window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Remaja 18 - 26 tahun dicekup dalam Ops Bunyi Bising, 13 buah motosikal disita!

Haris ยท Mar 30, 2021 11:00 AM

Remaja 18 - 26 tahun dicekup dalam Ops Bunyi Bising, 13 buah motosikal disita! 01

Ops Bunyi Bising sememangnya mendapat sambutan hangat dan sedang giat dilaksanakan di seluruh Malaysia. Terbaru, Ops Bunyi Bising telah diadakan di sekitar pekan Lumut dan Kilometer 1 Jalan Lumut – Sitiawan.

Operasi tersebut telah menyaksikan sebanyak 60 orang individu dengan 35 buah motosikal dibawa balik ke IPD Manjung untuk pemeriksaan. Hasilnya, sebanyak 55 saman dikeluarkan dan 13 buah motosikal di sita oleh pihak Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Remaja 18 - 26 tahun dicekup dalam Ops Bunyi Bising, 13 buah motosikal disita! 01

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, antara kesalahan dilakukan ialah tiada cermin sisi, tiada pelekat L atau P, nombor plat kabur atau ‘fancy’, tiada lesen atau insurans serta ubah suai kenderaan.

“Saman paling tinggi ialah ubah suai kenderaan iaitu sebanyak 20 saman.

“Antara alasan diberikan kenapa ubah suai kenderaan ialah mengikut ‘trend semasa’, mahu ‘glamour’, untuk bagi nampak motor cantik dan ada juga mengatakan mereka meminjam motosikal kawan,” ujar beliau lagi.

Remaja 18 - 26 tahun dicekup dalam Ops Bunyi Bising, 13 buah motosikal disita! 02

Menurut Nor Omar lagi, sebanyak 13 buah motosikal pula telah disita di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan dibawa ke Balai Trafik IPD Manjung untuk tindakan lanjut. Selain itu, beliau turut menjelaskan bahawa semua motosikal yang disita adalah disebabkan oleh kesalahan melakukan pengubahsuaian motosikal atau tiada lesen memandu.

Lebih menarik lagi, semua penunggang motosikal yang melakukan kesalahan tersebut adalah remaja di antara umur 18 tahun hingga 26 tahun.

Bacaan Lanjut:

JPJ gegar Puspakom Selangor, separuh dari pemegang trade plate salahguna lesen!

Ubah suai ekzos boleh tambah kelajuan motosikal? Tak logik langsung - Ketua Polis Negara

Isu ekzos bising – JPJ/polis bagi nasihat pula dahulu, takkan saman atau penjara terus

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda