window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rentas negeri dibenarkan untuk kumpulan tertentu lengkap 2 dos vaksin bermula 10 Ogos

Mersita ยท Aug 8, 2021 06:40 PM

Rentas negeri dibenarkan untuk kumpulan tertentu lengkap 2 dos vaksin bermula 10 Ogos 01

Bermula 10 Ogos 2021 (Selasa), beberapa kumpulan tertentu rakyat Malaysia yang sudah menerima sekurang-kurangnya dua dos vaksin COVID-19 yang telah lengkap tempoh inokulasi 14 hari akan dibenarkan untuk merentas negeri.

Kumpulan yang dibenarkan untuk merentas negeri termasuklah pasangan jarak-jauh serta ibu bapa kepada anak berusia 18 tahun ke bawah yang sedang menuntut di negeri berasingan.

Rentas negeri dibenarkan untuk kumpulan tertentu lengkap 2 dos vaksin bermula 10 Ogos 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Perdana Menteri Muhyiddin Yasin juga mengumumkan yang kumpulan lengkap vaksinasi akan dibenarkan untuk menjalankan ibadah di surau dan masjid. Kelonggaran ini juga diberi kepada para penganut agama lain di rumah ibadat masing-masing.

Kumpulan ini hanya perlu menunjukkan sijil vaksinasi digital mereka sebelum memasuki premis berkenaan.

Rentas negeri dibenarkan untuk kumpulan tertentu lengkap 2 dos vaksin bermula 10 Ogos 01

Di samping itu, kerajaan juga telah membuat keputusan dimana rakyat Malaysia dan juga warga asing di negara ini hanya perlu menjalankan kuarantin di rumah.

Rentas negeri dibenarkan untuk kumpulan tertentu lengkap 2 dos vaksin bermula 10 Ogos 02

Panduan bagi negeri yang masih di bawah Fasa 1 dan Fasa 2, setakat 8 Ogos 2021

Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2

Individu lengkap dua dos vaksin COVID-19 yang sedang berada di negeri bawah Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) akan dibenarkan untuk merentas daerah tidak lama lagi.

Muhyiddin juga mengumumkan yang semua individu ini hanya perlu menunjukkan sijil digital vaksinasi COVID-19 mereka kepada pihak berkuasa sebagai bukti yang mereka telah melengkapi tempoh inokulasi mereka.

Rentas negeri dibenarkan untuk kumpulan tertentu lengkap 2 dos vaksin bermula 10 Ogos 03

Selain itu, makan di premis makanan (dine-in) juga akan dibenarkan bagi individu lengkap vaksinasi di negeri-negeri yang sedang berada pada Fasa 2.

Namun, Muhyiddin menasihati orang ramai untuk ‘dine-in’ hanya bila perlu dan jangan terlalu lama berada di premis makanan tersebut kerana pengunjung akan membuka pelitup muka semasa makan, oleh itu meningkatkan risiko jangkitan.

Rentas negeri dibenarkan untuk kumpulan tertentu lengkap 2 dos vaksin bermula 10 Ogos 04

Beliau juga menasihati pemilik restoran dan kedai makan untuk menyediakan lebih banyak meja dan kerusi di bahagian luar premis kerana ruang terbuka boleh memastikan pengudaraan yang mencukupi.

Pelancongan dalam negeri juga akan dibenarkan bermula 10 Ogos nanti bagi individu yang telah lengkap vaksinasi. Ini bermaksud pelancong akan dibenarkan untuk ‘staycation’ di hotel dan homestay tempatan/dalam negeri masing-masing.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda