'Resale value' sedan segmen B - City dan Vios 'king', tapi Almera lagi teruk dari Vento?
Zamil Syaheer · Apr 4, 2021 06:00 PM
Dekat Malaysia ini, kalau bab nak beli kereta je mesti ramai yang akan persoalkan tentang nilai jual semula (resale value). Maklumlah, harga kereta dekat Malaysia mahal, jadi pembelian kereta yang mempunyai nilai jual beli yang tinggi amatlah disukai serta dihargai rakyat kita.
Sebelum Vento, ia dikenali sebagai Polo Sedan.
Kalau sebut saja sedan segmen B, pasti tiga nama ini iaitu Toyota Vios, Honda City, dan Nissan Almera merupakan pilihan yang standard di pasaran jika anda inginkan kereta dengan nilai jual beli yang tinggi. Tapi sejauh manakah kebenaran ini? Untuk ini, kami masukkan sekali Volkswagen Vento didalam perbandingan ini.
Kami telah membuat tinjauan pelbagai jenis iklan kereta dan melihat model pada jurang lima tahun terakhir bagi setiap model (2016 paling awal, memuncak pada tahun 2020). Kemudian kami melihat rata-rata harga permintaan mereka, dan hasilnya adalah sebagai berikut.
Toyota Vios – raja dalam bab ini, tetapi berapa ye?
Toyota Vios mempunyai nilai jual semula yang paling tinggi. Sebagai contoh, Vios 1.5G yang berusia lima tahun memegang 63% nilainya di pasaran, dengan varian lain juga rata-rata berada di peratusan yang sama.
TRD Sportivo - sebelum adanya GR Sport.
Berikut adalah harga purata setiap model tahun Vios:
Purata harga Toyota Vios terpakai
Tahun
Harga
Nilai yang kekal
2020
RM 71,399
81.7%
2019
RM 71,207
81.5%
2018
RM 64,090
72.8%
2017
RM 57,773
64.3%
2016
RM 56,215
62.6%
Honda City – boleh bergaduh dengan Vios
Sama seperti Vios, City mengekalkan nilainya dengan baik. City 1.5V yang berusia lima tahun mengekalkan kira-kira 58% nilainya - sedikit lebih rendah daripada Vios, tetapi model-model yang lebih baru mempunyai nilai yang lebih baik.
Purata harga tahunan City hampir dengan Vios:
Purata harga Honda City terpakai
Tahun
Harga
Nilai dikekalkan
2020
RM 74,000
85.2%
2019
RM 68,787
79.2%
2018
RM 66,500
76.5%
2017
RM 63,543
69.0%
2016
RM 53,405
58.0%
Nissan Almera – merudum dengan curam
Almera sebaliknya mengalami penurunan harga yang lebih curam. Dengan usia lima tahun, varian tertinggi 1.5VL hanya mengekalkan separuh (47.4%) dari nilai asalnya.
Anda masih boleh lagi membeli Nissan Almera generasi ini di laman web Nissan Malaysia!
Purata harga Nissan Almera terpakai
Tahun
Harga
Nilai dikekalkan
2020
RM 53,800
71.3%
2019
RM 48,050
56.8%
2018
RM 42,979
53.9%
2017
RM 39,007
46.1%
2016
RM 38,839
47.4%
Hasilnya, harga Almera terpakai ketinggalan jauh di belakang Vios dan City.
Volkswagen Vento – boleh tahan sebenarnya!
‘Wildcard’ di dalam perbandingan ini, Volkswagen Vento juga melihat penurunan harga yang tinggi, dengan model berusia lima tahun hanya menyimpan 40.5% dari nilainya. Namun, model kemudian lebih baik daripada Almera, membalik stereotaip yang mengatakan 'Kereta kontinental jatuh lebih banyak di pasaran kereta terpakai'.
Harga terpakai juga agak kompetitif, seperti di bawah:
VW Vento used car prices
Year
Price
Value retained
2020
RM 65,925
77.8%
2019
RM 56,500
64.5%
2018
RM 43,656
49.8%
2017
RM 38,520
43.9%
2016
RM 35,533
40.5%
Konklusi: City dan Vios kekal raja
Seperti dijangka, Vios dan City kekal raja di arena nilai jualam semula. Namun begitu, Almera pula jauh tersasar daripada pemahaman ‘kereta Jepun mempunyai pegangan nilai lagi tinggi’ kerana mempunyai nilai jualan semula yang lebih rendah dari Vento.
Artikel ini dibuat dengan kerjasama Carsome.my, dan jika anda berminat untuk mendapatkan beberapa petua untuk mengekalkan nilai penjualan semula kereta anda, anda mungkin ingin melihat artikel ini di sini.
More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.
Komen