window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Review: Daihatsu Rocky aka Perodua D55L, apa pendapat media Jepun?

Mersita · Nov 17, 2020 05:00 PM

Review: Daihatsu Rocky aka Perodua D55L, apa pendapat media Jepun? 01

Perodua D55L baru-baru ini diintip di Putrajaya, betul-betul di luar perkarangan Pejabat JPJ, dan ini mengesahkan lagi kehadirannya tak lama lagi.

Setakat ini, apa yang kami dapat sahkan ialah Perodua D55L akan dibina berdasarkan si kembar Daihatsu Rocky/Toyota Raize, berkongsi platform DNGA.

Review: Daihatsu Rocky aka Perodua D55L, apa pendapat media Jepun? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Di Jepun, Daihatsu Rocky sudahpun diperkenalkan selama lebih kurang setahun dan di sana, kami ingin rungkaikan pendapat media Jepun tentang SUV kompak ini.

webCG memuji SUV ini kerana pengemudiannya yang bagus. Memandangkan Daihatsu Rocky ialah SUV sub-4m, ia mudah untuk dikemudi di sekitar kawasan bandar dengan jalan sempit. Tambahan pula, posisi tempat duduknya yang lebih tinggi memberikan pemandu sudut pandang yang hebat.

Review: Daihatsu Rocky aka Perodua D55L, apa pendapat media Jepun? 01

Ruang dalamannya sebenarnya terasa lebih luas dari jangkaan, walaupun dimensi luarannya dikatakan kecil. Response ada berkata yang Rocky mempunyai ruang kaki yang serupa dengan Mazda CX-30. Saiz ruang butnya pun cukup mengagumkan iaitu pada kadar 369 liter dengan tambahan 80 liter di bawah lantai butnya.

Review: Daihatsu Rocky aka Perodua D55L, apa pendapat media Jepun? 02

Prestasi bagi enjin 1.0 liter berpengecas turbo 3 silindernya cukup baik. Angka kuasa 98 PS dan 140 Nm mungkin tampak sedikit, tapi ia mempunyai berat yang kurang daripada 1 tan dan torknya membuatkan pecutannya terasa agak pantas dan responsif. Transmisi D-CVTnya pula membuatkan pengalaman pemanduannya terasa responsif dan lancar.

Review: Daihatsu Rocky aka Perodua D55L, apa pendapat media Jepun? 03

Response juga menyatakan yang sterengnya tidak terasa begitu tangkas kerana ketepatannya agak kurang pada jalan berbengkang-bengkok. Perkara ini juga dapat dirasai apabila kereta ini dipandu di lebuhraya, dan pemandu mungkin akan terasa tidak begitu yakin memecut pada kelajuan tinggi.

Response dan webCG menyatakan yang kualiti peluncurannya tidak begitu sempurna. Ia terasa agak kaku pada kelajuan rendah. Tekanan tayar tinggi yang disarankan juga tidak begitu membantu dalam usaha untuk memaksimakan kecekapan minyak.

Review: Daihatsu Rocky aka Perodua D55L, apa pendapat media Jepun? 04

Setakat ini, itu saja yang kami dapat rumuskan dari hasil pandu-uji yang dibuat oleh media Jepun. Bagi Perodua D55L, nampak gayanya ia akan digemari kerana ukur-badannya yang kompak dan juga kehebatan pengemudiannya.

Apabila Perodua D55L tiba nanti, ia pastinya akan dijual pada harga yang lebih murah daripada Proton X50 dan mungkin boleh jadi satu alternatif yang bagus untuk SUV Proton terbaru itu.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda