window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rebiu: Yamaha MT-25 2020 - definisi sebenar motosikal 'besar' yang mudah dikendalikan!

Khairil · Dec 28, 2020 01:00 PM

Rebiu: Yamaha MT-25 2020 - definisi sebenar motosikal 'besar' yang mudah dikendalikan! 01

Selepas hampir tiga bulan menjengah pasaran Malaysia, tidak dapat dinafikan jentera 'Naked' terbaharu keluaran Yamaha, MT-25 berjaya mencipta sensasi terhadap peminat motosikal di negara ini.

Seperti namanya MT-25, ia dipadankan dengan enjin bersesaran 249cc dan melengkapi tawaran buat peminat dalam siri keluarga MT dari Yamaha yang juga singkatan untuk 'Master of Torque'.

Rebiu: Yamaha MT-25 2020 - definisi sebenar motosikal 'besar' yang mudah dikendalikan! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ia didatangkan oleh Hong Leong Yamaha Motor (HYLM) ke Malaysia selepas ketibaan dua abangnya, MT-07 dan MT-09 lebih awal dan dilancarkan sama seperti adiknya MT-15.

Secara asasnya, MT-25 adalah versi naked kepada jentera 'Sportbike' YZF-R25 yang dilancarkan tahun lalu kerana dari sudut mekanikal, tiada begitu banyak perubahan terutama dari sudut teknologi enjin.

Rebiu: Yamaha MT-25 2020 - definisi sebenar motosikal 'besar' yang mudah dikendalikan! 01

Cantik pada pandangan hadapan

Justeru bagi Yamaha MT-25, ia diposisikan agak unik kerana bentuk belakang dan enjin Yamaha YZF-R25 dijelmakan semula dalam keadaan motosikal jenis naked.

Rebiu: Yamaha MT-25 2020 - definisi sebenar motosikal 'besar' yang mudah dikendalikan! 02

Seperti kebiasaan, hanya ada satu varian Yamaha MT-25 saja yang dijual di Malaysia dan ia adalah yang terbaik dan turut dilengkapi dengan pelbagai 'jajan' atau teknologi terkini dan tidak seperti R25, ia dilengkapi dengan sistem ABS.

Rebiu: Yamaha MT-25 2020 - definisi sebenar motosikal 'besar' yang mudah dikendalikan! 03

Dengan sedikit modifikasi

Di pasaran Malaysia, MT-25 ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu 'Ice Fluo' dan 'Yamaha Blue' yang dijual pada harga RM21,500 (tanpa cukai jalan dan insurans).

Pada harga sebegitu, ia mungkin dianggap agak mahal oleh sesetengah orang namun adalah ia berbaloi? Ini pandangan kami.

Rekaan dan perincian luaran

Rebiu: Yamaha MT-25 2020 - definisi sebenar motosikal 'besar' yang mudah dikendalikan! 04

Jika anda seorang lelaki kacak dan layak untuk menjadi model fesyen, Yamaha MT-25 adalah 'lelaki' tersebut dalam bentuk motosikal.

Apa yang sukar untuk dinafikan adalah MT-25 mempunyai reka bentuk yang 'hensem', gagah, futuristik, tidak berlebihan dan ia mampu membuatkan penunggang lain mencemburui anda.

Rebiu: Yamaha MT-25 2020 - definisi sebenar motosikal 'besar' yang mudah dikendalikan! 05

Tidak seperti adik beradiknya yang lain yang menggunakan nama MT, Yamaha MT-25 mempunyai gaya tarikan yang tersendiri terutama rekaan bahagian belakang yang tampak cukup mirip dengan Yamaha YZF-R25.

Rebiu: Yamaha MT-25 2020 - definisi sebenar motosikal 'besar' yang mudah dikendalikan! 06

Justeru, kelainan MT-25 adalah di bahagian depan terutama lampu depan dan juga rekaan tangki minyaknya yang turut dilengkapi scoop kemasukan udara yang menyerlahkan lagi reka bentuknya.

Reka bentuk lampu depannya menonjolkan perwatakan yang garang malah ia seakan rupa alien terutama dengan rekaan dwi-lampu nyalaan siang (DRL) menyondong dan lampu hadapan di tengah daripada projektor LED.

Rebiu: Yamaha MT-25 2020 - definisi sebenar motosikal 'besar' yang mudah dikendalikan! 07

Rekaan lampu isyarat yang hadir dengan fungsi kecemasan juga tampak kemas. Ditambah dengan panel meter LCD generasi baharu yang senang untuk dilihat menerusi pencahayaan yang bertukar mengikut masa, ia tampak futuristik.

Jika memandangnya dari pelbagai sisi, rekaan Yamaha MT-25 tampak sepadan dengan jentera bernadi enjin 250cc.

Prestasi enjin dan spesifikasi

Rebiu: Yamaha MT-25 2020 - definisi sebenar motosikal 'besar' yang mudah dikendalikan! 08

Dikuasakan dengan enjin dua silinder sebaris bersesaram 249cc DOHC yang menjana sebanyak 35.1 hp kuasa kuda pada 12,000rpm dan 22.6Nm pada 10,000rpm, ia sangat berkuasa dalam kelasnya. 

Gandingan transmisi enam kelajuan Constant Mesh turut memberikan penunggangan yang cukup baik.

Rebiu: Yamaha MT-25 2020 - definisi sebenar motosikal 'besar' yang mudah dikendalikan! 09

Atas: pendikit kanan, bawah: pendikit kiri

Apa yang paling mengujakan, pulas saja pendikit, ia memberi tindak balas serta merta. Mungkin ia tidak mendatangkan sensasi seperti motosikal berkuasa tinggi dengan enjin di atas 600cc tetapi ia memadai buat penunggang yang baharu berjinak-jinak dalam segmen sebegini.

Rebiu: Yamaha MT-25 2020 - definisi sebenar motosikal 'besar' yang mudah dikendalikan! 10

Seperti adik beradiknya dalam keluarga MT, perkara yang dinafikan mengenainya adalah ia mempunyai kuasa tork yang cukup mengagumkan. Kerana ia turut dilengkapi dengan sistem klac assist & slipper, penukaran gear jelas lebih lancar dan mudah.

Keselesaan dan kendalian tunggangan

Rebiu: Yamaha MT-25 2020 - definisi sebenar motosikal 'besar' yang mudah dikendalikan! 11

Posisi tempat duduk menegak

Jika anda tidak pernah menunggang motosikal selain moped sebelum ini, apa yang kami jamin adalah anda tidak akan merasa kekok untuk menunggang MT-25 kerana ia amat mudah dikendalikan.

Yamaha MT-25 mempunyai berat 169 kg justeru nisbah kuasa - berat (power to weight ratio) motosikal ini cukup baik malah kami langsung tidak merasa sebarang rasa lelah kuasa ketika pendikitnya dipulas.

Rebiu: Yamaha MT-25 2020 - definisi sebenar motosikal 'besar' yang mudah dikendalikan! 12

Boleh dikatakan, ia cukup 'sedap' ditunggang dalam apa saja kelajuan, agresif mahupun santai.

Bagi penunggang yang mempunyai badan besar, jentera ini langsung tidak terasa lelah kuasa (under power) malah membawa pembonceng juga bukan satu masalah.

Rebiu: Yamaha MT-25 2020 - definisi sebenar motosikal 'besar' yang mudah dikendalikan! 13

Tunggangan di jalan bandar dan ketika menempuh kesesakan lalu lintas juga tidak sukar. Pengendaliannya bagus dan apa yang membuatkan penulis tersenyum, pulas saja pendikit ia akan pergi mengikut citarasa anda.

Pemanduan jalan kampung juga tidak gagal, malah MT-25 stabil ketika mengambil selekoh. Kami menggunakan jalan di Jenderam ke KLIA dan ia langsung tidak mendatangkan cemas kepada penunggang.

Rebiu: Yamaha MT-25 2020 - definisi sebenar motosikal 'besar' yang mudah dikendalikan! 14

Tunggangan di sebelah malam juga tidak mendatangkan kegusaran kepada penulis. Sekali pun lampunya kecil, ia adalah jenis projektor yang pasti tidak mendatangkan masalah.

Rebiu: Yamaha MT-25 2020 - definisi sebenar motosikal 'besar' yang mudah dikendalikan! 15

Menggunakan fork hadapan jenis terbalik dan monoshock di bahagian belakang dari jenama KYB, Yamaha MT-25 memberikan tunggangan yang memuaskan serta pengendalian mantap ketika mengambil selekoh.

Sistem suspensinya boleh dikatakan tidak terlalu keras kerana ia langsung tidak terhentak penunggang namun pada masa sama, ia tidak terlalu lembut sehingga terasa berbuai.

Rebiu: Yamaha MT-25 2020 - definisi sebenar motosikal 'besar' yang mudah dikendalikan! 16

Ketika di lebuhraya, rintangan angin menyebabkan penunggang rasa kurang selesa namun itu yang anda perkara yang dijangkakan dalam penunggangan jentera segmen ini.

Pemasangan penghadang angin dengan mudah dapat mengurangkan isu tersebut, bukan suatu isu yang besar.

Rebiu: Yamaha MT-25 2020 - definisi sebenar motosikal 'besar' yang mudah dikendalikan! 17

Kedudukan tempat duduk dan reka bentuk tangkinya juga membantu dari sudut tunggangan. Malah, jika ia lebih kuat dikepit, ia mampu mendatangkan keyakinan kepada anda malah ada perasaan 'syok' ketika mengambil selekoh.

Kelajuan maksimum (Top Speed)

Rebiu: Yamaha MT-25 2020 - definisi sebenar motosikal 'besar' yang mudah dikendalikan! 18

Yamaha MT-25 mampu mencapai kelajuan sehingga 160 km/j melalui ujian kami yang melalui jalan lurus lebuh raya MEX. Berdasaran keadaan, ada yang mendakwa ia boleh mencapai sehingga melebihi 180 km/j.

Rebiu: Yamaha MT-25 2020 - definisi sebenar motosikal 'besar' yang mudah dikendalikan! 19

Deruman enjin dua silinder Yamaha MT-25 pada hemat kami agak sedap didengar malah disarankan untuk tidak melakukan sebarang modifikasi ekzos.

Dimensi Yamaha MT-25

Rebiu: Yamaha MT-25 2020 - definisi sebenar motosikal 'besar' yang mudah dikendalikan! 20

Jika anda risau mengenai jarak ketinggian, rakan kami yang berketinggian 160 cm juga mampu mengendalikan jentera ini dengan mudah.

Posisi menunggangnya juga ergonomik ala jentera motard dengan rekaan tangkinya cukup selesa ketika dikepit.

Rebiu: Yamaha MT-25 2020 - definisi sebenar motosikal 'besar' yang mudah dikendalikan! 21

Dimensi Yamaha MT-25
Panjang Keseluruhan 2,090 mm
Lebar Keseluruhan 755 mm
Tinggi Keseluruhan 1070 mm
Tinggi Pelana 780 mm
Tinggi Pelana Pembonceng 960 mm
Lebar Pelana 295 mm
Jarak footpeg dari tanah 330 mm
Jarak roda 1380 mm

Ruang dan praktikaliti

Rebiu: Yamaha MT-25 2020 - definisi sebenar motosikal 'besar' yang mudah dikendalikan! 22

Ia turut mempunyai ruang simpan di bawah pelana kedua yang boleh mengisi barangan kecil seperti telefon bimbit dan dompet.

Ujian kami dalam jarak 93.9 km mendapati penggunaan minyak hanyalah sekadar 3.2 liter sahaja. Ini menjadikan bacaan penggunaan minyak adalah sebanyak 3.4 liter/100 km.

Rebiu: Yamaha MT-25 2020 - definisi sebenar motosikal 'besar' yang mudah dikendalikan! 23

Tidak seperti motosikal moped di mana pengguna perlu membuka pelana untuk mengisi minyak, situasi seperti itu tidak berlaku kepada Yamaha MT-25 yang dengan kapasiti tangki minyak 14 liter.

Perkara itu dapat dilakukan tanpa penunggang perlu melangkah keluar daripada jentera jika anda melakukan bayaran menerusi kad.

Perincian lain-lain

Rebiu: Yamaha MT-25 2020 - definisi sebenar motosikal 'besar' yang mudah dikendalikan! 24

Bukan sekadar gaya dan kelajuan, jentera ini dilengkapi brek cakera hadapan dan belakang beserta dengan sistem brek Anti-Kunci (ABS) bagi membolehkan Yamaha MT-25 dapat dihentikan dengan lebih baik pada apa jua keadaan jalan sekali gus memberikan lebih keyakinan kepada penunggang.

Rebiu: Yamaha MT-25 2020 - definisi sebenar motosikal 'besar' yang mudah dikendalikan! 25

Seperti kebanyakan jentera keluaran standard kilang lain, tayar yang dibekalkan perlu lebih berhati-hati ketika melalui jalan basah. Jangan khuatir jika sedikit tergelincir kerana ia senang dikawal.

Rebiu: Yamaha MT-25 2020 - definisi sebenar motosikal 'besar' yang mudah dikendalikan! 26

Kedudukan hon yang berada betul-betul di bawah lampu utama dalam keadaan terbuka sedikit menonjol namun ini bukanlah sesuatu yang menjadi isu. 

Kesimpulan

Rebiu: Yamaha MT-25 2020 - definisi sebenar motosikal 'besar' yang mudah dikendalikan! 27

Jujur mengatakan, selepas beberapa hari menunggang jentera ini, penulis mula merasai menunggang kapcai tidak begitu seronok.

Kekuatan MT-25 bukan saja dari sudut reka bentuk, spesifikasinya atau jenamanya, ia lebih daripada itu.

Rebiu: Yamaha MT-25 2020 - definisi sebenar motosikal 'besar' yang mudah dikendalikan! 28

Bersaing dalam pasaran yang boleh dikatakan agak sengit dan kompetitif Yamaha MT-25 memberikan definisi baru terhadap pasaran motosikal naked bawah 250cc.

Ia mesra penunggang baharu malah tidak keterlaluan jika kami katakan penunggang wanita juga disarankan memilih motosikal ini sebagai motosikal pengenalan.

Rebiu: Yamaha MT-25 2020 - definisi sebenar motosikal 'besar' yang mudah dikendalikan! 29

Apa yang kami bayangkan, pasang sahaja kotak kembara di sisi motosikal ini dan ia mampu menjadi motosikal touring kegemaran anda.

Yamaha MT-25 memberikan tunggangan yang lebih seimbang dan fleksibel, sesuai untuk jarak jauh mahupun sederhana jauh. Ia juga boleh digayakan menjadi motosikal touring dan pengguna juga tidak perlu menaik taraf lesen untuk menggunakannya.

Rebiu: Yamaha MT-25 2020 - definisi sebenar motosikal 'besar' yang mudah dikendalikan! 30

Pasaran motosikal bersesaran 150cc sudah mula disertai oleh motosikal moped dan kebanyakan skuter, menjadikan pasaran 250cc lebih eksklusif dan Yamaha MT-25 adalah model yang lebih baik untuk pengguna-pengguna baharu.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda