window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rebiu pemilik: Benelli TRK502X V2, ia tidak berat, ia sahabat karib saya!

Khairil Β· Jan 11, 2021 12:00 PM

Rebiu pemilik: Benelli TRK502X V2, ia tidak berat, ia sahabat karib saya! 01

Mengenai motosikal saya

  • Pemilik: Andy Chin Woon Fook
  • Benelli TRK502X V2
  • Tahun dibeli: 2020
  • Harga: RM32,500 (Tunai)

Jentera Benelli TRK502X ini dibeli oleh saya pada tahun 2020. Model ini adalah versi kedua dan mendapat beberapa sentuhan facelift daripada versi sebelum ini termasuk warna kuning yang sememangnya menambah tarikan motosikal ini.

Proses pemilihan 

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Rebiu pemilik: Benelli TRK502X V2, ia tidak berat, ia sahabat karib saya! 01

Pemilihan motosikal ‘touring’ Benelli TRX502X V2 bagaikan ‘cinta pandang pertama’ buat saya.

Selepas mengumpulkan segala informasi menerusi online, pengalaman pemilik dan teman rapat, ia sememangnya mempengaruhi keputusan saya untuk mendapatkan motosikal yang tepat bagi meraih tunggangan yang menyeronokkan.

Rebiu pemilik: Benelli TRK502X V2, ia tidak berat, ia sahabat karib saya! 02

Pandangan, aspek berbeza dan cita rasa individu mungkin sedikit mengganggu tetapi dengan menggunakan mata, merasainya sendiri dan percaya kepada naluri akan membuatkan anda memperoleh keputusan terbaik mengenai apa motosikal yang paling sesuai untuk anda, terutama sekali yang berpadanan dengan bajet.

Apa yang pasti, reka bentuk maskulin daripada warna kuning TRK502X V2 ini amat mempengaruhi saya dan ia jelas menambah tarikan serta karakter jentera berkenaan.

Rebiu pemilik: Benelli TRK502X V2, ia tidak berat, ia sahabat karib saya! 03

Berpandukan kepada jenama iaitu Benelli, yang dibuat di China. Ramai yang menyoal saya, adakah kamu serius?

Soalan itu sememangnya sentiasa bermain di kotak fikiran saya terutama impresi yang kurang baik daripada motosikal buatan China.

Malah, ia turut membuatkan saya berfikir semula untuk memilih jentera dari jenama lebih terkemuka dan lebih tahan dari Jepun.

Rebiu pemilik: Benelli TRK502X V2, ia tidak berat, ia sahabat karib saya! 04

Antaranya ialah Kawasaki Versys 650 dan Honda CB500X yang secara kasar, kedua-duanya tidak begitu jauh berbeza berbanding TRK502X berdasarkan harga dan spesifikasi.

Bagi saya, Honda CB500X kurang kuasa ketika rpm rendah namun apabila ia melepasi angka 4,000 rpm, ia cukup mengagumkan.

Kedudukan pelana juga sesuai untuk penunggang yang tidak begitu tinggi, namun jika mempunyai pembonceng, ia tidak begitu selesa. Ia juga tidak dilengkapi dengan penghadang tengah dan 'crash bar' dan pilihan untuk jenama 'aftermarket' bagi perkakasan itu juga agak terhad. Begitupun, ia mudah dikendalikan, versetail dan seronok untuk ditunggang dan datang dengan tayar tanpa tiub.

Rebiu pemilik: Benelli TRK502X V2, ia tidak berat, ia sahabat karib saya! 05

Kawasaki Versys 650 pula nampak lebih kecil dan lincah. Ia tidak memberikan gaya penjelajah yang maskulin tetapi memerlukan beberapa penambahan dan juga wang untuk menampakkannya lebih gagah dan nampak lasak. Tetapi ia mempunyai tangki bahan api yang lebih besar, 21 liter berbanding 20 liter bagi pencabarnya yang lain. Selain itu, posisi tunggangan dan pengendaliannya cukup menakjubkan.

Lebih daripada itu, kedua-duanya didatangkan dengan kebolehtahan yang terbukti dengan dan jenama yang cukup dikenali.

Begitupun, kedua-dua motosikal pada pandangan saya tidak mampu memikat hati saya dari sudut kecantikan.

Rebiu pemilik: Benelli TRK502X V2, ia tidak berat, ia sahabat karib saya! 06

Ia bagaikan cinta tiga segi di antara Honda, Kawasaki dan Benelli. Saya seronok menunggang ketiga-tiga jentera ini namun saya hanya boleh memilih salah satu daripadanya.

Selepas pelbagai kajian dan penelitian termasuk perbandingan dari sudut spesifikasi, perasaan saya ketika menunggang ditambah dengan reka bentuk yang gagah terutama di bahagian depan, hati saya akhirnya memilih Benelli TRK502X V2. Reka bentuknya itu sememangnya memberi impak yang sangat besar kepada pemilihan saya.

Bagi mendapatkan keputusan yang lebih bijak, saya mendapat pandangan berguna daripada pakar iaitu David Goh dari Sendayan Motor Nilai, Negeri Sembilan. Beliau mempunyai kepakaran dan nasihat yang diberikan olehnya juga berguna dan membantu saya dalam proses pemilihan, tidak kira dari sudut teknikal termasuk teori asas menunggang dengan cermat.

Rebiu pemilik: Benelli TRK502X V2, ia tidak berat, ia sahabat karib saya! 07

Justeru, saya amat berterima kasih kepada David Goh atas nasihat yang diberikan kepada saya bagi mendapatkan motosikal idaman saya ini. Sebagai makluman, saya membeli motosikal ini di Sendayan Motor Nilai.

Lebih meyakinkan saya, di Sendayan Motor Nilai, mereka bukan saya mementingkan jualan, namun khidmat selepas jualan juga. Permintaan dan populariti sesebuah motosikal ketika ini meningkat dan khidmat selepas jualan memainkan faktor penting bagi mengekalkan pembeli. Ia perlu dipertingkatkan dari tahun ke tahun bagi mengekalkan pembeli setia untuk membeli motosikal baharu di lokasi sama pada masa depan.

Rebiu pemilik: Benelli TRK502X V2, ia tidak berat, ia sahabat karib saya! 08

Justeru, Sendayan Motor Nilai yang sudah beroperasi selama 32 tahun mempunyai ciri-ciri berkenaan. Pada September 2019, mereka membuka satu lagi pusat servis untuk memuaskan hati pelanggan yang terletak di pusat bandar Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan. Ia memang memudahkan saya yang tinggal di Sendayan.

Rebiu pemilik: Benelli TRK502X V2, ia tidak berat, ia sahabat karib saya! 09

Menurut David Goh, Benelli TRK502 sudah dijual di Malaysia sejak 2017 dan permintaan terhadapnya meningkat berikutan ketahanan dan nilai tambah yang diberikan oleh motosikal ini. Selain versi jalanan, versi ofroad untuk TRK502X turut diperkenalkan di Malaysia berikutan permintaannya yang tinggi.

Bagi penunggang di usia pertengahan seperti saya, 38 tahun, pemilihan jentera yang tepat adalah penting. Saya memilih jentera touring kerana karektornya lebih sesuai untuk saya dan posisi tunggangannya yang selesa untuk tunggangan jarak jauh. Saya pernah menjalani pembedahan tulang belakang sebanyak dua kali jadi ergonomik menjadi aspek yang penting untuk tunggangan saya.

Selain daripada perkongsian peribadi, saya juga akan berkongsi pengalaman saya sebagai pemilik Benelli TRK502X V2 dan berharap ia akan dapat dimanfaatkan oleh orang lain.

Rebiu pemilik: Benelli TRK502X V2, ia tidak berat, ia sahabat karib saya! 10

 

Kebolehpercayaan – β˜†β˜†β˜†β˜†

Rebiu pemilik: Benelli TRK502X V2, ia tidak berat, ia sahabat karib saya! 11

Ia perkara yang subjektif dan saya melihat setiap motosikal, tidak kira jenama mempunyai masalah dan karekteristik tersendiri. Apa yang penting adalah, selenggara motosikal anda mengikut apa yang dicadangkan oleh pengeluar dan lebih sensitif terutama dari sudut penjagaan. Sekali pun masih baru dengan motosikal ini, apa yang saya boleh katakan ialah ia boleh dipercayai dan saya tidak pernah berdepan dengan sebarang masalah sepanjang menunggangnya.

Bagi Benelli TRK502X V2, ringkasan kualitinya adalah seperti berikut.

  • Kerja-kerja kimpalan dan cat dipertingkatkan.
  • Penggunaan rangka trellis yang elegan dan berfungsi dengan kekuatan maksimum pada berat minimum dan dicat dengan lapisan  serbuk elektroforesis hitam matte.
  • Lengan ayun yang direka semula dengan kimpalan karbon dioksida.
  • Pelana tempak duduk yang menggunakan jahitan berbanda bagi keselesaan dan ergonomic yang lebih baik.
  • Pelindung tangan yang lebih baik dengan batang pelekap aluminium dan handle grip yang baharu, kedua-dua belah disertakan dengan logo TRK.
  • Pelindung penutup enjin.

Rebiu pemilik: Benelli TRK502X V2, ia tidak berat, ia sahabat karib saya! 12


Tunggangan dan suspensi – β˜†β˜†β˜†β˜†β˜†

Rebiu pemilik: Benelli TRK502X V2, ia tidak berat, ia sahabat karib saya! 13

Dengan berat 235kg dan ketinggian pelana 860mm, ia sememangnya memberikan cabaran bukan saja untuk mengendalikan motosikal ini, malah untuk berada tempat duduknya. Tetapi, ia akan mengagumkan kami bagaimana ringannya jentera ini apabila rodanya mula berputar di jalan raya dan sudut tunggangannya juga amat selesa. Ia dibantu dengan fork teleskopik terbalik di bahagian depan (140mm) dan suspensi belakang spring gegelung teleskopik 45 mm.

Rebiu pemilik: Benelli TRK502X V2, ia tidak berat, ia sahabat karib saya! 14

 

Prestasi Enjin – β˜†β˜†β˜†β˜†

Rebiu pemilik: Benelli TRK502X V2, ia tidak berat, ia sahabat karib saya! 15

Berpandukan kepada angka, ia tidaklah begitu mengagumkan. Begitupun, enjin bersesaran 499.6 cc, Penyejuk Cecair, 4 Lejang, DOCH, 8 Injap dan 2 Silinder (Nisbah mampatan 11.5:1) yang menghasilkan kuasa 47Hp pada 8500 rpm dan tork 46Nm pada 6,000 rpm dipadankan dengan kotak gear 6 kelajuan menghasilkan kuasa yang cukup jika diperlukan. Ia tidak menghampakan termasuk ketika memasuki jalan ofroad ringan dan mendaki bukit. Saya bukannya peminat kelajuan, jadi saya tidak begitu mementingkan ‘top speed.’

Rebiu pemilik: Benelli TRK502X V2, ia tidak berat, ia sahabat karib saya! 16

 

Sistem brek – β˜†β˜†β˜†β˜†

Rebiu pemilik: Benelli TRK502X V2, ia tidak berat, ia sahabat karib saya! 17

Brek dwi cakera bersaiz 320mm dan cakera tunggal 260mm di bahagian belakang menjalankan tugasnya dengan cukup baik. Tindakbalasnya tidak mengecewakan terutama ketika menuruni bukit hasil penambahbaikkan yang dibuat oleh Benelli selain ia turut dipadankan dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Rebiu pemilik: Benelli TRK502X V2, ia tidak berat, ia sahabat karib saya! 18

 

Berbaloi dengan harga – β˜†β˜†β˜†β˜†β˜†

Rebiu pemilik: Benelli TRK502X V2, ia tidak berat, ia sahabat karib saya! 19

Ia amat berbaloi dengan wang yang anda keluarkan berpandukan kepada reka bentuknya yang segar dan didatangkan dengan tiga kotak simpanan serta beberapa lagi aksesori lain yang cukup menarik jika anda mendapatkan jentera ini. Pesaingnya yang lain seperti Honda CB500x dan Kawasaki Versy 650 tidak dapat menandinginya dari sudut berkenaan.

Rebiu pemilik: Benelli TRK502X V2, ia tidak berat, ia sahabat karib saya! 20

 

Kos penyelenggaraan – β˜†β˜†β˜†β˜†

Rebiu pemilik: Benelli TRK502X V2, ia tidak berat, ia sahabat karib saya! 21

Benelli TRK502X memperlukan 3 liter minyak enjin dan penggantian penapis mintak bagi setiap servis dengan selang jarak perbatuan di antara 3,000km dan 6,000km. Apa yang dicadangkan adalah minyak semi sintetik bagi selang perbatuan 3,000km bagi kegunaan harian dan tunggangan bandar dan minyak sintetik penuh dengan jarak selang perbatuan 6,000km bagi perjalanan jauh.

Dengan kapasiti tangka mintak sebesar 20 liter, ia boleh merangkumi jarak 400km bagi tunggangan di lebuhraya dan kira-kira 350km bagi tunggangan di bandaraya. Dari sudut alat ganti, ia juga mudah didapati di seluruh negara dengan harga yang amat kompetitif jika dibandingkan dengan jenama-jenama yang lebih terkenal di Malaysia.

Rebiu pemilik: Benelli TRK502X V2, ia tidak berat, ia sahabat karib saya! 22

 

Kesimpulan – β˜†β˜†β˜†β˜†

Rebiu pemilik: Benelli TRK502X V2, ia tidak berat, ia sahabat karib saya! 23

Kuasa yang dihasilkan oleh enjn Benelli TRK502X dalam apa saja julat putaran rpm cukup baik. Tayar daripada Metzeller juga berfungsi dengan cemerlang dari sudut cengkaman tidak kira di dalam keadaan jalan raya kering mahu pun basah dan tidak perlu bimbang mengenai kehilangan cengkaman. Sudut tunggangannya yang ergonomik juga hebat dan jelas ia motosikal pelbagai guna. Jika berbandukan kepada spesifikasi dan pelbagai lagi aksesori yang ditawarkan oleh Benelli, ia sememangnya cukup berbaloi dengan wang yang anda laburkan.

Rebiu pemilik: Benelli TRK502X V2, ia tidak berat, ia sahabat karib saya! 24

Sebagai tambahan, saya adalah seorang yang meminati pengembaraan dan aktif. Selain itu, saya juga bergiat dalam aktiviti kemasyarakatan dan salah seorang Lembaga Pemegang Amanah Tabung Kebajikan Dan Pendidikan Gerakan Belia 4B (M) Shah Alam (T4BUNG), Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) yang disahkan dan berdaftar dengan LHDN.

Persatuan kami aktif melakukan aktiviti kemasyarakatan terutama di lokasi-lokasi terpencil yang memerlukan bantuan. Begitupun, situasi semasa berikutan penularan Covid-19 ia bukan saja membataskan pergerakan dan  aktiviti saya, malah organisasi yang saya wakili.

Rebiu pemilik: Benelli TRK502X V2, ia tidak berat, ia sahabat karib saya! 25

Di masa depan, saya bercita-cita untuk menunggang Benelli TRK502X - jenama yang dipercayai di seluruh dunia – untuk melakukan penjelajahan Indo-China sejurus pandemik Covid-19 berakhir.

Saya bercadang untuk bekerjasama dengan NGO dari luar negara dengan memberikan keperluan khas kepada golongan sasar. Sebagai rakyat Malaysia, yang bangga dengan peranan dan khidmat yang kami dapat lakukan dan menunjukkan kepada dunia rakyat di negara ini cukup berkasih sayang.

 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda