** This article is published on WapCar Community, represent the opinion of users. Click the link below to enter the community for car enthusiasts in Malaysia
https://www.wapcar.my/forum
Informasi asas
Model kereta yang saya ingin rebiu untuk pembaca WapCar adalah Proton Saga Facelift 2019 spesifikasi unggul keluaran tahun 2020. Model ini berharga RM 39,800 di atas jalan. Saya telah menggunakan kereta ini sejak Ogos 2020.
Kenapa saya beli kereta ini?
Kenapa saya membeli Proton Saga Facelift adalah untuk menggantikan kereta Proton Persona 2009 yang telah dimamah usia dan memerlukan perapian penuh sekaligus mengeluarkan banyak kos.
Proses pemilihan
Sebab-sebab saya memilih kereta ini
Kenapa saya memilih untuk membeli Proton Saga Facelift adalah kerana harganya yang menarik berbanding kereta segmen A lain yang berada di pasaran. Untuk sebuah kereta sedan yang baharu, berharga dibawah RM 40,000 dengan ciri keselamatan asas yang boleh dikatakan wajib diletakkan dalam sesebuah kereta zaman kini, menjadi faktor utama saya untuk memilihnya. Bayangkan, untuk sebuah kereta dengan spesifikasi unggul keluaran Proton dengan harga mampu milik, anda akan mendapati ciri-iri keselamatan yang mungkin remeh dan tidak diperlukan oleh sesetengah orang, tetapi amat bermakna pada suatu saat nanti seperti sensor meletak kenderaan yang berada di hadapan, kamera undur bersama skrin paparan terapung bersaiz 7 inci, sensor 6 pintu yang memberi peringatan jika pintu-intu anda tidak tertutup rapat, ESC, TCS & HHA.
Pengalaman saya
- Saya telah memandu sebanyak 16,095 km
- Purata penggunaan bahan api is 8.4 L/100km
Sebagai seorang yang sangat menggemari kereta nasional, saya begitu kagum dengan terjahan yang diberikan Proton dengan menaiktaraf semula Proton Saga yang gemilang ini. Tidak seperti Proton Saga keluaran 2016 yang meskipun dengan bentuk yang baharu tetapi semasa ia dilancarkan, saya berpendapat bahawa taraf kereta segmen A untuk Proton masih jauh ketinggalan dengan Perodua Bezza yang ketika itu sudahpun terlalu moden sesuai dengan peredaran zaman.
Kini dengan usaha Proton memperkenalkan facelift terbaru, sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada Perodua Bezza untuk bersaing disamping Proton Saga yang kini telah menyertakan paparan info-iburan skrin sentuh terapung sebagai cirinya yang tidak dinafikan lebih hebat dari skrin sentuh Perodua Bezza/Axia/Myvi (pertama dalam sejarah Proton Saga), sistem suara yang hebat mengatasi Proton X50 sendiri, paparan meter yang moden yang tidak terdapat pada Perodua Bezza/Axia/Myvi mahupun Proton Saga yang lepas (terima kasih kepada Geely), serta butang dedikasi pada roda stereng yang mudah digunakan serta selesa kerana butangnya yang besar. Ini secara langsung telah menampakkan ciri-iri moden untuk sebuah kereta segmen A dari Proton dengan harga yang sangat-angat berbaloi untuk varian unggul (Premium)
Kebaikan dan keburukan
Kebaikan
Proton Saga yang terbaharu ini didatangkan dengan transmisi 4AT yang sangat-angat mengagumkan berbanding transmisi CVT yang lembab pada keluaran Proton Saga 2016 (Terima kasih Proton). Transmisi 4AT dari Hyundai ini mengingatkan saya kepada kereta Proton Persona 2009 yang terdahulu dimana sangat lancar untuk dipandu. Selain itu, sistem suara dengan 4 pembesar suara begitu mengasyikkan dan percaya atau tidak, anda boleh melatar bunyi tersebut untuk lebih kuat atau perlahan pada pembesar suara bahagian hadapan atau belakang dengan hanya menggunakan sistem info-iburan yang disediakan, saya tidak jumpa fungsi ini pada kereta Honda HR- varian unggul milik kawan saya. Bagi fungsi pencarian radio pula, ianya semudah ABC, anda hanya perlu mengetik nombor yang disediakan untuk mencari frekuensi, tidak perlulah bergantung pada pencarian automatik yang tradisional seperti selalu. Dari segi pemanduan, Proton Saga ini sememangnya memuaskan hati, dengan sistem Proton Ride & Handling yang tidak dinafikan kehebatannya, kepada penghawa dingin yang membeku mengatasi kereta-ereta mahal yang ada. Saya tidak ingin menceritakan perihal yang lain kerana saya pasti, ramai sudah tahu tentang enjin, tayar atau lain-ain yang biasa dibicarakan dan saya hanya fokus kepada benda-enda kecil yang begitu magikal dimana orang lain mungkin terlepas pandang.
Keburukan
Proton Saga ini walaubagaimanapun masih belum mengikut piawaian zaman moden dimana tiada butang tekan-ula untuk menghidupkan enjin, masih tiada sistem nirkunci yang membolehkan pengguna membuka kereta menggunakan punat pada pembuka pintu, masih belum disediakan sistem AIS yang berhenti secara automatik ketika kereta tidak ditekan minyak, reka bentuk kabin yang masih ditakuk lama seperti generasi Proton Saga yang sebelumnya, minyak yang tidak begitu menjimatkan dek kerana transmisi 4AT yang digunakan. Tetapi untuk kereta segmen A spesifikasi unggul yang berharga RM 39,800 di atas jalan ianya tidak begitu mengesankan kepada para penggunanya.
Pemarkahan
Jumlah markah: 4
Prestasi: 4
Kualiti dan fitur: 4
Ruang: 3
Keselesaan: 5
Penggunaan bahan api: 3
Harga & kos: 5
Huraian
Apa yang boleh saya katakan, Proton Saga Facelift 2019 ini adalah batu loncatan kepada generasi Saga akan datang. Bagi saya, sebagai pengguna Saga ini, ia adalah Saga yang paling sempurna di dalam sejarah pembuatan Saga dari segi teknologinya, mahupun paparan panel meternya & kesungguhan Proton dalam menitikberatkan fungsi yang sekecil alam seperti mikrofon yang diletakkan di bahagian atas kepala berdekatan lampu kabin supaya suara pengguna didengari ketika menghubungkan panggilan suara atau video pada sistem info-iburan. Ini adalah sesuatu yang benar-enar difikirkan oleh Proton untuk memaksimumkan keselesaan penggunanya. Harapan saya, Proton akan menjadikan Proton Saga sebagai sebuah kenderaan nasional yang relevan dan moden pada masa akan datang. Saya percaya yang Proton Saga akan lebih mantap dan diterima kembali kedalam pangkuan masyarakat. Usah risaukan harga jika Proton Saga menaiktaraf ciri-iri yang sama ada pada Perodua Bezza, saya pasti ramai akan membelinya.
Peristiwa menarik
Ada beberapa perkara menarik yang telah saya & Saga yang saya namakan Mahmet, lalui sepanjang musim perintah kawalan pergerakan diadakan. Saya kerap membuat panggilan video untuk perjumpaan syarikat di dalam kereta kerana tahap kedap bunyi yang mengagumkan, pembesar suaranya yang jelas serta mikrofon yang membolehkan suara saya didengari tanpa gangguan bunyi lain. Selain itu, saya pernah hampir kemalangan akibat pemanduan cuai pemandu lain yang terbabas di dalam garisan jalan yang saya sedang lalui dan terima kasih kepada sistem ESC yang cekap menala kembali kereta saya dalam keadaan yang baik, syukurlah kepada tuhan sekiranya tiada fungsi keselamatan tersebut mungkin saya dan keluarga terjunam ke tepi longkang di jalanraya.
📢📢Announcement:
After reading a countless number of Owner Review stories, are you interested in sharing your own story also? WapCar sincerely invites YOU to share the genuine feelings of your car!
You may receive special souvenirs from WapCar! Sign up now to know more! WapCar staff will contact you shortly after you sign up.