window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rentas negeri sambil ‘high’ semata-mata nak jumpa buah hati

Mersita · Apr 16, 2021 06:00 AM

Rentas negeri sambil ‘high’ semata-mata nak jumpa buah hati 01

Ketika musim COVID-19 masa kini, pelbagai asbab yang boleh mendorong kita untuk merentas negeri walau apa pun yang terjadi. Bagi yang sedar akan risiko dan hukuman yang bakal menimpa, niat itu pasti dibatalkan saja. Bagi yang tak sedar dan sudah jauh melayang fikirannya ke awana, hatinya sudah terpujuk, “redah sajalah!”

Kisah si kumbang bertemu si bunga tanpa permit terbongkar apabila sebuah kereta Hyundai i10 berwarna hitam dinaiki seorang lelaki bersama kekasihnya dikesan oleh kereta peronda polis dalam keadaan mencurigakan di Seremban pada Selasa lalu (13 April) pada jam 4.00 petang.

Suspek lelaki berusia 29 tahun yang datang dari Melaka sanggup merentas lautan api sempadan negeri untuk bersua dengan kekasih hati berumur 21 tahun di Seremban tanpa memiliki permit pergerakan sah. Tambahan pula, ujian air kencing mendapati suspek lelaki berkenaan positif syabu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Rentas negeri sambil ‘high’ semata-mata nak jumpa buah hati 01

Macam mana dia elak SJR? Gambar hiasan.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim berkata suspek cuba melarikan diri setelah enggan memberhentikan kereta ketika diarahkan. Tiga lagi kereta peronda polis lain dikerah untuk membantu mengejar kereta suspek.

Dalam aksi kejar-mengejar berkenaan, suspek didapati melanggar lampu merah, membuat pusingan U tanpa kebenaran, dan melanggar cermin sisi sebuah kereta lain sebelum terbabas dan berjaya dicekup polis.

Beliau berkata pasangan kekasih itu kini direman bagi membantu siasatan dan suspek lelaki tersebut disiasat di bawah Seksyen 342 Akta Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 kerana melakukan pergerakan merentas negeri tanpa kebenaran, Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya, serta Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas polis

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda