window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Renault Captur ‘pre-owned’ hanya RM 60k, harga Perodua Myvi untuk sebuah SUV?

Faisal · Nov 26, 2020 11:00 AM

Renault Captur ‘pre-owned’ hanya RM 60k, harga Perodua Myvi untuk sebuah SUV? 01

Renault Malaysia mengumumkan promosi jualan untuk crossover Renault Captur yang bergaya. Promosi ini merangkumi unit baru dan unit yang telah didaftarkan (pre-owned). Tawaran secara terhad ini bermula sekarang sehingga 31 Disember 2020 dan hanya ditawarkan khusus di Semenanjung Malaysia.

Pelanggan yang membeli Renault Captur baru yang bernilai RM 105,289 akan menerima jaminan dan servis percuma selama 5 tahun. Pada masa yang sama, pembeli akan menerima nilai tambahan sebanyak RM 20,000 sekiranya mereka melakukan trade-in. Rebat tunai sebanyak RM 18,000 pula ditawarkan untuk pelanggan yang membuat pembelian tanpa trade-in.

Renault Captur ‘pre-owned’ hanya RM 60k, harga Perodua Myvi untuk sebuah SUV? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Untuk mereka yang berminat dengan unit pre-owned, Renault Captur facelift tahun 2018 ditawarkan dengan harga serendah RM 60,000. Model tahun 2019 pula boleh dimiliki dengan harga RM 65,000. Kedua-dua pilihan ini hadir dengan jaminan serta servis percuma selama 1 tahun.

Walau bagaimanapun, anda harus cepat kerana unit yang ada hanyalah terhad. Harga yang tertera juga hanya untuk individu dan tidak termasuk insuran.

Renault Captur ‘pre-owned’ hanya RM 60k, harga Perodua Myvi untuk sebuah SUV? 01

Sebagai usaha untuk meningkatkan perkhidmatan dan kemudahan pelanggan secara digital, Renault telah merasmikan bahagian “Pre-Owned” di laman Renault E-Store supaya mudah untuk pelanggan melihat tawaran yang menarik. Malah dengan kemudahan ini, mereka kini boleh membeli terus dari rumah.

Renault Captur ‘pre-owned’ hanya RM 60k, harga Perodua Myvi untuk sebuah SUV? 02

Untuk pengetahuan anda, Renault Captur hadir dengan enjin 1.2L turbo yang menghasilkan kuasa seperti enjin 1.8L aspirasi natural. Enjin yang menghasilkan tork sebanyak 205 Nm ini dipadankan dengan transmisi dwi-klac 6 kelajuan EDC (Efficient Dual Clutch).

Renault Captur ‘pre-owned’ hanya RM 60k, harga Perodua Myvi untuk sebuah SUV? 03

Turut direka dengan kebolehan yang pelbagai, ruang kabin dan susunan kerusi pada Renault Captur cukup praktikal. Dengan lipatan kerusi 60:40, kapasiti but belakang boleh meningkat daripada 377 liter kepada 1,235 liter.

Dengan penampilan yang bergaya dan praktikal, Renault Captur boleh didapatkan di Renault E-Store.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2017 Renault Captur TCe 120 EDC (CKD)

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda