Rebiu ringkas - Pakej Urban untuk Proton X50, berbaloi untuk RM 3,500?

Haris · Dec 7, 2020 07:00 PM

Rebiu ringkas - Pakej Urban untuk Proton X50, berbaloi untuk RM 3,500? 01

Proton X50 dijual pada harga sekitar RM 79,200 - RM 103,300 dalam 4 varian. Dalam kesemua varian, satu pun tidak dilengkapi dengan but kuasa (power tailgate) mahu pun pembaca Smart Tag. Apa yang penting, varian Flagship boleh parking sendiri.

Rebiu ringkas - Pakej Urban untuk Proton X50, berbaloi untuk RM 3,500? 02

Walau bagaimanapun, ini semua masalah kecil sahaja. Dengan harga RM 3,500, pembeli mempunyai tawaran 2 pakej berasingan untuk memasang but kuasa power tailgate dan pambaca Smart Tag. Kedua-dua pakej adalah seperti berikut:

Pakej tambahan Proton X50
Pakej Aksesori Harga
Utility 

Power tailgate

Lapik kaki PVC

Dulang But

Plat bingkai pintu

RM 3,300
Urban 

Power tailgate

Pembaca tol Smart Tag

Lapik kaki jenis coil

Pelindung matahari magnetik

RM 3,500

Oleh itu, ini adalah pandangan awal bagi mereka yang sedang mempertimbangkan pakej tambahan Proton X50. Berbaloi atau tidak?

Power Tailgate

Rebiu ringkas - Pakej Urban untuk Proton X50, berbaloi untuk RM 3,500? 01

Antara kekurangan pada Proton X50 ini adalah but belakang yang tidak mempunyai fungsi Power Tailgate. But belakangnya agak berat dan sedikit sukar untuk dikendalikan. Fungsi power tailgate ternyata menyelesaikan masalah tersebut.

Rebiu ringkas - Pakej Urban untuk Proton X50, berbaloi untuk RM 3,500? 02

Kiri: Luar, Kanan: Dalam

Selain itu, but belakang Proton X50 juga tidak mempunyai pemegang pada bahagian yang selalu mempunyai ruang pemegang. Untuk membuka but, anda perlu menekan butang yang agak sukar dicari kerana ia tidak menonjol dan rata. Ia turut menjadi licin apabila terkena air, misalnya ketika selepas hujan atau membasuh kereta.

Rebiu ringkas - Pakej Urban untuk Proton X50, berbaloi untuk RM 3,500? 03

Anda juga boleh menggunakan kunci untuk membuka dan menutup but belakang selepas memasang power tailgate. Ini adalah antara fungsi yang perlu ditambah jika anda membeli Proton X50. Ia didatangkan dalam kedua-dua pakej.

Lapik kaki jenis coil

Rebiu ringkas - Pakej Urban untuk Proton X50, berbaloi untuk RM 3,500? 04

Bagi mereka yang sukakan kabin yang bersih, coil mat pastinya kelihatan lebih baik berbanding lapik kaki jenis PVC. Pakej yang lebih mahal hadir dengan coil mat manakala pakej Utility hadir dengan lapik kaki PVC biasa.

Pembaca Smart Tag

Rebiu ringkas - Pakej Urban untuk Proton X50, berbaloi untuk RM 3,500? 05

Pembaca kad terletak dalam perehat lengan tengah

Jika anda seorang yang kerap menggunakan kereta untuk ke sana ke sini, pembaca Smart Tag adalah tambahan yang bagus. Tiada lagi penggunaan peranti Smart Tag yang kerap meminta untuk ditukar bateri.

Pelindung matahari magnetik

Rebiu ringkas - Pakej Urban untuk Proton X50, berbaloi untuk RM 3,500? 06

Bahagian pemandu dan tingkap kecil selepas tiang C juga mempunyai potongan yang sesuai

Antara ciri yang paling digemari tentunya pelindung matahari magnetik ini. Ia mudah dipasang dan ditanggalkan kerana menggunakan magnet untuk berada pada tempatnya. Ditambah pula dengan iklim Malaysia, ini tambahan yang patut dipertimbangkan oleh anda. Hanya terdapat untuk pakej Urban yang lebih mahal.

Kesimpulan

Rebiu ringkas - Pakej Urban untuk Proton X50, berbaloi untuk RM 3,500? 07

2 fungsi yang menonjol untuk kedua-dua pakej adalah power tailgate dan pembaca Smart Tag. Fungsi power tailgate boleh ditemui dalam kedua-dua pakej manakala pembaca Smart Tag hanya ada pada pakej Urban dengan harga RM 3,500.

Rebiu ringkas - Pakej Urban untuk Proton X50, berbaloi untuk RM 3,500? 08

Tanpa pembaca Smart Tag

Adakah tambahan RM 200 berbaloi untuk mengambil pakej yang lebih mahal? Ya kerana tambahan tersebut memberikan anda lebih banyak fungsi berbanding pakej Utility yang hadir dengan tambahan kosmetik seperti plat pada bingkai pintu.

Rebiu ringkas - Pakej Urban untuk Proton X50, berbaloi untuk RM 3,500? 09

Namun jika anda sekadar menginginkan Power Tailgate, ada peranti Smart Tag sendiri dan bercadang untuk mengambil lapik kaki Trapo misalnya, cukup sahaja dengan mengambil pakej Urban yang berharga RM 3,300.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

Perbincangang Trending

Komen

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Proton X50 1.5T Standard

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru