window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rebiu Ringkas: Toyota Corolla Cross GR Sport di Sepang - perbezaan jiwa tak ketara tapi ada uniknya

Faisal Β· Feb 21, 2023 02:00 PM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Walaupun laluan yang ditetapkan agak pendek dan masa kami dengannya agak sekejap, kami sempat merasai perbezaan yang ditonjolkan pada model GR-S ini, terutama kalau dibandingkan dengan Corolla Cross 1.8 V.

Gambaran keseluruhan buat Corolla Cross GR-S
Harga RM 142,000 (tanpa insurans)  
Trenkuasa

1.8L Dual VVT-i (2ZR-FE)

139 PS, 172 Nm

CVT

 
Asal CKD, Bukit Raja  
Waranti 5 tahun tanpa had perbatuan  

Estetik – pilihan citarasa imej yang berbeza untuk pembeli Corolla Cross

Rebiu Ringkas: Toyota Corolla Cross GR Sport di Sepang - perbezaan jiwa tak ketara tapi ada uniknya 01

Sebelum masuk dengan lebih mendalam, kami nak sentuh sedikit bab penampilan kerana model GR-S seperti yang anda tahu memang nampak lebih garang. Untuk Corolla Cross, melihatnya di depan-depan tidaklah nampak agresif macam model GR-S lain. Mungkin ia untuk mereka yang mahu nampak berbeza daripada lambakan Corolla Cross yang sudah ada di jalan raya kita. Maklumlah, SUV segmen C ini kan laku bak goreng pisang panas.

Rebiu Ringkas: Toyota Corolla Cross GR Sport di Sepang - perbezaan jiwa tak ketara tapi ada uniknya 02

Bercakap mengenai GR, sentuhan yang sama turut diberi pada bahagian dalam tetapi malangnya, perbezaan yang dapat dilihat tidaklah begitu ketara. Untuk pasaran Malaysia sekarang, barangkali inilah model GR-S yang paling β€˜kurang’ GR-S kerana kabin Vios & Hilux versi sama memang rasa unik. Kalau anda nak tahu, kluster dan roda stereng Corolla Cross GR-S tidak datang dengan grafik GR Sport. Begitu juga dengan lencana GR Sport pada bahagian tempat duduk depan yang mana tiada banyak warna kontra merah dan putih seperti yang diterapkan pada kabin Hilux dan Vios GR-S.

Rebiu Ringkas: Toyota Corolla Cross GR Sport di Sepang - perbezaan jiwa tak ketara tapi ada uniknya 03

Bercakap mengenai tempat duduk depan, ia menggunakan kerusi sama yang ada pada Corolla Cross 1.8V mahupun Hybrid. Jadi, ini bermakna tiada masalah dari segi sokongan dan keselesaan. Cumanya dari segi visual, ia tidak nampak atau rasa unik macam Hilux dan Vios GR Sport.

Juga bacaRebiu: Toyota Corolla Cross 1.8V CKD - menang di tangan Honda HR-V tapi kabin dia, alahai...

Pemanduan – perbezaan yang tidak begitu ketara tetapi tetap ada

Rebiu Ringkas: Toyota Corolla Cross GR Sport di Sepang - perbezaan jiwa tak ketara tapi ada uniknya 04

Kemudian, beralihlah kita ke aspek yang dinantikan iaitu pemanduannya. Dengan penggunaan penyerap hentakan dan spring yang lebih keras serta penambahan komponen Performance Bracing serta Sport ECU untuk sistem stereng, pemanduan Corolla Cross GR-S memberikan karakter yang rasa lebih tegap dan meyakinkan tetapi ada sedikit kompromi dari segi keempukan suspensi di mana daya serapan cacat cela permukaan jalan tidak mantap macam varian 1.8 V dan Hybrid.

Rebiu Ringkas: Toyota Corolla Cross GR Sport di Sepang - perbezaan jiwa tak ketara tapi ada uniknya 05

Tetapi selain keselesaan, perbezaan dari segi pemanduan mungkin tidak begitu ketara, kecualilah anda memandu kedua-dua SUV secara serentak.

Rebiu Ringkas: Toyota Corolla Cross GR Sport di Sepang - perbezaan jiwa tak ketara tapi ada uniknya 06

Dari segi stereng juga, maklum balas dan beratnya rasa seakan sama. Kalau berbeza pun mungkin dari segi nisbah, hasil dari penggunaan Sport ECU. Dari segi prestasi pula, ia mengunakan trenkuasa sama dengan varian 1.8 V dan gabungan yang kami sudah biasa ini tidaklah mengasyikkan tetapi nak kata lemau pun jauh sama sekali.

Konklusi

Rebiu Ringkas: Toyota Corolla Cross GR Sport di Sepang - perbezaan jiwa tak ketara tapi ada uniknya 07

Jadi, dengan harga yang sama dengan varian Hybrid, Corolla Cross GR-S sebenarnya boleh dianggap sebagai alternatif yang lebih rancak untuk pembeli varian 1.8V kerana ia menggabungkan keunggulan Corolla Cross tetapi dengan perbezaan estetik dan komponen yang dinaik taraf secara dalaman.

Rebiu Ringkas: Toyota Corolla Cross GR Sport di Sepang - perbezaan jiwa tak ketara tapi ada uniknya 08

Tetapi kalau ini bukan apa yang anda cari, varian Hybrid yang disukai ramai selama ini juga masih ada.

Juga bacaRebiu: Toyota Corolla Cross Hybrid 2022 - Honda HR-V baharu 'kureng'? Inilah jalan terbaik!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Corolla Cross GR Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda