window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rebiu: Peugeot 3008 facelift 2021 - mampukah aura Perancis tarik perhatian dari SUV Jepunis?

Haris Β· Nov 27, 2021 08:00 PM

Rebiu: Peugeot 3008 facelift 2021 - mampukah aura Perancis tarik perhatian dari SUV Jepunis? 01

Pengedar yang baru dilantik untuk jenama Peugeot di Malaysia, Bermaz Auto Alliance (BAuto) baru-baru ini telah melancarkan Peugeot 3008 facelift 2021 bersama-sama Peugeot 5008 facelift 2021. Kedua-dua SUV segmen C itu menandakan model pertama yang akan dilancarkan oleh BAuto, berdepan saingan seperti Honda CR-V, Mazda CX-5 dan Volkswagen Tiguan Allspace.

Rebiu: Peugeot 3008 facelift 2021 - mampukah aura Perancis tarik perhatian dari SUV Jepunis? 02

Sebagai rujukan, model pemasangan tempatan (CKD) 2021 Peugeot 3008 facelift berharga RM 161,616 (dengan pengecualian SST). Sebagai perbandingan, model Peugeot 3008 pra-facelift yang dibawa dari luar (CBU) berharga dari RM 143k. Suatu kenaikan harga yang agak terurus untuk sebuah kereta conti.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kami berpeluang untuk memandu uji Peugeot 3008 facelift 2021 ini bagi memberikan anda tanggapan pertama kami tentang SUV segmen C tersebut. Selepas menghabiskan sehari dengan Peugeot 3008 facelift, kami berpendapat ia masih menawan seperti biasa.

Rebiu: Peugeot 3008 facelift 2021 - mampukah aura Perancis tarik perhatian dari SUV Jepunis? 01

Mari kita mulakan dengan perubahan terbesar - fascia hadapan. Gril tanpa bingkai baharu dan lampu hadapan yang direka bentuk semula dengan lampu siang DRL bergaya taring membawakan Peugeot 3008 facelift selari dengan tema reka bentuk semasa Peugeot. Di bahagian belakang, lampu belakang baharu dinaik taraf dengan penampilan gaya cakar kuku 3 dimensi Peugeot dengan lampu penunjuk tatal (scrolling indicator lights).

Rebiu: Peugeot 3008 facelift 2021 - mampukah aura Perancis tarik perhatian dari SUV Jepunis? 02

Secara peribadi, kami merupakan peminat reka bentuk Peugeot 3008, setanding dengan reka bentuk Mazda CX-5, dan model facelift memperkuatkan lagi panache Perancis yang menjadi kekuatan Peugeot. Dengan rekaan yang sebegitu anggun, hati pembeli tentunya sudah terpaut dengan Peugeot 3008 facelift.

Rebiu: Peugeot 3008 facelift 2021 - mampukah aura Perancis tarik perhatian dari SUV Jepunis? 03

Bergerak ke bahagian dalaman, ia sama mewahnya dengan bahagian luar. Reka letak keseluruhan, kualiti binaan dan pemilihan bahan adalah antara yang terbaik ditawarkan dalam segmen ini. Tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa ia tampil unik dan tidak ditiru oleh mana-mana pengeluar lain.

Rebiu: Peugeot 3008 facelift 2021 - mampukah aura Perancis tarik perhatian dari SUV Jepunis? 04

Kemas kini yang paling ketara ialah sistem infotainmen skrin sesentuh 10-inci yang menyegarkan bahagian dalam. Paparan skrin infotainment ini begitu jelas di mata dengan resolusi tinggi dan tatalan operasi yang responsif. Dengan skrin luas tambahan, tetapan kawalan suhu sentiasa dipaparkan di bahagian tepi secara digital.

Rebiu: Peugeot 3008 facelift 2021 - mampukah aura Perancis tarik perhatian dari SUV Jepunis? 05

Ia juga tidak lokek dengan fungsi moden. Terdapat pad pengecasan nirwayar untuk peranti yang serasi dengan piawaian Qi. Walaubagaimanapun, bahagian dalam masih mengekalkan rekaan yang hampir sama dengan model pra-facelift justeru bermaksud kesemua ciri-ciri masih kekal.

Rebiu: Peugeot 3008 facelift 2021 - mampukah aura Perancis tarik perhatian dari SUV Jepunis? 06

Ketika duduk di bahagian pemandu, anda mungkin akan merasai bahawa stereng yang dipegang sangat kecil untuk sebuah SUV. Tidak dilupakan juga, gugusan meter instrumen perlu dilihat di atas stereng dan bukannya melalui celahan stereng.

Hal ini memberi alasan yang tepat mengapa stereng yang ditawarkan kecil dan rata pada bahagian atas. Walaupun pada awalnya pemandu mungkin terasa sedikit kekok, tetapi sebenarnya ia mudah untuk dibiasakan.

Kebiasaan lain yang perlu disesuaikan adalah tuil kawalan jelajah (cruise control) yang sedikit tersorok dan pemandu perlu melalui sub-menu untuk sekadar mengubah suai tetapan iklim.

Rebiu: Peugeot 3008 facelift 2021 - mampukah aura Perancis tarik perhatian dari SUV Jepunis? 07

Semasa bergerak, ia memandu sebaik model sebelum ini. Casis berkeupayaan dinamik dan stereng ternyata reaktif pantas dengan tindak balas kepada input yang diberikan oleh pemandu.

Pandu uji kami dengan Peugeot 3008 facelift agak singkat, membawa kami ke Genting Highlands dan menunjukkan prestasi yang mengagumkan di sekitar selekoh Genting yang terkenal. Tidak pernah lagi sebuah SUV dipandu serancak ini, sehingga ia terasa berdosa kerana mengatakan SUV sedap dipandu.

Rebiu: Peugeot 3008 facelift 2021 - mampukah aura Perancis tarik perhatian dari SUV Jepunis? 08

Enjin 1.6 liter pengecaj turbo (167 PS, 240 Nm) yang digandingkan dengan transmisi automatik 6-kelajuan dikekalkan dari model terdahulu, oleh itu karakter yang sama dirasai. Dalam mod biasa, ia agak tenang di mana tindak balas pendikit lewat sedikit dan penghantaran kuasa kurang bersemangat.

Rebiu: Peugeot 3008 facelift 2021 - mampukah aura Perancis tarik perhatian dari SUV Jepunis? 09

Justeru, itulah gunanya mod Sport. Di dalam mod Sport ini, Peugeot 3008 facelift 2021 akan membuatkan trenkuasa terjaga dari lena dengan menajamkan tindak balas pendikit, menambah berat pada stereng, dan menyalurkan bunyi enjin artifisial ke ruangan kabin.

Rebiu: Peugeot 3008 facelift 2021 - mampukah aura Perancis tarik perhatian dari SUV Jepunis? 10

Ia juga menunggang dengan cemerlang seperti sebelum ini, menyerap keadaan jalan yang tidak rata di Lembah Klang dengan penuh wibawa sambil mengekalkan kawalan. Dari segi penalaan suspensi, kami menganggap Peugeot 3008 lebih canggih daripada Honda CR-V dan Mazda CX-5.

Rebiu: Peugeot 3008 facelift 2021 - mampukah aura Perancis tarik perhatian dari SUV Jepunis? 11

Satu lagi kualiti yang dibawa dari model terdahulu ialah penghalusan perincian. Kami tidak membawa pengukur desibel bunyi untuk mengukur dengan objektif tetapi secara subjektif, kabin terasa senyap seperti dahulu. Semua sumber bunyi bising diredam dengan baik untuk memberikan pengalaman pemanduan yang tenang.

Konklusi

Rebiu: Peugeot 3008 facelift 2021 - mampukah aura Perancis tarik perhatian dari SUV Jepunis? 12

Peugeot 3008 akan terus menjadi pilihan bukan popular di kalangan pembeli SUV segmen C. Nilai jualannya yang paling kuat ialah reka bentuk, dalaman dan luaran, diikuti dengan keselesaan dan kehalusan sebuah SUV continental.

Kemaskini pada model facelift tidak menangani mana-mana masalah yang kami hadapi dengan model pra-facelift 3008 (ini hanya sekadar pandu uji ringkas, nantikan ulasan yang lebih mendalam apabila kami menerimanya). Kami membayangkan, jika anda merupakan seorang yang berseni, mungkin kenderaan anda juga haruslah kelihatan berseni. Peugeot 3008 facelift adalah seni yang boleh anda pandu justeru adakah ia akan cocok dengan gaya hidup anda?

Baca: Pelancaran 2021 Peugeot 3008 dan 5008 facelift - 1.6L turbo, CKD Malaysia dari RM 161k!

 

 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Peugeot 3008 Allure

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda