window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rebiu Pemilik: Honda City 2020, Mimpi Jadi Realiti

Why I Buy · Nov 21, 2020 02:00 PM

Rebiu Pemilik: Honda City 2020, Mimpi Jadi Realiti 01

Maklumat kereta

1. Model kereta : Honda City V spec 2020
2. Tarikh tempah : 22 Oktober 2020
3. Tarikh terima : 8 November 2020
4. Harga : RM 86,541.45 tanpa insurans

Sebab saya membeli kereta

Kenapa saya beli kereta baru?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sebenarnya kereta ni saya beli sebab nak hadiahkan untuk isteri. Walaupun isteri belum ada lesen kereta lagi, ni salah satu tanda terima kasih saya dekat isteri selama 6 tahun ni sentiasa ada sama-sama dengan saya susah senang, jatuh bangun dalam dunia perniagaan, selalu bagi sokongan yang tak henti-henti dan tak pernah putus asa dengan saya.

Rebiu Pemilik: Honda City 2020, Mimpi Jadi Realiti 01

Kedua saya beli sebab isteri saya memang suka kereta jenama Honda. Sebelum ni, kalau nampak kereta jenama Honda tak kiralah model apa pun, isteri saya mesti takkan berkelip mata. Tapi sekarang ni dah boleh rasa sendiri macam mana rasa naik kereta jenama Honda ini.

Honda City 2020 ni jadi pilihan saya sebab kereta ni model baru, kami antara orang yang terawal memiliki kereta ni dalam Malaysia. Kedua, reka bentuk kereta ni yang sporty dan elegan sesuai untuk orang yang berjiwa muda lebih-lebih lagi umur saya yang baru masuk awal 30-an. Daripada segi dalaman kereta ni, nampak lebih kemas dan tak terlampau penuh dengan butang yang tak perlu. Simple dan teratur, tersusun cantik.

Rebiu Pemilik: Honda City 2020, Mimpi Jadi Realiti 02

Saya pergi ke showroom kereta bila loan dah approve. Maksudnya saya memang betul-betul nak beli kereta Honda City ni walaupun saya tak tengok dan tak rasa lagi duduk dalam kereta tu macam mana. Sebab saya dah terlampau teruja nak hadiahkan kereta ini untuk isteri saya dan masa ni saya belum bagitau lagi kereta ni untuk dia.

Pengalaman memandu-uji

Terus terang, masuk kali ni, saya dah 4 kali beli kereta. Tahun 2010 saya beli Perodua Alza, tahun 2016 saya beli Proton Ertiga, tahun 2018 saya beli Perodua Axia dan tahun 2020 ni saya beli Honda City. Tak pernah sekali pun saya test drive kereta yang saya beli.

Rebiu Pemilik: Honda City 2020, Mimpi Jadi Realiti 03

Saya ni seorang peniaga. Untuk saya beli satu-satu kereta tu, bukannya saya sekali submit terus loan approve. Kadang tu sampai SA pun dah putus asa nak tolong settlekan kes saya. So, bila saya jumpa dengan seorang SA dan beliau berjaya bantu saya untuk luluskan loan, saya rasa sangat terhutang budi dengan SA tersebut. Jadi, saya nak rasa sendiri macam mana perasaan memandu sebuah kereta yang saya dah banyak kali cuba submit loan tapi tak lepas tu bila saya dah berjaya beli kereta tu.

Saya nak rasa sendiri perasaan puas memandu tu bila kereta saya dah berjaya beli. Momen pertama kali memandu tu saya takkan rasa dah kalau saya dah pernah test drive sebelum ni.

Penerangan Exterior

Rebiu Pemilik: Honda City 2020, Mimpi Jadi Realiti 04

Dari luar saya memang terus jatuh hati dengan design kereta Honda City 2020 ni. Mana tidaknya, kereta ni nampak lebih panjang dan lebih rendah daripada model yang sebelum ni. Lampu depan LED yang seakan-akan bersisik tu lagi buatkan kereta ni lebih nampak garang berbanding varian yang lain. Lampu brek belakang seakan-akan lampu kereta BMW buatkan kereta ni lebih nampak mewah dan lebih nampak eksklusif, sesuai dengan identiti yang saya cuba tonjolkan tentang diri saya sebagai seorang peniaga muda berani yang bersedia untuk tempuh apa saja halangan akan datang.

Penerangan Interior

Rebiu Pemilik: Honda City 2020, Mimpi Jadi Realiti 05

Dalaman kereta Honda City 2020 V spec ni nampak sangat mewah dengan kerusi yang dah dibalut dengan kulit. Paling menarik bahagian headrest tempat duduk depan yang nampak sangat mewah seolah-olah kereta ini direka untuk segmen C. Skrin infotaimen yang lebih besar, lebih moden berbanding model sebelum ni yang mana bingkai skrin agak tebal.

Rebiu Pemilik: Honda City 2020, Mimpi Jadi Realiti 06

Untuk model baru ni bingkai skrin lebih kecil. Pertama kali saya memandu kereta yang menggunakan sistem stereng eletronik. Saya perasan bila saya bawa perlahan, stereng sangat lembut dan bila saya bawa sedikit laju, automatik stereng tu jadi lebih tegap dan lebih sedap untuk dipegang. Ruang tempat duduk belakang pun lebih besar dan luas, sebab kereta ni lebih panjang daripada model yang lama.

Rebiu Pemilik: Honda City 2020, Mimpi Jadi Realiti 07

Siap ada aircond vent, buatkan siapa yang duduk belakang tu lebih selesa dan rasa nyaman.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda