window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rebiu Ringkas: Isuzu D-Max 3.0 X-Terrain, trak pikap paling premium, selesa dan tahan lasak?

Zamil Syaheer ยท Apr 18, 2021 02:00 PM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Walaupun terdapat varian lain yang dijual, varian X-Terrain ini adalah percubaan pertama daripada Isuzu untuk menakluki pasaran golongan gaya hidup ‘urban’ yang lebih atas di Malaysia.

Kalau sebelum ini Isuzu selesa dengan posisi D-Max di pasaran trak komersial dan gaya hidup pertengahan, kali ini mereka ingin memberi saingan yang begitu sengit kepada jenama trak pikap lain.

Rebiu Ringkas: Isuzu D-Max 3.0 X-Terrain, trak pikap paling premium, selesa dan tahan lasak? 01

Seperti kami pernah laporkan, tahun ini memang banyak trak pikap baru yang akan dilancarkan di Malaysia. Nissan Navara yang dikemas kini sudahpun dilancarkan, bermakna hanya tinggal Mazda BT-50 (kembar kepada D-Max) dan Ford Ranger sahaja yang menunggu masa untuk membuat kemunculan rasmi.

Juga baca: Isuzu D-Max serba baru vs. Triton vs. Hilux – Mana satu pilihan berbaloi paling kaw?

Rebiu Ringkas: Isuzu D-Max 3.0 X-Terrain, trak pikap paling premium, selesa dan tahan lasak? 02

Kalau anda nak tahu, Isuzu D-Max serba baru ini sepatutnya dilancarkan pada tahun 2022, tetapi kerana stok D-Max sebelum ini sudahpun habis dijual sejak dari awal Mac, maka Isuzu Malaysia tidak ada pilihan lain selain mempercepatkan pengenalan model serba baru.

Tahun 2020 sahaja Isuzu telah menghantar 4,031 unit D-Max lama kepada pemilik. Untuk tahun ini pula, Isuzu telah meletakkan sasaran jualan 6,400 unit D-Max baru ini di Malaysia.

Rebiu Ringkas: Isuzu D-Max 3.0 X-Terrain, trak pikap paling premium, selesa dan tahan lasak? 03

Secara jujurnya, saya amat meminati D-Max yang baru ini sejak melihat imej dan video daripada rakan sekerja kami Adrian di Thailand.

Setelah meluangkan masa memandu Isuzu D-Max 3.0 X-Terrain ini selama setengah hari, tidak dinafikan yang ini akan menawan peminat trak pikap 'urban' yang inginkan sesuatu yang lain daripada Ranger Wildtrak, Navara Pro-4x, dan Hilux Rogue.

Eksterior Isuzu D-Max – evolusi rekaan daripada sebelumnya

Rebiu Ringkas: Isuzu D-Max 3.0 X-Terrain, trak pikap paling premium, selesa dan tahan lasak? 04

Rupa depan Isuzu D-Max ini nampak lebih agresif dan garang dengan gril tengah yang besar dengan dua sirip bertaring kelabu, plet scuff berwarna perak, dan lampu depan projektor bi-beam LED (varian bawah RM 100k menggunakan halogen).

Rebiu Ringkas: Isuzu D-Max 3.0 X-Terrain, trak pikap paling premium, selesa dan tahan lasak? 05

Untuk model X-Terrain, ia dilengkapi dengan set pengelap cermin aerofoil yang disatukan ke dalam lengan pengelap serta cermin depan yang dapat menyerap sinar infra merah dan UV untuk meningkatkan keselesaan yang lebih baik di kabin.

Rebiu Ringkas: Isuzu D-Max 3.0 X-Terrain, trak pikap paling premium, selesa dan tahan lasak? 06

Varian X-Terrain ini juga mendapat roda bersaiz 18 inci (sama dengan Premium) yang mengingatkan kami pada reka bentuk roda Tesla Model 3 – futuristik. Bawah dari spesifikasi ini pula menggunakan roda bersaiz 16 inci.

Rebiu Ringkas: Isuzu D-Max 3.0 X-Terrain, trak pikap paling premium, selesa dan tahan lasak? 07

Pungkoq yang lawa.

Selain daripada rupa yang lebih macho, saiz D-Max serba baru ini juga telah meningkat sedikit dari pelbagai aspek, kecuali panjangnya yang telah dipendekkan:

Perbandingan D-Max baru dan lama
Dimensi/Model D-Max lama D-Max baru
Panjang (mm) 5,295 5,265 (-30)
Lebar (mm) 1,860 1,870 (+10)
Tinggi (mm) 1,795 1,810 (+15)
Jarak Roda (mm) 3,095 3,125 (+30)

Rebiu Ringkas: Isuzu D-Max 3.0 X-Terrain, trak pikap paling premium, selesa dan tahan lasak? 08

Ia juga lebih tinggi - memberikan jarak kelegaan tanah minimum sebanyak 240 mm, 5 mm lebih tinggi daripada model terdahulu.

Yang paling ketara adalah peningkatan kedalaman meluncur sehingga 800 mm berbanding 600 mm pada model terdahulu. Peningkatan ini adalah disebabkan posisi ‘intake’ telah berubah jauh ke tempat yang lebih tinggi.

Rebiu Ringkas: Isuzu D-Max 3.0 X-Terrain, trak pikap paling premium, selesa dan tahan lasak? 09

Interior Isuzu D-Max – langit dan bumi

Rebiu Ringkas: Isuzu D-Max 3.0 X-Terrain, trak pikap paling premium, selesa dan tahan lasak? 10

Antara langit dan bumi. Inilah rumusan yang saya boleh katakan tentang interior Isuzu D-Max serba baru ini. Segalanya telah dirombak dan dinaik taraf berlipat kali ganda berbanding model terdahulu.

Kini ianya terasa amat premium ala sebuah SUV mewah. Tiada lagi perasaan seperti sebuah trak pikap utilitarian.

Rebiu Ringkas: Isuzu D-Max 3.0 X-Terrain, trak pikap paling premium, selesa dan tahan lasak? 11

Khas untuk X-Terrain sahaja.

Penggunaan bahan sentuh lembut (soft touch) pada bahagian atas papan pemuka dan trim pintu menaikkan seri D-Max terbaru ini. Malah saya rasa penggunaan warna coklat gelap yang unik untuk varian X-Terrain ini cukup sesuai dengan gaya keseluruhan trak pikap ini.

Rebiu Ringkas: Isuzu D-Max 3.0 X-Terrain, trak pikap paling premium, selesa dan tahan lasak? 12

Rasanya Mazda ada memberi input yang banyak pada interior D-Max ini ketika model ini dibangunkan. Nanti macam mana pula rupa interior Mazda BT-50 baru yang berkongsi casis serta trenkuasa D-Max terbaru ini. Hmm…

Juga baca: Mazda BT-50 lambat, Isuzu D-Max 2021 serba baru akan tiba dahulu di Malaysia

Rebiu Ringkas: Isuzu D-Max 3.0 X-Terrain, trak pikap paling premium, selesa dan tahan lasak? 13

Varian Premium juga mendapat kemasan kulit, kluster instrumen e-LUMAX dengan paparan pelbagai maklumat 4.2-inci (MID), cermin pandangan belakang yang redup secara automatik, dan tempat duduk pemandu yang boleh dilaras kuasa 8-arah (X-Terrain sahaja).

Rebiu Ringkas: Isuzu D-Max 3.0 X-Terrain, trak pikap paling premium, selesa dan tahan lasak? 14

Hanya X-Terrain yang mendapat skrin 9 inci. Air-cond dwi-zon hanya ada dari varian 1.9 Premium ke atas.

Terdapat juga sokongan Apple CarPlay dan Android Auto pada sistem infotainment skrin sentuh berukuran 7 atau 9 inci, yang ada dalam varian 1.9 Premium ke atas.

Saya amat menyukai reka bentuk UI pada D-Max ini – ia nampak begitu moden serta laju untuk digunakan.

Rebiu Ringkas: Isuzu D-Max 3.0 X-Terrain, trak pikap paling premium, selesa dan tahan lasak? 15

Jauh berbeza sekali daripada penggunaan sistem infotainment Android pada model lama yang tampak ketinggalan zaman. Kualiti audio juga amat baik, namun kami akan uji secara menyeluruh apabila kami dapat buat ujian WapCar.

Rebiu Ringkas: Isuzu D-Max 3.0 X-Terrain, trak pikap paling premium, selesa dan tahan lasak? 16

Secara keseluruhan, ergonomik pada D-Max serba baru ini direka dengan baik kerana segalanya mudah untuk dicapai. Malah penggunaan bahan juga amat berkualiti.

Trenkuasa Isuzu D-Max – Enjin 3.0 liter BluePower baru amat lancar

Rebiu Ringkas: Isuzu D-Max 3.0 X-Terrain, trak pikap paling premium, selesa dan tahan lasak? 17

Bagi varian X-Terrain pula, enjin 3.0 liter 4 silinder turbodiesel 4JJ3-TCX Bluepower ini adalah serba baru, menghasilkan 13 PS (190 PS) dan 70 Nm (450 Nm) lebih berbanding pendahulunya. Angka tersebut sama dengan Nissan Navara Pro-4X dengan enjin 2.5 liter 4 silinder turbodiesel.

Untuk perbandingan, Hilux Rogue 2.8 (204 PS/500 Nm) dan Ford Ranger Wildtrak 2.0 (213 PS/500 Nm) masing-masing jauh lebih berkuasa. Soalnya, bagaimanakah ‘feel’ trenkuasa ini?

Rebiu Ringkas: Isuzu D-Max 3.0 X-Terrain, trak pikap paling premium, selesa dan tahan lasak? 18

Jawapannya: ringan, lancar, dan responsif. Berbanding kebanyakan trak pikap pesaingnya dimana pengecas turbo masuk sedikit lambat, enjin 3.0 D-Max ini memberikan respon yang serta-merta – seawal 1,600 rpm. Ini memberikan perasaan yang D-Max ini adalah sebuah trak pikap yang ringan serta lincah.

Baik pada kelajuan bandar mahupun lebuhraya, enjinnya juga agak senyap walaupun ianya tidaklah sesenyap Triton (yang bagi kami paling senyap dalam kelasnya).

Rebiu Ringkas: Isuzu D-Max 3.0 X-Terrain, trak pikap paling premium, selesa dan tahan lasak? 19

Transmisi 6 kelajuan automatiknya juga menukar gear dengan begitu lancar sehinggakan anda tidak dapat merasa penukaran gear. Sayangnya, varian X-Terrain ini tiada paddle shifters (hanya mod pemanduan manual di gear), kalau tidak mesti lagi ‘best’.

Pengalaman pemanduan Isuzu D-Max – lincah dan mudah untuk dikendalikan

Rebiu Ringkas: Isuzu D-Max 3.0 X-Terrain, trak pikap paling premium, selesa dan tahan lasak? 20

Talaan suspensi D-Max baru ini amat, amat selesa. Tidak keterlaluan jika kami kata ianya trak pikap paling selesa dalam kelasnya. Ianya begitu stabil baik pada kelajuan rendah mahupun lebuh raya. Sebelum ini saya rasa talaan suspensi Hilux biasa sahaja, tetapi D-Max baru ini merubah segalanya.

Rel kerangka baru dengan keratan rentas yang lebih besar dan anggota silang tambahan menawarkan ketegaran dan ketahanan yang lebih baik.

Rebiu Ringkas: Isuzu D-Max 3.0 X-Terrain, trak pikap paling premium, selesa dan tahan lasak? 21

Cangkang struktur mempunyai kekuatan 46% lebih tinggi daripada D-Max sebelumnya, memberikan ketegaran dan keselamatan yang lebih baik tanpa mengganggu kemampuan ‘load carrying’.

Trak baru ini menggunakan siluet yang diperbaharui, dengan aerodinamik yang dioptimumkan dalam terowong angin yang sama yang digunakan untuk mengembangkan kereta api peluru Shinkansen yang legenda di Jepun.

Rebiu Ringkas: Isuzu D-Max 3.0 X-Terrain, trak pikap paling premium, selesa dan tahan lasak? 22

Ini juga dibantu dengan penggunaan material yang dipanggil “Anti Vibration Elastic Comfort Foam” pada tempat duduk. Ini bukan sekadar gimik, kerana ia benar-benar mengurangkan gegaran ketika memandu, membuatkan anda terasa selamat dan ‘lekat’ di tempat duduk.

Bercakap tentang tempat duduk, reka bentuk nya mempunyai sokongan sisi dan peha yang amat baik. Bahagian belakang badan anda juga tidak akan mudah berpeluh.

Rebiu Ringkas: Isuzu D-Max 3.0 X-Terrain, trak pikap paling premium, selesa dan tahan lasak? 23

Stereng responnya kini jauh lebih baik walaupun ianya tidaklah setangkas Hilux ataupun Triton, tetapi ianya tidak rasa kosong.

Anda masih perlu memusingnya dengan lebih ketika mengambil selekoh, sedikit sebanyak mengurangkan rasa konfiden dan membuatkan anda rasa sedikit gementar.

Rebiu Ringkas: Isuzu D-Max 3.0 X-Terrain, trak pikap paling premium, selesa dan tahan lasak? 24

Brek pedal feel juga sedikit lambat bagi saya, tetapi mungkin pemandu biasa lebih suka tetapan sebegini. Senang cerita, Ini bermakna gaya pemanduan santai lebih kena – sesuai dengan sasaran Isuzu untuk pasaran gaya hidup ‘urban’.

Rebiu Ringkas: Isuzu D-Max 3.0 X-Terrain, trak pikap paling premium, selesa dan tahan lasak? 25

Beralih ke ciri bantuan pemandu ADAS pula, ciri forward collision warning (FCW) agak sensitif dan mengeluarkan bunyi ‘beep’ yang kuat. Anda perlu melarasnya setiap kali anda memasuki kereta dan ini sedikit menjengkelkan.

Kemudian, tiada kamera 360 darjah, hanya untuk undur sahaja. Patut untuk trak pikap, ciri kamera 360 darjah ini wajib bagi zaman sekarang.

Rebiu Ringkas: Isuzu D-Max 3.0 X-Terrain, trak pikap paling premium, selesa dan tahan lasak? 26

Selain daripada itu, paparan e-LUMAX MID di kluster meter juga hanya berada di bahagian atas, tidak menggunakan keseluruhan bahagian bawah. Kenapa macam ni eh Isuzu? Rasanya simbol di bawah itu boleh diintegrasikan sekali.

Selebihnya yang kami dapat cuba seperti autonomous emergency braking (AEB), lane departure warning (LDW), automatic high beams (AHB) serta hill descent control (HDC), dan adaptive cruise control (ACC) berfungsi dengan amat sempurna dan lancar.

Konklusi

Rebiu Ringkas: Isuzu D-Max 3.0 X-Terrain, trak pikap paling premium, selesa dan tahan lasak? 27

Kalau Isuzu D-Max terdahulu terasa seperti sebuah trak pikap yang anda pakai untuk masuk ‘site’ mahupun cukup sekadar “start, isi minyak, jalan” – kali ini D-Max serba baru terasa seperti sebuah kereta yang anda akan jaga elok-elok.

Rebiu Ringkas: Isuzu D-Max 3.0 X-Terrain, trak pikap paling premium, selesa dan tahan lasak? 28

Ini bukan lagi trak yang sama yang pernah anda kenali. Isuzu telah mengambil masa untuk menambah baik setiap aspek D-Max baru dari atas ke bawah untuk menghasilkan sebuah trak pikap yang sungguh menakjubkan.

Nampaknya, D-Max serba baru ini akan menaikkan darjat Isuzu ke tahap yang lebih tinggi. Kini, Isuzu boleh mencabar pesaingnya dengan sama rata.

Rebiu Ringkas: Isuzu D-Max 3.0 X-Terrain, trak pikap paling premium, selesa dan tahan lasak? 29

Model ini akan dilancarkan secara rasmi pada 26 April ini, jadi jika anda berminat bolehlah membuat tempahan dulu. Hmm, mana nak cekau RM 141k ni…

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Isuzu D-Max 3.0 4x4 X-Terrain AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda