window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rebiu ringkas: Honda City 1.5L 2020 – kereta keluarga kompak yang cukup baik?

Faisal · Nov 16, 2020 11:59 AM

Rebiu ringkas: Honda City 1.5L 2020 – kereta keluarga kompak yang cukup baik? 01

Sewaktu kami bahawakan Honda CR-V facelift 2020 kepada anda pada tempoh hari, kami terserempak dengan Honda City 2020 yang berada di luar bilik pameran. Jadi, kami meminta kunci untuk membuat rebiu ringkas sementara anda menunggu rebiu menyeluruh dari kami.

Rebiu ringkas: Honda City 1.5L 2020 – kereta keluarga kompak yang cukup baik? 02

Unit yang kami pandu ialah varian V dimana ia merupakan varian teratas sebelum memasuki varian hibrid (RS).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Eksterior – Nampak selari dan kelihatan baik

Rebiu ringkas: Honda City 1.5L 2020 – kereta keluarga kompak yang cukup baik? 01

Varian V hadir dengan lampu pemantul LED, lampu kabus LED, dan lampu siang LED. Roda aloi 16 inci yang terdapat pada varian ini juga mirip varian RS tetapi dihiaskan dengan kemasan warna silver.

Rebiu ringkas: Honda City 1.5L 2020 – kereta keluarga kompak yang cukup baik? 02

Secara standard, Honda City 2020 hadir dengan lampu belakang LED.

Rebiu ringkas: Honda City 1.5L 2020 – kereta keluarga kompak yang cukup baik? 03

Kit aksesori Modulo yang berharga RM4,473 boleh dilengkapkan pada semua varian

Interior – ringkas dan kena dengan harga

Rebiu ringkas: Honda City 1.5L 2020 – kereta keluarga kompak yang cukup baik? 04

Sentuhan kulit pada penutup batang gear yang memberikan sentuhan premium

Seperti Nissan Almera, varian teratas untuk Honda City juga didatangkan dengan kemasan kulit putih pada bahagian kabin.

Rebiu ringkas: Honda City 1.5L 2020 – kereta keluarga kompak yang cukup baik? 05

Kemasan kulit putih di beberapa bahagian kabin

Kemasan ini sedap untuk disentuh selain menaikkan suasana di dalam kabin. Namun begitu, anda harus menjaga kebersihan pada bahagian ini kerana warna yang cerah mudah untuk menampakkan kekotoran.

Rebiu ringkas: Honda City 1.5L 2020 – kereta keluarga kompak yang cukup baik? 06

Penyaman udara di belakang yang hadir pada semua varian Honda City

Dari segi keselesaan, Kerusi hadapan pada Honda City tidaklah selesa seperti kerusi ‘Zero Gravity’ pada Nissan Almera. Namun demikian, Honda City mempunyai corong penyaman udara untuk penumpang belakang dimana ia tidak ada pada Nissan Almera.

Rebiu ringkas: Honda City 1.5L 2020 – kereta keluarga kompak yang cukup baik? 07

Skrin infotainment Panasonic yang cukup terang, lancar, dan jelas untuk digunakan; butang penyaman udara yang sedap untuk dikawal

Dari segi infotainment, Honda City hadir dengan sokongan untuk kedua-dua Apple CarPlay dan Android Auto. Nissan Almera pula hanya mempunyai sokongan Apple CarPlay. Walau bagaimanapun, resolusi kamera dan kualiti bunyi audio pada Honda City boleh dipertingkatkan lagi.

Rebiu ringkas: Honda City 1.5L 2020 – kereta keluarga kompak yang cukup baik? 08

Kapasiti but 519L yang lebih besar daripada Nissan Almera

Antara aspek lain yang boleh dipertingkatkan ialah pada kesenyapan bunyi enjin di dalam kabin dimana ia lebih kedengaran berbanding Nissan Almera.

Pengalaman pemanduan – cukup baik

Rebiu ringkas: Honda City 1.5L 2020 – kereta keluarga kompak yang cukup baik? 09

Selain varian hibrid, varian S, E, dan V dikuasai oleh enjin 1.5L aspirasi natural (L15ZE) yang menghasilkan 121 PS dan 145 Nm tork. Tenaga ini dihantar ke roda hadapan melalui transmisi CVT.

Rebiu ringkas: Honda City 1.5L 2020 – kereta keluarga kompak yang cukup baik? 10

Honda City V yang hadir dengan tayar Toyo Proxes R57 dengan ukuran 185/55R16

Dengan itu, bagaimanakah rasanya? Honda City mempunyai respon kuasa yang paling cekap jika dibandingkan dengan Nissan Almera ataupun Toyota Vios. Perkara ini turut dibantu oleh enjin yang mempunyai kuasa yang mencukupi.

Transmisi CVT kali ini cukup lancar dimana ia memberikan pemanduan yang cukup mudah. Selain itu, anda boleh mengawal 7 nisbah virtual secara manual dengan menggunakan paddle shifter.

Rebiu ringkas: Honda City 1.5L 2020 – kereta keluarga kompak yang cukup baik? 11

Dari segi pengendalian dan keselesaan, Honda City kini terasa lebih matang. Sterengnya cukup responsif dan memberikan maklum balas yang mencukupi. Sistem suspensi juga melancarkan permukaan jalan dengan baik di samping mengekalkan watak yang sporty.

Kepada sesiapa yang persoalkan brek dram di belakang, ia sebenarnya lebih daripada mencukupi untuk memberhentikan Honda City dengan yakin.

Konklusi

Rebiu ringkas: Honda City 1.5L 2020 – kereta keluarga kompak yang cukup baik? 12

Melalui pengalaman pertama kami pada rebiu yang ringkas ini, Honda City adalah satu produk yang baik. Ia mempunyai kuasa enjin yang lebih berguna berbanding Nissan Almera. Namun begitu, perincian untuk kabin masih kekurangan dimana keselesaan kerusi dan kesenyapan kabin tidak sehebat Nissan Almera.

Rebiu ringkas: Honda City 1.5L 2020 – kereta keluarga kompak yang cukup baik? 13

Walau apapun, ini hanyalah rebiu ringkas.

Varian RS hibrid dengan tren kuasa i-MMD pula akan menyusul pada awal tahun hadapan. Pada masa yang sama, Toyota Vios 2021 juga akan dilancarkan tidak lama lagi.

Rebiu ringkas: Honda City 1.5L 2020 – kereta keluarga kompak yang cukup baik? 14

Sementara itu, apa kata anda baca rebiu kami mengenai Nissan Almera untuk membantu anda dalam membuat pilihan?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda