga dilengkapi dengan suite penuh ADAS yang merangkumi Brek Kecemasan Berautonomi, Amaran Perlanggaran Hadapan, Kawalan Peluncuran Adaptif, Pengesan Pandangan Keliling, Pengesan Titik Buta dan juga Amaran Trafik Lintas Belakang. Kelengkapan lain seperti ABS, Kawalan Penstabilan Elektronik, Bantuan Brek dan 6 beg udara juga didatangkan standard bagi semua varian.

Rebiu: Nissan Kicks e-Power 2020 dengan fungsi Satu Pedal, tawar pemanduan menyeronokkan? 11

Pandangan keseluruhan

Nissan Kicks e-Power 2020 pasaran Thailand menawarkan pemanduan yang cukup menarik sebagai EV, dimana kuasa dan teknologi digandingkan untuk memberikan pengalaman pemanduan yang agak menyeronokkan. Jika anda mahu rasakan sendiri fungsi satu pedal yang ditawarkan dalam model EV Nissan, anda boleh cuba pandu uji sendiri Nissan Leaf.

Rebiu: Nissan Kicks e-Power 2020 dengan fungsi Satu Pedal, tawar pemanduan menyeronokkan? 12

Tanpa perlu dicas, motor elektriknya dijana sepenuhnya oleh enjin petrol 1.2 liternya. Fungsi satu pedalnya seronok untuk dipandu di bandar besar dan kecil. Kicks e-Power pasaran Thailand hanya dibekalkan dengan satu pilihan tren kuasa. Ada 4 varian yang ditawarkan di Thailand – iaitu S (889 ribu baht), E (949 ribu baht), V (999 ribu baht), dan VL (1.049 juta baht) – anggaran pertukaran lebih kurang ~RM 118,423 hingga ~RM 139,737.

Rebiu: Nissan Kicks e-Power 2020 dengan fungsi Satu Pedal, tawar pemanduan menyeronokkan? 13

Memandangkan hab produksi dan impot Kicks e-Power untuk rantau ini ditetapkan di Thailand, besar kemungkinan kita akan menerima unit CBU apabila ia dilancarkan di Malaysia kelak dengan struktur cukai yang akan mempengaruhi harga tempatannya.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Nissan Kicks International Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda