window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rebiu: Toyota Vios AC100 2023 - satu lonjakan kuantum berbanding pendahulunya, namun ia bukan sempurna

Zamil Syaheer · Mar 25, 2023 02:00 PM

Rebiu: Toyota Vios AC100 2023 - satu lonjakan kuantum berbanding pendahulunya, namun ia bukan sempurna 01

Sebelum Toyota Vios 2023 (AC100) serba baharu dilancarkan pada Isnin lalu, kami telah diberi peluang untuk menguji pandu sedan segmen B itu secara menyeluruh di Pulau Langkawi.

Berikut adalah pendapat kami tentang salah satu model terhangat untuk awal tahun ini.

Pandangan keseluruhan: 2023 (AC100) Toyota Vios
Harga RM 89,600 (1.5E), RM 95,500 (1.5G)
Segmen Sedan segmen-B
Enjin 1.5L NA 4-silinder
Transmisi CVT
Kuasa 106 PS @ 6,000 rpm
Tork 138 Nm @ 4,200 rpm
Asal CKD, Bukit Raja

Rebiu: Toyota Vios AC100 2023 - satu lonjakan kuantum berbanding pendahulunya, namun ia bukan sempurna 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mari kita mulakan dengan bahagian eksterior. Toyota Vios 2023 telah berkembang sedikit panjang (+5 mm), lebih lebar (+10 mm) dan juga lebih tinggi (+5 mm). Perubahan yang lebih ketara ialah jarak roda yang lebih panjang, iaitu 2,620 mm (+70 mm).

Ini memberikan Vios profil sisi yang lebih berkadar dengan overhang yang lebih pendek.

Baca juga: Malaysia lancar Toyota Vios 2023 serba baharu (AC100) - dari RM 89.6k, 1.5E & 1.5G

Rebiu: Toyota Vios AC100 2023 - satu lonjakan kuantum berbanding pendahulunya, namun ia bukan sempurna 01

Bahagian hadapannya nampak seperti 'mini Toyota Camry', dengan lampu hadapan LED yang tajam dan gril hadapan yang besar dengan selat mendatar. Ramai yang kurang gemar dengan muka depan Vios baru ini, tetapi jika anda melihatnya di depan mata anda, ia sebenarnya agak cantik. Kemuncak reka bentuk eksterior adalah bahagian belakang fastback ala Audi A5.

Rebiu: Toyota Vios AC100 2023 - satu lonjakan kuantum berbanding pendahulunya, namun ia bukan sempurna 02

Apabila kami bertanya tentang rasional reka bentuk fastback ini kepada Ketua Jurutera Eksekutif, Hideyuki Kamino, dia menjawab, "Ia nampak hebat!". Siapa kata reka bentuk kereta Toyota terkini macam sebuah kereta ‘uncle’?

Rebiu: Toyota Vios AC100 2023 - satu lonjakan kuantum berbanding pendahulunya, namun ia bukan sempurna 03

Bahagian interior pula tampak serba moden. Tahap ergonomik telah bertambah baik, dengan konsol tengah yang dinaikkan, serta tombol gear dan butang yang lebih mudah untuk dicapai. Cuma konsol yang tinggi menjadikannya kurang luas di bahagian hadapan.

Rebiu: Toyota Vios AC100 2023 - satu lonjakan kuantum berbanding pendahulunya, namun ia bukan sempurna 04

Macam kenal reka bentuk meter ini...

Akhirnya terdapat ciri pelarasan teleskopik (dalam varian 1.5G tertinggi), jadi pemandu yang lebih tinggi tidak lagi akan menghadapi masalah untuk mencari kedudukan pemanduan yang selesa.

Baca juga: Sekarang tahun 2023 - Pelarasan stereng teleskopik sepatutnya standard pada semua kereta baharu!

Rebiu: Toyota Vios AC100 2023 - satu lonjakan kuantum berbanding pendahulunya, namun ia bukan sempurna 05

Tahap kualiti juga telah meningkat. Terdapat penggunaan bahan yang lebih premium pada bahagian tengah papan pemuka, kad pintu dan bahagian konsol tengah. Ia menambahkan tahap premium yang tiada pada pendahulunya.

Tempat duduk hadapan sangat selesa, dengan jumlah sokongan di kaki serta badan dengan secukup rasa. Rasanya Honda perlu belajar dengan Toyota bab reka bentuk tempat duduk…

Rebiu: Toyota Vios AC100 2023 - satu lonjakan kuantum berbanding pendahulunya, namun ia bukan sempurna 06

Antara ciri lain yang kami suka termasuk sistem infotainment skrin sentuh 9-inci yang menyokong sambungan wayarles untuk Apple CarPlay dan Android Auto, corong penghawa dingin belakang, serta gugusan instrumen digital penuh yang boleh disesuaikan dan pengecas wayarles Qi.

Rebiu: Toyota Vios AC100 2023 - satu lonjakan kuantum berbanding pendahulunya, namun ia bukan sempurna 07

Walau bagaimanapun, tiada kereta yang sempurna dan anda mungkin pernah membaca atau mendengar tentang kebanyakannya. Ya, tempat duduk belakang tidak lagi boleh dilipat, tiada tayar ganti, dan tiada tempat letak tangan di bahagian belakang.

Rebiu: Toyota Vios AC100 2023 - satu lonjakan kuantum berbanding pendahulunya, namun ia bukan sempurna 08

Bukan itu saja, lantai di bahagian belakang tidak lagi rata seperti pendahulunya dan garis bumbung yang condong memakan ruang kepala. Ini bermakna tempat duduk di bahagian belakang kurang selesa berbanding tempat duduk hadapan.

Rebiu: Toyota Vios AC100 2023 - satu lonjakan kuantum berbanding pendahulunya, namun ia bukan sempurna 09

Penulis WapCar ENG, Shaun, dengan tinggi 177 cm.

Rebiu: Toyota Vios AC100 2023 - satu lonjakan kuantum berbanding pendahulunya, namun ia bukan sempurna 10

Lantai di tengah tidak lagi mendatar.

Satu lagi aspek yang mungkin dilihat kurang menarik bagi sesetengah orang ialah penggunaan suis dan butang yang biasa anda temui dalam model Perodua terkini, merangkumi tombol gear, stereng, butang, dan juga gugusan instrumen digital.

Secara peribadai, saya boleh menerima susunan ini dengan sentuhan premium tambahan di sekeliling kabin berbanding reka bentuk dan susunan pendahulunya yang agak bosan dan nampak murah.

Rebiu: Toyota Vios AC100 2023 - satu lonjakan kuantum berbanding pendahulunya, namun ia bukan sempurna 11

Ruang but kini 475 liter, turun daripada 506 liter.

Mari beralih kepada pengalaman memandu. Toyota Vios 2023 menggunakan platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA) terbaru dimana berat keseluruhannya kurang 110 kg daripada sebelumnya. Peningkatan ketegaran casis dan pengurangan berat sentiasa membawa kepada perkara yang baik dalam bahagian pemanduan.

Rebiu: Toyota Vios AC100 2023 - satu lonjakan kuantum berbanding pendahulunya, namun ia bukan sempurna 12

Serta-merta, kekurangan berat ini boleh dirasakan. Toyota Vios 2023 mungkin telah kehilangan sedikit kuasa, tetapi diet ini lebih daripada menebus deficit yang ada. Ia meningkatkan kelajuan dengan lebih mudah daripada pendahulunya, termasuklah ketika anda ingin mengurangkan kelajuan.

Rebiu: Toyota Vios AC100 2023 - satu lonjakan kuantum berbanding pendahulunya, namun ia bukan sempurna 13

Selain itu, aspek pengendalian Toyota Vios 2023 juga jauh lebih tangkas. Sedan ini terasa lebih lincah dan ia agak stabil ketika anda sedang membelok. Tahap cengkaman telah meningkat dengan kurang kecenderungan untuk understeer, sebahagiannya disebabkan oleh tayar 205/50 R17 Continental PremiumContact C.

Rebiu: Toyota Vios AC100 2023 - satu lonjakan kuantum berbanding pendahulunya, namun ia bukan sempurna 14

Seperti yang dijangkakan daripada stereng bantuan elektrik, maklum balas yang anda dapat tidaklah begitu ketara. Namun, stereng terasa lebih linear dan nisbahnya lebih cepat daripada sebelumnya. Dari segi berat stereng, ia terasa lebih ringan daripada pendahulunya, mengurangkan usaha untuk mengemudi.

Rebiu: Toyota Vios AC100 2023 - satu lonjakan kuantum berbanding pendahulunya, namun ia bukan sempurna 15

Transmisi CVT baharu, yang pada asasnya ialah D-CVT, terasa paling halus dalam aplikasi ini termasuk Veloz dan kembarnya Alza.

Apabila anda memecut daripada keadaan pegun, anda tidak akan mendapat sensasi pecutan terkejut kerana  D-CVT akan membina rev enjin secara intuitif seperti mengikut tekanan kaki kanan anda.

Rebiu: Toyota Vios AC100 2023 - satu lonjakan kuantum berbanding pendahulunya, namun ia bukan sempurna 16

Kesan ‘rubberband’ masih boleh dirasa, termasuklah bunyi merengek (whine) apabila ditekan, tetapi begitulah sifat CVT secara amnya, sekurang-kurangnya untuk segmen  ini.

Trenkuasa ini benar-benar terbaik apabila ia dipandu dengan tenang. Tiada input pendikit yang tidak menentu, hanya tekan dengan lancar dan berterusan pada pedal pemecut. Segala-galanya menjadi tenang dan pengalaman memandu mungkin menjadi yang paling menenangkan dalam segmennya.

Rebiu: Toyota Vios AC100 2023 - satu lonjakan kuantum berbanding pendahulunya, namun ia bukan sempurna 17

Dari segi tahap kebisingan, Toyota Vios 2023 agak senyap, kecuali semasa pecutan kuat dimana trenkuasa mula ‘meraung’. Terdapat cermin depan akustik untuk mengelakkan bunyi luaran dan bahagian casis yang dipenuhi cebisan span kedap bunyi untuk meminimumkan bunyi dan getaran.

Vios generasi sebelumnya pun dah dikira agak senyap. Berapakah tahap kesenyapan Vios 2023 pula? Nantikan ujian instrumen kami apabila kami mendapatkan kereta uji pandu untk rebiu selanjutnya.

Rebiu: Toyota Vios AC100 2023 - satu lonjakan kuantum berbanding pendahulunya, namun ia bukan sempurna 18

Kawalan badan dan suspensi Vios 2023 pun amat mengagumkan. Ia cukup anjal untuk memberikan anda rasa empuk pada undulasi yang lebih besar dan cukup teguh untuk memberikan kawalan dan mengehadkan pergerakan yang tidak diingini. Terdapat banyak jarak pergerakan pada suspensi untuk menyerap apa lekuk dan lubang di jalan raya - sentiasa tenang dan tidak pernah gelisah.

Kesimpulan

Rebiu: Toyota Vios AC100 2023 - satu lonjakan kuantum berbanding pendahulunya, namun ia bukan sempurna 19

Toyota Vios 2023 telah membuat lonjakan kuantum ke hadapan dari segi ciri, persembahan dalaman dan kualiti serta dinamik pemanduan. Tetapi ia juga telah membuat mempunai beberapa kelemahan, terutamanya di bahagian belakang kabin dengan ruang kepala yang kurang, tiada tempat letak tangan, dan tiada tempat duduk belakang yang boleh dilipat.

Rebiu: Toyota Vios AC100 2023 - satu lonjakan kuantum berbanding pendahulunya, namun ia bukan sempurna 20

Ia merupakan situasi 'dua langkah ke hadapan, satu langkah ke belakang'. Ini bermakna sebagai pembeli, anda perlu memutuskan sama ada anda bersedia untuk membuat kompromi tersebut. Orang bujang, pasangan, dan keluarga yang lebih muda mungkin boleh menerima segala kompromi ini.

Jika anda berbuat demikian dan anda telah menerima kelemahannya, segala kebaikannya akan membuatkan anda berpuas hati dengan pemilikan sedan ini.

Baca juga: Toyota Vios baharu (AC100) di Malaysia - lebih 5,000 tempahan dikutip dalam masa 1 bulan!

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Vios 1.5E AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda