window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rebiu Pemilik: Kenapa saya membeli kereta 'uncle?' – Kisah saya membeli Toyota Camry

Zamil Syaheer · Jun 22, 2020 02:44 PM

** Artikel ini ditulis berdasarkan pengalamn pemilik Toyota Camry 2.5V 2019 dan tidak bermakna ia mencerminkan pandangan WapCar.

Chen Kah Khin


Rebiu Pemilik: Kenapa saya membeli kereta 'uncle?' – Kisah saya membeli Toyota Camry 01

Mengenai Toyota Camry 2.5V 2019 milik saya

Saya membeli Toyota Camry 2.5V 2019 ini pada bulan September 2019. Pada masa itu, ia berharga RM197k dengan diskaun ~ RM 5k. Saya berusia 31 tahun ketika itu, dan tidak pernah dalam masa sejuta tahun saya terfikir bahawa saya akan mendapat kereta "uncle" pada usia seperti itu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sebelum kereta ini, saya memiliki Proton Inspira 2.0P 2010. Kereta itu mempunyai semua yang saya perlukan; kebolehpercayaan, keselasaan perjalanan dan pengendalian yang baik. Walaupun sudah 9 tahun, saya masih tidak menghadapi sebarang masalah dan ia berjalan lancar. Apa yang kurang, adalah ciri keselamatan. Ia tidak disertakan dengan bantuan kestabilan kenderaan dan kereta saya yang seterusnya perlu mempunyai ciri keselamatan terkini (AEB). Ini bermaksud saya perlu mencari kereta yang menandakan semua kotak itu.

Keputusan Pembelian

Kereta yang menjadi perhatian saya adalah Honda Accord (generasi ke-9), BMW F30 318i dan Toyota Camry XV70. Pada masa itu, saya mempunyai bajet sebanyak RM ~ 180k yang, sekaligus menjadikan Camry ini melebihi bajet saya. Namun, kerana saya mengetahui bahawa Camry boleh dipercayai dan bebas masalah dalam jangka masa panjang, saya tidak keberatan untuk menanjangkan pinjaman bank sedikit ntuk membeli Camry.

Asalnya, saya merancang pembelian saya sejak Januari 2019, namun saya hanya membuat pembelian pada bulan September 2019 kerana pada awalnya saya benar-benar berminat untuk mendapatkan Honda Accord generasi ke-10. Namun, Accord baharu itu belum tiba dan saya tidak boleh lagi menunggu.

Saya kemudiannya mengatur uji pandu untuk Toyota Camry 2019 pada bulan Ogos 2019. Setelah saya mengujinya, saya tahu saya tidak mahu menunggu Honda Accord baharu kerana secara praktikalnya Camry melebihi jangkauan saya berbanding BMW 318i dan Honda Accord yang semakin tua . Terus saya membuat tempahan dan ianya sampai ke tangan saya sebulan kemudian.

Rebiu Pemilik: Kenapa saya membeli kereta 'uncle?' – Kisah saya membeli Toyota Camry 01

Berjalan ke Toyota Camry 2.5V 2019 sahaja cukup untuk membuat saya tersenyum. Kini hilangnya penampilan bosan oleh sedan segmen D dan disambut oleh garis rupa yang kuat dan penampilan yang muda.

Rebiu Pemilik: Kenapa saya membeli kereta 'uncle?' – Kisah saya membeli Toyota Camry 02

Rebiu Pemilik: Kenapa saya membeli kereta 'uncle?' – Kisah saya membeli Toyota Camry 03

Rebiu Pemilik: Kenapa saya membeli kereta 'uncle?' – Kisah saya membeli Toyota Camry 04

Melangkah masuk ke dalam Toyota Camry 2019 untuk pertama kalinya memberi kejutan yang sangat menyenangkan perasaan. Penyesuaian stereng memori elektrik untuk kecondongan dan teleskopik, dan tempat duduk memori yang bergerak secara automatik setiap kali saya menghidupkan mesin benar-benar memberi saya perasaan "istimewa". Tempat duduknya juga selesa. Memandu pulang, saya tahu saya membuat pilihan yang tepat. Rasanya padat, stabil, dan selesa pada masa yang sama.

Pengalaman

Rebiu Pemilik: Kenapa saya membeli kereta 'uncle?' – Kisah saya membeli Toyota Camry 05

I have been using it for 10 months, clocking around 20,000 km. Being a Toyota, it was relatively problem free, except for some on/off rattles.

Kelebihan:

  • Tahap keselesaan

Rebiu Pemilik: Kenapa saya membeli kereta 'uncle?' – Kisah saya membeli Toyota Camry 06

Bridgestone Turanza T005a – 235/45/R18, lebih kepada keselesaan

Perjalanan yang selesa dengan pengendalian yang baik. Biasanya kita mesti memilih kereta yang datang dengan pengendalian yang baik dengan keselesaan yang buruk, atau kereta yang selesa dengan pengendalian yang baik. Ini tidak untuk kereta ini. Ia mempunyai keseimbangan yang sempurna antara keduanya.

  • Sistem Audio JBL

Rebiu Pemilik: Kenapa saya membeli kereta 'uncle?' – Kisah saya membeli Toyota Camry 07

Reka bentuk yang halus untuk kualiti bunyi yang mengagumkan

Ia mempunyai sistem audio yang mengagumkan, memandangkan ia dilengkapi dengan kereta ini. Tiada kereta dalam julat harga yang hampir dengannya.

  • Ekonomi bahan bakar yang baik

Rebiu Pemilik: Kenapa saya membeli kereta 'uncle?' – Kisah saya membeli Toyota Camry 08

Ya, ia mungkin enjin lama dengan transmisi lama, namun penggunaan bahan api 2AR-FE bagus, kira-kira 10-11km/l dalam perjalanan bandar dan bahkan boleh mencapai 16km/l di lebuh raya.

  • HUD

Rebiu Pemilik: Kenapa saya membeli kereta 'uncle?' – Kisah saya membeli Toyota Camry 09

Paparan HUD dengan maklumat penting

Benar-benar berguna dan terasa premium, saya sekarang jarang melihat kluster instrument. Ini menjadikan pemanduan dalam keadaan buruk menjadi kurang tertekan dan saya boleh fokus di jalan raya.

  • Steering Tenaga Elektrik dengan Fungsi Memori

Rebiu Pemilik: Kenapa saya membeli kereta 'uncle?' – Kisah saya membeli Toyota Camry 10

Akses mudah untuk keluar dan masuk, membolehkan saya mempunyai kedudukan memandu yang sangat bagus.

  • Advanced Driver Assist System (ADAS)

Rebiu Pemilik: Kenapa saya membeli kereta 'uncle?' – Kisah saya membeli Toyota Camry 11

Toyota Safety Sense

Kawalan pelayaran adaptif dan AEB. Setelah anda terbiasa dengan sistem ini, anda tidak akan mahu memandu kereta lain tanpa sistem ini lagi.

Keburukkan:

  • Tiada Apple CarPlay dan Android Auto

Rebiu Pemilik: Kenapa saya membeli kereta 'uncle?' – Kisah saya membeli Toyota Camry 12

Ia tersedia sebagai kemas kini perisian (retrofit oleh Toyota) di Australia dan Amerika. Namun, ia tidak ditawarkan di sini walaupun mempunyai model unit infotainment yang sama.

  • Adaptive Cruise Control (ACC) separuh jalan

Ia tidak akan berfungsi di bawah 39km/j walaupun sistemnya mampu digunakan untuk tujuan untuk trafik berhenti/pergi. (Model Australia mendapat ACC all-speed).

  • Tempat duduk belakang tidak boleh dilipat

Rebiu Pemilik: Kenapa saya membeli kereta 'uncle?' – Kisah saya membeli Toyota Camry 13

Ruang but belakang yang munasabah dengan 493 liter

Berguna untuk mengangkat barang besar yang saya perlu bawa.

  • Tiada kamera 360 darjah

Kadangkala saya terasa agak susah untuk mengagak jarak di bahagian depan, maklumlah ianya adalah sebuah sedan segmen D.

  • Ketiadaan kamera papan pemuka belakang (dashcam)

UMW Toyota berusaha untuk memasukkan kamera papan pemuka depan sebagai standard tetapi mereka tidak memberikan unit untuk bahagian belakang, tidak seperti kereta lain dalam barisan mereka.

Perjalanan saya dengan Toyota Camry 2.5V 2019

Rebiu Pemilik: Kenapa saya membeli kereta 'uncle?' – Kisah saya membeli Toyota Camry 14

Lampu depan projector Bi-LED dengan Auto High Beam

Rebiu Pemilik: Kenapa saya membeli kereta 'uncle?' – Kisah saya membeli Toyota Camry 15

Lampu kabus LED

Rebiu Pemilik: Kenapa saya membeli kereta 'uncle?' – Kisah saya membeli Toyota Camry 16

Lampu iluminasi kaki

Rebiu Pemilik: Kenapa saya membeli kereta 'uncle?' – Kisah saya membeli Toyota Camry 17

Lampu belakang LED sepenuhnya

Saya telah memandu Toyota Camry 2.5V 2019 ini sejak 8 bulan yang lalu dengan jarak kira-kira 20k km di odometer. Pemilikan ini agak tidak dapat dilakukan. Servisnya mudah, terutamanya sekali dengan pengunaan aplikasi Toyota untuk temu janji. Selain itu, saya tidak perlu membuat pengubahsuaian. Inilah yang saya harapkan, sebuah kereta yang baik lagi selamat, selesa dan bebas dari masalah besar.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Toyota Camry 2.5V

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda