window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rebiu: Toyota Fortuner 2.8 VRZ 2021 – teringat pada Land Cruiser dan Mitsubishi Pajero lama!

Zamil Syaheer · Mar 28, 2021 11:59 AM

Rebiu: Toyota Fortuner 2.8 VRZ 2021 – teringat pada Land Cruiser dan Mitsubishi Pajero lama! 01

Kalau sebut Toyota Fortuner di Malaysia, ia pasti mengingatkan anda kepada kereta peronda JPJ ataupun unit khas di beberapa jabatan kementerian. Ada sebab kenapa Fortuner ini dipilih, kerana ia tahan lasak, nampak gagah, dan praktikal.

Rebiu: Toyota Fortuner 2.8 VRZ 2021 – teringat pada Land Cruiser dan Mitsubishi Pajero lama! 02

Tetapi dengan model kemaskini terbaru ini (varian 2.8 VRZ), Toyota ingin mengingatkan anda bahawa ia juga sebuah SUV ranggi yang sesuai untuk seisi keluarga.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bermula pada RM 203,183 (tanpa SST, sah sehingga 30 June 2021), Fortuner bukanlah SUV yang paling murah, tetapi kenapa banyak yang boleh dilihat di jalan raya?

Eksterior - macho dan lasak

Rebiu: Toyota Fortuner 2.8 VRZ 2021 – teringat pada Land Cruiser dan Mitsubishi Pajero lama! 01

Ketika Fortuner pertama kali dilancarkan pada tahun 2004, ia nampak seperti Toyota Hilux dengan bahagian belakang yang tertutup. Tetapi model generasi kedua ini merubah segalanya.

Rebiu: Toyota Fortuner 2.8 VRZ 2021 – teringat pada Land Cruiser dan Mitsubishi Pajero lama! 02

Jika anda melihat Fortuner ini dengan lebih dekat, anda akan perasan betapa besarnya saiz SUV ini. Berkongsi penggunaan casis ladder-frame dengan Hilux, Fortuner ini tinggi dan lebar – Proton X70 nampak ‘cinonet’ je.

Rebiu: Toyota Fortuner 2.8 VRZ 2021 – teringat pada Land Cruiser dan Mitsubishi Pajero lama! 03

Kami takkan panggil Fortuner ini elegan atau seksi, kerana ayat macho dan lasak nampak lebih sesuai dengan imej yang cuba ditampilkan. Rupa ini jelas dilihat pada bahagian depan Fortuner VRZ ini yang nampak macam Storm Trooper dari filem Star Wars.

Rebiu: Toyota Fortuner 2.8 VRZ 2021 – teringat pada Land Cruiser dan Mitsubishi Pajero lama! 04

Kemas kini baru ini menampakkan penggunaan gril depan yang terpisah dengan gril atas ramping yang menampilkan hiasan seperti taring hitam di antara lampu depan LED quad-beam.

Rebiu: Toyota Fortuner 2.8 VRZ 2021 – teringat pada Land Cruiser dan Mitsubishi Pajero lama! 05

Tetapi di bahagian sisi sehingga ke belakang pula, reka bentuknya lebih ringkas dan beralun. Penggunaan kemasan warna hitam di sekeliling badan termasuk opsyen warna bumbung Fortuner VRZ ini membuatkannya nampak lebih sporty serta ‘up-to-date’ dengan trend reka bentuk terkini.

Rebiu: Toyota Fortuner 2.8 VRZ 2021 – teringat pada Land Cruiser dan Mitsubishi Pajero lama! 06

Overhang depan dan belakang yang pendek memudahkan kawalan di off-road.

Selain daripada itu, kualiti cat amat konsisten di keseluruhan panel badan, dalam jurang ratusan mikrometer. Jurang celahan panel pula biasa-biasa sahaja, dengan jurang maksima 1 mm.

Rebiu: Toyota Fortuner 2.8 VRZ 2021 – teringat pada Land Cruiser dan Mitsubishi Pajero lama! 07

Beberapa perincian di eksterior Fortuner.

Interior – beberapa penambahan premium

Rebiu: Toyota Fortuner 2.8 VRZ 2021 – teringat pada Land Cruiser dan Mitsubishi Pajero lama! 08

Sebelum itu, jika anda tak pernah menaiki kereta bersaiz besar sebegini, ianya sedikit mencabar bagi pembeli SUV 4x4 sebegini. Jangan risau, kerana terdapat pegangan pegangan di kedua-dua sisi tiang A untuk membantu anda.

Rebiu: Toyota Fortuner 2.8 VRZ 2021 – teringat pada Land Cruiser dan Mitsubishi Pajero lama! 09

Imej tahan lasak bukan sahaja ada pada luaran Fortuner VRZ ini, malah interiornya juga. Kami suka dengan kemasan dan kualiti bahan yang digunakan, ia terasa premium.

Rebiu: Toyota Fortuner 2.8 VRZ 2021 – teringat pada Land Cruiser dan Mitsubishi Pajero lama! 10

Walaupun kombinasi warna merah dan hitam untuk trim serta tempat duduk dalam agak biasa dilihat (seperti Proton X50 dan Perodua Ativa), tetapi kegunaan dua warna ini tidak keterlaluan atau nampak janggal. Mungkin ia nampak serba tak kena jika anda memilih warna Bronze Mica Metallic untuk bahagian luaran.

Rebiu: Toyota Fortuner 2.8 VRZ 2021 – teringat pada Land Cruiser dan Mitsubishi Pajero lama! 11

Tempat 'glove box' bertingkat. Atas tu untuk sejukkan air minuman.

Tempat yang biasa dipegang seperti penyejuk air dan trim di sekeliling konsol tengah juga dibalut dengan kulit.

Rebiu: Toyota Fortuner 2.8 VRZ 2021 – teringat pada Land Cruiser dan Mitsubishi Pajero lama! 12

Kemasan ala marmar di sekeliling tombol gear dan juga lambang Fortuner di bahagian trim pintu belakang mengingatkan saya kepada Lexus.

Rebiu: Toyota Fortuner 2.8 VRZ 2021 – teringat pada Land Cruiser dan Mitsubishi Pajero lama! 13

Kelengkapan lain yang kami suka adalah skrin layar untuk hiburan di tempat duduk belakang, corong penyaman udara untuk penumpang barisan kedua dan ketiga, serta banyak ruang tempat letak cawan yang berbeza saiz. Pasti ibu bapa mana yang ada kanak-kanak akan rasa gembira.

Rebiu: Toyota Fortuner 2.8 VRZ 2021 – teringat pada Land Cruiser dan Mitsubishi Pajero lama! 14

Secara keseluruhan, kualiti interior amat baik. Butang atau tombol sedap untuk disentuh dan responsif, penggunaan bahan-bahan terasa kukuh, dan anda mendapat perasaan bahawa segalanya akan tahan lama dan tidak murah rosak pada jangka masa akan datang.

Infotainment – Secukup rasa, tapi boleh diperhalusi

Rebiu: Toyota Fortuner 2.8 VRZ 2021 – teringat pada Land Cruiser dan Mitsubishi Pajero lama! 15

Unit infotainment skrin sentuh berukuran 9 ici ini dibekalkan oleh Clarion dengan Android Auto dan Apple CarPlay. Ianya mudah untuk digunakan dan kualiti skrin agak halus, cuma ia agak silau apabila terkena cahaya matahari.

Juga baca: Kenapa kereta anda wajib ada Apple CarPlay dan Android Auto? Ini sebabnya

Rebiu: Toyota Fortuner 2.8 VRZ 2021 – teringat pada Land Cruiser dan Mitsubishi Pajero lama! 16

Remote control for the rear-seat entertainment

Walaupun ia dilengkapi dengan 8 pembesar suara, tetapi kualiti bunyinya biasa sahaja. Anda boleh melaras bass dan treble, tetapi rasa macam boleh diperhalusi lagi secara keseluruhan.

Rebiu: Toyota Fortuner 2.8 VRZ 2021 – teringat pada Land Cruiser dan Mitsubishi Pajero lama! 17

Kawalan infotainment di stereng serta multi-info display (MID) senang digunakan dan kami tiada sebarang rungutan.

Pandangan dari interior – luas dan praktikal

Rebiu: Toyota Fortuner 2.8 VRZ 2021 – teringat pada Land Cruiser dan Mitsubishi Pajero lama! 18

Antara sebab utama kenapa ramai membeli SUV adalah posisi pemanduan yang tinggi dan ‘commanding presence’, dan Fortuner ini ternyata memberikan anda perasaan sebegini.

Rebiu: Toyota Fortuner 2.8 VRZ 2021 – teringat pada Land Cruiser dan Mitsubishi Pajero lama! 19

Tempat duduk pemandu boleh dilaras dengan 8 cara.

Dengan tempat duduk pemandu yang boleh dilaras serta penglihatan hadapan yang baik, anda yang dah biasa memandu kereta yang jauh lebih rendah dan kecil juga dapat menyesuaikan diri dengan cepat.

Rebiu: Toyota Fortuner 2.8 VRZ 2021 – teringat pada Land Cruiser dan Mitsubishi Pajero lama! 20

Ruang di barisan kedua mencukupi.

Di barisan kedua pula, ruang kaki dan kepala cukup untuk seorang individu dewasa, tetapi barisan ketiga pula lebih sesuai untuk kanak-kanak. Tetapi kami ada satu poin yang cukup menarik.

Rebiu: Toyota Fortuner 2.8 VRZ 2021 – teringat pada Land Cruiser dan Mitsubishi Pajero lama! 21

Ruang di barisan ketiga sempit ya amat untuk orang dewasa.

Kalau anda perasan, Fortuner mempunyai kain bumbung (headliner) yang berwarna hitam. Selalunya kain bumbung berwarna hitam ini dikaitkan dengan kereta berprestasi sebab ia memberikan perasaan seperti anda berada di dalam kokpit – tetapi tona warna ini membuatkan anda rasa “tertutup” dan “sempit”.

Rebiu: Toyota Fortuner 2.8 VRZ 2021 – teringat pada Land Cruiser dan Mitsubishi Pajero lama! 22

Ini ruang maksima bagi but belakang.

Tapi perkara yang kami rasa paling tak ‘best’ adalah tempat duduk barisan ketiga tidak boleh dilipat ke bawah, tetapi hanya boleh dilipat ke tepi. Ianya bukan setakat mengganggu ruangan but, malah penglihatan juga.

Rebiu: Toyota Fortuner 2.8 VRZ 2021 – teringat pada Land Cruiser dan Mitsubishi Pajero lama! 23

Ford Everest

Rebiu: Toyota Fortuner 2.8 VRZ 2021 – teringat pada Land Cruiser dan Mitsubishi Pajero lama! 24

Isuzu MU-X, tetapi model ini tidak lagi dijual di Malaysia.

Lihat saja Ford Everest dan Isuzu MU-X, tempat duduk barisan ketiga boleh dilipat secara rata ke bawah, memaksimakan ruangan but tanpa mengganggu penglihatan di sekeliling.

Rebiu: Toyota Fortuner 2.8 VRZ 2021 – teringat pada Land Cruiser dan Mitsubishi Pajero lama! 25

Nampak tak tempat pengecas tanpa wayar di tepi tu? Pelik benor.

Lagi satu ciri yang kurang praktikal adalah pilihan pengecas tanpa wayar (RM 490) yang kami tidak gunakan langsung ketika minggu uji pandu. Posisinya agak jangal, di bawah sandaran tempat meletak tangan tengah. Ini kerana apabila anda menyambungkannya ke system infotainment, kabel akan menghalang penutup kotak. Lihat masalahnya sekarang?

Prestasi pemanduan – enjin yang begitu berkuasa

Rebiu: Toyota Fortuner 2.8 VRZ 2021 – teringat pada Land Cruiser dan Mitsubishi Pajero lama! 26

Varian VRZ RM 30k jauh lebih mahal daripada varian pertengahan SRZ, jadi selain perubahan visual serta beberapa penambahan ciri, anda juga mendapat enjin 2.8 liter turbodiesel yang diambil terus daripada Hilux Rogue.

Spesifikasi Toyota Fortuner 2.8 VRZ

1GD-FTV

2.8 liter turbodiesel, 4 silinder

204 PS @ 3,000 - 3,400 rpm

500 Nm @ 1,600 - 2,800 rpm

6 kelajuan automatik

Enjin baru yang diberi talaan menyeluruh ini menyelesaikan masalah Fortuner pra-kemaskini yang terasa sedikit lemau akibat beratnya. Sekarang, tekan je, terus berdesup! 

Rebiu: Toyota Fortuner 2.8 VRZ 2021 – teringat pada Land Cruiser dan Mitsubishi Pajero lama! 27

Fortuner mengambil masa 12.8 saat pada ujian 0-100 km/j, dan memerlukan 49 meter untuk berhenti sepenuhnya daripada kelajuan tersebut. Ia tidaklah begitu laju kerana Fortuner agak berat, tetapi anda dapat rasakan tork 500 Nm itu dengan begitu cepat.

Rebiu: Toyota Fortuner 2.8 VRZ 2021 – teringat pada Land Cruiser dan Mitsubishi Pajero lama! 28

Kuasa daripada sistem turbodiesel membolehkan Fortuner sampai pada kelajuan tiga digit dengan begitu lancar dan linear, memudahkan tugasan untuk memotong kereta lain. Transmisi 6 kelajuan automatik ini juga agak efisyen, walaupun tukaran gear-nya sedikit perlahan.

Rebiu: Toyota Fortuner 2.8 VRZ 2021 – teringat pada Land Cruiser dan Mitsubishi Pajero lama! 29

Berbanding Hilux, Fortuner memberikan anda pengalaman pemanduan yang lebih konfiden. Ini kerana bahagian belakang yang tertutup serta lebih pendek membuatkan ia lebih seimbang berbanding Hilux, dimana ia lebih cenderung untuk hilang cengkaman dan berbuai ketika brek dengan kuat.

Rebiu: Toyota Fortuner 2.8 VRZ 2021 – teringat pada Land Cruiser dan Mitsubishi Pajero lama! 30

Sama seperti Fortuner, Hilux menggunakan pam stereng variable-flow control (VFC) baru yang meningkatkan keupayaan pusingan stereng. Ia nampak macam remeh, tetapi ia adalah fungsi yang sangat dialu-alukan terutamanya ketika melakukan pusingan U atau parkir di tempat sempit.

Rebiu: Toyota Fortuner 2.8 VRZ 2021 – teringat pada Land Cruiser dan Mitsubishi Pajero lama! 31

Untuk kemampuan off-road pula, Fortuner menggunakan sistem pacuan empat roda separuh masa lengkap dengan Active Traction Control (A-TRC), sama seperti Hilux.

Rebiu: Toyota Fortuner 2.8 VRZ 2021 – teringat pada Land Cruiser dan Mitsubishi Pajero lama! 32

Bukan itu saja, ia juga dilengkapi dengan Auto Limited Slip Differential (A-LSD) yang mengawal brek serta keadaan dimana satu roda di belakang tidak dapat mencengkam dan berpusing – berguna pada situasi yang sukar.

Rebiu: Toyota Fortuner 2.8 VRZ 2021 – teringat pada Land Cruiser dan Mitsubishi Pajero lama! 33

Tahap keselesaan – keras dan berbuai

Rebiu: Toyota Fortuner 2.8 VRZ 2021 – teringat pada Land Cruiser dan Mitsubishi Pajero lama! 34

Dari segi pengendalian pula, Fortuner ini mempunyai talaan suspensi yang keras, namun berbuai kerana menggunakan casis ladder frame. Anda boleh rasakannya selepas melalui bonggol dan ketika keluar dari selekoh tajam.

Rebiu: Toyota Fortuner 2.8 VRZ 2021 – teringat pada Land Cruiser dan Mitsubishi Pajero lama! 35

The seats are very upright

Ditambah pula dengan berat 2 tan, ia bukanlah sebuah SUV yang boleh dipandu secara bersemangat. Kami tidak syorkan anda untuk pergi “belasah” Fortuner di Genting Highland – pandu santai saja cukup.

Rebiu: Toyota Fortuner 2.8 VRZ 2021 – teringat pada Land Cruiser dan Mitsubishi Pajero lama! 36

Penebat bunyi di dalam kabin juga okay, cuma terdapat bunyi ‘siulan’ di dalam kereta apabila kelajuan ditingkatkan. Kami mencatatkan bacaan tahap kebisingan kabin sebanyak 60 dB pada 60 km/j, 63 dB pada 90 km/j, dan 68 dB pada 110 km/j.

Sistem keselamatan – berfungsi dengan baik seperti jangkaan

Rebiu: Toyota Fortuner 2.8 VRZ 2021 – teringat pada Land Cruiser dan Mitsubishi Pajero lama! 37

Sistem Dynamic Radar Cruise Control (DRCC) mudah untuk digunakan, manakala sistem bantuan pemandu ADAS Toyota Safety Sense (walaupun bukan sepenuhnya) juga lancar dan bertindakbalas dengan baik.

Monitor titik buta tidak bising dan kamera 360 darjah amat berguna untuk kenderaan bersaiz sebegini.

Penggunaan minyak – boleh tahan 

Rebiu: Toyota Fortuner 2.8 VRZ 2021 – teringat pada Land Cruiser dan Mitsubishi Pajero lama! 38

Berdasarkan perhitungan antara jarak perjalanan dan jumlah minyak yang diisi, Fortuner mengembalikan 13.8 liter/100 km dalam perjalanan antara jarak antara bandar dan lebuh raya.

Konklusi – berbaloi, seperti ‘throwback’ kepada SUV jenis lama

Rebiu: Toyota Fortuner 2.8 VRZ 2021 – teringat pada Land Cruiser dan Mitsubishi Pajero lama! 39

Bagi kami, Toyota Fortuner 2.8 VRZ ini ibarat ‘throwback’ kepada SUV lama seperti Toyota Land Cruiser dan Mitsubishi Pajero - lebih dikenali sebagai SUV besar dengan sistem pacuan empat roda yang luas dan mempunyai trenkuasa dengan seseran besar.

Tak banyak pilihan untuk SUV yang moden dengan resipi ‘oldskool’ sebegini di pasaran.

Rebiu: Toyota Fortuner 2.8 VRZ 2021 – teringat pada Land Cruiser dan Mitsubishi Pajero lama! 40

'Old school', tapi 'confirm' tahan lasak.

Tetapi terus terang kami katakan, Fortuner yang dijual di Semenanjung Malaysia selalunya tidak akan pergi ke off-road pun. Kami yakin sistem ini akan lebih dihargai pada pengguna yang berada di Sabah dan Sarawak. Bertitik tolak dari hal ini, casis ladder frame ini bukanlah penghalang bagi apa yang ada pada Fortuner ini.

Jiran saya baru sahaja menjual Honda CR-V 1.5 TC-P tempoh hari dan menggantikannya dengan Fortuner 2.8 VRZ seperti kereta pandu uji kami. Saya begitu tertarik kenapa dia membeli Fortuner, sedangkan CR-V jauh lebih selesa.

Jawapannya - “Ianya lebih besar dan nilai trade-in yang ditawarkan berbaloi.”. Jawapan paling mudah, tiada aspek teknikal pun.

Juga baca: “Saya minat Toyota Fortuner 2021 tapi nak beli yang mana?” Ikuti panduan kami

 

 

 

 

 

 

 

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Toyota Fortuner 2.4 AT 4x4

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda