window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rebiu Pemilik: Proton Inspira 2.0P 2011 – Kereta pertama saya, lencana M’sia berdarah Jepun

Mersita · May 21, 2022 10:00 AM

Rebiu Pemilik: Proton Inspira 2.0P 2011 – Kereta pertama saya, lencana M’sia berdarah Jepun 01

**Artikel ini asalnya diterbitkan dalam Bahasa Inggeris di WapCar Community, platform perkongsian pendapat dikalangan pembaca. Klik pautan di bawah untuk sertai komuniti peminat kereta di Malaysia

https://forum.wapcar.my/

Maklumat asas tentang kereta saya

Proton Inspira 2.0P 2011

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sebab saya membeli kereta ini

Ketika saya baru saja habis belajar di universiti dan memulakan kerjaya, saya mencari kereta pertama yang tahan lasak, sporty, bersaiz sederhana, banyak kelengkapan dan mampu milik. Inspira memenuhi kebanyakan kriteria ini dan kira-kira 60% daripada alatannya dikongsi dengan Mitsubishi Lancer GT, terutamanya enjin 2.0 4B11. Ia dilengkapi dengan lampu hadapan auto, wiper auto, sistem bunyi yang bagus, tempat duduk selesa, dan stereng sporty.

Proses pemilihan kereta

Rebiu Pemilik: Proton Inspira 2.0P 2011 – Kereta pertama saya, lencana M’sia berdarah Jepun 01

  • Saya ada bajet RM 120,000
  • Model-model yang saya pertimbangkan termasuklah Mitsubishi Lancer GT, Honda Civic

Sebab saya memilih kereta ini

Rebiu Pemilik: Proton Inspira 2.0P 2011 – Kereta pertama saya, lencana M’sia berdarah Jepun 02

  • Rupa bentuknya (terutamanya potensinya dengan naiktaraf aftermarket)
  • Kuasa
  • Pengendalian
  • Kualiti binaan (trim kayu tiruannya masih nampak cantik sehingga ke hari ini)
  • Saiz
  • Kebanyakannya diperbuat daripada komponen Jepun (enjin, filter, dll.)
  • Harga (~RM 20,000 lebih murah berbanding kereta Jepun lain yang serupa)

Pengalaman penggunaan

Rebiu Pemilik: Proton Inspira 2.0P 2011 – Kereta pertama saya, lencana M’sia berdarah Jepun 03

  • Saya sudah mencapai mileage 210,569 km.
  • Betul-betul tahan lasak (tak pernah buat hal sejak 10 tahun)
  • Selesa untuk dipandu dan bagi penumpang – pengendaliannya sangat bagus terutamanya di selekoh
  • Nampak hebat terutamanya dengan beberapa naiktaraf estetika

Kelebihan Proton Inspira saya

Rebiu Pemilik: Proton Inspira 2.0P 2011 – Kereta pertama saya, lencana M’sia berdarah Jepun 04

  • Kuasa cukup hebat
  • Pengendalian bagus
  • Selesa dan kabin luas
  • Kelengkapan cukup
  • Tahan lasak

Kekurangan Proton Inspira saya

Rebiu Pemilik: Proton Inspira 2.0P 2011 – Kereta pertama saya, lencana M’sia berdarah Jepun 05

  • Penebat bunyi kurang baik
  • Tiada cermin sisi elektronik
  • Kotak gear CVT semput
  • Alat ganti mahal kerana kebanyakannya jenama Mitsubishi
  • Tetapan suspension yang agak lembut

Rumusan

Rebiu Pemilik: Proton Inspira 2.0P 2011 – Kereta pertama saya, lencana M’sia berdarah Jepun 06

Inspira ialah kereta pertama yang saya miliki sendiri. Ia dilancarkan tepat pada masanya dan dengan harga sesuai apabila saya mencari kereta pertama setelah balik dari luar negara. Proton melancarkannya sebagai alternatif kepada dua pilihan utama yang saya pertimbangkan juga; antara Mitsubishi Lancer GT vs. Honda Civic.

Sebagai Mitsubishi Lancer GT rebadge pada harga lebih kurang RM 20,000 lebih murah, kereta ini serta-merta menjadi alternatif yang sangat menarik dan akhirnya meyakinkan saya untuk membelinya. Kereta ini sudah bersama saya sejak 10 tahun lalu dan mengikut sejarahnya, ia telah mengembara di seluruh Semenanjung Malaysia dan menemani saya sepanjang naik-turun hidup saya. Jalan-jalan lepak di waktu malam, naik ke Genting, berjalan ke Penang untuk bercuti, melawat bandar-bandar kecil untuk menenangkan fikiran, balik kampung dan macam-macam lagi semuanya lancar dan menyeronokkan bersama Inspira.

Kisah menarik

Ia menarik banyak perhatian apabila saya masuk ke lobi Shangri La apabila saya mula-mula membeli kereta ini dan pergi ke majlis konvokesyen adik saya di hotel berkenaan. Ramai yang macam tak percaya kereta saya ini model Proton dan mengatakan yang ia nampak sebiji macam Mitsubishi.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda