window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rekod kehadiran F1 GP Singapura dijangka lebur tahun ini, katanya ramai tak sabar 'turun padang'!

Khairil ยท Sep 27, 2022 07:00 PM

Rekod kehadiran F1 GP Singapura dijangka lebur tahun ini, katanya ramai tak sabar 'turun padang'! 01

Selepas dua tahun 'tersekat' dek penangan pandemik Covid-19, perlumbaan elit empat roda Formula Satu ( F1) kembali ke Singapura, hujung minggu ini dengan penganjur menjangkakan rekod kehadiran tertinggi sejak penganjuran pertamanya pada 2008.

Apa yang unik, perlumbaan GP Singapura tidak berlangsung di litar kekal namun di litar 'jalanan' Marina Bay yang katanya 'dekat' dengan penonton dan ketika ditemui, rata-rata rakyat Singapura menyuarakan keterujaan mereka.

Rekod kehadiran F1 GP Singapura dijangka lebur tahun ini, katanya ramai tak sabar 'turun padang'! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mengimbas kembali kenangan ketika menyaksikan perlumbaan itu buat pertama kali lebih sedekad lalu, seorang peminat tegar tempatan Singapura, Adam Amir berkata ia adalah detik yang amat istimewa buatnya.

Ini kerana tiket F1 berkenaan adalah hadiah ulang tahunnya. Malah, kerana perlumbaan itu, Adam yang mengendalikan akaun Instagram berkaitan F1 dan memiliki hampir 67k pengikut menyatakan dia tidak merasa seperti berada di Singapura.

Rekod kehadiran F1 GP Singapura dijangka lebur tahun ini, katanya ramai tak sabar 'turun padang'! 01

"Sebagai peminat F1, ia amat istimewa dapat merasakan litar perlumbaan bergegar apabila jentera F1 melaluinya, menyaksikan para penyokong bersorak apabila pemandu kegemaran mereka mendapat kedudukan pertama atau memenangi perlumbaan," katanya memetik laporan mediacorp.sg.

Rekod kehadiran F1 GP Singapura dijangka lebur tahun ini, katanya ramai tak sabar 'turun padang'! 02

Mengulas lanjut, Adam berkata dia tidak pernah melepaskan peluang menonton perlumbaan F1 di tanah airnya sejak ia mula dianjurkan sebelum kejuaraan itu 'tersekat' pada 2020 dan 2021 susulan Covid-19.

Sebagai peminat tegar, Adam turut memiliki koleksi kereta lumba dan topi sebagai cenderahati yang ditandatangani oleh pemandu F1 dan jika berjalan lancar, dia akan menambah koleksinya termasuk bergambar dengan juara seperti Lewis Hamilton dan Max Verstappen. 

Rekod kehadiran F1 GP Singapura dijangka lebur tahun ini, katanya ramai tak sabar 'turun padang'! 03

Seorang lagi peminat F1, Shamir Robinson berkata minatnya terhadap sukan itu dipupuk oleh bapanya dan dia kini sudah dua kali menyaksikan perlumbaan F1 secara langsung di Singapura.

Rekod kehadiran F1 GP Singapura dijangka lebur tahun ini, katanya ramai tak sabar 'turun padang'! 04

"Saya tidak menjangkakan yang saya akan berhenti menonton F1. Ia adalah sesuatu yang saya lakukan setiap hujung minggu, sesuatu yang saya gemar membaca tentang dan sebagainya," katanya yang turut menyatakan tidak sabar untuk melihat penampilan bekas juara, Sebastian Vettel buat kali terakhir di Marina Bay sebelum pelumba kelahiran Jerman itu bersara, hujung musim ini.

Sumber imej: FB Singapore Grand PrixGP Touring

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda