window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rebiu: Toyota Yaris – pilihan terbaik dalam 1 pakej menarik

Mersita · Jul 2, 2020 02:00 PM

Rebiu: Toyota Yaris – pilihan terbaik dalam 1 pakej menarik 01

(Harga & Spesifikasi Toyota Yaris 1.5G 2019 | Galeri)

Rebiu: Toyota Yaris – pilihan terbaik dalam 1 pakej menarik 02

Setelah lama menghilang dari pasaran Malaysia, Toyota Yaris 2019 kembali untuk menandingi segmen yang didominasi oleh Honda Jazz setelah sekian lama.

Dengan artis lokal yang diketengahkan untuk mempromosikan kereta ini, Toyota jelas mahukan konsep gaya hidup yang menyeronokkan sambil menarik minat golongan muda profesional.

Rebiu: Toyota Yaris – pilihan terbaik dalam 1 pakej menarik 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Peminat-peminat kereta menyerbu bilik-bilik pameran untuk melihat hatchback ini dengan lebih dekat, tak sabar untuk melihat bagaimana Yaris boleh menandingi Honda Jazz dalam pasaran hatch Segmen B ini.

Di atas kertas, Yaris nampak seperti kereta yang sempurna, dengan kelengkapan yang tidak dilihat pada model-model saingannya pada harga yang sangat wajar iaitu RM 83,888.

Pada realitinya, kami dapati yang Yaris sememangnya hebat seperti yang dijangkakan.

Rebiu: Toyota Yaris – pilihan terbaik dalam 1 pakej menarik 01

Luaran

Siluet membulat pada model generasi kedua ini sudah tidak kelihatan, diganti dengan garisan tajam dan bergaya yang menonjolkan lagi badan Yaris ketika dipandu di jalanraya.

Hiasan hitam-piano pada bahagian hadapan dan belakangnya menyerlahkan lagi rupa paras Yaris, manakala perumah lampu kabusnya yang lebar di bampar hadapan dan belakang menyerupai kereta sport.

Rebiu: Toyota Yaris – pilihan terbaik dalam 1 pakej menarik 02

Toyota telah semakin berani dalam menawarkan pilihan warna untuk Yaris baru ini. Bukan sahaja ada Red Mica Metallic, mereka juga ada opsyen Citrus Mica Metallic. Berdasarkan kepelbagaian warna terang pada Yaris di atas jalan, boleh dikatakan yang percaturan Toyota kali ini kena pada tempatnya.

Warna-warna terang ini juga amat padan dengan lampu breknya yang bergaya dimana cat hitam pada lampu tersebut membuatkan Yaris tampak lebih ‘sporty’.

Rebiu: Toyota Yaris – pilihan terbaik dalam 1 pakej menarik 03

Toyota juga menawarkan Aerokit pilihan bagi Yaris yang merangkumi spoiler bampar hadapan dan belakang serta skirt sisi. Bagi varian 1.5G dan 1.5E, spoiler atap juga ditawarkan. Aerokit membuatkan Yaris nampak lengkap dan hebat dan tanpanya, badan kereta nampak seperti tak siap.

Dalam unit ujian kami, jurang panelnya adalah sekitar 3.5 mm hingga 6 mm.

Rebiu: Toyota Yaris – pilihan terbaik dalam 1 pakej menarik 04

Ukuran catnya rata-rata agak nipis, sekitar 90s um sekitar badan kereta. Cat pada pintu sebelah pemandu pula sedikit tebal iaitu 170s um.

Rebiu: Toyota Yaris – pilihan terbaik dalam 1 pakej menarik 05

Dalaman

Bahagian dalaman Yaris bukanlah yang paling bergaya jika dibandingkan dengan Mazda 2. Walaupun ada beberapa hiasan berwarna perak pada papan pemukanya, keseluruhan ruang kabin diberi kemasan hitam padu.

Tempat duduknya pula diperkemaskan dengan bahan hitam lembut dan elemen jahitan biru untuk kontra. Dipadankan lagi dengan lapik tempat duduk yang lembut dan kusyen yang cukup empuk, kabin Yaris memberikan efek nyaman dan selesa selepas penat seharian.

Rebiu: Toyota Yaris – pilihan terbaik dalam 1 pakej menarik 06

Ruang ‘cubby’ dalam kabinnya agak mencukupi tetapi satu kekurangan pada Yaris ialah ruang simpanannya yang kecil.

Bahagian simpanan tengahnya boleh memuatkan hanya satu kotak cermin mata besar. Jika ditambah lagi dengan barang-barang lain, ia terpaksa ditindih di atas satu sama lain – menyukarkan anda untuk mencari barang.

Rebiu: Toyota Yaris – pilihan terbaik dalam 1 pakej menarik 07

Ruang konsol tengah Toyota Yaris

Tiada Android Auto didatangkan dengan Yaris, tetapi T-Link berfungsi dengan cukup baik untuk memaparkan kandungan telefon bimbit anda pada skrin sentuh 6.8-incinya. Tetapi, kekurangannya ialah T-Link mengganggu orientasi skrin telefon pintar anda.

Apabila disambung melalui kabel USB dan T-Link sedang dipasang, peranti Android 9 kami berulang-alih antara orientasi landskap dan potret. Bagi kami, ini mengalahkan tujuan penggunaan fungsi telefon pada skrin sentuhnya.

Rebiu: Toyota Yaris – pilihan terbaik dalam 1 pakej menarik 08

Akhirnya, kami cuba membuat semua arahan (seperti pelarasan GPS) sebelum menyambung peranti kami dengan T-Link. Tambahan lagi, apabila disambung dengan T-Link yang juga memerlukan sambungan Bluetooth, kami tidak dapat memainkan radio.

Selain daripada itu, sistem infotainmen Yaris mudah untuk digunakan kerana semua punat fungsinya disusun secara ergonomik supaya mudah digunakan.

Rebiu: Toyota Yaris – pilihan terbaik dalam 1 pakej menarik 09

Satu lagi perkara yang patut kami nyatakan ialah kekurangan port pengecas USB pada Yaris. Cuma ada 1 port di hadapan manakala penumpang di belakang dapat 2 port pengecas yang dipasang pada konsol tengahnya.

Walaupun Toyota menyatakan yang ia boleh digunakan oleh penumpang hadapan juga, penggunaan untuk 2 port tersebut bergantung pada panjang kabel yang digunakan.

Rebiu: Toyota Yaris – pilihan terbaik dalam 1 pakej menarik 10

Prestasi dan Kawalan Pemanduan

Di atas kertas, Toyota Yaris mempunyai janaan kuasa 107 PS dan tork 140 Nm.

Dalam pandu uji kami, Yaris merekodkan 12.5 saat untuk 0-100 km/jam. Manakala, 0-100-0 km/jam pula mengambil masa 16.6 saat. Agak perlahan seperti yang dijangkakan berbanding pesaingnya.

Rebiu: Toyota Yaris – pilihan terbaik dalam 1 pakej menarik 11

Tetapi, apabila dipandu, Yaris tidaklah terasa kurang berkuasa dan ia mempunyai tolakan yang mencukupi apabila diperlukan. Penyebaran tork yang bagus memberikan ‘feel’ yang sangat responsif. Ini membuatkannya boleh dipandu dengan lebih baik walaupun dengan 107 PS.

Toyota amat terkenal dengan CVTnya yang lancar dan senyap – Toyota Yaris yang baru ini tidak terkecuali. Satu-satunya masa yang CVTnya kedengaran merengek ialah apabila kereta dipacu lebih kuat dari masa yang diambil untuk CVT memberi reaksi.

Rebiu: Toyota Yaris – pilihan terbaik dalam 1 pakej menarik 12

Malah, CVT Yaris lebih lancar berbanding CVT pada Honda Jazz!

Yaris juga mempunyai mod pemanduan yang mengalihkan pemetaan enjin antara Normal, Sport dan Eco.

Rebiu: Toyota Yaris – pilihan terbaik dalam 1 pakej menarik 13

Butang untuk mod-mod ini tidak diletakkan pada tempat biasa di sebelah tombol gear; tetapi ia diletakkan bersebelahan butang kawalan cengkaman dan kelengkapan teknikal yang lain di sebelah pintu dan lutut pemandu.

Kawalan juga rasa berat yang sempurna. Ia membuatkan pemanduan pada kelajuan rendah amat selesa manakala pada kelajuan tinggi pula, agak mudah untuk memastikan kereta stabil.

Rebiu: Toyota Yaris – pilihan terbaik dalam 1 pakej menarik 14

Stereng terasa lebih ringan berbanding Honda Jazz, tetapi tidak sesedap Mazda 2 di selekoh. Padankan rasa stereng dengan CVT yang lancar, Yaris amat sesuai untuk pemanduan selesa di bandar-bandar.

Rebiu: Toyota Yaris – pilihan terbaik dalam 1 pakej menarik 15

Keselesaan Pemanduan

Yaris mempunyai suspension yang agak lembut dan mudah menyerap gegaran pada jalan tidak rata. Ini juga menunjukkan yang memandu jarak jauh dengan kereta ini tak bikin stres dan sakit kepala.

Keselesaan pada ruang dalaman Yaris juga ditambah lagi dengan suspension yang lembut dan kabin yang sangat senyap.

Rebiu: Toyota Yaris – pilihan terbaik dalam 1 pakej menarik 16

Ukuran tahap bunyi dalam persekitaran yang tidak dikawal menunjukkan yang peluncuran pada 60 km/jam menghasilkan 54 desibel manakala pada 90 km/jam pula, bunyi dalamannya berukuran 62 desibel.

Walaupun pada kelajuan peluncuran 110 km/jam, Yaris mempunyai tahap bunyi 68 desibel – sangat senyap berbanding pesaing-pesaing rapatnya.

Rebiu: Toyota Yaris – pilihan terbaik dalam 1 pakej menarik 17

Ia terasa seperti anda terpisah dari dunia luar; hanya bunyi muzik dan CVT yang mengaum sekali-sekala menjadi peneman anda semasa memandu.

Pastinya, dari segi ruang, Yaris kalah besar dengan Honda Jazz. Orang yang tinggi akan terasa sempit pada ruang kaki di tempat duduk belakang – lebih sempit berbanding Perodua Myvi.

Rebiu: Toyota Yaris – pilihan terbaik dalam 1 pakej menarik 18

Tetapi, sekurang-kurangnya Yaris tidak sempit dari segi ruang bahu berbanding Jazz.

Rebiu: Toyota Yaris – pilihan terbaik dalam 1 pakej menarik 19

Penjimatan Petrol

Toyota Yaris memakan 5.8 L/100 km dalam gabungan kondisi trafik terhenti-henti dan peluncuran di lebuhraya. Jumlah ini sangat bagus sebenarnya. Walaupun berdasarkan standard tipikal bagi segmen ini, Yaris adalah sangat-sangat cekap minyak.

Rebiu: Toyota Yaris – pilihan terbaik dalam 1 pakej menarik 20

Aspek Keselamatan

Toyota Yaris dipadatkan dengan VSC dan kawalan cengkaman sekali dengan Pengesan Titik-Buta (Blind-Spot Monitor) yang tidak berbunyi bising seperti Toyota Vios. Ia juga dilengkapi dengan Rear Cross Traffic Alert dan kamera 360 darjah untuk membantu anda mengundurkan kereta dengan selamat.

Ia juga dipadatkan dengan 7 beg udara pada semua varian – lebih satu berbanding Honda Jazz spesifikasi paling tinggi dan lebih 5 berbanding yang paling rendah.

Rebiu: Toyota Yaris – pilihan terbaik dalam 1 pakej menarik 21

Kesimpulan

Toyota Yaris baru adalah simbol bagi terma “best of both worlds” – pemanduan yang lancar dan kadang-kadang seronok dipandu serta kabin yang selesa.

Ruang dalamannya mungkin agak mengecewakan dari segi saiz ruang simpanan dan skim warna yang ‘solid’, tetapi selesa kerana kabinnya senyap dipadankan pula dengan sistem bunyi yang mengasyikkan.

Rebiu: Toyota Yaris – pilihan terbaik dalam 1 pakej menarik 22

Honda Jazz disambut gembira apabila muncul semula pada tahun 2014 dan mengekalkan momentumnya dengan facelift yang kini dijual di pasaran. Tetapi, apabila Yaris muncul pada tahun 2019, Jazz semakin jatuh disebabkan kelengkapan yang diberikan pada Yaris.

Dengan harga RM 83,888 untuk spesifikasi paling tinggi (hanya lebih sedikit daripada Jazz iaitu RM 83,633), ia dipadatkan penuh dengan kelengkapan pelbagai dan lebih murah berbanding pesaingnya – sedangkan Mazda 2 High pun dijual dengan harga RM 94,670.

Rebiu: Toyota Yaris – pilihan terbaik dalam 1 pakej menarik 23

Tambahan pula, bila dibandingkan dengan Perodua Myvi (spesifikasi paling tinggi pada RM 54,090), kelengkapan Yaris tak potong stim seperti Jazz.

Oleh itu, kami berpendapat yang Yaris sememangnya berprestasi seperti apa yang dinyatakan di atas kertas. Buat masa ini, moga-moga kemaskini seterusnya pula akan ada Android Auto.

Rebiu: Toyota Yaris – pilihan terbaik dalam 1 pakej menarik 24

 

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda