window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Repsol Honda senarai Marquez bagi perlumbaan GP Qatar

Khairil ยท Mar 11, 2021 10:00 AM

Repsol Honda senarai Marquez bagi perlumbaan GP Qatar 01

Bukan saja peminat, malah Repsol Honda sendiri seperti tidak sabar melihat jaguhnya, Marc Marquez kembali beraksi di atas litar.

Selepas terlepas hampir keseluruhan musim lalu susulan kecederaan, Marquez yang masih mengharungi proses pemulihan tetap disenarai oleh pasukannya, Repsol Honda dalam senarai sementara perlumbaan pembuka tirai, GP Qatar, hujung bulan ini.

Repsol Honda senarai Marquez bagi perlumbaan GP Qatar 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sekalipun terlepas kedua-dua sesi ujian pra-musim yang berlangsung di litar sama dan tiada tarikh pasti bila dia akan pulih, Marquez begitupun optimis dan merasai tempoh kepulangannya ke litar makin hampir.

Menerusi temuramah eklusif Repsol Honda baru-baru ini, penunggang Sepanyol itu berkata dia ketika ini tidak lagi dinilai dari 'minggu ke minggu, namun 'dari hari ke hari.'

Repsol Honda senarai Marquez bagi perlumbaan GP Qatar 01

"Saya masih tidak tahu, saya rasa seperti saya boleh kembali menunggang tidak lama lagi, tetapi saya akan diperiksa oleh doktor pada minggu ini," kata Marquez.

"Kemudian kita akan lihat jika dia kata ia tidak apa-apa dan jika otot berada dalam keadaan yang baik, tetapi kamu tidak akan tahu mengenai proses pemulihan.

Repsol Honda senarai Marquez bagi perlumbaan GP Qatar 02

"Tetapi, semuanya berjalan dengan baik dari hari ke hari. Dua minggu lalu, saya berkata minggu ke minggu, tetapi kini hari ke hari. Pertama sekali, saya tidak akan terus menunggang jentera MotoGP, mungkin saya akan bermula dengan motosikal kecil dan kadang kala berlatih di litar yang kecil."

Musim ini, Marquez akan bergandingan dengan Pol Espargaro dan jika juara dunia enam kali MotoGP itu tidak mampu pulih, penunggang ujian Honda, Stefan Bradl akan menggantikan tempatnya menunggang jentera RC213V.

Repsol Honda senarai Marquez bagi perlumbaan GP Qatar 03

Berikut adalah senarai sementara bagi perlumbaan GP Qatar yang dikeluarkan oleh MotoGP.

5 – Johann Zarco (Pramac Racing)

9 – Danilo Petrucci (Tech3 KTM Factory Racing)

10 – Luca Marini (SKY VR46 Avintia)

12 – Maverick Viñales (Monster Energy Yamaha MotoGP)

20 – Fabio Quartararo (Monster Energy Yamaha MotoGP)

21 – Franco Morbidelli (Petronas Yamahaa SRT)

23 – Enea Bastianini (Avintia Esponsorama Racing)

27 – Iker Lecuona (Tech3 KTM Factory Racing)

30 – Takaaki Nakagami (LCR Honda Idemitsu)

32 – Lorenzo Savadori (Aprilia Racing Team Gresini)

33 – Brad Binder (Red Bull KTM Factory Racing)

36 – Joan Mir (Team Suzuki Ecstar)

41 – Aleix Espargaro (Aprilia Racing Team Gresini)

42 – Alex Rins (Team Suzuki Ecstar)

43 – Jack Miller (Ducati Lenovo Team)

44 – Pol Espargaro (Repsol Honda Team)

46 – Valentino Rossi (Petronas Yamaha SRT)

63 – Francesco Bagnaia (Ducati Lenovo Team)

73 – Alex Marquez (LCR Honda Castrol)

88 – Miguel Oliveira (Red Bull KTM Factory Racing)

89 – Jorge Martin (Pramac Racing)

93 – Marc Marquez (Repsol Honda Team)

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda