window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rebiu Toyota Vios: Naik taraf yang memecahkan dominasi Honda City

Haris Β· Jun 6, 2020 12:00 PM

Rebiu Toyota Vios: Naik taraf yang memecahkan dominasi Honda City 01

Ramai dalam kalangan generasi X yang mempunyai tanggapan yang kurang enak terhadap pengeluar kereta tempatan. Pengeluar kereta dari Jepun, Toyota mengambil peluang daripada tanggapan ini dengan memasarkan kereta entry-level yang memaparkan kualiti kejuruteraan Jepun dengan harga yang rendah. Antara kereta yang berjaya mendominasi pasaran segmen B sudah tentulah Toyota Vios.

Beberapa orang penulis kami menggunakan Toyota Vios model sebelum ini. Namun begitu, rebiu ini bukanlah sebuah rebiu  mengipas Toyota Vios kerana manfaatnya kepada kami tetapi lebih kepada naik taraf yang dilakukan oleh Toyota harus diberi pujian.

Rebiu Toyota Vios: Naik taraf yang memecahkan dominasi Honda City 01

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Toyota Vios terkenal dengan kredibilitinya yang praktikal, mudah dan murah untuk diselenggara serta keandalannya yang terbukti. Harga jualan semula yang tinggi juga adalah faktor yang selalu diambil kira ketika memilih Toyota Vios.

Tidak banyak rungutan terhadap Toyota Vios generasi sebelum ini kecuali kekurangan kecil seperti 2 beg udara dan tiada bantuan elektronik seperti stability control dan traction control. Disebabkan itu, Honda City berjaya mendominasi pasaran sedan segmen B dengan mudah.

Rebiu Toyota Vios: Naik taraf yang memecahkan dominasi Honda City 01

Namun begitu, Toyota tidak berpeluk tubuh dan melihat sahaja. Toyota mengambil langkah untuk memperkenalkan facelift terbaru yang sarat dengan pelbagai naik taraf

Rebiu Toyota Vios: Naik taraf yang memecahkan dominasi Honda City 02

Rebiu Toyota Vios: Naik taraf yang memecahkan dominasi Honda City 03

Facelift ini bukan sekadar naik taraf kosmetik tetapi penambahan ciri-ciri yang menjadi rungutan seperti 7 beg udara, fungsi traction dan stability control. Fungsi tersebut standard bagi semua varian disamping beberapa fungsi seperti blind spot detection dan rear-cross traffic alert yang ditambah pada varian yang terpilih.

Ternyata Toyota mendengar maklum balas daripada pengguna dan memberikan respons yang positif. Terima kasih Toyota atas sebab ini!

Desain luaran

Rebiu Toyota Vios: Naik taraf yang memecahkan dominasi Honda City 04

Rekaan luar model facelift terbaru hadir dengan banyak perubahan berbanding model sebelum ini. Mungkin Toyota ingin mencerminkan usaha mereka menaik taraf model ini dengan rekaan luar yang menonjol berbanding model sebelum ini.

Rebiu Toyota Vios: Naik taraf yang memecahkan dominasi Honda City 05

Pada bahagian sisinya pula, skirting dan bumper membuatkan kereta ini nampak sedikit rendah (lowered). Tambahan sedikit calitan merah pada skirting dan bumper memberikan kontras yang ketara. Spoiler jenis ducktail juga merupakan sentuhan kecil yang sangat sesuai dengan kereta ini.

Walaupun tayarnya kelihatan kecil, sebenarnya ia lebih besar berbanding model sebelum ini. Rim aloi 16-incinya menggunakan tayar 195/50 sesuai dengan imej keseluruhan Toyota Vios.

Rebiu Toyota Vios: Naik taraf yang memecahkan dominasi Honda City 06

Pada bahagian belakang, rekaan lampunya dilihat lebih melengkung berbanding model lama. Tiada lagi garisan berwarna perak di antara nombor plat kenderaan dengan logo Toyota seperti model sebelum ini.

Ketebalan cat dibaca pada sekitar 90 mikrometer sementara celahan panel tidak lebih dari 0.5 milimeter di kedua-dua sisi.

Bahagian Dalaman

Rebiu Toyota Vios: Naik taraf yang memecahkan dominasi Honda City 07

Bahagian dalamannya mendapat sentuhan baharu namun masih mengekalkan layout yang sama. Sistem infotainment, kemasan faux-leather, jahitan malah posisi pemanduan juga masih sama dengan model sebelum ini.

Antara masalah yang dibawa dari model sebelumnya adalah masalah posisi tempat duduk. Posisi tempat duduk bagi Toyota Vios agak menegak. Hal ini kerana posisi stereng yang tidak boleh diubah. Oleh itu, penggunaan stereng teleskopik amatlah dialu-alukan sekiranya Vios akan dinaik taraf lagi.

Rebiu Toyota Vios: Naik taraf yang memecahkan dominasi Honda City 08

Selain daripada tempat duduk pemandu, tempat duduk penumpang juga mengalami masalah yang sama. Ruang sebelah kaki luas namun ruang kepala agak terhad. Pada ketinggian 177 cm, kepala salah seorang penulis kami mencecah bumbung kereta. Mereka yang berketinggian 6 kaki ke atas terpaksa menunduk sedikit. Dalam situasi ini, Honda City memberikan lebih banyak ruang kepala berbanding Vios,

Rebiu Toyota Vios: Naik taraf yang memecahkan dominasi Honda City 09

Kelemahan Vios hanyalah setakat itu sahaja. Terdapat pelbagai penambahbaikan kecil seperti ruang hadapan tombol gear menjadi tempat meletak cawan dan sedikit ruang di bawah stereng pemandu untuk meletakkan barang-barang kecil. Sayangnya, tiada lagi pemegang cawan yang boleh dilipat ke dalam dashboard pada model terdahulu.

Rebiu Toyota Vios: Naik taraf yang memecahkan dominasi Honda City 10

Kluster paparan Optitron sangat jelas dan mudah dibaca walaupun pada hari yang terik. Terdapat animasi ringkas pada paparan skrin infotainment 4.2 inci setiap kali anda start. Aircond juga kini dikawal secara automatik dengan paparan digital. Pada hari yang panas, aircond tersebut berupaya untuk menyejukkan bahagian dalaman kereta dengan sejuk.

Rebiu Toyota Vios: Naik taraf yang memecahkan dominasi Honda City 11

Kualiti bahan sesuai dengan harga yang dibayar namun kualiti binaan sangat baik. Tiada bunyi gegaran didengari atau celahan panel yang ketara.

Rebiu Toyota Vios: Naik taraf yang memecahkan dominasi Honda City 12

Untuk sistem infotainment nya pula, tiada fungsi Apple CarPlay / Android Auto namun anda masih boleh menggunakan fungsi smartphone mirroring. Terdapat sebanyak 6 buah speaker yang dipasang memberikan pengalaman audio yang memuaskan.

Rebiu Toyota Vios: Naik taraf yang memecahkan dominasi Honda City 13

Cukup dengan tidak mengubah tetapan equalizer yang ada, bunyi pada speaker Toyota Vios baharu ini sedap didengari. Ditambah dengan kerja-kerja soundproofing yang mantap pada kereta ini, tiada rungutan terhadap sistem infotainment dan bunyi pada Toyota Vios.

Pengalaman memandu

Toyota Vios pada versi ini terasa lebih matang. Matang dari segi pemanduan bermakna gaya pemanduan kereta ini sesuai sekiranya tidak terburu-buru. 

Rebiu Toyota Vios: Naik taraf yang memecahkan dominasi Honda City 14

Walaupun terdapat banyak cakap-cakap buruk tentang transmisi CVT, ternyata transmisi CVT sangat serasi dengan Toyota Vios baharu ini. Kuasa dan tork dirasakan selari, tak terlalu laju atau terlalu lambat. Ditambah pula dengan sistem suspensi yang ditala semula dan kabin yang senyap, ternyata Toyota Vios ini memang sedap dipandu.

Rebiu Toyota Vios: Naik taraf yang memecahkan dominasi Honda City 15

(Kiri) Pecutan 0-100 km/j  dalam 12.7s, 0-100-0 km/j dalam 16.7s
(Kanan) Jarak pecutan dari 100-0 km/j adalah 45m

Jika hendak dibandingkan dengan model terdahulu, throttle response bagi Toyota Vios agak lancar dan tidak tersengguk-sengguk. Ini agak bertentangan dengan khabar angin penggunaan transmisi CVT.

Bagi aspek brek pula, penggunaan disc brake pada kedua-dua bahagian kereta yang sudah ditala semula memberikan lebih konfiden ketika membrek. Tidak perlu lagi menekan pedal brek dengan kuat untuk memaksa Toyota Vios untuk berhenti.

Rebiu Toyota Vios: Naik taraf yang memecahkan dominasi Honda City 16

Stereng Toyota Vios terasa agak keras dan berat. Karakter stereng yang keras dan berat bukan bermakna ia kurang memuaskan tetapi ia memberikan lebih keyakinan pengendalian ketika lurus mahupun belok.

Dengan keseluruhan aspek tersebut, Vios mampu menangani pemanduan lebuh raya dengan cemerlang. Transmisi CVT membenarkan enjin 1.5 liter DOHC naturally aspirated untuk mencapai 1,900 rpm pada kelajuan 110 km/j. 

Harapan mengenai sistem suspensi Toyota Vios tidak tinggi. Sistem suspensinya dirasakan agak lembut dan cukup ketika mengambil selekoh. Secara amnya, kereta ini dicipta dengan aspek yang kompeten dan selamat.

Namun, satu lagi keluhan kecil apabila bunyi sistem blind spot monitor tidak dapat dimatikan. Penumpang yang belum selesa dengan Toyota Vios pasti terkejut dengan bunyi ini. Lebih aneh lagi apabila sistem yang sama pada Toyota Yaris boleh ditutup atau ditetapkan volume tetapi tidak bagi Toyota Vios.

Rebiu Toyota Vios: Naik taraf yang memecahkan dominasi Honda City 17

Keselesaan Penumpang

Toyota Vios memang mementingkan aspek keselesaan penumpang. Mana-mana pengguna Toyota Vios akan pantas memberitahu anda mengenai sistem suspensinya yang lembut. Pada versi facelift ini, ternyata sistem suspensinya menerima talaan semula yang didapati semakin baik.

Tempat duduk pada Toyota Vios juga cukup selesa. Kusyen di sisi memegang kontur badan dengan erat sesuai untuk perjalanan jarak jauh.

Rebiu Toyota Vios: Naik taraf yang memecahkan dominasi Honda City 18

Sistem sound insulation yang bagus menjadikan kereta ini lebih senyap. Paling menarik, sound insulation pada enjin turut menerima penambahbaikan. Dengan pengurangan bunyi pada enjin dan kabin yang lebih senyap, tidak hairanlah apabila kami mencatatkan bunyi yang rendah (69dB) didalam kabin pada kelajuan 110 km/j. Justeru itu, ternyata Toyota Vios mempunyai keselesaan pemanduan terbaik dalam kelasnya.

Rebiu Toyota Vios: Naik taraf yang memecahkan dominasi Honda City 19

Penggunaan bahan api

Berdasarkan kiraan antara jarak perjalanan dengan jumlah bahan bakar yang diisi, Vios mencatatkan bacaan sebanyak 6.8 liter / 100 km. Walau bagaimanapun, trip computer menunjukkan purata 16.9 km / liter iaitu sekitar 5.9 liter / 100 km

Rebiu Toyota Vios: Naik taraf yang memecahkan dominasi Honda City 20

Konklusi

Secara mudahnya, Toyota Vios masih mengekalkan kredibilitinya sebagai kereta yang praktikal, mudah dan murah untuk diselenggara serta keandalannya yang terbukti. Namun dengan sedikit penambahbaikan, tidak hairanlah bahawa Toyota Vios mampu memecah dominasi Honda City. 

Rebiu Toyota Vios: Naik taraf yang memecahkan dominasi Honda City 21

Hal ini tidak bermakna Honda City jauh ketinggalan berbanding Toyota Vios. Tetapi, melihat usaha Toyota untuk meletakkan Vios setanding dengan Honda City, ternyata usaha tersebut berbaloi. Pasaran kini tidak lagi cenderung ke Honda City sahaja.

Namun, kami berpendapat Toyota Vios masih boleh dinaik taraf. Agak menarik apabila Toyota Yaris baru yang dilancarkan secara global menggunakan platform TNGA. Adakah kita akan melihat Toyota Vios dengan platform TNGA? Hanya masa yang akan menentukan.

Rebiu Toyota Vios: Naik taraf yang memecahkan dominasi Honda City 22

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Vios 1.5E AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda