window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rebiu: Proton X70 Premium X CKD, mampu kembalikan kepercayaan terhadap Proton?

Haris · Jul 22, 2020 08:00 PM

Rebiu: Proton X70 Premium X CKD, mampu kembalikan kepercayaan terhadap Proton? 01

Proton X70 telah dilancarkan pada Disember 2018. Hampir 2 tahun selepas pelancarannya, Proton X70 kini telah menjadi SUV paling popular di Malaysia. Apa yang lebih penting adalah, adakah Proton X70 mampu mengembalikan kepercayaan pengguna terhadap Proton?

Rebiu: Proton X70 Premium X CKD, mampu kembalikan kepercayaan terhadap Proton? 01

Sebelum itu, perubahan terbesar untuk model CKD ini adalah penggunaan transmisi DCT 7 kelajuan. Transmisi ini juga lebih ringan lalu menjadikan berat keseluruhan model ini juga turut berkurangan. Keputusan ini ternyata memberikan perbezaan prestasi dari segi pemanduan. 

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Rekaan luar dan perincian

Rebiu: Proton X70 Premium X CKD, mampu kembalikan kepercayaan terhadap Proton? 01

Kita sedia maklum mengenai rekaan Proton X70 ini. Secara umumnya, rekaannya mirip dengan Range Rover Evoque, sebuah SUV mewah yang terkenal sebelum kehadiran Proton X70.

Rebiu: Proton X70 Premium X CKD, mampu kembalikan kepercayaan terhadap Proton? 02

Oleh itu, lebih baik kami berikan perincian mengenai Proton X70 ini. Apa yang kami gemari dengan Proton X70 ini adalah perincian kecil seperti penyangga hud dan bonet gas (hood and bonnet gas struts), penutup minyak tekan buka dan penutup enjin yang kemas.

Rebiu: Proton X70 Premium X CKD, mampu kembalikan kepercayaan terhadap Proton? 03

Perincian-perincian kecil ini ternyata memberikan rasa yang lebih premium. Untuk maklumat lanjut mengenai harganya, rujuk di laman kami ini.

Selain itu, ukuran pada celahan panel agak kecil. Secara puratanya, hanya 3.5 mm sahaja celahan panel di keseluruhan kereta. Hanya celahan hud dan bonet sahaja yang mencecah 4 mm

Rebiu: Proton X70 Premium X CKD, mampu kembalikan kepercayaan terhadap Proton? 04

Bagi ketebalan cat pula, kesemua bacaan konsisten sekitar 120 micrometer bagi keseluruhan panel badan. Ternyata kualiti binaan Proton X70 kini jauh berbeza dengan kualiti yang dahulu

Rebiu: Proton X70 Premium X CKD, mampu kembalikan kepercayaan terhadap Proton? 05

Kualiti binaan Proton sudah semakin baik. Pada hemat kami, tanggapan kualiti Proton sudah diperbaiki selepas kerjasama Geely. Bukan Proton X70 sahaja, Proton Persona dan Proton Iriz juga semakin berkualiti.

Ruang dalam yang luas dan selesa

Rebiu: Proton X70 Premium X CKD, mampu kembalikan kepercayaan terhadap Proton? 06

Tidak disangkal lagi, ruang dalaman Proton X70 ini sangatlah luas dan selesa. Rekaan luaran yang tampak besar sememangnya mencerminkan ruang dalaman yang luas. Kami sangat berpuas hati dengan saiz ruang yang ditawarkan apatah lagi ruang belakang. Puas dan luas!

Rebiu: Proton X70 Premium X CKD, mampu kembalikan kepercayaan terhadap Proton? 07

Kemasan kulit Nappa ternyata berbeza dengan kemasan kulit biasa. Kulit Nappa terasa lembut pada sentuhan dan yang paling penting ianya tidak licin apabila bergeser dengan fabrik. Hal ini bermakna apabila anda duduk, anda akan kekal pada kedudukan apabila kereta bergerak.

Rebiu: Proton X70 Premium X CKD, mampu kembalikan kepercayaan terhadap Proton? 08

Panel pada badannya juga kukuh dan tiada sebarang gegaran yang ketara apabila enjin sedang melahu (idling). Kami menaip dengan iPad yang disandarkan pada papan pemuka hadapan tanpa sebarang gegaran ketika memandu. Ini perincian yang penting untuk mereka yang perlu melakukan tugas dalam perjalanan.

Rebiu: Proton X70 Premium X CKD, mampu kembalikan kepercayaan terhadap Proton? 09

Penggunaan bahan dilihat sesuai dengan tempat masing-masing. Tempat yang mudah dipegang dengan jari memberikan anda rasa premium (plastik soft touch, keluli) manakala tempat yang berada di sekitar kaki menggunakan bahan yang tahan lasak (plastik keras). Nampak rekaan ini difikirkan dengan teliti ketika penghasilannya.

Rebiu: Proton X70 Premium X CKD, mampu kembalikan kepercayaan terhadap Proton? 10

Untuk aspek peredam bunyi, Proton X70 ternyata sangat memuaskan. Bacaan bunyi adalah 45.8 dB ketika enjin melahu (idle) dengan penyaman udara terpasang. Pada kelajuan 110 km/j pula, bacaan bunyi hanyalah sekadar 68.5 dB sahaja. Memang sangat memuaskan.

Rebiu: Proton X70 Premium X CKD, mampu kembalikan kepercayaan terhadap Proton? 11

Pemegang cawan juga cukup iaitu sebanyak 6 pemegang cawan secara keseluruhan. Ruang cubby juga memuaskan namun tidak mencapai tahap praktikaliti Honda CR-V.

Sungguhpun begitu, kami yakin semakin lama anda memandu Proton X70, semakin kukuh persepsi anda terhadap kualiti buatan jenama tempatan.

Trenkuasa dan prestasi

Rebiu: Proton X70 Premium X CKD, mampu kembalikan kepercayaan terhadap Proton? 12

Untuk aspek ini, sudah tentulah kehadiran transmisi DCT 7-kelajuan jenis basah (DCT 7-speed wet) menjadi fokus utama kerana inilah perbezaan terbesar Proton X70 untuk versi CKD. Transmisi ini digandingkan dengan enjin 4 silinder 1.8 liter turbo TGDi petrol yang menjana sebanyak 184 PS kuasa kuda dan 300 Nm tork

Rebiu: Proton X70 Premium X CKD, mampu kembalikan kepercayaan terhadap Proton? 13

Ujian pecutan 0-100 km/j mencatatkan masa 9.7 saat. Untuk penggunaan minyak pula, penggunaan sebanyak 8.6 liter / 100 km adalah bacaan yang kami perolehi. Bacaan ini rata-ratanya hasil daripada pemanduan lebuh raya yang lancar. Penggunaan minyak pada pemanduan bandar mungkin lebih tinggi.

 

Rebiu: Proton X70 Premium X CKD, mampu kembalikan kepercayaan terhadap Proton? 14

Kami merasakan bahawa pertukaran gear juga sangat lancar. Penukaran gear pada transmisi DCT biasa agak terasa apabila gear ditukar namun lain pula ceritanya dengan DCT pada Proton X70 ini. Kelancaran transmisi ini sesuai dengan fokus keselesaan yang dibawakannya.

Rebiu: Proton X70 Premium X CKD, mampu kembalikan kepercayaan terhadap Proton? 15

Jika anda seorang yang berjiwa kelajuan, Proton X70 mungkin tidak dapat memenuhi citarasa anda. Paling ketara adalah respons brek yang agak lambat, bermakna brek perlu ditekan sedikit dalam sebelum kereta mula perlahan. 

Rebiu: Proton X70 Premium X CKD, mampu kembalikan kepercayaan terhadap Proton? 16

Selain itu, respons brek yang perlahan juga mengurangkan nafsu untuk mengejar kelajuan. Hal ini adalah muslihat yang bagus untuk menjadikan pemandu lebih berhati-hati dan berwaspada ketika pemanduan.

Ciri-ciri dan kelengkapan terkini

Rebiu: Proton X70 Premium X CKD, mampu kembalikan kepercayaan terhadap Proton? 17

Proton X70 versi CKD ini memang sarat dengan ciri-ciri. Lihat sendiri pada gambar di atas, butang kawalan pada stereng agak 'sibuk' dan mengelirukan. Ditambah pula dengan tombol signal dan tombol pengelap yang mempunyai fungsi tatalan skrin. Oleh itu, buku manual panduan Proton X70 semestinya sebuah kitab untuk anda hafal.

Rebiu: Proton X70 Premium X CKD, mampu kembalikan kepercayaan terhadap Proton? 18

Fungsi yang akan memberi kesan langsung kepada anda adalah mod pemanduan. Terdapat 3 mod pemanduan iaitu Eco, Normal dan Sport. Kami dapati mod pemanduan Sport sesuai untuk pemanduan harian manakala mod pemanduan Normal lebih sesuai untuk pemanduan lebuh raya.

Mod Eco pula memberikan pemanduan yang kurang berkuasa dan terasa berat. Mungkin mod ini sesuai digunakan apabila anda memandu dalam jarak yang jauh untuk mengurangkan kekerapan untuk mengisi minyak

Sterengnya juga mempunyai mod Normal dan Sport dan gabungan mod stereng dan mod pemanduan mempengaruhi prestasi kereta. Pilihan mod-mod ini bermakna Proton X70 cuba memuaskan citarasa pelanggan yang pelbagai.

Rebiu: Proton X70 Premium X CKD, mampu kembalikan kepercayaan terhadap Proton? 19

Selain itu, terdapat juga fungsi Electronic Parking Brake. Fungsi ini juga sangat bagus namun tidak seperti EPB pada kereta lain, brek tidak dilepaskan apabila anda menekan pedal minyak. Anda perlu menekan semula EPB untuk melepaskan brek. Sama seperti penggunaan brek tangan cuma pada bentuk suis sahaja. Agak janggal di situ.

Rebiu: Proton X70 Premium X CKD, mampu kembalikan kepercayaan terhadap Proton? 20

Fungsi kawalan suara Hi Proton juga tidak sempurna. Boleh digunakan namun tidak memuaskan. Mungkin ada pengguna yang selesa dengan fungsi ini tetapi tidak bagi kami. Memang seronok menggunakan kawalan suara tetapi keseluruhan pengalaman penggunaan kurang memuaskan.

Rebiu: Proton X70 Premium X CKD, mampu kembalikan kepercayaan terhadap Proton? 21

Tambahan pula, sistem infotainment dengan perisian GKUI juga kurang memuaskan. Tatalan pada skrin 8 inci tidak begitu lancar dan sistem audio yang kekurangan bass walaupun berjenama Kenwood. Lebih mengecewakan, tiada fungsi Apple CarPlay dan Android Auto pada harga lebih RM 120,000.

Namun, kami harus memberikan pujian pada fungsi kamera pandangan 360 darjah yang sangat memuaskan. Fungsi ini banyak membantu ketika meletakkan kenderaan. 

Rebiu: Proton X70 Premium X CKD, mampu kembalikan kepercayaan terhadap Proton? 22

Bagi kawalan keselamatan pula, fungsi seperti Sistem Pemantauan Titik Buta sangat bagus untuk memberi amaran kenderaan di sekeliling. Namun begitu, bunyi Amaran Pertukaran Lorong terasa sedikit menjengkelkan dengan bunyi yang nyaring. Mungkin bunyinya boleh ‘dilembutkan’ sedikit?

Rebiu: Proton X70 Premium X CKD, mampu kembalikan kepercayaan terhadap Proton? 23

Sedikit tips daripada kami, pastikan anda mempunyai bajet yang cukup untuk memasang lapisan gelap cermin (tinted) pada bumbung suria. Hal ini kerana bumbung suria yang dipasang mempunyai lapisan kanvas yang agak nipis. Ini menyebabkan bahagian dalam menjadi sedikit hangat.

Rebiu: Proton X70 Premium X CKD, mampu kembalikan kepercayaan terhadap Proton? 24

Rekaan ergonomik kerusi pemandu dan penumpang pada Proton X70 agak memuaskan. Kerusi hadapan selesa menampung pemandu manakala kerusi belakang boleh disandarkan pada kedudukan 12 darjah. Sangat selesa.

Walaupun begitu, fungsi ventilated seat langsung tidak dirasai. Nak kata tempat duduk sejuk, tak rasa. Nak kata ada angin di bahagian punggung, pun tak rasa. Adakah fungsi ini sekadar gimik?

Rebiu: Proton X70 Premium X CKD, mampu kembalikan kepercayaan terhadap Proton? 25

Akhir sekali, jika anda mempunyai tetapan sendiri yang sesuai dengan gaya pemanduan anda, tetapan anda akan hilang apabila anda keluar daripada kereta. Masuk semula kereta, anda perlu menetapkan semula tetapan yang anda gemari.

Lama-lama, anda mungkin hanya membiarkan sahaja tetapan asal dan cuba untuk hidup dengannya.

Konklusi dan rumusan

Rebiu: Proton X70 Premium X CKD, mampu kembalikan kepercayaan terhadap Proton? 26

Setiap kereta direka untuk tujuan yang berbeza. Proton X70 juga tidak boleh lari dari perbandingan dengan pesaing-pesaingnya seperti Mazda CX-5 dan Honda CR-V. Namun begitu, yang lebih penting sekali adalah Proton X70 sememangnya mengembalikan kepercayaan pengguna terhadap Proton.

Rebiu: Proton X70 Premium X CKD, mampu kembalikan kepercayaan terhadap Proton? 27

Oleh sebab Proton sedang bermain dengan persepsi, sudah pasti lebih banyak ciri-ciri yang ditawarkan, lebih tinggi nilai yang ditafsirkan. Untuk memberikan ilusi mahal, fungsi-fungsi yang kurang menjadi turut disertakan. Kami berasakan fungsi-fungsi yang kurang menjadi bolehlah diabaikan dan fokus terhadap fungsi yang lebih sempurna.

Rebiu: Proton X70 Premium X CKD, mampu kembalikan kepercayaan terhadap Proton? 28

Sungguhpun begitu, Proton telah membuktikan bahawa persepsi adalah penting untuk memacu jualan. Tiada salahnya di sini kerana hasil jualan tersebut pastinya akan membawa kepada tawaran produk yang lebih baik

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Proton X70 1.5 TGDi Premium X 2WD

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda