![Recall: Signal belakang Toyota Harrier ada kecacatan, pemilik sila ambil perhatian 01]()
Jika anda adalah salah seorang daripada 220 pemilik Toyota Harrier yang dikilangkan dari Januari 2021 sehingga Mei 2021 dan unit kereta anda diedarkan oleh UMW Toyota di Malaysia, lampu signal belakang Harrier anda mungkin berdepan satu kecacatan (defect) dan ia perlu diganti.
Baca juga: Kuasa tidak pernah mentakrifkan Toyota Harrier selama lebih 23 tahun - inilah SUV yang memulakan segalanya!
Nasib baik ini Toyota dan bukannya BMW, kalau tak, tak ada orang perasan lampu signal bermasalah.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
![Recall: Signal belakang Toyota Harrier ada kecacatan, pemilik sila ambil perhatian 01]()
Kenderaan yang terkesan dipasang dengan lampu signal belakang yang menggunakan mentol LED dari suatu generasi bersumberkan suatu pembekal. Kereta terlibat menggunakan lampu signal LED ini yang dipasang pada suatu lokasi dimana air boleh terkena ‘heat sink’ yang terletak di belakang papan litar dalam susun atur lampu tersebut. Ini akan menyebabkan penyejukan pantas berlaku pada litar berkenaan.
Baca juga: Rebiu: 2021 Toyota Harrier - Tiada turbo, hanya NA. Masih premium?
Apabila perkara ini berlaku, kondensasi boleh terbentuk pada papan litar berkenaan dan ini boleh menyebabkan beberapa bahan konduktif, misalnya pateri (solder), terlarut dan termasuk semula ke dalam papan litar apabila kondensasi ini mengering.
![Recall: Signal belakang Toyota Harrier ada kecacatan, pemilik sila ambil perhatian 02]()
Lama-kelamaan, kitaran ini boleh menyebabkan kondensasi terbentuk dengan lebih serius dan ini boleh menyebabkan litar pintas.
Baca juga: Toyota Harrier 2021 laku keras dalam masa 6 hari, kesemua 300 unit hampir licin!
UMW Toyota akan memaklumkan secara rasmi kepada semua pemilik Toyota Harrier yang terkesan dengan masalah ini dan pihak syarikat akan menggantikan lampu signal belakang ini secara percuma.
Para pemilik boleh membuat pertanyaan dengan menghubungi talian 1800-8-869682 ataupun berkunjung ke pusat servis Toyota berhampiran.

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });