window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rebiu: Proton Iriz 2019 1.6 Premium CVT, untuk yang gemar memandu

Faisal · Aug 22, 2020 01:15 PM

Rebiu: Proton Iriz 2019 1.6 Premium CVT, untuk yang gemar memandu 01

  • Antara kereta yang mantap untuk dipandu
  • Peningkatan yang ketara berbanding sebelumnya
  • Tetapi bagaimanakah ia berbanding dengan Myvi?

Anda ingat tak ketika Perodua Myvi mula diperkenalkan di Malaysia? Tidak ada yang menyangka ia akan menjadi sebuah hatchback yang laku macam pisang goreng panas. Sejak diperkenalkan pada tahun 2005, lebih daripada 1 juta unit Myvi telah dihasilkan.

Proton agak kelewatan dalam permainan hatchback lima pintu. Kami mengetengahkan lima pintu kerana Proton mempunyai model Satria Neo hatchback tetapi ia didatangkan hanya dengan tiga pintu. 

Rebiu: Proton Iriz 2019 1.6 Premium CVT, untuk yang gemar memandu 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dengan penampilannya yang cantik, ia datang dengan pelbagai ciri-ciri yang menarik seperti Penarafan 5 Bintang ASEAN NCAP, kelengkapan Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) sebagai standard pada semua varian (pada tahun 2014!), dan Variable Valve Timing (VVT). Ini semua adalah ciri-ciri yang melebihi jangkaan ramai orang pada waktu itu.

"Proton Ride & Handling" yang mantap dan pilihan transmisi 5-kelajuan manual pada enjin 1.6 liter juga digemari ramai. Malangnya pilihan transmisi manual sudah dihentikan.

Rebiu: Proton Iriz 2019 1.6 Premium CVT, untuk yang gemar memandu 01

Walaupun dilengkapi dengan pelbagai ciri yang jauh lebih baik dari Myvi pada ketika itu, angka jualan Iriz kurang memberangsangkan. Kualiti pemasangan yang kurang memuaskan, transmisi CVT yang kurang lancar dan kadar penjimatan bahan api yang kurang mengagumkan mendorong pengguna untuk memilih Myvi

Jadi bagaimana Proton nak selamatkan model Iriz mereka ini? Kebetulan beberapa tahun lepas, syarikat kereta dari China iaitu Geely memegang 49.9% saham dalam Proton. Memang cantik masanya.

Rebiu: Proton Iriz 2019 1.6 Premium CVT, untuk yang gemar memandu 02

Sebagai rakan strategik kepada Proton, Geely telah membawakan standard dan sumber daya global mereka melalui reka bentuk, teknologi, mutu pemasangan dan jaminan kualiti kepada Proton.

Dengan taraf setinggi Proton X70 (model pertama yang lahir di bawah pakatan baru), apa yang akan terjadi pada model Proton yang sedia ada? Jawapannya terletak pada Proton Iriz 2019 yang telah dikemaskini.

Rebiu: Proton Iriz 2019 1.6 Premium CVT, untuk yang gemar memandu 03

Ini adalah model pertama yang dikemaskini pada era Proton-Geely. Proton telah melakukan lebih daripada 367 peningkatan pada Iriz yang menjanjikan pemanduan yang lebih baik, kecekapan bahan api dan sistem komunikasi yang lebih interaktif.

Tidak Lagi Berbunyi-bunyi

Salah satu langkah pertama yang dilaksanakan oleh Geely pada Proton adalah meningkatkan taraf jaminan kualti mereka dengan memastikan setiap kereta yang dikeluarkan Proton City di Tanjung Malim setaraf dengan kereta buatan Geely dan Volvo dari segi kualiti pemasangan.

Setelah memandu Iriz yang lama dan yang baru ini, memang perbezaan kualitinya ibarat langit dan bumi. Kalau dulu, macam-macam bunyi korang boleh dengar baik dari bahagian interior ataupun mekanikal disekeliling. Pendek kata, NVH dia memang teruk.

Rebiu: Proton Iriz 2019 1.6 Premium CVT, untuk yang gemar memandu 04

Kini, tahap kemasan panel-panel pada kereta baru ini disatukan dengan lebih baik dan tidak lagi mengeluarkan bunyian dan getaran kecil.

Namun, ini tidak menghilangkan hakikat bahawa ia masih belum setanding dengan saingannya. Tahap bunyi dalam kabin hanya mencatatkan bacaan 69 dB pada kelajuan 60 km/j dan menjadi ketara apabila kelajuan meningkat. 

Rebiu: Proton Iriz 2019 1.6 Premium CVT, untuk yang gemar memandu 05

CVT yang lebih baik tetapi belum mencukupi

Tahukah anda bahawa Geely juga menggunakan transmisi CVT milik Punch yang terdapat pada model mereka seperti Emgrand GL? Hasilnya, jurutera Proton dan Geely boleh bertukar pengetahuan dan bekerjasama untuk meningkatkan penalaan CVT mereka.

Kesan daripada penambahbaikan ini jelas terasa kerana transmisinya cepat memberi tindakbalas oleh input pendikit. Ini akan memberikan pengalaman pemanduan yang jauh lebih menyenangkan pada kelajuan rendah.

Rebiu: Proton Iriz 2019 1.6 Premium CVT, untuk yang gemar memandu 06

Walaupun hanya memiliki 109 PS dan 150 Nm tork, pecutan masih terasa kurang memuaskan dengan sedikit kelewatan dari segi penghantaran kuasa. Kesan ini lebih ketara jika anda membawa ramai penumpang kerana CVT Iriz memerlukan beberapa saat untuk memberikan tork yang memuncak pada 4,000 rpm.

Kekurangan lain pada transmiri Iriz ialah putaran enjin mencecah 3,000 rpm pada 110 km/j, angka yang agak tinggi untuk sebuah CVT. Meraung transmisi tu.

Rebiu: Proton Iriz 2019 1.6 Premium CVT, untuk yang gemar memandu 07

Berbanding dengan pesaing moden, CVT dari Punch ini masih kekok dan lembab. Apa-apa pun, kita kena menghargai usaha Proton kerana telah membuat transmisi itu jauh lebih lancar dan cekap berbanding versi sebelumnya.

"Hai Proton, Apa Yang Boleh Anda Bantu Saya?"

Perubahan terbesar Iriz kali ini ialah sistem infotainment sesentuh GKUI (Global Key User Interface) 7 inci oleh Geely yang mempunyai sambungan 4G bagi varian Premium. Dengan itu, pengguna boleh menggunakan perintah suara "Hi Proton" seperti dalam X70 untuk mengawal sistem navigasi oleh Baidu Maps dan memainkan musik secara streaming.

Rebiu: Proton Iriz 2019 1.6 Premium CVT, untuk yang gemar memandu 08

Mutu grafik pada paparannya sangat jelas dan sistem operasinya lancar seperti telefon pintar moden. Ini mungkin skrin sesentuh yang paling lancar pernah kami lihat dalam segmen ini.

Namun begitu, sistem ini mungkin telah disesuaikan untuk penggunaan pasaran tempatan kerana terasa sedikit rumit untuk membuka aplikasi Google Maps / Waze ataupun Spotify.

Rebiu: Proton Iriz 2019 1.6 Premium CVT, untuk yang gemar memandu 09

Pada masa yang sama, sistem perintah suara "Hi Proton" tidak dilengkapi ciri seperti X70 yang membolehkan pengguna mengawal fungsi utama kenderaan seperti operasi tingkap dan penyaman udara. Iriz ini mendapat versi perintah suara yang lebih asas dan terhad. Namun begitu, ia cukup menarik kerana sistem ini adalah yang pertama dalam segmennya.

Adakah Proton Telah Memperbaiki Kekurangan Pada Proton Iriz?

Transmisinya lebih responsif daripada sebelumnya tetapi masih belum setanding dengan CVT moden. Berdasarkan ujian kami, Proton Iriz 2019 1.6 Premium CVT mencatatkan masa pecutan 0-100 km/j dalam 11.6 saat dan mengambil masa 4.2 saat untuk berhenti.

Rebiu: Proton Iriz 2019 1.6 Premium CVT, untuk yang gemar memandu 10

Bunyi dalam kabin mencatatkan bacaan 69 dB pada kelajuan 60 km/j dan meningkat kepada 70 dB pada kelajuan 80 km/j. Menariknya, ia masih mengekalkan bacaan 70 dB pada kelajuan 110 km/j. Walaupun kualiti kabin dibina dengan lebih baik, bunyi bising daripada enjin masih kedengaran. 

Ekonomi bahan api boleh dipertingkatkan lagi. Setelah memandu sejauh 112.1 km (70% bandar; 30% lebuh raya), Iriz menggunakan 9.38 liter bahan api dimana jika diterjemahkan menjadi 8.36 L/100 km.

Rebiu: Proton Iriz 2019 1.6 Premium CVT, untuk yang gemar memandu 11

Walaupun beberapa aspek yang masih boleh diperbaiki, tidak dinafikan bahawa Proton telah banyak berusaha untuk membuat Iriz kekal relevan dengan pesaing.

Tetapi Apabila Semua Pembaharuan Disatukan…

Iriz telah menjadi sebuah kereta yang cukup memuaskan untuk dipandu dengan stereng yang mantap, casis yang seimbang dan sistem suspensi yang cekap. Kini dengan kabin yang lebih baik dan transmisi yang lebih responsi, ia telah meningkatkan pengalaman pemanduan Iriz ke tahap yang lebih tinggi.

Kualiti perjalanan dan pengendalian Iriz setanding dengan jenama besar seperti Volkswagen dan Peugeot. Ini adalah kereta yang mengekalkan keyakinan pemanduan dalam apa jua keadaan di samping menawarkan kualiti perjalanan yang cukup selesa walaupun pada permukaan yang tidak sempurna.

Rebiu: Proton Iriz 2019 1.6 Premium CVT, untuk yang gemar memandu 12

Anggaplah ia mempunyai sifat kelincahan seperti Mazda 2 dengan keselesaan perjalanan seperti Toyota Yaris. Mutu pemanduan adalah sesuatu yang anda tidak dapat pada kenderaan Perodua kerana mereka lebih fokus kepada pengunaan dalam bandar. Hal Ini tidak menentukan siapa yang lebih bagus kerana Myvi dan Iriz mempunyai pembeli dengan penggunaan yang berbeza.

Rebiu: Proton Iriz 2019 1.6 Premium CVT, untuk yang gemar memandu 13

Kesimpulannya

Proton sebenarnya mempunyai cita-cita besar untuk hatchback kecil ini kerana pada permulaannya, projek Iriz yang bergelar "GSC" (Global Small Car) telah dibangunkan bersama Lotus. Namun begitu, Iriz tidak berjaya menjadi sebuah model yang laris seperti Myvi.

Rebiu: Proton Iriz 2019 1.6 Premium CVT, untuk yang gemar memandu 14

Mungkin sentuhan daripada Geely adalah apa yang diperlukan oleh Iriz selama ini. Dengan harga berjulatkan RM 36,700 hingga RM 50,700, Proton Iriz 2019 mempunyai pakej yang menarik bagi mereka yang menghargai pemanduan yang mengagumkan serta memiliki kabin yang baik dan selesa.

Rebiu: Proton Iriz 2019 1.6 Premium CVT, untuk yang gemar memandu 15

Inilah sepatutnya apa yang dilancarkan oleh Proton pada tahun 2014.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Proton Iriz 1.3 Standard CVT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda