window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rebiu Yamaha TMax Tech Max (2023): Pencarian skuter 'ultimate' berakhir?

Khairil · Apr 2, 2023 06:00 PM

Rebiu Yamaha TMax Tech Max (2023): Pencarian skuter 'ultimate' berakhir? 01

Mendarat pada harga jualan 'wow' RM 75k asas (ketika pelancaran), harus ada justifikasi kukuh mengapa seseorang perlu membayar harga setinggi itu untuk memiliki generasi terbaharu skuter aras tinggi Yamaha TMax Tech Max (2023).

Rebiu Yamaha TMax Tech Max (2023): Pencarian skuter 'ultimate' berakhir? 02

Tetapi dengan reputasi tinggi dimiliki, kesemua 'batch' pertama dan kedua skuter maxi itu yang diperuntukkan di pasaran tempatan katanya habis disapu bersih ketika ia dilancarkan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga baca: Yamaha TMax, TMax Tech Max 2022 dah muncul, rekaan lebih sporty, teknologi dipertingkat!

Rebiu Yamaha TMax Tech Max (2023): Pencarian skuter 'ultimate' berakhir? 01

Dalam bahasa mudah, ia menunjukkan betapa 'bestnya' generasi terbaharu skuter yang diberi julukan 'ultimate scooter' yang turut dilaporkan cukup laris di pasaran Eropah ini.

Rebiu Yamaha TMax Tech Max (2023): Pencarian skuter 'ultimate' berakhir? 02

Jadi apakah faktor yang membuatkannya menjadi cukup laris?

Rebiu Yamaha TMax Tech Max (2023): Pencarian skuter 'ultimate' berakhir? 03

Selepas beberapa kali hasrat atau harapan mengujinya 'tersekat', kami di Wapcar akhirnya berpeluang melayannya selama beberapa hari. Jadi jom.

Rekaan - Berubah drastik, cuba lari dari tipikal skuter tapi berhasil

Rebiu Yamaha TMax Tech Max (2023): Pencarian skuter 'ultimate' berakhir? 04

Kali pertama melihat imej 'gen' baharu Yamaha TMax Tech Max ketika ia membuat debut di Eropah, dirasakan ada rasa sedikit pelik di hati penulis. Tetapi apabila melihatnya di depan mata ketika pelancarannya di Malaysia, perlu diakui ia aneh yang menarik.

Rebiu Yamaha TMax Tech Max (2023): Pencarian skuter 'ultimate' berakhir? 05

Yamaha nampak seperti ingin lari daripada rekaan tipikal skuter, yang kebiasaan 'gemuk', lebar dan untuk TMax Tech Max, ia lebih 'runcing', tampil dengan imej lebih sporty, mengikuti lenggok jentera Sportbike jenama itu.

Rebiu Yamaha TMax Tech Max (2023): Pencarian skuter 'ultimate' berakhir? 06

Rekaan depan, lampu depan, kini cukup tajam, berubah 100 peratus berbanding generasi TMax terdahulu. Mungkin ada yang tidak meminatinya namun bagi penulis, ia satu kelainan yang bagus dan dialu-alukan serta diakui membuahkan hasil.

Juga baca: Yamaha TMax Tech Max (2022) kini rasmi di Malaysia, generasi terbaharu, tercanggih, unit CKD, harga asas RM 75k!

Rebiu Yamaha TMax Tech Max (2023): Pencarian skuter 'ultimate' berakhir? 07

Dari sudut penggunaan komponen Yamaha TMax Tech Max, ia memang nampak berkualiti, setaraf statusnya sebagai skuter aras tinggi dari Yamaha. Untuk pilihan warna pula, kedua-dua pilihan yang tersedia di Malaysia nampak eksklusif dan menarik.

Prestasi - Mengujakan, terkejut dibuatnya

Rebiu Yamaha TMax Tech Max (2023): Pencarian skuter 'ultimate' berakhir? 08

Sebagai skuter aras tinggi, Yamaha TMax Tech Max dipadankan dengan tekenologi enjin skuter termaju jenama Jepun itu. Sekalipun angka kuasa dan tork tak begitu besar, percayalah ia berupaya mengagumkan anda.

Rebiu Yamaha TMax Tech Max (2023): Pencarian skuter 'ultimate' berakhir? 09

Pulas saja pendikit, kuasa yang diperlukan sentiasa ada dan sekalipun skuter ini memiliki berat lebih 200 kg, tiada rasa lelah langsung ketika ingin memecut dari kedudukan pegun.

Rebiu Yamaha TMax Tech Max (2023): Pencarian skuter 'ultimate' berakhir? 10

Ini berkemungkinan disebabkan penggunaan sistem ‘belting’ sebagai pemacu, ia menjadikan kuasa di awal seperti ' instant' dan ia menyeronokkan.

Rebiu Yamaha TMax Tech Max (2023): Pencarian skuter 'ultimate' berakhir? 11

Jika anda seorang penggemar kelajuan, hantaran kuasa yang dimahukan boleh dikatakan sentiasa ada, lancar namun penting, dapat diagak.

Rebiu Yamaha TMax Tech Max (2023): Pencarian skuter 'ultimate' berakhir? 12

Meluncur di lebuh raya memang antara kekuatan Yamaha TMax terutama dari sudut keselesaan (bahas kemudian). Dan dengan kuasa dimiliki, penulis berjaya 'merembat' skuter ini pada kelajuan tertinggi 170 km/j tetapi kepada yang hati kering, ia mampu pegi lebih laju dari itu.

Teknologi - termaju dalam kelasnya

Rebiu Yamaha TMax Tech Max (2023): Pencarian skuter 'ultimate' berakhir? 13

Sekali lagi, sebagai skuter termaju Yamaha, pelbagai pembaharuan diberikan kepada Yamaha TMax Tech Max termasuk dilengkapi dengan pelbagai teknologi moden.

Rebiu Yamaha TMax Tech Max (2023): Pencarian skuter 'ultimate' berakhir? 14

Untuk perahan terotel yang lancar, skuter ini menggunakan Yamaha Chip Controlled Throttle (Y-CCT) dan Accelerator Position Sensor Grip (APSG) paling terkini Yamaha dan kualitinya pergi dipuji.

Rebiu Yamaha TMax Tech Max (2023): Pencarian skuter 'ultimate' berakhir? 15

Selain itu, antara yang terkini dan futuristik adalah ciri 'joystick' untuk mengakses maklumat dan tetapan di bahagian panel meter yang memang memudahkan.

  • 2 mod tunggangan (Touring, Sport)
  • Kawalan Traksi
  • Sistem Brek Anti-Kunci
  • Panel meter TFT 7 Inci (Sambungan telefon pintar, wifi, bluetooth)
  • Sambungan ke telefon bimbit menerusi Bluetooth
  • Sistem Navigasi Garmin
  • Kawalan jelajah (Auto cruise)

Tunggangan - Selesa, mengujakan

Rebiu Yamaha TMax Tech Max (2023): Pencarian skuter 'ultimate' berakhir? 16

Kepada yang tidak pernah menunggang skuter aras tinggi namun biasa menunggang motosikal berkuasa besar, anda mungkin akan merasa sedikit kekok menunggang Yamaha TMax Tech Max tetapi ia bukan sesuatu yang menjengkelkan.

Rebiu Yamaha TMax Tech Max (2023): Pencarian skuter 'ultimate' berakhir? 17

Tipikal skuter, tiada tuil klac dan kaki penunggang kini lebih bebas tanpa perlu membuat penukaran gear atau brek belakang. Kepada yang biasa membawa motosikal, boleh rasa kekok seketika tetapi ciri itu bagi penulis, memang menambah kesenangan.

Juga baca: Yamaha TMax 2022 mendarat di Thailand, varian Tech Max pun ada, harga bermula RM 67k!

Rebiu Yamaha TMax Tech Max (2023): Pencarian skuter 'ultimate' berakhir? 18

Selama beberapa bersama Yamaha TMax Tech Max dan mengharungi pelbagai perjalanan, termasuk mendaki Genting Highland, perlu diakui yang kualiti tunggangan skuter ini memang boleh dipuji.

Rebiu Yamaha TMax Tech Max (2023): Pencarian skuter 'ultimate' berakhir? 19

Gabungan posisi penunggang di pelana, kelembutan pelana, (ketinggian penulis 172 cm), kedudukan bar hendal atau ergonomik menjadikan tiada rasa penat ketika menunggang.

Rebiu Yamaha TMax Tech Max (2023): Pencarian skuter 'ultimate' berakhir? 20

Ditambah dengan visor angin boleh laras elektronik, perlu diakui, perjalanan terutama di lebuh raya memang cukup menyeronokkan.

Rebiu Yamaha TMax Tech Max (2023): Pencarian skuter 'ultimate' berakhir? 21

Tetapi dengan ketinggian penulis, perlu sedikit menjengket atau mengalihkan badan sedikit apabila perlu berhenti terutama di persimpangan lampu isyarat.

Rebiu Yamaha TMax Tech Max (2023): Pencarian skuter 'ultimate' berakhir? 22

Kepada penggemar kelajuan pula, ada mod 'Sport' tersedia bagi anda untuk memberi lebih keseronokkan dan tunggangan lebih agresif.

Rebiu Yamaha TMax Tech Max (2023): Pencarian skuter 'ultimate' berakhir? 23

Untuk persoalan mengapa nak layan korner dengan skuter? Jawapannya mudah iaitu kerana ia berkemampuan. Malah penulis turut melakukannya bersama pembonceng dan memang ia tiada masalah.

Rebiu Yamaha TMax Tech Max (2023): Pencarian skuter 'ultimate' berakhir? 24

Dengan rekaan dan berat dimiliki, skuter ini memang stabil dan pengendaliannya memang mudah. Ia juga pasti berkait rapat dengan 'setup' suspensi yang ditala dengan baik oleh Yamaha.

Rebiu Yamaha TMax Tech Max (2023): Pencarian skuter 'ultimate' berakhir? 25

Untuk sistem henti, penulis tiada masalah dengan penggunaan sistem brek (Cakera kembar 267 mm dengan kaliper 4 pot - depan, cakera tunggal 282 mm) yang dirasakan setaraf dengan kaliber skuter ini.

Rebiu Yamaha TMax Tech Max (2023): Pencarian skuter 'ultimate' berakhir? 26

Sistem lampu, termasuk penggunaan lampu projektor membuatkan perjalanan malam bertambah baik. Dan sebelum terlupa, kepada yang bertanya mengenai gegaran yang terhasil di terotel, percayalah ia memang minimum.

Praktikaliti

Rebiu Yamaha TMax Tech Max (2023): Pencarian skuter 'ultimate' berakhir? 27

Menurut penulis, sistem kunci pintar yang dipadankan dengan Yamaha TMax Tech Max adalah antara tercanggih di pasaran. Dan penggunaannya juga mudah dan tak memeningkan kepala.

Rebiu Yamaha TMax Tech Max (2023): Pencarian skuter 'ultimate' berakhir? 28

Selain itu, kedudukan mengisi petrol juga memudah kerana ia terletak di kedudukan antara dua kaki penunggang.

Rebiu Yamaha TMax Tech Max (2023): Pencarian skuter 'ultimate' berakhir? 29

Penulis sempat menggunakan ciri pemanas terotel dan pelana di waktu malam tetapi rasanya ia tak perlu. Begitupun, ciri ini mungkin perlu ketika menunggang ketika hujan.

Rebiu Yamaha TMax Tech Max (2023): Pencarian skuter 'ultimate' berakhir? 30

Tiada tuil klac perlu ditarik tangan kiri, atau pelarasan posisi gear dan brek belakang untuk kedua-dua belah kaki, ia menyaksikan kaki penunggang bertambah rileks.

Rebiu Yamaha TMax Tech Max (2023): Pencarian skuter 'ultimate' berakhir? 31

Menambah kemudahan, skuter ini turut dilengkapi dengan ciri seperti 'hand brake' di kereta yang membuatkan posisi berhenti ketika lampu isyarat atau sebagainya menjadi lebih mudah.

Rebiu Yamaha TMax Tech Max (2023): Pencarian skuter 'ultimate' berakhir? 32

Selain itu, ciri pengecas USB pantas juga menyenangkan. Terutama untuk perjalanan jarak jauh dan untuk mengecas peranti dan intercom.

Apa yang kurang best?

Rebiu Yamaha TMax Tech Max (2023): Pencarian skuter 'ultimate' berakhir? 33

Seperti Yamaha Tracer 9GT, jarak lega bumi Yamaha TMax Tech Max boleh dikatakan cukup rendah. Jadi perlu berhati-hati untuk melalui bonggol terutama ketika mempunyai pembonceng dan jika anda berbadan sasa.

Rebiu Yamaha TMax Tech Max (2023): Pencarian skuter 'ultimate' berakhir? 34

Kapasiti tangki bahan api mengikut penulis, 15 liter mungkin kedengaran 'sihat' tetapi bagi penulis, ia mungkin kurang mencukupi untuk skuter dengan kaliber seperti ini.

Rebiu Yamaha TMax Tech Max (2023): Pencarian skuter 'ultimate' berakhir? 35

Ini kerana penulis hanya mampu memperoleh sekitar 200 km (+/-) sebelum perlu membuat pengisian semula namun ia turut bergantung kepada 'gatal' tangan memulas terotel.

Rebiu Yamaha TMax Tech Max (2023): Pencarian skuter 'ultimate' berakhir? 36

Selain itu, kapasiti storan bawah pelana juga dirasakan kurang mencukupi terutama bagi penggemar aktiviti jelajah jarak jauh. Tetapi untuk penulis, jika skuter ini dibeli, kemungkinan besar untuk ia dipadankan dengan 'top box' adalah tinggi sekalipun ia mengurangkan gaya.

Kesimpulan 

Rebiu Yamaha TMax Tech Max (2023): Pencarian skuter 'ultimate' berakhir? 37

Hakikat yang tidak dapat dinafikan, nama Yamaha TMax Tech Max memang mampu mengundang rasa keliur pengguna atau peminat skuter, tak kira apa jenama yang diminati mereka.

Rebiu Yamaha TMax Tech Max (2023): Pencarian skuter 'ultimate' berakhir? 38

Setiap kali menunggangnya, penulis dapat melihat sendiri pasti akan ada jelingan manja diperoleh. Kepada yang menganggap tak macho menunggang skuter, pemahaman itu bagi pendapat penulis, mungkin sudah boleh dibakul sampahkan terutama dengan skuter ini.

Rebiu Yamaha TMax Tech Max (2023): Pencarian skuter 'ultimate' berakhir? 39

Selepas beberapa hari menunggangnya, tak tipu yang rasa 'teringin' penulis untuk memiliki skuter ini makin menebal. Apapun, hanya angka di akaun bank dan masa menentukan.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda