window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Red Bull KTM menang di Catalunya, Valentino Rossi jatuh lagi!

Khairil · Jun 7, 2021 07:00 PM

Red Bull KTM menang di Catalunya, Valentino Rossi jatuh lagi! 01

Selepas tujuh pusingan perlumbaan MotoGP musim 2021, satu lagi pemenang baharu di podium kejuaraan direkodkan dengan pengeluar Austria, KTM menakluk Litar Catalunya, Sepanyol, semalam menerusi pelumbanya, Miguel Oliveira.

Juga baca: Ferrari dedah pernah 'pancing' Valentino Rossi untuk berlumba di F1

Ia adalah kemenangan ketiga dalam karier Oliveira dalam kancah MotoGP dan pertama buatnya dan KTM pada musim ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Red Bull KTM menang di Catalunya, Valentino Rossi jatuh lagi! 01

Miguel Oliveira

Bermula di petak keempat, Oliveira dari Portugal tidak mensia-siakan kelebihan yang dimiliki jentera KTM malah berada di kedudukan kedua selepas selekoh pertama dan memintas pendahulu, Jack Miller selepas beberapa pusingan kemudian.

Dia beraksi dengan baik untuk memimpin perlumbaan sebelum mendapat tentangan daripada pendahulu kejuaraan, Fabio Quartararo di pertengahan perlumbaan.

Juga baca: Yamaha, Quartararo henti dominasi Ducati di GP Itali yang penuh emosi!

Begitupun, tiada apa yang mampu dilakukan oleh pelumba Monster Yamaha itu apabila dia kembali dipintas Oliveira yang kemudian tidak lagi menoleh untuk melepasi garisan penamat sebagai pemenang.

Red Bull KTM menang di Catalunya, Valentino Rossi jatuh lagi! 02

Mengulas mengenai 'pertarungannya' dengan Quartararo di pertengahan perlumbaan, Oliveira mengakui dia tidak menjangkakan ia sesingkat itu.

"Pada awal perlumbaan, saya rasa kelajuan jentera saya sama seperti yang kami jangkakan. Kami juga menjangkakan yang Fabio (Quartararo) akan laju dan jika dia memimpin perlumbaan di awal saingan, ia akan menjadi amat sukar.

Red Bull KTM menang di Catalunya, Valentino Rossi jatuh lagi! 03

"Tetapi, dia tidak melakukannya pada hari ini, jadi apabila dia memintas saya, saya melihat peluang saya untuk berada di sana bersamanya dan mungkin menggangunya sedikit demi sedikit dan saya berjaya melakukannya," katanya.

Red Bull KTM menang di Catalunya, Valentino Rossi jatuh lagi! 04

Tempat kedua menjadi milik pelumba satelit Ducati, Johann Zarco (Pramac Racing), dan melengkapkan kedudukan podium adalah pelumba Australia, Jack Miller (Ducati Lenovo Team).

Red Bull KTM menang di Catalunya, Valentino Rossi jatuh lagi! 05

Podium kejuaraan di Catalunya

Lebih malang buat Quartararo, sekalipun menamatkan perlumbaan di tempat ketiga, tindakannya membuang pelindung dada dan berlumba dengan zip terbuka menyaksikannya dikenakan denda sekaligus terlepas kedudukan podium.

Red Bull KTM menang di Catalunya, Valentino Rossi jatuh lagi! 06

Valentino Rossi

Bagi pasukan dari Malaysia, Petronas Yamaha SRT, pelumba terbaiknya sekali lagi adalah Franco Morbidelli yang menamatkan perlumbaan di tangga kesembilan namun malang buat Valentino Rossi apabila dia mengalami kemalangan.

Sumber imej: Facebook KTM Racing, Facebook MotoGPFacebook Petronas Yamaha SRT

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda