window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rebiu: Toyota Corolla Cross 1.8V CKD - menang di tangan Honda HR-V tapi kabin dia, alahai...

Faisal Β· Jun 7, 2022 07:00 PM

Rebiu: Toyota Corolla Cross 1.8V CKD - menang di tangan Honda HR-V tapi kabin dia, alahai... 01

  • Pesaing Honda HR-V yang paling dinantikan di Malaysia setakat ini
  • Resepi sama tapi jenama Toyota
  • Adakah takhta Honda HR-V berjaya ditakluk buat julung kalinya?

Seperti yang anda tahu, Honda HR-V di Malaysia sememangnya ‘bersepah’. Ke mana sahaja anda pergi pasti akan terjumpa sebiji. Inilah bukti betapa hebatnya impak SUV segmen B itu sampaikan jenama pesaing sengitnya, Toyota, tidak mampu langsung untuk berentap dengan model C-HR mereka.

Rebiu: Toyota Corolla Cross 1.8V CKD - menang di tangan Honda HR-V tapi kabin dia, alahai... 02

Tetapi kalau dah nama pesaing sengit, takkan Toyota nak duduk diam sahaja kan? Disebabkan inilah wujudnya Corolla Cross. Sejak dilancarkan di Malaysia, sambutannya amatlah positif, sama seperti yang dialami oleh Honda HR-V dahulu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Rebiu: Toyota Corolla Cross 1.8V CKD - menang di tangan Honda HR-V tapi kabin dia, alahai... 01

Jadi, setakat manakah hebatnya senjata Toyota kali ini? Mampukah ia mengalahkan Honda HR-V buat julung kalinya? Mari kami ulaskan satu per satu melalui varian 1.8V CBU yang kami peroleh tempoh hari.

Juga bacaToyota Corolla Cross 1.8G (CBU) 2021 laku keras dalam masa 6 hari, tempahan melebihi sasaran!

Eksterior – boleh diterima ramai tapi tak ‘stylo’ macam HR-V

Rebiu: Toyota Corolla Cross 1.8V CKD - menang di tangan Honda HR-V tapi kabin dia, alahai... 02

Dari pandangan kasar, Toyota Corolla Cross memperagakan gaya yang agak konvensional tetapi ia tidaklah membosankan. Malah bagi kami, Corolla Cross dengan sentuhan rim dwi-tona 18 inci yang dilengkapkan pada varian 1.8V ini ada tarikan yang tersendiri.

Rebiu: Toyota Corolla Cross 1.8V CKD - menang di tangan Honda HR-V tapi kabin dia, alahai... 03

Reka bentuk lampu yang panjang dan gril depan yang garang juga sebenarnya sudah cukup untuk membuatkan crossover ini nampak moden. Cumanya pada sudut belakang belah tepi, kami faham kalau ada yang berpendapat bahawa ia nampak terlalu ringkas. Apapun, visual yang diperlihatkan pada bahagian belakang Corolla Cross takkan menimbulkan persoalan kerana tiada elemen yang keterlaluan.

Rebiu: Toyota Corolla Cross 1.8V CKD - menang di tangan Honda HR-V tapi kabin dia, alahai... 04

Yang bestnya, pada waktu gelap, nyalaan lampu malam pada bahagian belakang sebenarnya nampak agak memukau. Dengan bahagian luar yang nampak moden dengan cara konservatif, bagaimana pula dengan bahagian dalamnya?

Interior – tidak cukup praktikal, persembahan tidak seistimewa HR-V

Rebiu: Toyota Corolla Cross 1.8V CKD - menang di tangan Honda HR-V tapi kabin dia, alahai... 05

Bunyi macam mengecawakan bukan? Mari kita cakap bab kualiti dahulu kerana mutu pemasangan kabin Corolla Cross sebenarnya lebih bagus daripada si Honda. Tapi benda ini tak semua orang akan perasan. Apa yang lebih realistik adalah cara ia dipersembahkan.

Rebiu: Toyota Corolla Cross 1.8V CKD - menang di tangan Honda HR-V tapi kabin dia, alahai... 06

Secara amnya, permukaan bahagian atas pada panel pintu dan papan pemuka kabin Corolla Cross mengenakan bahan lembut dan berkualiti tinggi. Namun begitu, Honda HR-V tetap mendapat markah lebih tinggi yang mana separuh daripada panel pintu dan konsol tengahnya menggunakan bahan ala kulit terus.

Rebiu: Toyota Corolla Cross 1.8V CKD - menang di tangan Honda HR-V tapi kabin dia, alahai... 07

Begitu juga dengan reka bentuk kabinnya. Walaupun dirasmikan pada tahun 2020, bahagian dalam Corolla Cross tidak nampak menarik langsung. Kalau ada pun skrin infotainment 9 inci yang betul-betul nampak besar. Walaupun ada ciri kamera 360-darjah, kualiti imej yang dihasilkan sebenarnya macam kartun. Jadi, sukar untuk tahu posisi sebenar kenderaan anda dengan objek sekeliling. Apapun, kamera undur pada Honda HR-V pun lebih kurang begitu juga.

Rebiu: Toyota Corolla Cross 1.8V CKD - menang di tangan Honda HR-V tapi kabin dia, alahai... 08

Dari segi kualiti audio pula, ia sekadar biasa-biasa sahaja. Boleh diterima lah senang kata. Nak kata hampeh tu taklah. Kluster instumen analog yang didatangkan pula Toyota buat bukan main ringkas lagi. Honda HR-V yang dah ada sejak tahun 2015 pula yang nampak lagi memukau. Secara tidak langsung, pengalaman duduk dalam Corolla Cross tidak akan rasa istimewa macam Honda HR-V.

Rebiu: Toyota Corolla Cross 1.8V CKD - menang di tangan Honda HR-V tapi kabin dia, alahai... 09

Ruang di belakang tidak rasa lapang langsung.

Bercakap mengenai duduk, ruang yang ada juga agak memeranjatkan. Sebaik sahaja masuk ke dalam, anda pasti akan rasa hampa kerana HR-V jauh lebih luas. Kalau nak berlunjur kaki tu memang tak boleh kerana ruang lutut dan betisnya agak ketat.

Rebiu: Toyota Corolla Cross 1.8V CKD - menang di tangan Honda HR-V tapi kabin dia, alahai... 10

Untuk tempat duduk pula, di sinilah Corolla Cross berjaya tapau HR-V kerana sokongan yang diberi betul-betul rasa selesa dan mencukupi. Senang kata, tempat duduknya macam satu kelas lebih atas. Cumanya, sudut sandar untuk tempat duduk belakang macam tidak berapa ergonomik.

Rebiu: Toyota Corolla Cross 1.8V CKD - menang di tangan Honda HR-V tapi kabin dia, alahai... 11

Kalau dilaras, rasa terlalu baring. Kalau tidak, terlalu tegak pula. Jadi untuk duduk di belakang, Honda HR-V tetap lebih selesa. Dari segi praktikaliti pula bagaimana?

Rebiu: Toyota Corolla Cross 1.8V CKD - menang di tangan Honda HR-V tapi kabin dia, alahai... 12

Crossover atau SUV sepatutnya membawa aspek praktikaliti dengan begitu baik tetapi bukan Corolla Cross. Jujur cakap, ia sebenarnya mengecewakan. Sebagai contoh, tempat meletak barang di konsol tengah bukan setakat sikit, malah ia juga sempit. Kalau selak bahagian perehat tangan, sumbat dompet, kunci rumah dan ‘vape’ sahaja pun dah jadi penuh.

Rebiu: Toyota Corolla Cross 1.8V CKD - menang di tangan Honda HR-V tapi kabin dia, alahai... 13

Konfigurasi ruang kargo belakang macam Ultra Seats pada Honda HR-V pun ada cuma ia tidak rata dan bangku tidak boleh dilipat ke atas.

Satu lagi, ruang meletak barang di bahagian tempat mengecas telefon tanpa wayar pun bukan main kecil lagi. Nak taruh apa pun tak boleh. Dalam hal ini, Honda HR-V jauh lebih hebat. Macam langit dan bumi. Setakat ini kemenangan macam memihak kepada HR-V pula kan? Tidak mengapa. Kita cerita bab prestasi pula.

Prestasi – standard Toyota, transmisi CVT jelas lebih mantap

Rebiu: Toyota Corolla Cross 1.8V CKD - menang di tangan Honda HR-V tapi kabin dia, alahai... 14

Enjin 1.8L NA Dual VVT-i berkuasa 139 PS dan 172 Nm tork yang dipadankan pada varian 1.8V ini nak kata lemau tidak, nak kata berkuasa pun tidak. Ujian pecutan 0 - 100 km/j yang kami buat tempoh hari mencatatkan masa selama 12.11 saat. Sebagai perbandingan, Honda HR-V RS yang kami uji beberapa tahun yang lalu mengambil masa 10.8 saat sahaja. Apapun untuk pemanduan harian, anda mungkin tidak akan rasa perbezaan ini kerana talaan minyak dan transmisi CVT yang dipadankan pada Corolla Cross cukup responsif.

Rebiu: Toyota Corolla Cross 1.8V CKD - menang di tangan Honda HR-V tapi kabin dia, alahai... 15

0 - 100 km/j terpantas yang dicatatkan adalah 12.11 saat.

Bercakap mengenai ini, transmisi CVT Corolla Cross betul-betul rasa lebih moden kerana bunyi derumannya sangatlah sikit walaupun pedal minyak ditekan habis. Penukaran gear maya dalam mod manual juga bukan main laju lagi. Cumanya dari segi bunyi enjin, ia tidak mengeluarkan nada yang selunak nadi 1.8L i-VTEC yang diguna pada Honda HR-V, terutama sebaik sahaja enjin dihidupkan.

Rebiu: Toyota Corolla Cross 1.8V CKD - menang di tangan Honda HR-V tapi kabin dia, alahai... 16

Dari segi penjimatan minyak pula, ujian kami tempoh hari yang meliputi 70% bandar dan 30% lebuh raya menunjukkan penggunaan petrol sebanyak 9.2 liter/100 km. Agak tinggi tetapi kalau dengan trafik yang sesak, angka seperti ini tidak menghairankan langsung.

Apapun, trenkuasa bukanlah pengukur segalanya. Jadi, bagaimana pula dengan pemanduan Corolla Cross?

Pengalaman memandu – terbukti lebih hebat daripada HR-V

Rebiu: Toyota Corolla Cross 1.8V CKD - menang di tangan Honda HR-V tapi kabin dia, alahai... 17

Bagi anda yang belum tahu, model Toyota yang menggunakan platform TNGA memang sedap untuk dipandu dan Corolla Cross juga tidak terkecuali. Pulas sahaja stereng, anda terus akan rasa betapa dinamik dan organiknya SUV ini. Senang cerita, bukan macam Toyota dulu-dulu. Walaupun suspensinya empuk, pengendaliannya tetap mantap. Nak ambil selekoh secara laju pun macam tiada bantahan langsung.

Rebiu: Toyota Corolla Cross 1.8V CKD - menang di tangan Honda HR-V tapi kabin dia, alahai... 18

Apapun, ia tidaklah sehandal Subaru XV kerana Corolla Cross hanya pakai suspensi belakang jenis torsion beam. Lagi satu, walaupun talaan brek Corolla Cross pada kelajuan rendah mudah untuk dikawal dan cukup mencengkam pada kelajuan tinggi, maklum balas pedal brek itu sendiri tidak meyakinkan macam si Honda kerana ia agak lembut.

Rebiu: Toyota Corolla Cross 1.8V CKD - menang di tangan Honda HR-V tapi kabin dia, alahai... 19

Tetapi falsafah TNGA bukan setakat pemanduan semata-mata. Bab keselesaan pun tak kurang hebatnya. Lagipun ini Toyota. Kalau tak selesa, peliklah kan? Bercakap mengenai ini, suspensi Honda HR-V sebenarnya dah cukup bagus tapi Corolla Cross punya taraf terbukti lebih hebat kerana ia lebih tenang dan bersahaja.

Rebiu: Toyota Corolla Cross 1.8V CKD - menang di tangan Honda HR-V tapi kabin dia, alahai... 20

Hentakan kalau terlanggar lubang pun rasa sedap sahaja. Begitu juga dengan aspek bunyi dalam kabin yang mana berdasarkan ujian pada kelajuan 110 km/j, Corolla Cross mencatatkan bacaan serendah 66 dB, lebih senyap daripada HR-V (69 dB).

Konklusi – layak menjadi pilihan utama kalau anda boleh terima bahagian dalamnya

Rebiu: Toyota Corolla Cross 1.8V CKD - menang di tangan Honda HR-V tapi kabin dia, alahai... 21

Jadi, adakah takhta HR-V sebagai raja SUV segmen B di Malaysia berjaya ditumbang oleh Corolla Cross? Bagi kami, susunan, reka bentuk dan elemen yang diterapkan pada kabin Honda HR-V masih tiada tandingan walaupun sudah berusia 7 tahun. Tetapi kalau itu bukan medium pengukur anda untuk crossover segmen ini, beli sahaja Corolla Cross kerana tahap pemanduan dan keselesaannya dah cukup mempesonakan.

Rebiu: Toyota Corolla Cross 1.8V CKD - menang di tangan Honda HR-V tapi kabin dia, alahai... 22

Lagipun, ia bukan setakat ada kamera 360-darjah, sistem bantuan keselamatan ADAS pun UMW Toyota siap bagi. Cumanya, kawalan breknya tidak selancar Honda Sensing dan ciri Low Speed Follow yang berguna pada waktu ‘jam’ pun tiada kerana ia masih menggunakan brek parker kaki, bukan elektrik (EPB).

Rebiu: Toyota Corolla Cross 1.8V CKD - menang di tangan Honda HR-V tapi kabin dia, alahai... 23

Dengan harga RM 129k beserta ciri yang anda dapat dan mutu kejuruteraan TNGA sendiri. tiada apa yang dapat menandingi Corolla Cross buat masa sekarang, sekurang-kurangnya sebelum Honda HR-V baharu tembus ke pasaran kita.

Bagaimana pula dengan varian Corolla Cross Hybrid? Nantikan ulasan bahagian 2 kami tidak lama lagi.

Juga bacaRespon rakyat Malaysia dengan Toyota Corolla Cross Hybrid amat baik, menyumbang lebih 40% kepada jualan!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Corolla Cross GR Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda