window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rebiu Yamaha EZ115 (2023): Ganti kapcai lejen, mampukah EZ capai status itu?

Khairil · Mar 4, 2023 08:00 PM

Rebiu Yamaha EZ115 (2023): Ganti kapcai lejen, mampukah EZ capai status itu? 01

Sebagai negara yang 'moped' atau kapcai masih lagi raja, segmen kapcai 'marhaen' di pasaran tempatan diakui cukup meriah dan Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) tidak terkecuali memiliki jagoannya tersendiri dikenali Yamaha Lagenda

Rebiu Yamaha EZ115 (2023): Ganti kapcai lejen, mampukah EZ capai status itu? 02

Selepas beberapa tahun gah di pasaran, merentas beberapa generasi dan layak digelar 'lejen', HLYM akhirnya memutuskan untuk 'menamatkan' pengeluaran Lagenda.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga baca: HLYM lancar Yamaha EZ 115 (2023), pengganti Lagenda 115Z, harga asas RM 5.5k!

Rebiu Yamaha EZ115 (2023): Ganti kapcai lejen, mampukah EZ capai status itu? 01

Dan penggantinya diumumkan dalam majlis penuh gilang gemilang, baru-baru ini dan tiba dengan nama lebih moden, Yamaha EZ115 (2023).

Rebiu Yamaha EZ115 (2023): Ganti kapcai lejen, mampukah EZ capai status itu? 02

Tiba dengan harapan yang cukup besar, kami di Wapcar diberikan peluang untuk menguji kapcai ini selama beberapa hari. Dan adakah ia benar-benar berupaya mengisi kekosongan yang ditinggalkan Lagenda? Jom layan rebiu ini.

Reka bentuk - lagi moden tapi 'cantik' adalah subjektif

Rebiu Yamaha EZ115 (2023): Ganti kapcai lejen, mampukah EZ capai status itu? 03

Jika melihat kepada penampilan Yamaha EZ115, ia jelas jauh berbeza dengan Lagenda terutama versi terbaharunya yang nampak lebih sporty.

Rebiu Yamaha EZ115 (2023): Ganti kapcai lejen, mampukah EZ capai status itu? 04

Mungkin ada yang tak bersetuju, tetapi Yamaha EZ115 di mata penulis nampak lebih asas dan sopan. Jangan salah anggap, ia tetap nampak lebih sedap mata memandang.

Juga baca: Yamaha 135LC Fi 2022 buat penampilan rasmi, eksklusif di Malaysia, harga asas bermula RM 7.8k!

Rebiu Yamaha EZ115 (2023): Ganti kapcai lejen, mampukah EZ capai status itu? 05

Skema warna dan corak grafik juga ringkas namun menepati selera terkini terutama yang tak gemar sesuatu yang 'sarat'.

Trenkuasa, prestasi 

Rebiu Yamaha EZ115 (2023): Ganti kapcai lejen, mampukah EZ capai status itu? 06

Tipikal motosikal Yamaha, apa yang paling dihargai adalah trenkuasanya yang lancar. 

Rebiu Yamaha EZ115 (2023): Ganti kapcai lejen, mampukah EZ capai status itu? 07

Tetapi kepada pencinta prestasi, perlu dinyatakan lebih awal yang pengguna Super moped atau pun Yamaha LC135, anda mungkin akan merasai penurunan kuasa jika beralih kepada EZ115.

Rebiu Yamaha EZ115 (2023): Ganti kapcai lejen, mampukah EZ capai status itu? 08

Tetapi ia bukan sesuatu yang terlalu mengecewakan berikutan spesifikasi yang ditawarkan serta perbezaan harga oleh EZ.

Tunggangan - Tipikal Yamaha, lancar dan mudah dikendalikan

Rebiu Yamaha EZ115 (2023): Ganti kapcai lejen, mampukah EZ capai status itu? 09

Sejurus memperoleh motosikal ini, apa yang dapat dirasai ia sememangnya ringan, atau dalam bahasa lain, mudah ditunggang.

Rebiu Yamaha EZ115 (2023): Ganti kapcai lejen, mampukah EZ capai status itu? 10

Seperti motosikal baharu keluar kedai serta moden, penukaran gear juga ringan dan lancar.

Rebiu Yamaha EZ115 (2023): Ganti kapcai lejen, mampukah EZ capai status itu? 11

Sistem suspensi juga menjalankan tugasnya dengan baik. Tetapi suspensi depan mungkin agak lembut bagi penulis yang berbadan sasa.

Rebiu Yamaha EZ115 (2023): Ganti kapcai lejen, mampukah EZ capai status itu? 12

Tetapi ia tidaklah sampai membahayakan dan pengambilan selekoh juga baik.

Praktikaliti

Rebiu Yamaha EZ115 (2023): Ganti kapcai lejen, mampukah EZ capai status itu? 13

Sebagai negara yang masih mementingkan moped, ciri-ciri praktikaliti yang ditawarkan mungkin kurang berbanding skuter namun tetap mempunyai kelebihan tersendiri dan diminati rakyat Malaysia.

Rebiu Yamaha EZ115 (2023): Ganti kapcai lejen, mampukah EZ capai status itu? 14

Jika kapasiti barangan yang dititik beratkan, tambah saja bakul dan box belakang dan ia masih nampak cantik.

Berikutan lampu depan yang katanya 'besar', pencahayaan motosikal ini juga boleh dikatakan baik dan terang.

Juga baca: Uji ringkas Yamaha 135LC Fi 2022: Adakah ini 'LC' yang ditunggu-tunggu rakyat Malaysia?

Rebiu Yamaha EZ115 (2023): Ganti kapcai lejen, mampukah EZ capai status itu? 15

Mengulas aspek keselamatan, Yamaha EZ115 (2023) dipadankan dengan brek cakera (depan) dan dram belakang. Dari sudut itu, ia mencukupi.

Rebiu Yamaha EZ115 (2023): Ganti kapcai lejen, mampukah EZ capai status itu? 16

Sekalipun tiada angka spesifik dapat kami berikan (rasanya tidak perlu), Yamaha EZ115 ini memang memiliki penggunaan bahan bakar yang baik, sama seperti motosikal kelas yang sama.

Rebiu Yamaha EZ115 (2023): Ganti kapcai lejen, mampukah EZ capai status itu? 17

Panel meter mudah dilihat dan terang pada waktu malam. Tetapi jika anda mempunyai masalah untuk membezakan warna merah dan hijau seperti penulis, cahaya terang ketika tengah hari mungkin sedikit menganggu terutama untuk indikator gear.

Apa kurang best?

Rebiu Yamaha EZ115 (2023): Ganti kapcai lejen, mampukah EZ capai status itu? 18

Tidak dapat dipastikan sama ada penelitian penulis sahaja, tetapi kuasa yang dimiliki oleh Yamaha EZ115 ini seperti dihadkan.

Dan apa yang menjengkelkan, ia jauh daripada yang dijangkakan terutama dari kelajuan tertinggi. Anehnya, ia turut dipersetujui beberapa rakan penulis.

Rebiu Yamaha EZ115 (2023): Ganti kapcai lejen, mampukah EZ capai status itu? 19

Tidak diketahui sama ada pihak HLYM meletakkan 'cut' tetapi ia sesuatu sepatutnya dielak terutama motosikal berkapasiti rendah seperti EZ115.

Justeru, agak 'letih' untuk melakukan perjalanan jarak jauh bersama Yamaha EZ115 ini sekalipun pelananya boleh dikatakan selesa.

Rebiu Yamaha EZ115 (2023): Ganti kapcai lejen, mampukah EZ capai status itu? 20

Dan peningkatan lain, jika kapasiti petrol bersaiz 3.9 liter dapat dibesarkan, ia pasti dialu-alukan.

Kesimpulan

Rebiu Yamaha EZ115 (2023): Ganti kapcai lejen, mampukah EZ capai status itu? 21

Dijual pada harga RM 5,598 (asas), Yamaha EZ115 jelas memiliki persaingan yang cukup sengit di pasaran tempatan yang tidak kurang menariknya dengan spesifikasi yang hampir sama.

Jadi apa yang menyebabkan Yamaha EZ115 menjadi pilihan mungkin disebabkan oleh kualiti serta kepercayaan jenama. 

Rebiu Yamaha EZ115 (2023): Ganti kapcai lejen, mampukah EZ capai status itu? 22

Seperti dinyatakan, Yamaha EZ115 dihasilkan mengikut keperluan dan berpandukan kepada segmen, ia memang menjalankan tugas dengan baik dan tiada sebarang masalah untuk melakukannya.

Rebiu Yamaha EZ115 (2023): Ganti kapcai lejen, mampukah EZ capai status itu? 23

Kepada persoalan adakah Yamaha EZ115 ini mampu mengisi kekosongan ditinggalkan oleh Lagenda, pada kami ya.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda