window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rebiu: VW Golf GTI Mk8 2022 – ikon hothatch Malaysia yang serba boleh tapi ‘feel’ dah tiada?

Faisal · Apr 10, 2022 08:00 PM

Rebiu: VW Golf GTI Mk8 2022 – ikon hothatch Malaysia yang serba boleh tapi ‘feel’ dah tiada? 01

  • Hothatch terkenal di dunia pada harga serendah RM 212k
  • Mekanikal yang lagi mantap berbanding generasi terdahulu
  • Modernisasi yang luar biasa tidak menjadikannya lebih bagus

Volkswagen Golf GTI, siapa je yang tak kenal kan? Dulu, hatchback buatan Eropah versi GTI ini bukan main digilai lagi di Malaysia, tidak kiralah buat jejaka mahupun gadis. Bagi anda yang belum tahu, tarikan jentera ini adalah gabungan praktikaliti sebuah hatchback, mutu kejuruteraan pengendalian Jerman dan kombinasi enjin turbo TSI dan transmisi dwi-klac DSG yang debut sejak generasi Mk5 iaitu sekitar pertengahan era 2000-an.

Rebiu: VW Golf GTI Mk8 2022 – ikon hothatch Malaysia yang serba boleh tapi ‘feel’ dah tiada? 02

17 tahun kemudian, tibalah kita ke generasi Mk8 yang baru sahaja dilancarkan di Malaysia pada Februari lalu dengan harga RM 211,698 (CKD atas jalan, tanpa insurans, termasuk pengecualian SST, sah sehingga 30 Jun 2022).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga bacaVolkswagen Golf GTI Mk8 dilancarkan dari RM 212k - 2.0 turbocaj, 245 PS, ‘hot hatch’ idaman ramai!

Jadi, berapa baguskah Golf GTI Mk8 yang baru ini berbanding generasi Mk7 terdahulu yang bukan main cemerlang lagi? Mari kami kupaskan satu per satu.

Eksterior – dari jauh sudah boleh tahu bahawa ia sebuah Golf GTI

Rebiu: VW Golf GTI Mk8 2022 – ikon hothatch Malaysia yang serba boleh tapi ‘feel’ dah tiada? 01

Kalau anda perasan, reka bentuk dan profil badan Golf GTI dari dulu tidak menerapkan pembaharuan yang ketara. Senang cerita, ia lebih kepada evolusi, bukannya revolusi. Falsafah yang sama turut diterapkan pada generasi Mk8 yang mana ia tampil dengan reka bentuk seolah sama tetapi dengan unsur yang lebih moden seperti penggunaan lampu LED dan lampu isyarat jenis sequential.

Rebiu: VW Golf GTI Mk8 2022 – ikon hothatch Malaysia yang serba boleh tapi ‘feel’ dah tiada? 02

Bukan Matrix LED.

Nyalaan lampu melintang yang menjadi trend sekarang ini juga ada tetapi pada bahagian depan. Cumanya pada waktu malam kalau dipandang dari jauh, ia nampak macam wajah kartun ‘Mickey Mouse’. Terpulang pada anda untuk rasa ini benda yang baik atau sebaliknya. Tapi bagi saya sendiri, elemen sama yang diterapkan pada Arteon facelift nampak lebih mengancam dan tidak kekok.

Juga bacaVolkswagen Arteon 2021 - sedan terbaik jika ingin 'upgrade' daripada SUV, Camry atau Accord!

Rebiu: VW Golf GTI Mk8 2022 – ikon hothatch Malaysia yang serba boleh tapi ‘feel’ dah tiada? 03

Roda klasik GTI kekal dengan saiz 18 inci.

Sebagai sebuah kereta ranggi, tidak sahlah kalau tak cakap bab kasutnya dan berkenaan ini, Golf GTI Mk8 kekal dengan roda 5 bilah berbentuk bunga yang mana ia dipopularkan sejak generasi Mk5. Tetapi kalau anda ingat, generasi Mk7.5 iaitu model facelift buat generasi sebelum ini mula menerapkan sentuhan berbentuk turbin dan ia dievolusikan lagi pada generasi kali ini. Apapun secara pandangan kasar, kami faham kalau ada yang berpendapat bahawa generasi terdahulu nampak lebih cun tapi gaya bukanlah matlamat Golf GTI kerana tujuan produk ini adalah untuk menjadi hatchback yang serba boleh.

Interior – rumit mengalahkan perempuan, ergonomik pun macam menurun taraf

Rebiu: VW Golf GTI Mk8 2022 – ikon hothatch Malaysia yang serba boleh tapi ‘feel’ dah tiada? 04

Kemudian, tibalah kita ke topik paling kontroversi buat Golf generasi Mk8 iaitu bahagian dalamnya. Secara tradisional, Volkswagen Golf sinonim dengan kereta yang mudah untuk diguna. Punyalah mudah sampai ada yang berpendapat bahawa ia membosankan. Tetapi dengan peralihan teknologi yang luar biasa pesat pada zaman sekarang, Volkswagen nampaknya menerapkan falsafah yang begitu moden iaitu kawalan jenis sesentuh dan digital bagi menggantikan butang fizikal. Malangnya, pendekatan yang Volkswagen bawakan ini bagi kami adalah yang paling teruk dalam industri kerana ia tidak memuaskan untuk ditekan dan susah untuk diguna.

Rebiu: VW Golf GTI Mk8 2022 – ikon hothatch Malaysia yang serba boleh tapi ‘feel’ dah tiada? 05

Contohnya, sewaktu mula-mula dapat Golf GTI Mk8, saya sendiri mengambil masa hampir 40 saat semata-mata untuk menghidupkan penyaman udara. Yang tak tahannya siap kena ‘loading’ lagi. Meleret jari ke butang haptik merah dan biru yang terletak di hadapan skrin infotainment pun tidak jadi apa. Rupanya, pengguna perlu menekan dahulu butang ‘CLIMA’ setiap kali mahu buka atau tutup penyaman udara. Kemudian, barulah dapat melaras tetapan seperti kelajuan kipas, suhu dan sebagainya. Kiranya, segala tetapan asas seperti penyaman udara memerlukan dua langkah iaitu menekan butang ‘azimat’ tersebut terlebih dahulu.

Rebiu: VW Golf GTI Mk8 2022 – ikon hothatch Malaysia yang serba boleh tapi ‘feel’ dah tiada? 06

Bercakap mengenai ini, anda sebenarnya boleh melaras suhu terus dari butang haptik merah dan biru selepas penyaman udara dihidupkan. Namun pada waktu malam, meraba-rabalah cari natang ini sebab butangnya tidak menyala langsung.

Rebiu: VW Golf GTI Mk8 2022 – ikon hothatch Malaysia yang serba boleh tapi ‘feel’ dah tiada? 07

Pemandu nak akses bukan main payah lagi dan ciri penyejuk tempat duduk hadapan macam tidak sejuk langsung.

Pendekatan yang rumit turut beransur pada mod memandu yang mana pengguna perlu menekan butang ‘MODE’ terlebih dahulu. Isu ini boleh dimaafkan lagi kerana Volkswagen sudah mula menerapkan prosedur yang sama sejak Golf GTI Mk7. Tetapi apa yang membuatkan kami hilang akal adalah butang nyahaktif kawalan kestabilan (ESC) yang begitu sukar untuk dicari. Rupanya ia tersorok dalam tetapan brek.

Rebiu: VW Golf GTI Mk8 2022 – ikon hothatch Malaysia yang serba boleh tapi ‘feel’ dah tiada? 08

Butang nyahaktif kawalan kestabilan (ESC) dan start/stop enjin yang dapat diakses melalui konsol tengah seperti generasi terdahulu kini disorok dalam infotainment.

Bercakap tentang sorok pula, fungsi nyahaktif start/stop yang mematikan enjin sewaktu kereta berhenti juga tersembunyi pada menu atas dalam skrin infotainment. Kiranya, pengguna perlu meleret jari dari atas terlebih dahulu. Haih kenapalah kawalan utama seperti ini perlu ada dua langkah?

Rebiu: VW Golf GTI Mk8 2022 – ikon hothatch Malaysia yang serba boleh tapi ‘feel’ dah tiada? 09

Lagi satu, teknologi butang sesentuh (boleh leret, tekan dan sentuh) yang turut diterapkan pada bahagian roda stereng Golf GTI Mk8 cukup menjengkelkan kerana sewaktu meletak kenderaan, butang ini akan berlaga dengan tangan anda, sekaligus menukar tetapan kesayangan anda tanpa sengaja. Pendekatan yang sama pada roda stereng Mercedes-Benz tidak ada pun isu sebegini.

Rebiu: VW Golf GTI Mk8 2022 – ikon hothatch Malaysia yang serba boleh tapi ‘feel’ dah tiada? 10

Nasib baiklah grafik dan resolusi kluster dan infotainment tiada masalah. Soal ‘lag’ pun macam tiada. Sistem audio standard yang dilengkapkan pula menghasilkan bunyi yang secukup rasa. Cumanya, ia tidaklah sesedap kualiti Dynaudio atau Harman Kardon pada Passat R-Line atau Arteon facelift.

Rebiu: VW Golf GTI Mk8 2022 – ikon hothatch Malaysia yang serba boleh tapi ‘feel’ dah tiada? 11

Dari segi estetik, reka bentuk kabin Golf GTI Mk8 menerapkan falsafah minimalis yang nampak begitu rapi berbanding pendekatan evolusi pada generasi-generasi sebelumnya. Kabin kali ini juga lebih menyerlah kerana terdapat sentuhan lampu ambient lighting 30 warna yang menyala cerah di pelbagai tempat. Kualiti binaan pula tetap tinggi walaupun Golf GTI kali ini dipasang secara lokal di Pekan, Pahang. Dari segi bahan, kualitinya lebih kurang sama dengan generasi Mk7 yang mana bahagian atas diselaputi plastik lembut. Cumanya pada panel pintu belakang, bahagian atasnya ditukar ke bahan plastik keras.

Rebiu: VW Golf GTI Mk8 2022 – ikon hothatch Malaysia yang serba boleh tapi ‘feel’ dah tiada? 12

Bercakap mengenai pintu, tempat memegang jenis berdiri yang Volkswagen guna setelah sekian lama kini diganti dengan jenis melintang. Walaupun macam tidak ergonomik, lengan tetap rasa selesa untuk diletak. Cumanya, sudut tangan anda akan rasa seperti memulas ke bawah. Disebabkan ini sahaja, saya lebih suka yang lama kerana sudut tempat memegang dan merehat lengan rasa betul-betul semula jadi.

Rebiu: VW Golf GTI Mk8 2022 – ikon hothatch Malaysia yang serba boleh tapi ‘feel’ dah tiada? 13

Tengok pun tak faham.

Tetapi entah bagaimana, interior Golf GTI Mk8 tidak lagi rasa premium seperti generasi sebelum ini. Markah aspek praktikaliti juga macam menurun yang mana tempat menyimpan barang pada bahagian kanan papan pemuka iaitu di bawah butang kawalan lampu sudah tidak ada. Senang cerita, kabin Golf GTI Mk8 tidak membawa reputasi Volkswagen yang kita kenal selama ini, terutama jika dibandingkan dengan generasi Mk7.

Trenkuasa – kekal padu untuk tapau segala kereta di jalan raya

Rebiu: VW Golf GTI Mk8 2022 – ikon hothatch Malaysia yang serba boleh tapi ‘feel’ dah tiada? 14

Secara teknikal, Golf GTI Mk8 dikuasakan oleh enjin 2.0L turbo EA888 yang sama pada generasi terdahulu tetapi dengan 245 PS dan 370 Nm tork. Pecutan 0 – 100 km/j yang kami uji mengambil masa 6.68 saat (tidak jauh daripada dakwaan 6.3 saat oleh VPCM). Dan apa yang boleh kami katakan secara realistik adalah prestasinya cukup mantap, terutama pada rpm tinggi. Kadar pecutannya senang cerita boleh mengalahkan banyak kereta. Cumanya kalau ditekan habis dari kelajuan pegun, ada sedikit turbo ‘lag’ tetapi itu hal kecil sahaja.

Rebiu: VW Golf GTI Mk8 2022 – ikon hothatch Malaysia yang serba boleh tapi ‘feel’ dah tiada? 15

Hembusan tenaga sebanyak ini disalurkan ke roda depan melalui transmisi dwi-klac dengan 7 kelajuan (penambahan 1 gear daripada Golf GTI Mk7/7.5). Seperti mana-mana model Volkswagen zaman sekarang, transmisi DSG berupaya menghantar kuasa dengan begitu lancar sekali. Tiada sebarang sentakan yang dapat kami rasa, tidak kiralah memandu dalam bandar atau menekan secara agresif.

Rebiu: VW Golf GTI Mk8 2022 – ikon hothatch Malaysia yang serba boleh tapi ‘feel’ dah tiada? 16

Pilihan gear yang diprogramkan juga sentiasa tepat walaupun dalam mod Eco. Tindak balas input minyak pula bergantung rapat dengan mod memandu Dynamic Chassis Control (DCC) tetapi dalam pilihan paling agresif iaitu Sport, ia cukup responsif. Cumanya kalau ditekan habis dari gear 2, pecutannya macam lambat kerana transmisi tidak turun ke gear 1. Pemanduan mod manual melalui input paddle shifter pula tiada isu kelewatan tapi nak kata laju macam supercar atau Formula One pun tidak.

Rebiu: VW Golf GTI Mk8 2022 – ikon hothatch Malaysia yang serba boleh tapi ‘feel’ dah tiada? 17

Berdasarkan ujian kami yang meliputi 40% dalam bandar dan 60% di lebuh raya, Golf GTI Mk8 mencatatkan penggunaan petrol sebanyak 9.1 liter/100 km (dakwaan rasmi adalah 7.4 liter/100 km). Dengan gaya pemanduan kami dan kuasa sebanyak ini, angka yang diperoleh sebenarnya agak munasabah.

Pemanduan dan keselesaan – ramuan ada tetapi mana sensasi?

Rebiu: VW Golf GTI Mk8 2022 – ikon hothatch Malaysia yang serba boleh tapi ‘feel’ dah tiada? 18

Pelasaran elektrik dan fungsi memori yang hanya untuk tempat duduk pemandu.

Inilah persoalan yang paling dinanti-nantikan tapi sebelum itu, mari kita masuk ke bab keselesaan terlebih dahulu kerana ini adalah hothatch untuk kegunaan harian. Secara amnya, tempat duduk Golf GTI Mk8 memberikan sokongan yang mencukupi dan ternyata selesa. Tiada sebarang tekanan kekok yang dapat kami rasa. Nak keluar masuk pada bahagian depan pun mudah kerana sokongan tepi pada kerusi sport yang didatangkan tidak begitu agresif. Pada bahagian belakang pula, penumpang mula-mula akan rasa bahawa sudut sandarnya sedikit tegak tetapi lama-lama, ia akan rasa sedang elok.

Rebiu: VW Golf GTI Mk8 2022 – ikon hothatch Malaysia yang serba boleh tapi ‘feel’ dah tiada? 19

Berkenaan posisi memandu pula, ia tidaklah tepat macam Mazda. Malah, ruang kaki sedikit ke kanan untuk generasi kali ini. Tetapi isu ketidakseimbangan ini tidaklah seteruk Mercedes-Benz.

Jadi bagaimanakah pemanduan Golf GTI kali ini? Jujur cakap, hothatch ini kekal selesa walaupun dengan suspensi adaptif yang keras. Pilihan mod Eco, Comfort dan Sport untuk DCC yang dilengkapkan diibarat seperti keras, lebih keras dan paling keras. Namun begitu, suspensinya boleh menyerap segala cacat cela permukaan jalan dengan begitu baik sekal tetapi nak kata empuk macam segmen D seperti Passat R-Line tu taklah.

Juga bacaKebaikan & Keburukan: VW Passat R-Line – pakej yang mantap, ini atau Accord?

Rebiu: VW Golf GTI Mk8 2022 – ikon hothatch Malaysia yang serba boleh tapi ‘feel’ dah tiada? 20

Semua kereta moden patut ada poket menyimpan seperti ini.

Senang kata, pengalaman menggunakan Golf GTI Mk8 sebagai kenderaan harian tidak menjengkelkan langsung. Malah, bunyi angin pada had laju 110 km/j pun macam tiada (antara kekuatan Volkswagen). Cumanya, kesenyapan kabin bukanlah sesuatu yang anda akan kagum pada Golf GTI Mk8. Ditambah pula dengan tayar Bridgestone Potenza S005 yang tidak mementingkan kesenyapan, lagilah.

Rebiu: VW Golf GTI Mk8 2022 – ikon hothatch Malaysia yang serba boleh tapi ‘feel’ dah tiada? 21

Bagi anda yang belum tahu, Golf GTI sinonim dengan nota ekzos yang mengegar macam bunyi ala bass. Generasi sebelum ini siap ada bunyi letup-letup lagi (kalau naik gear atau melepas input minyak yang tinggi) tapi disebabkan piawaian persekitaran, simfoni yang mengasyikkan itu tidak lagi diterapkan. Cumanya, pengguna masih disajikan dengan bunyi ekzos yang sporty setiap kali menghidupkan enjin. Bercakap mengenai ini, kabin Golf GTI Mk8 turut dilontarkan bunyi enjin tiruan yang mana ia memberikan melodi rancak kalau DCC berada dalam tetapan Sport.

Rebiu: VW Golf GTI Mk8 2022 – ikon hothatch Malaysia yang serba boleh tapi ‘feel’ dah tiada? 22

Jadi sebagai hothatch, adakah ia seronok untuk dipandu? Tidak langsung. Tidak dinafikan bahawa suspensinya memberikan karakter pengendalian yang cukup sporty, betul-betul kena dengan kereta berprestasi tinggi seperti Golf GTI dan sterengnya pula mengandungi berat yang meyakinkan untuk menjadi pembuli jalanan. Masalahnya, sensasi yang patut dirasai oleh pancaindera pemandu tidak ada langsung. Sterengnya sudah seperti ‘joystick’ Play Station dan segala elemen yang menjadi sebutan peminat seperti mod memandu atau Limited Slip Differential XDS elektronik pun tidak memberikan rasa teruja untuk mengendalikan situasi seterusnya.

Rebiu: VW Golf GTI Mk8 2022 – ikon hothatch Malaysia yang serba boleh tapi ‘feel’ dah tiada? 23

Yang rasanya cuma prestasi dan cengkaman tanpa batasan. Pendek kata, pengalaman memandu Golf GTI Mk8 tidak menghairahkan langsung. Untuk pengetahuan anda, Golf GTI bukanlah hothatch yang paling seronok untuk dipandu tetapi kali ini, ia sekadar senjata semata-mata. Senjata yang padu untuk bergerak dari titik A ke titik B tanpa sebarang drama mahupun cabaran.

Konklusi – berbaloi sebab lebih murah berbanding Mk7 tetapi baru tidak semestinya lebih syok

Rebiu: VW Golf GTI Mk8 2022 – ikon hothatch Malaysia yang serba boleh tapi ‘feel’ dah tiada? 24

Pengguna sebenarnya perlu lipat cermin sisi secara manual walaupun ada suis lipatan.

Dengan harga RM 30k lebih murah berbanding generasi terdahulu, Golf GTI baharu jelas lebih menarik. Soal ketiadaan ciri bantuan keselamatan autonomi ADAS mahupun lipatan cermin sisi berkuasa itu isu yang bakal diselesaikan oleh VPCM pada masa akan datang.

Rebiu: VW Golf GTI Mk8 2022 – ikon hothatch Malaysia yang serba boleh tapi ‘feel’ dah tiada? 25

Nyalaan lantai berbentuk bola golf.

Kalau anda boleh terima dan tidak kisah dengan pengalaman memandu yang seolah-olah tiada jiwa, inilah hothatch yang anda cari kerana pengendalian dan prestasinya tetap mantap dan ia cukup selesa dan praktikal untuk dipandu secara harian. Lagipun, nama yang anda dapat tetap disegani oleh ramai iaitu Volkswagen Golf GTI.

Juga bacaVW Golf GTI Mk6 & Mk7: Hothatch kegemaran Malaysia, baloi beli ‘second hand’?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Volkswagen Golf GTI

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda