Render: Toyota Vios nampak macam ‘baby Camry’

Mersita · Jun 17, 2020 10:45 AM

Render: Toyota Vios nampak macam ‘baby Camry’ 01

Sebelum ini, kami pernah muatnaik imej rendered dihasilkan oleh Indian Autos Blog yang menonjolkan visi mereka tentang Toyota Vios facelift yang akan dikeluarkan tak lama lagi. Kini, ada lagi seorang artis konsep popular di YouTube yang menghidupkan imaginasi mereka tentang rupa bentuk Vios melalui rendering.

Daripada mengambil inspirasi dari Toyota Corolla Altis, artis ini sebaliknya memberi Vios gril hadapan yang tampak lebih canggih dan lampu hadapan LED yang lebih tajam.

Selain dari itu, bahagian belakangnya pula mempunyai rekaan lebih bersegi dengan lampu ekor yang disambung dengan jalur krom. Rupa parasnya dilengkapkan lagi dengan skirt corak sarang lebah berserta peresap krom.

Amacam? Adakah anda tertarik dengan rupa bentuk yang lebih canggih ini atau adakah anda lebih suka dengan rendering rekaan ‘sporty’ yang dihasilkan oleh artis Indian Autos Blog?

Komen

tradeInTool.upto20

2021 Toyota Vios 1.5J

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Terkini

    Cek Lebih

    Model Terbaru