window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Retrospektif: Meluangkan masa bersama Toyota AE86 - legenda JDM; ataupun hanya sekadar 'hype'?

Zamil Syaheer · Mar 12, 2023 06:00 PM

Retrospektif: Meluangkan masa bersama Toyota AE86 - legenda JDM; ataupun hanya sekadar 'hype'? 01

Anda ingat tak bagaimana anda boleh jatuh cinta dengan dunia kereta? Selalunya, perasaan minat itu datang dari pelbagai jenis media atau kultur pop.

Kalau sebut video game, mesti nama Gran Turismo ataupun Need For Speed akan keluar daripada bibir anda. Takpun anda pengikut tegar siri The Fast and the Furious.

Retrospektif: Meluangkan masa bersama Toyota AE86 - legenda JDM; ataupun hanya sekadar 'hype'? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sekiranya anda peminat tegar siri animasi, manga, serta filem Initial D pula, mesti anda kenal dengan kereta berlegenda ini: Toyota AE86.

Retrospektif: Meluangkan masa bersama Toyota AE86 - legenda JDM; ataupun hanya sekadar 'hype'? 01

Sebagai rangkuman, Initial D mengisahkan tentang remaja berusia 18 tahun, Takumi Fujiwara yang membantu ayahnya menjalankan perniagaan kedai tauhu dengan menghantar tauhu setiap pagi ke sebuah hotel di Gunung Akina dengan menggunakan kereta Toyota Sprinter Trueno AE86 milik ayahnya.

Menariknya, Takumi telah melakukan penghantaran taufu ini 5 tahun sebelum beliau memperoleh lesen memandu lagi. Secara tidak langsung, ini menyebabkan skil pemanduannya di jalan gunung menjadi tajam dimana Takumi mempelajari asas teknik drifting secara tidak sengaja.

Baca juga: Drift 101: Penulis Wapcar BM masuk kelas belajar drift, susah ke senang je?

Retrospektif: Meluangkan masa bersama Toyota AE86 - legenda JDM; ataupun hanya sekadar 'hype'? 02

Kredit

Secara peribadi, Initial D merupakan faktor utama kenapa saya terjebak dengan sukan drift. Saya mula mengetahui apa itu drift melaluinya pada tahun 2006 dan serta merta AE86 menjadi dambaan dan pujaan hati saya.

Ketika itu, saya masih belajar di sekolah menengah lagi. Saya bertekad untuk memiliki ataupun diberi peluang untuk memandu AE86 setelah saya mendapat lesen memandu.

Retrospektif: Meluangkan masa bersama Toyota AE86 - legenda JDM; ataupun hanya sekadar 'hype'? 03

Rindu kedua-dua AE86 ini...

Alhamdulillah, impian tersebut tercapai. Saya telah mengembara di serata tanah air untuk mempromosikan sukan drift melalui Sprinter Trueno AE86 berwarna putih pada tahun 2012 hingga 2013, dan kemudian satu lagi Sprinter Trueno AE86 dengan skema warna hitam putih ala panda pada tahun 2015.

Retrospektif: Meluangkan masa bersama Toyota AE86 - legenda JDM; ataupun hanya sekadar 'hype'? 04

Oleh sebab itu, apabila saya melihat Toyota Corolla Levin AE86 yang begitu standard ini, pelbagai imej serta nostalgia mula terpancar di dalam minda saya.

“Eh, ni bukan AE85 ke?”

Retrospektif: Meluangkan masa bersama Toyota AE86 - legenda JDM; ataupun hanya sekadar 'hype'? 05

Toyota AE86 yang berwarna merah ini adalah model Corolla Levin, dimana ia menggunakan lampu depan konvensional biasa. Model Sprinter Trueno pula menggunakan lampu jenis pop-up/retractable ikonik yang amat popular pada era tersebut.

Baca juga: 15 jenis rekaan lampu ‘pop-up’ paling ikonik – AE86, RX-7, Ferrari dan banyak lagi!

Retrospektif: Meluangkan masa bersama Toyota AE86 - legenda JDM; ataupun hanya sekadar 'hype'? 06

Kredit

Selain bentuk badan liftback, terdapat juga bentuk badan coupe. Produksi AE86 bermula pada Mei 1983 sehingga Februari 1987.

Oleh sebab Initial D, ramai yang menggangap bahawa AE85 adalah model Corolla Levin, dan AE86 ialah Sprinter Trueno sahaja. Jika anda peminat tegar Initial D dan rajin membaca manga ataupun mengikut siri animasi cerita ini, anda mesti tahu ini tidak benar.

Secara amnya, AE85 berkongsi casis dan reka bentuk asasnya dengan AE86 yang terkenal, namun AE85 direka untuk ekonomi kerana ia menggunakan enjin 1.5 liter 4-silinder aspirasi natural 3A-U yang menghasilkan 86 PS dan 121 Nm.

AE86 pula merupakan model berprestasi, menggunakan enjin 1.6 liter 4-silinder aspirasi natural 4A-GE yang menghasilkan 120 PS dan 142 Nm.

Baca juga: Toyota 4A-GE 16V/20V – enjin 1.6 liter aspirasi natural berlegenda, direka untuk ‘tapau’ VTEC?

Retrospektif: Meluangkan masa bersama Toyota AE86 - legenda JDM; ataupun hanya sekadar 'hype'? 07

Nampak? Ia adalah "86" dan bukan "85"

Apa yang sama dengan AE86 adalah penawaran model Corolla Levin dan juga Sprinter Trueno. Kalau dilihat dari bahagian eksterior sahaja, memang susah nak bezakan.

“Oh gitu…jadi betul lah kan AE86 ni gempak kan?”

Retrospektif: Meluangkan masa bersama Toyota AE86 - legenda JDM; ataupun hanya sekadar 'hype'? 08

Di Jepun, AE86 dikenali dengan nama panggilan ‘hachi-roku’ (8: hachi, 6: roku dalam Bahasa Jepun). AE86 juga merupakan Corolla terakhir yang menggunakan susun atur pacuan roda belakang (RWD) sebelum bertukar kepada pacuan roda hadapan (FWD) yang lebih konvensional.

Baca juga: Barang Rare: Toyota AE101 Levin Coupe GTZ untuk peminat JDM sejati!

Retrospektif: Meluangkan masa bersama Toyota AE86 - legenda JDM; ataupun hanya sekadar 'hype'? 09

Legenda AE86 ini begitu kuat sehinggakan dua nombor genap ini diletakkan pada sebuah lagi kereta sport RWD ‘mampu milik’ untuk era moden: Toyota 86 dan penggantinya, Toyota GR86.

Baca juga: Serangan 3 penjuru: UMWT melancarkan Toyota GR86, GR Corolla, & GR Supra manual 2023 di Malaysia!

Walaupun nama kedua-dua Corolla Levin dan Sprinter Trueno bertahan untuk beberapa generasi lagi, kesemuanya tidak dapat menandingi populariti yang sama seperti AE86. Dia punya penangan, sehingga ada ramai pentaksub yang menganggap ia adalah sebuah kereta "level tuhan".

Betul ke? Jika anda nak tahu jawapannya, teruskan membaca…

Kembali ke dunia nyata

Retrospektif: Meluangkan masa bersama Toyota AE86 - legenda JDM; ataupun hanya sekadar 'hype'? 10

Kredit

Di sebalik fantasi mahupun kultur pop, AE86 mula popular kerana ia merupakan kereta berprestasi dengan pacuan roda belakang yang berpatutan pada masa itu. Perhatikan apa yang saya tekankan dalam ayat terakhir kerana apabila AE86 dilancarkan pada era 80an, ia adalah kereta yang sesuai bagi mereka yang ingin berjinak dalam sukan permotoran di peringkat akar umbi.

Baca juga: Nak belajar berlumba, FOC? Speed Angel Project tawar kelas percuma, ubah dunia motorsport

Pada tahun 1987, Keiichi Tsuchiya, seorang pelumba baru daripada Jepun (kini dia adalah salah satu otai, digelar sebagai "Drift King") telah bekerjasama dengan beberapa majalah kereta popular dan garaj penalaan untuk menghasilkan siri video yang memaparkan kemahiran drift Tsuchiya yang memandu kedua-dua Corolla Levin dan Sprinter Trueno AE86.

Video itu, yang dikenali sebagai Pluspy, menjadi popular dan secara tidak langsung memperkenalkan drift sebagai salah satu cabang baru dalam sukan permotoran.

Baca juga: Drift King Keiichi Tsuchiya singgah beli Happy Meal di McDonald's dengan Honda Civic Type-R FL5 baru, merelip!

Retrospektif: Meluangkan masa bersama Toyota AE86 - legenda JDM; ataupun hanya sekadar 'hype'? 11

Retrospektif: Meluangkan masa bersama Toyota AE86 - legenda JDM; ataupun hanya sekadar 'hype'? 12

Menariknya, AE86 agak praktikal dan anda boleh memuatkan beberapa orang dewasa bersaiz biasa di tempat duduk belakang

Kembali semula kepada AE86 merah ini, ia adalah salah satu contoh paling kemas yang pernah kami lihat dan ia telah melalui proses baik pulih serta restorasi dengan teliti di Jepun.

Baca juga: GR Garage memulakan pakej baik pulih untuk Toyota 86 generasi pertama yang kini berusia 10 tahun!

Retrospektif: Meluangkan masa bersama Toyota AE86 - legenda JDM; ataupun hanya sekadar 'hype'? 13

Malah, pelindung matahari masih mempunyai bungkusan plastik di sekelilingnya!

Retrospektif: Meluangkan masa bersama Toyota AE86 - legenda JDM; ataupun hanya sekadar 'hype'? 14

Sebagai kereta dari tahun 80an, ia juga mempunyai paparan elektronik digital yang menjadi trend pada masa itu. Paparan matriks titik "futuristik" menunjukkan takometer, meter kelajuan, jumlah bahan api dan tolok suhu.

Ia juga hanya tersedia pada varian 1600 GT Apex tertinggi. Varian AE86 yang lebih rendah hanya menggunakan dail analog tradisional.

Retrospektif: Meluangkan masa bersama Toyota AE86 - legenda JDM; ataupun hanya sekadar 'hype'? 15

Tekan suis "Scale Change" dan anda boleh melihat dengan tepat berapa banyak bahan api yang tinggal setelah tolok bahan api menunjukkan E

Satu ciri yang dikongsi Corolla Levin 1600 GT Apex dengan Toyota Century yang mewah ialah tokok untuk menukar skala tolok bahan api. Ini digunakan untuk melihat berapa banyak bahan api yang benar-benar tinggal apabila ia menunjukkan kosong. Ia adalah salah satu ciri unik yang tidak ramai tahu tentang AE86 ini.

Retrospektif: Meluangkan masa bersama Toyota AE86 - legenda JDM; ataupun hanya sekadar 'hype'? 16

Tempat duduk belakang, bahagian yang paling kurang digunakan dalam AE86

Tetapi di situlah terletaknya isu dengan kereta dari tahun 80an terutamanya dengan segala gembar-gembur yang ada pada AE86. Jika anda ingat AE86 masih lagi mengekalkan status sebagai salah satu kereta lama yang murah dan mampu milik, anda silap besar.

Retrospektif: Meluangkan masa bersama Toyota AE86 - legenda JDM; ataupun hanya sekadar 'hype'? 17

Selain daripada radio aftermarket, segala-galanya di Hachiroku merah ini adalah standard

Harga AE86 telah melonjak ke paras 6 angka dalam beberapa tahun kebelakangan ini sehingga terdapat istilah untuk mereka – cukai Takumi atau cukai Tauhu – semua sebab Initial D. 

Kami tidak akan mendedahkan harga AE86 merah ini tetapi anda mungkin boleh meneka berapa nilainya hanya dengan melihat iklan dalam talian, sama ada tempatan atau antarabangsa.

Baca juga: Toyota Corolla GT AE86 ini nyaris kena ‘scrap’, terjual pada harga RM 270,000 di UK!

Retrospektif: Meluangkan masa bersama Toyota AE86 - legenda JDM; ataupun hanya sekadar 'hype'? 18

Dari segi pengalaman pemanduan pula, maaf…saya bukan ingin merosakkan fantasi anda tetapi memandu AE86 standard terasa seperti anda memandu mana-mana kereta dari tahun 80-an dengan respon stereng yang samar-samar, tidak banyak kuasa, mempunyai casis yang lembut, serta talaan suspensi yang membuai. Sejujurnya, ia rasa seperti memandu Proton Saga ‘Tun M’ je.

Aha…saya dah boleh dengar ramai yang melenting ataupun tidak puas hati.

Retrospektif: Meluangkan masa bersama Toyota AE86 - legenda JDM; ataupun hanya sekadar 'hype'? 19

Hakikatnya, beberapa komponen AE86 ini perlu ditala dan dinaik taraf untuk anda memahami aura sebenar AE86.

Retrospektif: Meluangkan masa bersama Toyota AE86 - legenda JDM; ataupun hanya sekadar 'hype'? 20

Ia dipanggil "Blue Top" kerana adanya huruf biru di atas enjin. Sesetengah perkara agak mudah, bukan?

Apabila anda menaik taraf komponen suspensi, menguatkan casis, memasang limited slip differential (LSD), dan meningkatkan sedikit kuasa, barulah perwatakan AE86 ini benar-benar terserlah, terutamanya di selekoh.

Retrospektif: Meluangkan masa bersama Toyota AE86 - legenda JDM; ataupun hanya sekadar 'hype'? 21

Isu ‘hype’ ini lebih kurang sama dengan abangnya yang lebih besar, Toyota Supra Mk4 JZA80. Jika ramai yang tidak mengetahui betapa lasak serta mudah untuk membuat kuasa kuda yang tinggi pada enjin 3.0 liter 6-silinder sebaris turbo berkembar 2JZ-GTE, dan tidak digunakan sebagai kereta hero 2 Fast 2 Furious, rasanya Supra mungkin tidak akan mencapai status berlegenda.

Baca juga: RB26DETT vs 2JZ-GTE - legenda enjin Nissan Skyline GT-R & Toyota Supra, mana satu padu?

Retrospektif: Meluangkan masa bersama Toyota AE86 - legenda JDM; ataupun hanya sekadar 'hype'? 22

Jika Initial D keluar pada hari ini, mungkin Takumi hanya akan menggunakan Trueno-nya sebagai maskot untuk membeli tauhu. Apa-apapun, saya tetap suka Toyota AE86. Cuma nak beli tuh…err...

Terima kasih khas kepada Lijet dari Fotografia De Lyzard kerana membenarkan kami membuat penggambaran pada AE86 yang cantik ini. Dia juga melakukan 'detailing' kereta. Jika anda berminat, ikuti laman Dahlia Auto Detailer.

Baca juga: Kenapa harga kereta berprestasi Jepun (JDM) 80an dan 90an tiba-tiba mahal?

@wapcar_zamil Sapa sini peminat tegar Initial D? #carmalaysia #fypmalaysia #tahukahanda #learnontiktok #malaysia #ae86 #initiald #toyotaae86 #wapcar ♬ Despair (抖音热播) - 初梦

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda