window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rebiu: Perodua Ativa 1.0 AV – ‘highway king’ Malaysia baru ganti Myvi?

Zamil Syaheer · Mar 19, 2021 08:00 PM

Rebiu: Perodua Ativa 1.0 AV – ‘highway king’ Malaysia baru ganti Myvi? 01

Setelah saya memandu pelbagai jenis model Perodua bermula dari model ikonik Kancil sehingga ke Aruz, sejujurnya saya rasa begitu teruja untuk menguji pandu Perodua Ativa 2021.

Rebiu: Perodua Ativa 1.0 AV – ‘highway king’ Malaysia baru ganti Myvi? 02

Ini kerana ia merupakan Perodua pertama yang menggunakan enjin turbo dan juga platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA), jadi ini bukan calang-calang produk – ini adalah ‘game changer’.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga baca: Platform DNGA Perodua Ativa (D55L) – pengendalian, perjalanan lebih selesa dari Proton?

Rebiu: Perodua Ativa 1.0 AV – ‘highway king’ Malaysia baru ganti Myvi? 01

Jadi, adakah Perodua Ativa mencapai tahap jangkaan saya? Jom kita terjah.

Eksterior – Tidak radikal, garis dan lekuk yang ‘simple’

Rebiu: Perodua Ativa 1.0 AV – ‘highway king’ Malaysia baru ganti Myvi? 02

Perodua Ativa nampak seperti evolusi berbanding revolusi, dengan reka bentuk yang tidak terlalu radikal - ringkas dan sedap mata memandang. Sekilas pandang, Ativa memberikan anda rasa seperti ingin mengembara dengannya.

Ada yang berpendapat ia nampak seperti MINI – lain orang, lain pendapat, betul tak?

Rebiu: Perodua Ativa 1.0 AV – ‘highway king’ Malaysia baru ganti Myvi? 03

Dari segi saiz pula, Ativa besar sedikit berbanding Perodua Myvi dan juga lebih tinggi. Ia bukanlah sebuah SUV yang paling cantik, tetapi kerana ianya produk terbaru di Perodua, maka ramai orang di jalan yang menunjuk simbol tangan bagus, melemparkan senyuman, malah ada yang menahan saya ketika uji pandu untuk melihat kereta ini dengan lebih dekat.

Rebiu: Perodua Ativa 1.0 AV – ‘highway king’ Malaysia baru ganti Myvi? 04

Sekilas pandang, Ativa nampak kecil. Tetapi seperti kereta Perodua yang lain, dalamannya agak luas.

Interior – Toyota RAV4 versi mini!

Rebiu: Perodua Ativa 1.0 AV – ‘highway king’ Malaysia baru ganti Myvi? 05

Berbanding Proton X50, kabin Perodua Ativa banyak menggunakan plastik keras. Tetapi, penggunaan dan sentuhannya terasa jauh lebih berkualiti berbanding produk Perodua yang kita dah biasa tengok.

Rebiu: Perodua Ativa 1.0 AV – ‘highway king’ Malaysia baru ganti Myvi? 06

Papan pemuka Ativa nampak lebih kompleks dan bersudut, serta nampak lebih kepada reka bentuk semasa berbanding futuristik yang ada pada Proton X50. Sayangnya, tiada penyangkuk beg tangan di sisi tempat duduk penumpang depan dan juga tiada pembaca Smart Tag.

Rebiu: Perodua Ativa 1.0 AV – ‘highway king’ Malaysia baru ganti Myvi? 07

Tiada penyangkuk beg tangan seperti Myvi.

Posisi pemanduan Ativa juga tinggi, memudahkan anda untuk melihat segalanya di bahagian luar. Ianya juga terus menukar persepsi penglihatan dan tumpuan anda ketika anda melihatnya dari luar.

Kualiti pembinaan interior amat baik, cuma elemen berwarna merah di corong penghawa dingin dan tempat duduk nampak macam penambahan saat terakhir, tak kena dengan keseluruhan interior.

Rebiu: Perodua Ativa 1.0 AV – ‘highway king’ Malaysia baru ganti Myvi? 08

Beralih ke sistem infotainment pula, sebenarnya kami agak kecewa kerana tiadanya fungsi Android Auto dan Apple CarPlay, walaupun ianya dilengkapi dengan fungsi Smartlink (mirror link). Tetapi sejujurnya, anda takkan pakai sangat fungsi Smartlink ini kerana ianya agak leceh dan tidak praktikal.

Juga baca: Kenapa kereta anda wajib ada Apple CarPlay dan Android Auto? Ini sebabnya

Kualiti bunyi audio yang dimainkan pula jauh lebih baik daripada mana-mana model Perodua sebelum ini, tetapi ianya masih bass masih kurang padat dan tahap kejelasan tidak begitu diperhalusi.

Rebiu: Perodua Ativa 1.0 AV – ‘highway king’ Malaysia baru ganti Myvi? 09

Tetapi jika anda pernah cuba sistem infotainment dan audio pada model Perodua lain, memang ianya begitu teruk dan kurang sedap.

Senang cerita, ianya sebuah unit infotainment yang agak asas. Malah, tiada peta terbina di dalam sistem infotainment Ativa ini. Kamera pandang belakang ada, tetapi ianya bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana ciri ini adalah kelengkapan standard untuk kereta era masa kini.  

Rebiu: Perodua Ativa 1.0 AV – ‘highway king’ Malaysia baru ganti Myvi? 10

Satu ciri yang agak mengagumkan adalah meter kluster digital – agak jarang bagi kereta dalam julat harga begini.

Rebiu: Perodua Ativa 1.0 AV – ‘highway king’ Malaysia baru ganti Myvi? 11

Meter kluster digital pada Ativa mempunyai reka bentuk yang sedap mata memandang, dan paling 'best' ianya boleh diubahsuai mengikut citarasa anda. 

Rebiu: Perodua Ativa 1.0 AV – ‘highway king’ Malaysia baru ganti Myvi? 12

Tempat pemegang cawan, teringat Perodua Myvi.

Pengalaman pemanduan – Responsif, lancar, dan sedap

Rebiu: Perodua Ativa 1.0 AV – ‘highway king’ Malaysia baru ganti Myvi? 13

Sejujurnya, saya mempunyai tahap jangkaan yang tidak terlalu tinggi untuk Ativa kerana sudah biasa dengan perwatakan enjin 3 silinder yang tidak begitu lancar. Lagi-lagi dengan penggunaan transmisi 4 kelajuan automatik yang sememangnya ketinggalan zaman.

Rebiu: Perodua Ativa 1.0 AV – ‘highway king’ Malaysia baru ganti Myvi? 14

Tetapi Ativa berjaya merubah persepsi saya kerana penghantaran kuasa di roda depan amat lancar dan begitu responsif. Tiada rasa seperti Ativa tidak cukup kuasa ataupun tork.

Nak memotong atau memecut pun amat mudah. Talaan transmisi automatik CVT Perodua untuk pemanduan gaya rakyat Malaysia amat ‘spot-on’.

Rebiu: Perodua Ativa 1.0 AV – ‘highway king’ Malaysia baru ganti Myvi? 15

Seperti Nissan Almera dengan enjin 1.0 liter bercas turbo, anda jangan memandang remeh terhadapnya kerana ia terasa seperti anda mengguna enjin berseseran lebih besar.

Dalam ujian 0-100 km/j, Ativa mencatatkan masa 13.2 saat, satu catatan masa yang agak baik untuk SUV kecil urban. Lagipun unit pandu uji ini masih lagi mempunyai bacaan odometer kurang dari 1,000 km.

Rebiu: Perodua Ativa 1.0 AV – ‘highway king’ Malaysia baru ganti Myvi? 16

Pemanduan ‘cruising’ di lebuh raya pun santai dan rileks sahaja kerana Ativa mampu mencapai kelajuan 110 km/j (dan lebih) dengan begitu mudah. Anda pasti tak percaya yang ni adalah enjin 1.0 liter.

Brek nya pula memerlukan anda memijak dengan lebih dalam untuk berhenti – karakter brek tipikal yang biasa ada pada kereta Perodua. Bukan tak makan tau!

Rebiu: Perodua Ativa 1.0 AV – ‘highway king’ Malaysia baru ganti Myvi? 17

Saiz Ativa yang kompak membuatkannya mudah untuk dipandu dan tidak menakutkan pemandu biasa. Sama ada anda baru saja mendapat lesen memandu ataupun memerlukan kereta yang boleh dipandu dari poin A ke B tanpa sebarang masalah, Ativa memang sesuai.

Rebiu: Perodua Ativa 1.0 AV – ‘highway king’ Malaysia baru ganti Myvi? 18

Sayang tiada pelarasan teleskopik, boleh naik dan turun sahaja.

Penglihatan secara keseluruhan agak baik kerana mudah untuk mengagak posisi kereta anda ketika memandu. Posisi pemanduan yang tinggi adalah faktor terbesar disini. Cuma pelarasan sterengnya bukan teleskopik, hanya boleh naik dan turun sahaja.

Rebiu: Perodua Ativa 1.0 AV – ‘highway king’ Malaysia baru ganti Myvi? 19

Tidak, ini bukan simbol agenda Illuminati.

Dari segi keselamatan pula, Ativa dilengkapi dengan Advance Safety Assist (ASA) versi 3.0 yang paling baru. Saya agak kagum dengan betapa konsisten dan responsif ciri ini berfungsi, terutamanya lane departure warning (LDW) dan lane keep assist (LKA).

Kedua-dua ciri ini berfungsi dengan baik pada keadaan cuaca yang terang, memudahkan pemanduan jarak jauh. Cuma pada waktu malam, ianya kurang efektif. Mungkin ia memerlukan radar yang lebih sensitif?

Juga baca: Perodua Ativa (D55L) dengan ASA 3.0 - 'standby' tengok pemilik bodoh 'try' fungsinya sampai ter-over

Rebiu: Perodua Ativa 1.0 AV – ‘highway king’ Malaysia baru ganti Myvi? 20

Selain itu, saya amat menyukai ciri adaptive cruise control (ACC) pada SUV cilik ini. Bagi sebuah kereta dalam julat harga RM 80k, ini salah satu kelengkapan yang amat canggih.

Tahap keselesaan – Perodua paling selesa setakat ini

Rebiu: Perodua Ativa 1.0 AV – ‘highway king’ Malaysia baru ganti Myvi? 21

Jika anda pernah memandu Perodua sebelum ini, ianya bukanlah sebuah jenama yang terkenal dengan keselesaan. Ia terasa seperti Perodua membelanjakan sedikit masa, wang dan fokus untuk penalaan suspensi dan penyerap hentak (termasuklah Aruz). Janji boleh jual banyak.

Tetapi lain pula dengan Ativa, kerana ianya selesa serta mempunyai kualiti pemanduan yang baik. Bezanya seperti langit dan bumi.

Rebiu: Perodua Ativa 1.0 AV – ‘highway king’ Malaysia baru ganti Myvi? 22

Kalau anda nak tahu, Perodua Ativa mempunyai talaan suspensi yang lebih keras berbanding Toyota Raize/Daihatsu Rocky kerana talaan asalnya terlalu lembut untuk rakyat Malaysia. 

Tetapi ia tidaklah terlalu keras, sesedap rasa, menyerap segala lubang dan lekuk di jalan raya tanpa rasa kasar. Cuma pada kelajuan yang tinggi, ia sedikit membuai.

Rebiu: Perodua Ativa 1.0 AV – ‘highway king’ Malaysia baru ganti Myvi? 23

Merah mak ngah?

Tempat duduknya agak lebar, selesa, mempunyai sokongan peha dan sisi yang mengcukupi. Cuma seperti saya katakan pada awal artikel ini, warna merah ini nampak seperti penambahaan saat akhir.

Bagaimana pula dengan tahap kebisingan interior? Untuk enjin 3 silinder dengan julat harga sebegini, ianya boleh diterima. Bunyi ‘compressor’ penghawa dingin juga tidaklah kuat.

Dengan meter bacaan tahap bunyi, kami mencatatkan bacaan ini:

Tahap kebisingan kabin Perodua Ativa
0 km/h (AC off) 43 dB
0 km/h (AC on) 47 dB
60 km/h (AC on) 60 dB
90 km/h (AC on) 68 dB
110 km/h (AC on) 70 dB

Rebiu: Perodua Ativa 1.0 AV – ‘highway king’ Malaysia baru ganti Myvi? 24

Bunyi angin dan tayar tidak terlalu mengganggu dan anda boleh bersembang dengan penumpang anda. Dalam nada yang berbeza, getaran pada keadaan statik dan kelajuan merangkak masih boleh didengar. Tidak dinafikan, Proton X50 jauh lebih baik dalam mengurangkan isu getaran enjin 3 silinder.

Juga baca: Bridgestone Turanza T005A dipilih sebagai kelengkapan 'ori' untuk Perodua Ativa varian H & AV

Penggunaan bahan bakar – kereta masih baru lagi…

Rebiu: Perodua Ativa 1.0 AV – ‘highway king’ Malaysia baru ganti Myvi? 25

Unit uji pandu yang kami pandu hanya ada 63 km di odometer. Kereta pun belum habis ‘run-in’ lagi, jadi tak adil untuk kami melakukan ujian penggunaan bahan bakar.

Demi memuaskan perasaan ingin tahu, kami masih menjalankan ujian penggunaan bahan bakar untuk melihat angka apa yang akan keluar. Dengan jarak perjalanan 255 km (60% bandar raya, jalan raya 40%) pada meter perjalanan dan 20.38 liter bahan bakar, kami mendapat angka bacaan 7.9 liter/100 km.

Rebiu: Perodua Ativa 1.0 AV – ‘highway king’ Malaysia baru ganti Myvi? 26

Untuk pengetahuan anda, angka yang didakwa oleh Perodua adalah 5.29 liter/100 km dan apabila unit Perodua Ativa yang dibeli oleh WapCar telah habis ‘run-in’, kita akan cuba dan lihat sejauh mana kebenaran ini.

Juga baca: ‘Running-in’ kereta baru anda, adakah masih relevan?

Konklusi – adakah Ativa akan menjadi kereta baru kesukaan rakyat Malaysia? 

Rebiu: Perodua Ativa 1.0 AV – ‘highway king’ Malaysia baru ganti Myvi? 27

Masih segar dari pelancarannya, apa yang kami dapat rumuskan ialah Perodua Ativa merupakan sebuah SUV kecil yang bagus dengan daya tarikan yang disukai ramai.

Kualiti dan prestasinya juga tidak mengecewakan. Ciri-ciri yang ada menarik dan kami ingin tahu sejauh mana prestasi Ativa pada masa akan datang.

Rebiu: Perodua Ativa 1.0 AV – ‘highway king’ Malaysia baru ganti Myvi? 28

Adakah ia boleh dipercayai dan tahan lasak? Adakah SUV ini akan menjadi kereta kegemaran Malaysia baru berbanding Myvi? Masa akan menentukannya.

Bacaan lanjut:

Perodua Ativa 2021 dilancarkan - 1.0L Turbo, D-CVT, harga bermula dari RM 62k!

Aksesori Gear Up untuk Perodua Ativa 2021, kasi tambah kit nampak lagi garang!

Kit keselamatan standard Perodua Ativa 2021 lebih banyak daripada Proton X50!

Perodua Ativa 2021: Varian X, H, AV - yang mana patut anda beli?

Mitos atau fakta – Perodua Ativa (D55L) ada tayar ganti ataupun tidak?

Perodua Ativa 2021 tiada giliran menunggu berbulan-bulan, boleh dapat secepat mungkin!

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda