window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Repsol Honda tayang jentera baharu, Marc Marquez terlepas ujian MotoGP Qatar

Khairil ยท Feb 24, 2021 01:00 PM

Repsol Honda tayang jentera baharu, Marc Marquez terlepas ujian MotoGP Qatar 01

Juara enam kali MotoGP, Marc Marquez tidak berada di trek perlumbaan sejak Julai tahun lalu namun pelumba Sepanyol itu tampil mempertontonkan jentera baharu pasukan Repsol Honda musim 2021 bersama rakan sepasukannya, Pol Espargaro.

Marquez berdepan komplikasi akibat daripada kecederaan patah tangan yang dihadapinya pada perlumbaan pembukaan di Jerez tahun lalu dan sejak itu, dia terpaksa mengharungi tiga pembedahan, terbaharu Disember lalu.

Repsol Honda tayang jentera baharu, Marc Marquez terlepas ujian MotoGP Qatar 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ketika pembedahan berkenaan, lukanya mengalami jangkitan yang mengakibatkan tulangnya gagal untuk sembuh. Begitupun, perkembangan terbaharu berkaitan situasi itu tampak baik dan pasukan perubatan berpuas hati dengan tahap pemulihannya ketika ini.

Sekalipun semunya tampak positif, Marquez begitupun mengakui belum bersedia untuk kembali beraksi malah menolak dia akan bersedia menghadapi ujian rasmi MotoGP yang dijadual bulan depan.

Repsol Honda tayang jentera baharu, Marc Marquez terlepas ujian MotoGP Qatar 01

Marquez berkata, meskipun sasarannya tetap untuk beraksi pada perlumbaan di Qatar namun ia masih bergantung kepada keputusan doktor mengenai tahap pemulihan tulangnya dan tidak ramai yang akan terkejut jika Stefan Bradl menggantikan tempatnya di Qatar pada 28 Mac ini.

"Langkah demi langkah, saya merasa lebih baik dan pemulihan berjalan dengan baik. Setiap kali saya berjumpa doktor, kebiasannya kami mendapat berita yang baik. Ia amat penting kerana tahun lalu amat panjang dan sukar," kata Marquez.

Repsol Honda tayang jentera baharu, Marc Marquez terlepas ujian MotoGP Qatar 02

"Kini, kami hanya cuba mengikuti badan saya bersama fisioterapi dan doktor, meningkatkan senaman di rumah. Tetapi saya tidak tahu, dan doktor juga tidak tahu, bila saya boleh bersedia untuk kembali. Tetapi apa yang paling mustahak adalah setiap minggu saya merasa semakin baik.

"Saya optimis untuk dapat berada di atas jentera sepantas yang mungkin tetapi saya tidak tahu bilakah harinya. Saya merindui pasukan, perlumbaan, adrenalin... semuanya!

Repsol Honda tayang jentera baharu, Marc Marquez terlepas ujian MotoGP Qatar 03

Marc Marquez

Repsol Honda tayang jentera baharu, Marc Marquez terlepas ujian MotoGP Qatar 04

Pol Espargaro

"Sudah 10 bulan saya tidak menunggang dan kepulangan saya untuk menunggang di MotoGP pasti tidak akan di tahap 100 peratus. Satu-satunya perkara yang 100 peratus adalah pemulihan tulang, selain otot dan sebagainya."

Selepas mendominasi kejuaraan dunia selama bertahun-tahun, Honda tidak memenangi sebarang perlumbaan pada musim lalu, situasi yang tidak pernah terjadi sejak 1981 dalam kelas elit berkenaan.

Repsol Honda tayang jentera baharu, Marc Marquez terlepas ujian MotoGP Qatar 05

Aksi Stefan Bradl musim lalu

Satu-satunya kejayaan podium yang diperoleh musim lalu adalah disumbangkan adik kepada Marc, Alex Marquez yang pada musim ini akan berlumba bersama pasukan LCR Honda. - Agensi

 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Tags

View More Tags

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda