window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rebiu: Proton X70 2022 MC dengan enjin 1.5 3-silinder turbo dari X50; naik taraf atau downgrade?

Zamil Syaheer Β· Jun 18, 2022 02:00 PM

Rebiu: Proton X70 2022 MC dengan enjin 1.5 3-silinder turbo dari X50; naik taraf atau downgrade? 01

Pejam celik, pejam celik, sudah 4 tahun Proton X70 berada di pasaran Malaysia. SUV ini adalah produk pertama hasil kerjasama Proton dengan Geely. Pada mulanya, terdapat banyak spekulasi, tomahan, dan kritikan kerana kemasukan Geely ke Proton diibaratkan seperti satu langkah kebelakang. Maklumlah, Proton bermula dengan ‘rebadge’ model Mitsubishi.

Rebiu: Proton X70 2022 MC dengan enjin 1.5 3-silinder turbo dari X50; naik taraf atau downgrade? 02

Ketika majlis pelancaran rasmi Proton X70 pada Disember 2018.

Namun, setelah Proton X70 dilancarkan pada penghujung tahun 2018, segalanya berubah bagi syarikat itu. Proton X70 laku keras, sehingga memecahkan rekod jualan SUV dengan menjual 8,500 unit hanya dalam masa 100 hari selepas dilancarkan.

Malah, beberapa bulan kemudian, Proton mencatatkan keuntungan pertama sejak tahun 2011 disebabkan oleh X70. Padu tak padu?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca juga: Geely capai 10 juta unit kereta sejak pelancaran Proton X70!

Rebiu: Proton X70 2022 MC dengan enjin 1.5 3-silinder turbo dari X50; naik taraf atau downgrade? 01

Model CKD 2020

Kini, lebih 70,000 unit Proton X70 berlegar di jalan raya sejak 2018. Dengan pengenalan enjin 1.5 liter 3-silinder turbo daripada Proton X50, adakah kurangnya satu silinder ini, ditambah pula dengan reputasi enjin 3-silinder yang kurang menyerlah dari segi kehalusan, menjadikan Proton X70 2022 MC ini lebih teruk atau baik? Ikuti rencana ini untuk rebiu jujur daripada kami.

Sekilas pandang –  ada perubahan ke?

Rebiu: Proton X70 2022 MC dengan enjin 1.5 3-silinder turbo dari X50; naik taraf atau downgrade? 02

Secara teknikal, ini adalah kemaskini kedua (MC: minor change) bagi Proton X70, dimana kemaskini pertama merangkumi perubahan daripada model import sepenuhnya (CBU) kepada pemasangan tempatan (CKD), logo Proton yang baru, dan penggunaan transmisi dwi-klac automatik 7-kelajuan yang dibangunkan oleh Geely dan Volvo.

Rebiu: Proton X70 2022 MC dengan enjin 1.5 3-silinder turbo dari X50; naik taraf atau downgrade? 03

Lihat beza warna di gril depan, sisi 'housing' lampu kabus dibawah, warna bibir bampar depan, warna cermin sisi, dan rekaan roda dari model SE.

Rebiu: Proton X70 2022 MC dengan enjin 1.5 3-silinder turbo dari X50; naik taraf atau downgrade? 04

Di belakang, anda boleh lihat beza warna pada kemasan trim nombor plat dan 'faux diffuser'.​​​​

Selain trenkuasa, apa yang baru dekat Proton X70 2022 MC ini? Kalau lihat dari bahagian eksterior, sekali imbas nampak macam tiada beza sangat. Mana-mana bahagian dengan warna kelabu matte seperti gril Infinite Weave, sisi ‘housing’ bampar depan, trim plat nombor belakang dan ‘faux diffuser’ belakang kini berwarna hitam gloss.

Bibir tengah di bahagian bawah bampar juga kini mempunyai warna perak matte yang lebih terang. Cermin sisi berwarna hitam Quartz bukan ciri baru, kerana ia diambil daripada varian SE.

Baca juga: Proton X70 SE 2021 edisi istimewa rasmi dilancarkan – RM 123,800, 2,000 unit sahaja!

Rebiu: Proton X70 2022 MC dengan enjin 1.5 3-silinder turbo dari X50; naik taraf atau downgrade? 05

Perbezaan paling ketara adalah dua rekaan roda baru yang diambil daripada Geely Boyue Pro. Rim berukuran 19-inci ini sama dengan varian 1.5 dan 1.8 Premium diambil daripada SE, manakala rim berukuran 18-inci bagi varian Executive nampak berbeza sama sekali.

Rebiu: Proton X70 2022 MC dengan enjin 1.5 3-silinder turbo dari X50; naik taraf atau downgrade? 06

Boyue 2022 di sebelah kiri, Boyue X di sebelah kanan

Pada pendapat peribadi saya, Proton boleh merombak rupa X70 ini dengan lebih ketara, memandangkan model kembarnya iaitu Geely Boyue telah mendapat rekaan bahagian depan berbeza sebanyak dua kali. Lagipun Proton X70 sudahpun menjangkau usia 4 tahun, apa salahnya Proton memberi X70 kemas kini yang lebih ketara?

Baca juga: Geely Boyue 2022 baharu dilancarkan di China dengan penampilan baru, harga sekitar RM 68k!

Rebiu: Proton X70 2022 MC dengan enjin 1.5 3-silinder turbo dari X50; naik taraf atau downgrade? 07

Masuk ke bahagian interior pula, keseluruhan kabin kekal sama termasuklah sistem infotainment skrin sentuh berukuran 8 inci dan Geely Key User Interface (GKUI), cuma bezanya headliner berwarna coklat terang kini ditukar kepada hitam.

Ini termasuk kesemua kelengkapan di bahagian atas seperti tempat pemegang, lampu bacaan, pelindung matahari, cermin tengah, lampu dan pemegang cermin mata depan.

Rebiu: Proton X70 2022 MC dengan enjin 1.5 3-silinder turbo dari X50; naik taraf atau downgrade? 08

Penggunaan warna hitam di dalam membuatkan kabin terasa ‘kecil’ berbanding warna coklat terang. Apa-apa pun, penggunaan dan kualiti bahan yang digunakan kekal sama. Menarik lagi, Proton X70 kini menggunakan 70% lebih banyak bahan tempatan berbanding 45% pada pengenalan awal model CKD.

Baca juga: Proton X70 facelift 2022 kini 70% buatan tempatan, kurang kebergantungan terhadap 'spare part' luar negara!

Bagaimana dengan ciri keselamatan pula?

Rebiu: Proton X70 2022 MC dengan enjin 1.5 3-silinder turbo dari X50; naik taraf atau downgrade? 09

Jika anda meletakkan harapan untuk fungsi pemanduan separa autonomi Tahap 2 yang sama seperti X50 – maaf, tiada perubahan pada X70. Malah, ciri bantuan pemandu lanjutan (ADAS) hanya ada pada varian Premium sahaja.

Baca juga: Sistem bantuan pemandu Tahap 2 pada Proton X50 setaraf Tesla!

Ok, mungkin harga akan melonjak jauh lebih mahal jika fungsi pemanduan separa autonomi diperkenalkan memandangkan Proton X50 ada produk yang jauh lebih baru berbanding X70. Tetapi, sekurang-kurangnya Proton patut menawarkan ciri ADAS ini sebagai standard pada kesemua varian.

Sebagai rangkuman, ciri ADAS yang ditawarkan adalah  Autonomous Emergency Braking (AEB), Forward Collision Warning (FCW), Adaptive Cruise Control (ACC), Lane Departure Warning (LDW), Blind Spot Monitor (BSM), dan Intelligent High Beam Control.

Baiklah, kini tiba soalan paling penting – bagaimana prestasi enjin 3-silinder turbo ini?

Rebiu: Proton X70 2022 MC dengan enjin 1.5 3-silinder turbo dari X50; naik taraf atau downgrade? 10

Penutup enjin 3-silinder baru

Sebelum kami bermula, perlu kami jelaskan bahawa uji pandu yang dianjurkan oleh Proton sendiri hanyalah pendek sahaja, dari bilik pameran Centre of Excellence di Shah Alam ke R&R Kundang di Rawang, yang merangkumi masa satu jam pemanduan bagi setiap media. Rebiu yang penuh akan menyusul selepas kami diberi kunci kepada X70 ini pada tempoh masa yang lebih lama.

Apa-apa pun, pemanduan selama sejam ini lebih daripada cukup untuk kami merasakan perbezaannya.

Rebiu: Proton X70 2022 MC dengan enjin 1.5 3-silinder turbo dari X50; naik taraf atau downgrade? 11

Pertama sekali, jika dilihat pada angka enjin 1.5 liter 3-silinder turbo JLH-3G15TD ini – 177 PS @ 5,500 rpm dan 255 Nm @ 1,500 – 4,000 rpm, ianya 7 PS dan 45 Nm lebih rendah jika dibandingkan dengan enjin 1.8 liter 4-silinder turbo JLE-4G18TD yang lama (181 PS @ 5,500 rpm dan 300 Nm @ 1,750 – 4,000 rpm).

Kuasa dan tork yang lebih rendah ini juga terserlah pada masa pecutan 0-100 km/j – 9.8 saat bagi 1.5 liter, dan 9.5 saat bagi 1.8 liter.

Alamak, adakah ini bermakna ia sebenarnya adalah ‘downgrade’? Jauh sama sekali.

Perbandingan enjin Proton X70
  1.5 TGDi 1.8 TD
Jenis enjin 1.5L, 3-silinder 1.8L, 4-silinder
Kuasa (PS) 177 184
Tork (Nm) 255 300
0-100 km/j (s) 9.8 9.5
Penggunaan bahan bakar 7% lagi baik (tiada angka penggunaan spesifik) 7.6 L/100 km
Berat enjin (kg) 113 156

Enjin 1.5 liter 3-silinder jauh lebih ringan – pada 113kg sahaja; 43kg lebih ringan berbanding enjin 1.8 liter 4-silinder (156 kg). Ketika uji pandu, jelas bahagian depan yang lebih ringan menjadikan Proton X70 2022 MC ini lebih responsif ketika pedal pendikit ditekan, walaupun pada mod pemanduan Eco sekalipun.

Rebiu: Proton X70 2022 MC dengan enjin 1.5 3-silinder turbo dari X50; naik taraf atau downgrade? 12

Enjin 3-silinder ini juga agak lancar, tidak bergegar, dan senyap; ia tidak ada perwatakan enjin 3-silinder baik pada keadaan statik mahupun ketika kereta sudahpun bergerak.

Hanya pada 3,800 rpm keatas apabila anda menekan pedal dengan lebih dalam maka keluarlah bunyi deruman 3-silinder. Itupun ia tidak terasa seperti enjin 3-silinder yang tipikal, kerana ianya agak ‘creamy’ dan terasa premium.

Rebiu: Proton X70 2022 MC dengan enjin 1.5 3-silinder turbo dari X50; naik taraf atau downgrade? 13

Ia juga lebih lincah ketika melalui selekoh. Ia bukanlah sebuah sportscar, namun kini ia tidak lagi terasa seperti sebuah kapal layar. Cuma ‘steering feel’ masih lagi sama seperti sebelumnya – sedikit kosong ketika stereng masih lurus, dan secukup rasa apabila di selekoh disebabkan kurangnya beban di bahagian depan.

Rebiu: Proton X70 2022 MC dengan enjin 1.5 3-silinder turbo dari X50; naik taraf atau downgrade? 14

Selain itu, tiada perubahan pada talaan suspensi, kerana model CKD telah melalui proses talaan suspensi yang merangkumi kedua enjin 1.5 liter dan 1.8 liter. Apa-apa pun, suspensi Proton X70 CKD pun memang selesa, stabil dan secukup rasa bagi sebuah SUV.

Tambahan pula, berat Proton X70 CKD dengan enjin 1.8 terdahulu berlegar sekitar 1,635 kg sehingga 1,675 kg, itupun dengan transmisi dwi-klac 7-kelajuan yang lebih ringan (78kg) berbanding transmisi 6-kelajuan automatik penukar tork pada model CBU (98 kg).

Rebiu: Proton X70 2022 MC dengan enjin 1.5 3-silinder turbo dari X50; naik taraf atau downgrade? 15

Transmisi DCT Proton bukan jenis sporty seperti Volkswagen, tapi lebih fokus kepada santai

Angka yang lebih ringan ini juga ada kelebihan utama – enjin lebih efisyen dan jimat penggunaan bahan api. Menurut Proton, enjin 1.5 liter ini 7% lebih jimat penggunaan bahan api di bandar (urban). Dengan penjimatan sebanyak 7%, tidak mustahil bahawa X70 dengan 1.5 liter ini mampu memberi bacaan 7.1 liter/100 km.

Rebiu: Proton X70 2022 MC dengan enjin 1.5 3-silinder turbo dari X50; naik taraf atau downgrade? 16

Proton X70 2020 CKD dengan enjin 1.8 liter 4-silinder turbo

Pada model CKD 2020 dengan 1.8 liter, Proton berkata pengunaan bahan api berlegar sekitar 7.6 liter/100 km. Kalau mengikut ujian kami dengan model CKD 2020 merangkumi 60% di bandar dan 40% di lebuh raya sejauh 67.7km, kami mendapat bacaan 10.6 liter/100 km.

Bagaimanapun, ketika Proton X70 yang diimport sepenuhnya (CBU) diuji, kami berjaya mendapat angka 7.5 liter/100 km pada trafik petang Ahad yang agak ‘clear’ dengan kebanyakan pemanduan di lebuh raya.

Baca juga: Rebiu: Proton X70 Premium X CKD, mampu kembalikan kepercayaan terhadap Proton?

@wapcar_zamil Amacam gang, baloi beli ke tidak? #protonx70 #carmalaysia #learnontiktok #fypmalaysia #tahukahanda #x70 #malaysia ♬ Despair (ζŠ–ιŸ³ηƒ­ζ’­) - 初撦

Sama seperti Proton X50, enjin 1.5 liter ini telah melalui pelbagai proses kejuteraan untuk mengurangkan bunyi bising, getaran dan kekasaran, termasuk 'balancer shaft' dan 'centrifugal pendulum dampener' pada 'flywheel' dwi-jisim untuk mengimbangi ketidakseimbangan yang wujud pada enjin ini.

Terdapat juga penutup 'timing belt' yang direka khas, serta penutup enjin poliuretana lembut yang direka khas untuk menebat bunyi, unik kepada X70 1.5.

Kesimpulan -  masih lagi berbaloi, tapi perlukan naik taraf yang lebih lanjut

Rebiu: Proton X70 2022 MC dengan enjin 1.5 3-silinder turbo dari X50; naik taraf atau downgrade? 17

Pada mana yang inginkan sebuah SUV yang sarat dengan ciri dan kelengkapan yang banyak kereta premium lain pun tidak ada, Proton X70 2022 MC kekal sebagai salah satu pilihan yang cukup berbaloi.

Penawaran pakej trenkuasa yang lebih efisyen dan moden bakal menarik perhatian golongan pembeli baru di pasaran. Jika anda masih tidak yakin dengan enjin 1.5, enjin 1.8 masih ada, tetapi pada varian tertinggi.

Secara peribadi, saya suka dengan pengalaman pemanduan Proton X70 dengan enjin 1.5 liter 3-silinder turbo ini.

Bertitik tolak daripada hal ini, kemas kini baru ini sepatutnya lebih daripada sekadar penawaran enjin baru, terutamanya rupa luaran SUV ini. Memang Proton X70 ini hensem, tetapi ia sudahpun berada di pasaran selama 4 tahun – tempoh masa yang dikira lama dalam jangka hayat sesebuah model.

Setakat tukar atau tambah warna hitam di kedua bahagian eksterior dan interior, berapa lama ia masih boleh kekal segar?

Tambahan pula, isu kekurangan alat ganti dan pusat servis masih lagi membelenggu Proton, walaupun mereka sedang giat berusaha untuk memperbetulkan isu ini. Amacam, apa kata anda? Baloi beli, ataupun tidak?

Baca juga: Penyelesaian bagi masalah bekalan alat ganti untuk Proton X70 dan X50 kini sedang diusahakan

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Proton X70 1.5 TGDi Premium X 2WD

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda