window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rebiu: Proton X50 2020 – baik dan buruk SUV paling popular di Malaysia!

Mersita · Dec 29, 2020 08:00 PM

Rebiu: Proton X50 2020 – baik dan buruk SUV paling popular di Malaysia! 01

Proton X50 2020 dah boleh dikira mencapai tahap selebriti. Manakan tidak, ia cukup popular bukan saja dalam kalangan orang-orang muda, tapi juga di kalangan mak ayah, makcik pakcik, ibu mertua dan yang seangkatan dengannya. Nampak jiran bawa balik X50, semua pakat intai dari pintu.

Begitulah “the X50 effect” yang boleh menyatu-padukan jiran tetangga dan memulakan perbualan antara mereka.

Rebiu: Proton X50 2020 – baik dan buruk SUV paling popular di Malaysia! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Antara yang dibualkan pastilah harga, keselesaan, prestasi dan sebagainya. Jika anda tak ada jiran yang boleh kongsi rebiu ikhlas tentang X50, kami lah ‘jiran’ yang anda cari-cari. Jom kami ceritakan pengalaman terperinci kami tentang Proton X50 Flagship – varian X50 dengan spesifikasi tertinggi.

Rebiu: Proton X50 2020 – baik dan buruk SUV paling popular di Malaysia! 01

Rupa paras luaran – Orang pasti toleh dua kali

Kalau anda pandu X50 di jalanraya mana-mana sekarang, ‘confirm’ orang pandang. Kami alaminya sendiri apabila memandu-uji SUV ini. Ada abang ‘rider’ yang tiba-tiba bagi isyarat tangan ‘thumbs up’, dan ada juga orang yang memandu kereta lebih mahal dari X50 curi-curi pandang dari dalam kereta mewah mereka.

Rebiu: Proton X50 2020 – baik dan buruk SUV paling popular di Malaysia! 02

X50 memang jelas nampak garang. Rekaannya cukup sesuai dengan selera orang kita – asalkan kereta nampak maskulin dan agresif, pastinya ia satu pembelian berbaloi dengan harga yang ditawarkan.

Rebiu: Proton X50 2020 – baik dan buruk SUV paling popular di Malaysia! 03

Anda suka Citric Orange dan atap hitam? Style, kan?

Dengan garisan dan lekuk yang tajam, roda 18 inci, serta lampu hadapan dan lampu brek LED melengkapkan paras badan kereta ini, dan ia tak semestinya perlu warna yang terang-terang belaka untuk nampak menonjol.

Rebiu: Proton X50 2020 – baik dan buruk SUV paling popular di Malaysia! 04

Kami pasti ramai yang tertarik dengan warna merah. Tapi, bagi kami warna bukanlah satu-satunya perkara yang membuatkan X50 cantik dari segi luarannya. Letak lah apa-apa warna sekalipun, rekaan badan X50 memang dah cukup mengancam.

Rebiu: Proton X50 2020 – baik dan buruk SUV paling popular di Malaysia! 05

Ikut arah jam dari kiri ke kanan: Corak fiber karbon pada ‘lip’ hadapannya, ‘air curtains’ yang berfungsi, corong ekzos quad yang asli dengan ‘diffuser’ bercorak fiber karbon, dan juga ‘spoiler’ standard.

Kami hargai yang Proton memaparkan corak fiber karbon di perincian kecil hadapan dan belakangnya untuk memberikan SUV ini lebih seri dan bergaya.

Rebiu: Proton X50 2020 – baik dan buruk SUV paling popular di Malaysia! 06

‘Daytime running lights’ LED pada X50 juga berfungsi sebagai lampu signal – satu perincian yang biasa dilihat pada kereta-kereta Mercedes-Benz dan Audi, bukannya kereta RM 100 ribu.

Langsir udara yang berfungsi melengkapkan bahagian hadapan dan ‘quad-tailpipes’ di belakang. Ia mengingatkan kita pada salur udara palsu pada Honda HR-V 2020 yang nyata tewas dalam aspek ini. Sedan segmen B seperti Nissan Almera 2020 dan Honda City 2020 pun tidak diberi tip ekzos yang cantik.

Rebiu: Proton X50 2020 – baik dan buruk SUV paling popular di Malaysia! 07

Oleh itu, kami tiada masalah langsung dengan rupa paras dan rekaan badan SUV ini. Ada orang kata macam 'baby Evoque'.

Rebiu: Proton X50 2020 – baik dan buruk SUV paling popular di Malaysia! 08

Tambahan pula, kualiti binaannya yang bagus menyokong lagi rupa bentuknya yang menawan. Jurang panelnya juga cukup sekata – tidak lebih 1 milimeter bezanya pada kedua-dua sisi manakala ketebalan catnya pula direkodkan sekitar 120 mikrometer.

Ruang dalaman – Nampak cantik tapi boleh ditambah-baik lagi

Rebiu: Proton X50 2020 – baik dan buruk SUV paling popular di Malaysia! 09

Kami pasti ramai yang kagum dengan kemasan ruang kabinnya yang cantik. Tapi, kami akan bincangkan dengan lebih mendalam lagi selain daripada nilai estetikanya yang sudah cukup elok.

Rebiu: Proton X50 2020 – baik dan buruk SUV paling popular di Malaysia! 10

'Enveloping Cockpit': Ruang dalamannya sepatutnya menyerupai kokpit di dalam jet

Kemasan dwi-tona hitam dan merah (boleh didapati hanya pada varian Flagship dan Premium) dilihat padan dengan penggayaan kabinnya. Tapi, ia ada kekurangan yang kami dapati terutama sekali pada jenis material yang digunapakai untuk kabinnya.

Rebiu: Proton X50 2020 – baik dan buruk SUV paling popular di Malaysia! 11

Lampu LED cukup terang untuk kelengkapan kabin.

Ada bezanya antara kualiti binaan dengan kualiti bahan/material yang digunakan. Bagi kami, yang penting bukan saja ‘look’, tapi ‘feel’-nya juga.

Rebiu: Proton X50 2020 – baik dan buruk SUV paling popular di Malaysia! 12

Kluster instrumen LCD 7 inci dipenuhi dengan maklumat berguna, termasuklah navigasi dan fungsi-fungsi ADAS. Yang dilihat di sini ialah mode pemanduan ‘Normal’.

Di dalam X50, kualitinya cukup padu. Butang pada konsol tengahnya dan juga pada stereng memberikan maklumbalas taktil yang memuaskan, berbeza dengan kebanyakan kereta buatan Jepun. Tombol dan punatnya nampak cantik dan juga sedap digunakan walaupun ditekan dengan kuat tanpa sebarang bunyi pelik.

Rebiu: Proton X50 2020 – baik dan buruk SUV paling popular di Malaysia! 13

Tombol dan punatnya sedap ditekan. Kabinnya juga dilengkapi slot pemegang kad seperti di gambar bawah sebelah kiri.

Satu kekurangan yang kami lihat ialah pemegang pintunya yang diperbuat daripada plastik dan bukannya besi. Ia terasa rapuh dan tidak stabil, berbunyi kosong apabila digunakan, dan ia nampak gayanya macam mudah patah jika tidak cukup berhati-hati.

Rebiu: Proton X50 2020 – baik dan buruk SUV paling popular di Malaysia! 14

Nampak kuat, tapi rasanya tidak begitu kuat apabila dipegang.

Ada beberapa bahagian pada ruang kabinnya yang diperbuat daripada plastik keras, seperti bahagian konsol tengahnya dan bahagian bawah papan pemukanya. Bahagian atas papan pemukanya dan pintunya diperbuat daripada plastik lembut pada sentuhan.

Kualitinya agak sederhana, tapi padan dengan kereta pada julat harga sebegini yang kebanyakannya tidak dikemaskan dengan plastik lembut pada mana-mana bahagian dalamannya.

Rebiu: Proton X50 2020 – baik dan buruk SUV paling popular di Malaysia! 15

Selain dari itu, kerusi kulit X50 ini juga bukanlah begitu selesa. Ia juga tidak cukup licin dan terasa seperti melekat ke baju dan kulit dengan agak kuat. Dari segi sokongan badan pula, kami akan bincangkan di bawah dengan lebih lanjut.

Kami sedar yang harganya pada tahap mampu-milik, tapi jika anda mahukan sesuatu yang betul-betul premium, pililah Mazda CX-3.

Ruang dalaman – Infotainmen biasa-biasa saja

Rebiu: Proton X50 2020 – baik dan buruk SUV paling popular di Malaysia! 16

Sistem navigasi melalui AMAP.

Walaupun ia tiada Android Auto dan Apple CarPlay, sistem infotainmennya dengan skrin sentuh 10.25 inci berfungsi dengan agak baik. Ia lancar, skrin terang dan jelas ditambah pula dengan sistem arahan suara “Hi Proton” yang agak responsif. Kurangnya cuma sistem ini tidak kenal Bahasa Malaysia.

Rebiu: Proton X50 2020 – baik dan buruk SUV paling popular di Malaysia! 17

Ada masalah sikit bila letak telefon bimbit, contohnya, di ruang simpanan ini. Asyik tertekan butang kawalan iklim

Tapi, ada beberapa perkara yang membuatkan ruang dalamannya leceh sedikit. QD Link (fungsi cerminan telefon bimbit) masih agak menjengkelkan dan penggunaannya tidaklah semudah Auto atau CarPlay, oleh itu kami jarang gunakannya. Sistem AMAP biasa-biasa saja tanpa fungsi seperti Google Maps atau Waze yang boleh beri amaran sekatan jalan dan sebagainya.

Rebiu: Proton X50 2020 – baik dan buruk SUV paling popular di Malaysia! 18

Anda juga boleh melaras tetapan-tetapan kecil melalui skrin infotainmennya seperti warna tema kluster instrumen dan jenis bunyi amaran untuk lampu hadapan dan sebagainya. Ia juga dilengkapi pelaras ‘equaliser’, tapi ia tidak begitu membantu kualiti audionya yang biasa-biasa saja.

Rebiu: Proton X50 2020 – baik dan buruk SUV paling popular di Malaysia! 19

Perumahnya mempunyai perincian yang bagus.

Kualiti audio melalui 6 buah ‘speaker’ (dengan muzik dimainkan menerusi sambungan Bluetooth) boleh diterima. Pelarasan ‘equaliser’ tidak begitu memberi efek kepada tahap bunyinya, manakala muzik yang dimainkan sememangnya tak cukup bass dan jelas.

Rebiu: Proton X50 2020 – baik dan buruk SUV paling popular di Malaysia! 20

Satu perkara yang menebus kekurangan X50 ialah punat kawalan infotainmen yang ada pada sterengnya. Ia mudah digunakan dan kami sukakan fungsi ‘mute to pause’ yang ada. Ia nampak seperti perkara biasa tapi ia cukup memudahkan pemandu.

Ruang dalaman – Sudut pandang yang jelas tapi bukanlah yang paling praktikal

Rebiu: Proton X50 2020 – baik dan buruk SUV paling popular di Malaysia! 21

Kamera 360 darjah tidak begitu ‘sharp’, tapi masih cukup jelas untuk penggunaan pada waktu malam.

Sudut pandang dari dalam SUV ini amat bagus. Anda boleh dapat rasakan posisi pemanduan SUV yang tinggi dan selesa. Walaupun anda naiktaraf ke SUV ini dari kereta rendah seperti Vios atau Myvi contohnya, ia masih cukup mudah untuk dipandu dan dikemudi ke dalam kotak parkir.

Rebiu: Proton X50 2020 – baik dan buruk SUV paling popular di Malaysia! 22

Jurangnya agak besar. Pelarasan tempat duduk elektrikal hanya disediakan untuk pemandu.

Jika anda rasanya dengan lebih lama sedikit, anda akan dapati yang aspek ergonomiknya patut dipertingkatkan. Kerusinya jadi kurang selesa kerana dasarnya yang rendah dan ini tidak memberi sokongan peha yang mencukupi.

Jika anda berbadan tinggi atau mahu mencari posisi memandu yang betul dan selesa, lutut dan peha anda akan rasa kurang sedap terutama sekali apabila memandu jarak jauh.

Rebiu: Proton X50 2020 – baik dan buruk SUV paling popular di Malaysia! 23

Tapi, sekurang-kurangnya kerusi penumpang di belakang mempunyai ruang kaki yang agak luas (jarak lutut dan kerusi depan 3 bola tenis) bagi seorang dewasa berketinggian 175 cm. Ruang kepala pula cuma berjarak 1 bola tenis.

Rebiu: Proton X50 2020 – baik dan buruk SUV paling popular di Malaysia! 24

Bagi mereka yang mempunyai masalah pergerakan, perlu diingatkan yang pintu belakangnya tidak dapat dibuka dengan seluas-luasnya. Digabungkan lagi dengan gerbang roda yang tebal, proses keluar-masuk kereta mungkin agak sukar bagi sesetengah orang terutama sekali yang OKU atau berkerusi roda. Dalam aspek ini, HR-V dan XV adalah pilihan yang lebih bagus.

Rebiu: Proton X50 2020 – baik dan buruk SUV paling popular di Malaysia! 25

Unit rebiu yang kami perolehi tidak dilengkapi dengan pintu but berkuasa (pakej pilihan sebahagian daripada pakej aksesori Utility bernilai RM 3,300 atau Urban bernilai RM 3,500).

Pintu but belakang agak berat dan ia tidak didatangkan dengan pemegang – hanya ada butang pelepas pintu but. Ia tidak begitu praktikal dan jari anda boleh terlepas. Ia akan jadi lebih menjengkelkan jika anda terpaksa membuka dan menutupnya semula jika ia tidak tertutup rapat pada cubaan pertama.

Rebiu: Proton X50 2020 – baik dan buruk SUV paling popular di Malaysia! 26

Tempat duduk belakangnya boleh dilipat 60:40, tapi tiada ruang di bawah penutup lantai but kerana ia adalah untuk tayar ganti.

Bagi mereka yang mempunyai keluarga besar, fikir dulu masak-masak sebelum membeli X50 – terutama sekali jika inilah satu-satunya kereta keluarga anda. Kelapan-lapan pemegang cawannya gagal dalam ujian botol besar kami, dan ruang butnya adalah yang paling kecil dalam kelasnya iaitu 330 liter sahaja. Sumbat satu ‘stroller’ dan sebiji dua beg pakaian pun dah penuh.

Rebiu: Proton X50 2020 – baik dan buruk SUV paling popular di Malaysia! 27

Panel pemilih gear dan ruang simpanan kecil tidak dilengkapi pencahayaan. Ia agak sukar dilihat pada waktu malam, terutama sekali jika anda hendak mencari soket elektrik atau port USB.

Selain dari itu, ‘glove box’nya agak kecil dan kebanyakan ruang simpanan kecilnya hanya cukup untuk botol air mineral kecil dan beberapa item-item kecil.

Rebiu: Proton X50 2020 – baik dan buruk SUV paling popular di Malaysia! 28

Apabila berbincang tentang penggunaan ruang kabin, masih banyak lagi yang Geely/Proton boleh pelajari daripada orang Jepun. Contohnya, falsafah 'Man Maximum/Machine Minimum' dari Honda menjadi asas kepada praktikaliti kereta-kereta mereka yang nyata juara dalam kelasnya.

HR-V ialah contoh terbaik bagi falsafah ini dengan konsol tengah dua-tingkatnya serta butang-butang kawalan yang mudah dicapai.

Rebiu: Proton X50 2020 – baik dan buruk SUV paling popular di Malaysia! 29

Ruang simpanan kecil di bawah salur penghawa dingin memang bagus. Ruang simpanan di dalam perehat lengan tengah juga cukup sesuai untuk beg duit dan telefon pintar.

Prestasi pemanduan – Proton masih mantap

Rebiu: Proton X50 2020 – baik dan buruk SUV paling popular di Malaysia! 30

Bila mencari rebiu X50, anda pasti akan jumpa persoalan tentang tetapan enjin 3 silindernya yang dikombinasikan bersama kotak gear DCT 7 kelajuan. Ada yang menentang, ada yang kata enjin 3 silinder OK saja.

Rebiu: Proton X50 2020 – baik dan buruk SUV paling popular di Malaysia! 31

Tapi, yang pasti 177 PS dan 255 Nm lebih daripada cukup bagi pemanduan harian. Walaupun kami dapat rekodkan pecutan 0 – 100 km/jam selama 8.6 saat (hampir sesaat bezanya dengan kenyataan Proton iaitu 7.9 saat), di dalam penggunaan dunia sebenar pecutan 60 – 90 km/jam-lah yang paling penting.

Rebiu: Proton X50 2020 – baik dan buruk SUV paling popular di Malaysia! 32

Boleh kalahkan Perodua Myvi ke?

Dalam aspek ini, X50 cukup cemerlang. Pecutannya lembut dan linear. Walaupun dalam mode Eco, pecutan memotong cukup mudah dan ia lebih mudah lagi jika dalam mode Sport.

Apabila ditetapkan pada mode Sports, pemetaan transmisinya akan menahan gear pada kadar yang lebih lama. Jangan dibiarkan saja sepanjang masa kerana kereta akan rasa ‘tersedak’ dan agresif pada kelajuan rendah.

Rebiu: Proton X50 2020 – baik dan buruk SUV paling popular di Malaysia! 33

Walaupun sukar untuk dapatkan peluncuran yang lembut pada tayar bersaiz 18 inci, resipi pemanduan dan pengendalian Proton yang masyhur mampu membuatkan kereta ini sedap dipandu sambil menyerap hentakan jalan tidak rata dengan baik – sesuatu yang juga disumbang oleh tayar Continental UC6 yang bagus.

Disebabkan oleh suspensinya yang lembut, X50 akan terasa sedikit membuai di selekoh dan simpang bila dipandu pada kelajuan tinggi. Perkara ini tidak perlu begitu dibimbangkan kerana pengendalian SUV ini saja sudah cukup bagus.

Rebiu: Proton X50 2020 – baik dan buruk SUV paling popular di Malaysia! 34

Tapi, breknya boleh diperbaiki lebih lagi kerana modulasinya agak kurang. Anda akan rasa seperti ia tak begitu ‘tangkap’ pada awalnya dan ia akan tiba-tiba terasa selepas itu.

Rebiu: Proton X50 2020 – baik dan buruk SUV paling popular di Malaysia! 35

‘Feel’ sterengnya pula cukup hebat. Stereng berkuasa elektronik (EPS) tidak terasa begitu ringan seperti stereng Almera, tapi perkara ini bagus sebenarnya kerana anda akan dapat lebih maklumbalas tentang kedudukan/posisi tayarnya.

Rebiu: Proton X50 2020 – baik dan buruk SUV paling popular di Malaysia! 36

Bagi 99% pembeli di luar sana, pemanduannya sudah cukup bagus bagi kebanyakan orang. Jika anda ingin mencari kereta lebih berkuasa untuk ‘touge’ atau nak ‘corner’ gila-gila, SUV ini bukan jawapannya.

Keselesaan pemanduan – sangat bagus sebagai kereta keluarga

Rebiu: Proton X50 2020 – baik dan buruk SUV paling popular di Malaysia! 37

Pemanduannya yang selesa cukup hebat sama seperti luarannya. Ia pastinya tidak terlalu bergegar apabila terlanggar bonggol pada kelajuan yang laju sedikit, dan ia juga kekal selesa pada jalan tidak rata.

Senang cerita, anda boleh tidur nyenyak dalam X50.

Rebiu: Proton X50 2020 – baik dan buruk SUV paling popular di Malaysia! 38

Penebat bunyi di fender hadapan.

Penebat bunyinya yang tebal mampu menyerap bunyi dengan baik dan hasilnya kabin yang senyap. Secara keseluruhannya, ia lebih bagus daripada HR-V.

Ujian NVH (Noise, Vibration, Harshness) Proton X50 2020
Kelajuan Tahap bunyi kabin
Idle (air-cond off) 42 dB
Idle (air-cond on) 45 dB
60 km/h 62 dB
90 km/h 65 dB
110 km/h 68 dB

Perlu diingatkan yang bunyi angin agak ketara terutama sekali apabila dipandu di lebuhraya pada kelajuan tinggi. Mungkin ‘strakes’ tambahan di cermin sisi dan ‘visor’ pintu boleh selesaikan masalah ini.

ADAS – cukup sempurna

Rebiu: Proton X50 2020 – baik dan buruk SUV paling popular di Malaysia! 39

Kawalan Peluncuran Adaptif (ACC) tanpa bantuan stereng. Ia juga mempunyai fungsi ‘stop-and-go’.

Satu tambahan baru pada model jenama ini ialah Kawalan Peluncuran Pintar (ICC) iaitu sebahagian daripada sistem pemanduan berautonomi Tahap 2 yang didatangkan dengan kereta ini.

ICC berfungsi dengan bantuan pengetengah lorong (bantuan stereng) bagi membantu kereta ini kekal pada lorongnya. Sistem ini berfungsi dari keadaan pegun hingga 150 km/jam dan ia juga diaktifkan apabila kereta dipandu di selekoh/simpang.

Rebiu: Proton X50 2020 – baik dan buruk SUV paling popular di Malaysia! 40

Sistem ini berfungsi dengan hampir sempurna – tiada brek mengejut apabila ada kereta yang memintas lorong di hadapan (tidak seperti Toyota Camry 2020 yang kami uji) dan ia mudah untuk diaktifkan atau dinyahaktifkan.

Rebiu: Proton X50 2020 – baik dan buruk SUV paling popular di Malaysia! 41

Pengesan Titik Buta (BSM) tidak bising dan menjengkelkan. Malah ia nampak seperti Volvo!

Perkara yang kami bimbangkan ialah ketika membelok. Kadangkala ia tidak begitu stabil dan kereta harus dikemudi dengan berhati-hati. Perlu diingatkan yang ADAS hanyalah satu bentuk ‘bantuan’. Pemandu masih lagi memegang tanggungjawab sepenuhnya ke atas pemanduan.

Kecekapan petrol – malangnya, X50 jenis ‘minum’

Rebiu: Proton X50 2020 – baik dan buruk SUV paling popular di Malaysia! 42

Komputer trip kereta ini kadangkala boleh jadi tak tepat.

Kami anggarkan 10.2 liter/100 km di jalan raya urban dengan gabungan trafik sesak dan lebuh raya lancar sambil dipandu pada kelajuan biasa. Perkara biasa bagi enjin berpengecas turbo untuk merekodkan penjimatan minyak yang biasa-biasa saja.

Rebiu: Proton X50 2020 – baik dan buruk SUV paling popular di Malaysia! 43

Sebagai perbandingan, HR-V RS mempunyai bacaan 7 liter/100 km.

Perkara ini juga disebabkan oleh berat kereta juga. Dengan berat 1,370 kg (HR-V pula hanya 1,290 kg), X50 Flagship agak berat dan oleh itu enjin mesti bekerja lebih keras untuk menggerakkan kereta. Bacaannya boleh jadi lebih rendah ketika dipandu di lebuh raya.

Kesimpulan – X50 masih lagi satu pembelian berbaloi

Rebiu: Proton X50 2020 – baik dan buruk SUV paling popular di Malaysia! 44

Secara keseluruhannya, X50 masih lagi boleh dianggap sebagai kereta yang bagus walaupun ia tidak sesempurna gembar-gemburan netizen di media sosial.

Rebiu: Proton X50 2020 – baik dan buruk SUV paling popular di Malaysia! 45

Tapi apa-apa pun, anda mesti sedar dan faham akan sebab utama anda dalam pembelian kereta baru seperti X50 yang mempunyai senarai menunggu lama ini. Ia tidak sesuai untuk keluarga besar, aspek ergonomiknya ada kekurangan, dan yang pastinya ia bukanlah kereta jimat minyak.

Rebiu: Proton X50 2020 – baik dan buruk SUV paling popular di Malaysia! 46

Bagi harga RM 103,300 (tanpa SST sah sehingga 31 Disember 2020), X50 cukup berbaloi jika anda sedang mencari kereta yang dilengkapi dengan bermacam-macam benda, tahap keselamatan yang memuaskan, prestasi hebat serta pemanduan selesa dengan harga yang mampu-milik.

Pesaing – Honda HR-V RS dan Hyundai Kona 1.6 Turbo.

Rebiu: Proton X50 2020 – baik dan buruk SUV paling popular di Malaysia! 47

Walaupun HR-V dan Kona adalah pesaing ketat X50, mungkin antara anda yang akan ‘cross-shopping’ dengan sedan segmen B memandangkan harganya tidak jauh bezanya. Jika anda mahu lihat bagaimana prestasi kereta-kereta ini, rujuk rajah di bawah untuk dapatkan pautan pada rebiu-rebiunya:

Rebiu pesaing Proton X50 2020
Kereta Pautan Rebiu
Honda HR-V Pautan Artikel
Hyundai Kona 2020 Pautan Artikel
Nissan Almera 2020 Pautan Artikel
Honda City 2020 Pautan Artikel

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Proton X50 1.5T Standard

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda