window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rekaan dan material dalam Kia Niro bukannya biasa-biasa, bahan mesra alam jadi keutamaan

Mersita ยท Mar 5, 2022 08:00 PM

Rekaan dan material dalam Kia Niro bukannya biasa-biasa, bahan mesra alam jadi keutamaan 01

  • Kia Niro 2022 serba baru gunakan bahan kitar semula untuk siling kabin kereta
  • Material karbon potong digunakan di dalam pad kemalangan untuk menghasilkan corak unik
  • Lebih ruang kaki untuk penumpang barisan kedua berbanding generasi sebelumnya

Apabila Kia Niro generasi pertama dilancarkan pada 2016, dunia belum lagi dapat menyesuaikan penggunaan material diperbuat secara lestari atau ‘sustainable’ dengan bebas dalam rekaan kereta. Enam tahun kemudian, kelestarian menjadi tema utama dalam hampir setiap industri, dan ini membolehkan pereka model Niro untuk mencabar kreativiti dalam penggunaan material sebegini.

Ramai sudah sedia maklum bahawa Niro serba baru menggunakan material mesra alam, namun kini kita diberi pandangan lebih mendalam tentang komponen-komponen spesifik yang menggunakan bahan ini.

Dalam satu temubual, pasukan pereka warna, material, dan kemasan (CMF) telah mendedahkan yang mereka menggunakan material mesra alam di bahagian yang sering dilihat dan disentuh penumpang dalam kereta – misalnya tempat duduk, trim pintu, dan siling kabin.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Contohnya, siling kabin diproses dengan menambah kira-kira 56 peratus plastik PET dikitar semula pada fabrik tanpa tenun. Satu lagi komponen yang juga menggunakan fabrik dikitar semula ialah pada skrin kargo. Fabrik dikitar semula ini mengandungi kira-kira 70 peratus PET dalam material rajutannya.

Baca juga: Spesifikasi Kia Niro Hybrid 2022 baharu yang bakal tiba di Malaysia didedahkan: 1.6 liter, 20.8 km/l!

Rekaan dan material dalam Kia Niro bukannya biasa-biasa, bahan mesra alam jadi keutamaan 01

Disamping itu, tempat duduknya diperbuat menggunakan kulit bio tiruan. Kulit bio ini diperbuat dengan mencampurkan komponen sayuran dari pokok kayu putih dengan kulit tiruan jenis PU.

Pereka-pereka CMF juga dengan bangganya menceritakan penggunaan corak karbon potong pada bahagian bawah pad kemalangan dan pada trim pintu. Karbon potong ialah material yang dibentuk-semula daripada tinggalan fiber karbon selepas anyamannya siap.

Rekaan dan material dalam Kia Niro bukannya biasa-biasa, bahan mesra alam jadi keutamaan 02

Hasilnya, pad kemalangan Niro memaparkan corak bersilang unik yang memberikan kereta itu rupa futuristik dan elegan.

Selain itu, para pereka CMF juga menggunakan cat yang tidak mengandungi BTX (benzena, toluena, dan xilena), tiga karsinogen utama yang membahayakan alam sekitar. Cat ini bukan sahaja digunakan pada bahagian luaran kereta, namun ia juga digunakan pada ruang dalaman seperti di trim pintu kereta.

Baca juga: Kia Carnival, Sportage, Sorento & Niro baru akan masuk Malaysia sekali EV, CKD seawal April 2022

Rekaan dan material dalam Kia Niro bukannya biasa-biasa, bahan mesra alam jadi keutamaan 03

Selain daripada material yang digunakan, mereka juga menjelaskan tentang rekaan keseluruhan di dalam ruang kabin Niro. Garisan dalam rekaan mereka adalah berdasarkan falsafah rekaan Kia yang baru bergelar Opposites Unite.

Falsafah ini paling menyerlah menerusi garisan pepenjuru di sepanjang ‘crash pad’ dan trim pintunya. Menurut Penyelidik Senior, Kim Jong-Hyun, para pereka mengambil inspirasi daripada kontra ketara antara alam semulajadi dengan gaya mewah ‘avant-garde’ yang dikenali ramai di dunia fesyen.

Rekaan dan material dalam Kia Niro bukannya biasa-biasa, bahan mesra alam jadi keutamaan 04

Lakaran awal ruang kabin Niro

Beliau juga menerangkan yang ruang kabin Niro baru kini lebih bertumpukan pada pemandu dimana paparan panoramik berbentuk sisi berpotongan pepenjuru yang terletak kemas pada ‘crash pad’ berbentuk tipis.

Penggunaan trim pintu lebih tipis juga membantu dalam pembentukan ruang kabin lebih luas di dalam Niro serba baru. Lebih perhatian juga diberi pada tempat duduk belakang sehinggakan ruang kaki menjadi lebih luas bagi penumpang di barisan kedua.

Baca juga: Kia Niro akan datang ke Malaysia pada tahun 2023 dan mengapa anda perlu teruja dengannya!

Rekaan dan material dalam Kia Niro bukannya biasa-biasa, bahan mesra alam jadi keutamaan 05

Hasilnya, rekaan kereta ini tampak selesa dipandang namun tidak konvensional bagi memberikan keselesaan kepada pemandu dan penumpang di dalam Niro.

Di Malaysia, pengedar tempatan Kia, Dinamikjaya, telah merancang untuk menjual Niro generasi kedua di pasaran kita seawal tahun 2023.

Dalam satu pembentangan berkaitan jangkaan untuk jenama ini, Dinamikjaya mendedahkan yang mereka bukan saja akan melancarkan Niro versi hybrid dan hybrid ‘plug-in’, malah juga versi elektrik penuh.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Kia Niro EV

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda