window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rekod baharu jualan kenderaan di Malaysia, 700,000 unit atau lebih mungkin dicapai tahun 2022!

Haris · Dec 21, 2022 10:00 AM

Rekod baharu jualan kenderaan di Malaysia, 700,000 unit atau lebih mungkin dicapai tahun 2022! 01

Inisiatif kerajaan ketika pasca-pandemik nampaknya membuahkan hasil yang tak disangka-sangka apabila jualan kenderaan di Malaysia dijangka akan mencatatkan rekod tertinggi dalam sejarah.

Menurut penganalisis RHB Investment Bank Bhd, Jim Lim Khai Xhiang, jumlah jualan keseluruhan industri automotif berkemungkinan untuk mencatatkan angka 700,000 unit atau lebih lagi, jumlah tertinggi dalam rekod jualan kenderaan Malaysia.

Angka tersebut melepasi rekod jumlah jualan kenderaan sebelum ini, iaitu 666,677 unit pada tahun 2015.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Rekod baharu jualan kenderaan di Malaysia, 700,000 unit atau lebih mungkin dicapai tahun 2022! 01

"Kami menjangkakan jualan kenderaan kukuh pada Disember dan TIV 2022 berkemungkinan mencapai sasaran 700,000 unit atau melepasi angka berkenaan.

"TIV bulanan kekal teguh disokong pesanan tertunggak selama berbulan-bulan sejak Jun 2022 dan isu rantaian bekalan yang mereda. Dengan kebolehlihatan bekalan lebih besar, eksekutif automotif menzahirkan keyakinan mereka untuk menyempurnakan pesanan yang dikecualikan daripada cukai jualan sebelum akhir Mac tahun depan.

Rekod baharu jualan kenderaan di Malaysia, 700,000 unit atau lebih mungkin dicapai tahun 2022! 02

"Bagi tempoh 11 bulan 2022, Perodua menjual 251,000 unit, dan berada dalam landasan untuk melangkaui sasaran sebanyak 265,900 unit bagi setahun penuh 2022.

"Bagaimanapun, penyusutan bulan ke bulan sebanyak 12 peratus yang direkodkan Proton memberikan kesan terhadap TIV sektor automotif apabila pengeluarannya turut mengalami penurunan 12 peratus dan kembali kepada paras biasa," tambah Khai Xhiang.

Baca: Proton X70 kini SUV segmen-C terlaris Malaysia selama 4 tahun berturut-turut, ini 10 perkara anda perlu tahu!

Rekod baharu jualan kenderaan di Malaysia, 700,000 unit atau lebih mungkin dicapai tahun 2022! 03

Jumlah jualan kenderaan sepanjang Januari hingga November tahun 2022 ini sudah pun mencapai 642,306 unit.

Hal ini bermakna hanya berbaki 57,694 unit lagi untuk mencecah angka jualan 700,00 unit.

Berdasarkan pencapaian jualan tahun sebelum, jualan pada bulan Disember 2021 sahaja sudah mencecah 65,184 unit.

Rekod baharu jualan kenderaan di Malaysia, 700,000 unit atau lebih mungkin dicapai tahun 2022! 04

Jualan dan tempahan yang terkumpul oleh beberapa jenama pada separuh pertama (H1) tahun ini sebenarnya jauh melebihi sasaran mereka. Hal ini berkait rapat dengan pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) serta tarikh akhir pelaksanaannya di mana pembeli tidak mahu melepaskan peluang terakhir itu.

Malah, Perodua misalnya telah berjaya mencatatkan rekod jualan tertinggi pada 250,795 unit antara Januari dan November tahun ini, melepasi sasaran tahunan keseluruhannya sebanyak 247,800 unit yang diumumkan pada awal tahun dan mencapai jualan tertinggi bagi syarikat tersebut.

Baca: Perodua lepasi sasaran 2022 dengan 247,800 unit, catat rekod baharu untuk jualan tahunan tertinggi!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda