window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Review Pemilik: Honda BR-V 1.5 V 2017 saya – Kereta keluarga yang ringkas, sesuai untuk e-hailing

Mersita · Sep 19, 2021 08:00 PM

Review Pemilik: Honda BR-V 1.5 V 2017 saya – Kereta keluarga yang ringkas, sesuai untuk e-hailing 01

Honda BR-V 2017 dengan mudahnya menjadi kegemaran di kalangan pembeli kereta keluarga ketika ia dilancarkan disebabkan oleh rupa bentuknya yang menarik dalam pasaran kereta 7 tempat duduk. Ketika ia dilancarkan, ia dipromosikan sebagai kereta 7 tempat duduk dalam bentuk SUV dan dipandu seperti ‘kereta’ dan bukannya seperti MPV. Kini, dengan persaingan yang semakin banyak, adakah Honda BR-V masih lagi pilihan yang relevan?

Apa kata pemilik sebenar Honda BR-V 2017 pula? Kami cukup berbesar hati menerima review pemilik sebenar kereta ini, dikongsikan oleh saudara Muhammad Syazwan di laman forum komuniti popular kami WapCar Community. Dalam entri kali ini, kami ingin kongsikan pengalaman beliau sebagai pemilik Honda BR-V 1.5 V 2017. Jika anda berminat untuk kongsikan kisah kereta kesayangan anda, dapatkan pautannya di penghujung artikel ini.

Review Pemilik: Honda BR-V 1.5 V 2017 saya – Kereta keluarga yang ringkas, sesuai untuk e-hailing 02

‘Simple’ tapi bagus

Maklumat asas kereta

Honda BR-V 1.5 V 2017 CVT

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sebab saya membeli Honda BR-V 1.5 V 2017

Kereta ini bukan saya beli – saya menukar tangan kereta Myvi saya dengan seorang ahli keluarga. Dia (seorang wanita) membelinya untuk dijadikan pengangkutan bagi dirinya sendiri dan murid-muridnya.

Covid-19 membuatkan kami bertukar kereta kerana dia sudah tidak memerlukan kereta 7 tempat duduk, manakala saya pula, sebagai seorang pemandu e-hailing, mahu meningkatkan peluang untuk dapatkan penumpang.

Review Pemilik: Honda BR-V 1.5 V 2017 saya – Kereta keluarga yang ringkas, sesuai untuk e-hailing 01

MPV yang nampak seperti SUV

Proses pemilihan kereta

Ketika itu, dia mempunyai bajet RM 100,000. Pada mulanya, dia mahukan Honda Jazz 1.5 CVT yang comel, tapi sebaliknya dia memilih kereta 7 tempat duduk. Dia hanya mahukan sebuah kereta baru. Penjimatan minyak juga satu perkara penting baginya.

Selain itu, dia juga melihat kawan-kawannya bergerak ke sana ke mari dengan murid-murid mereka menaiki kereta 7 tempat duduk tanpa perlu meninggalkan sesiapa. Oleh itu, dia membuat keputusan untuk membeli kereta jenis yang sama juga. Malangnya, dia hanya boleh menggunakan kereta ini beberapa kali saja sebelum pandemik melanda dan sekolah ditutup.

Review Pemilik: Honda BR-V 1.5 V 2017 saya – Kereta keluarga yang ringkas, sesuai untuk e-hailing 02

Rekaan bahagian belakangnya cantik, tapi saya tak pasti kenapa ia ada ‘misai’ krom. Hm..

Pengalaman pengguna Honda BR-V 1.5 V 2017

Kami (selalunya saya seorang) sudah melengkapkan perjalanan sejauh 65,000 km dengan purata penggunaan minyak 16 km/liter. Memandangkan saya menggunakannya sebagai kereta harian, saya rasa amat bersyukur.

Jika diambil kira pengalaman saya dahulu dengan Myvi 1.3 AT generasi pertama, BR-V ini membuatkan saya rasa seperti memandu kereta yang lebih bagus; enjinnya lebih berkuasa, kotak gearnya lebih lancar, cengkaman tayarnya lebih ‘cengkam’, dan penghawa dinginnya lebih sejuk. Ia juga dilengkapi dengan salur penghawa dingin di belakang (tapi suhunya dikawal dengan penghawa dingin hadapan).

Secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati dengan BR-V.

Review Pemilik: Honda BR-V 1.5 V 2017 saya – Kereta keluarga yang ringkas, sesuai untuk e-hailing 03

Ruang kaki yang luas di barisan kedua dan ruang kepala juga lebih dari cukup untuk semua. Tingkapnya juga besar.

Review Pemilik: Honda BR-V 1.5 V 2017 saya – Kereta keluarga yang ringkas, sesuai untuk e-hailing 04

Pemandangan dari barisan ketiga. Tak sempit langsung.

Kelebihan dan Kekurangan

Kelebihan Honda BR-V 1.5 V

  • Janaan kuasa enjin yang mencukupi. Enjin 1.5 liter ini mampu menjana kuasa kuda 120 PS dan 145Nm tork. Ya, ia bukanlah angka yang besar untuk kereta bersaiz besar sebegini, tapi ia lebih daripada cukup untuk jalan raya kita di Malaysia. Apabila mendaki jalan Genting dengan 7 orang dewasa di dalam, enjinnya mengaum sedikit tapi ia masih boleh sampai ke atas tanpa semput-semput.
  • Pemanduan dan pengendalian yang meyakinkan. Jika dibandingkan dengan Myvi saya, chassisnya terasa lebih tegar dan sterengnya mempunyai tindakbalas lebih bagus, dan ‘suspension’nya keras sedikit namun boleh menyerap hentakan dengan lebih baik. Jika hendak menaik-taraf, mungkin hanya perlu ditambah ‘strut bar’ hadapan. Breknya juga agak bagus (apabila saya bersendirian dengan seorang penumpang). Ia hampir tepat dengan ‘feel’ pedal.
  • Transmisi lancar. Jika dibandingkan dengan kotak gear manual dan automatik konvensional, CVT menghantar kuasa dengan amat lancar bak mentega. Ia sangat-sangat sesuai dengan kerja saya kerana saya banyak ‘mengangkut’ orang ke sana ke mari. Sejak memandu kereta ini, saya selalu dapat penilaian 5 bintang. Kebetulan atau kenyataan?
  • Barisan tempat duduk ketiga bersaiz penumpang dewasa. Saya berketinggian 174 cm dan saya boleh duduk di barisan ketiga dalam perjalanan jauh. Malah, saya selalunya duduk di barisan ketiga sebelum ‘memiliki’ kereta ini walaupun barisan kedua boleh muat seorang lagi penumpang.

Review Pemilik: Honda BR-V 1.5 V 2017 saya – Kereta keluarga yang ringkas, sesuai untuk e-hailing 05

Ruang kaki di barisan ketiga cukup-cukup makan jika barisan kedua ditolak penuh ke belakang. Ketinggian saya 174 cm.

  • Jarak lega bumi tinggi. Dengan ruang lega bumi 200 mm, kereta ini boleh diparkir hampir di mana-mana saja. Bonggol jalan yang tinggi pun boleh lepas dengan selesa. Badannya jarang sekali menyembah bumi.
  • Rel atap yang berfungsi baik. Rel atapnya didatangkan dari kilang dan ia cukup tegar. Ada banyak peluang untuk ubah suai. Mungkin boleh tambah ‘roof tent’ atau ‘roof rack’, sama seperti yang ada pada SUV ‘offroad’.
  • Kecekapan minyak yang OK. Di lebuh raya, kereta ini boleh capai ++19km/liter, manakala di jalan bandar, ia boleh mencapai ++14 km/liter. Dengan pengendalian yang bagus dan tanpa brek kerap, lebih berkurang minyak yang digunakan. Myvi saya, dengan campuran antara pemanduan di bandar dan lebuh raya, ia hanya boleh mencapai +-17 km/liter.

Review Pemilik: Honda BR-V 1.5 V 2017 saya – Kereta keluarga yang ringkas, sesuai untuk e-hailing 06

Ruang kaki S Class

  • Alat ganti mudah didapati. Saya boleh cari alat ganti untuk penjagaan dan ubahsuai dengan cukup mudah. Memandangkan ia kereta Jepun, alat ganti beberapa pengilang lain juga boleh digunakan. Bagi ‘driveshaft boots’ RH, saya tidak pergi ke pusat servis Honda dan sebaliknya saya dapatkan alatganti dari X-Trail atau Civic (maaf, lupa) supaya saya boleh baikinya dengan cepat. Ia mempunyai enjin yang sama seperti City GM6, rasanya.
  • Rekaan yang tak lapuk. Saya gemarkan ‘sleeper’s car’ lebih daripada ‘ricer’s car’. Rekaannya tidak begitu menonjol dan cukup ringkas. Ia juga tidak nampak terlalu tua, mahupun terlalu futuristik. Satu-satunya perkara yang buat saya ‘sakit mata’ ialah bahagian krom di belakang iaitu di atas nombor platnya. Ia tampak janggal di situ.

Review Pemilik: Honda BR-V 1.5 V 2017 saya – Kereta keluarga yang ringkas, sesuai untuk e-hailing 07

Ruang kaki S Class dengan perehat kaki

Review Pemilik: Honda BR-V 1.5 V 2017 saya – Kereta keluarga yang ringkas, sesuai untuk e-hailing 08

Boleh memuatkan IKEA Stora dengan barisan tempat duduk kedua dan ketiga dilipat walaupun tidak rata.

Kekurangan Honda BR-V 1.5 V

  • NVH lemah. CVTnya mengaum, bunyi dari luar dan angin kedengaran dengan agak jelas. Bunyi enjin boleh dikatakan OK-OK saja.
  • Posisi tempat duduk tinggi. Saya biasa duduk di tempat duduk Myvi yang lebih rendah, dan tempat duduk generasi pertama memang agak rendah. Walaupun tempat duduk pemandu di dalam BR-V boleh direndahkan, ia masih lagi lebih tinggi. Apabila ‘cornering’ pada kelajuan tinggi, saya rasa melayang-layang.
  • ‘A-pillar’ besar. ‘A-pillar’ kereta ini bukan saja besar, posisi cermin sisinya juga menyumbang kepada titik buta. Ia terjadi pada saya beberapa kali; saya tak perasan ada kenderaan apabila masuk simpang kanan. Pernah sekali, kereta saya hampir-hampir melanggar mesin penggali. Alhamdulillah, saya sempat mengelak dengan cukup pantas.
  • Penghawa dingin belakang bising. Penghawa dingin belakang sangat kuat bunyinya walaupun pada kelajuan kipas paling rendah. Efek penyejukannya sangat lembut sehinggakan saya ingat tiada penyejat walaupun sebenarnya ada.

Review Pemilik: Honda BR-V 1.5 V 2017 saya – Kereta keluarga yang ringkas, sesuai untuk e-hailing 09

Saya sukakan rekaan papan pemukanya – semuanya nampak terletak, tapi kelengkapannya ‘basic’ saja.

Review Pemilik: Honda BR-V 1.5 V 2017 saya – Kereta keluarga yang ringkas, sesuai untuk e-hailing 10

Infotainment yang sangat biasa-biasa. Kamera pandang belakang berkualiti rendah dan tak nampak apa-apa dalam cuaca cerah.

  • Masalah ‘driveshaft boots’. Tepat-tepat setelah 3 tahun memiliki kereta ini (seperti kebanyakan pemilik BR-V), ‘driveshaft boots’nya akan bocor. Selalunya ia akan terjadi di bahagian sebelah kanan dulu, kemudiannya sebelah kiri.
  • Honda kedekut. Hanya ada 2 beg udara untuk 7 orang? Tak ada lampu hadapan LED. Tak cukup pencahayaan kabin (pada gear, punat pada sisi pintu, bonet), kusyen tempat duduk sangat nipis, tiada kawalan peluncuran, HUD berskrin sentuh murah yang tak mesra pengguna (UI buruk, susah nak laraskan ‘volume’, malap, tak boleh paparkan skrin telefon pintar), dan juga tiada salur udara untuk ‘windshield’.
  • Lipatan kerusi tak rata. Tempat duduk barisan ketiga dan kedua tidak boleh dilipat rata. Ada curam tinggi pada barisan ketiga dan jurang besar antara barisan ketiga dan kedua.

Review Pemilik: Honda BR-V 1.5 V 2017 saya – Kereta keluarga yang ringkas, sesuai untuk e-hailing 11

1.5 SOHC i-VTEC dengan 120 PS dan 140 Nm. Cukup tinggi untuk membawa 7 orang dewasa. Apabila ditekan habis, karakter enjinnya berubah. Ia terus-terusan berusaha untuk menolak.

Penilaian Honda BR-V 1.5 V 2017

Skor Penuh: 4/5

Prestasi 4/5

Kualiti dan Kelengkapan: 2/5

Ruang: 5/5

Keselesaan Perjalanan: 4/5

Penjimatan Minyak: 5/5

Harga dan Kos: 5/5

Review Pemilik: Honda BR-V 1.5 V 2017 saya – Kereta keluarga yang ringkas, sesuai untuk e-hailing 12

Hud boleh dibuka hampir 90 darjah.

Rumusan

Dengan harga betul-betul bawah RM 100,000 untuk kereta 7 tempat duduk pada tahun 2017, bagi saya inilah pilihan terbaik. Ia mempunyai janaan enjin yang mencukupi, pengendalian cukup bagus, ruang cukup luas untuk 7 orang dewasa, penggunaan minyak yang bagus, dan juga ketenangan dengan lega bumi yang luas.

Pendek cerita, BR-V ialah sebuah MPV yang nak jadi SUV tapi mempunyai pemanduan seperti sedan. Pada tahun 2021, kereta ini terasa lapuk sedikit. Jazz versi lama dilengkapi dengan ‘auto cruise’, kenapa kereta keluarga seperti BR-V tak ada? Setakat ini, saya sangat-sangat bersyukur saya mempunyai kereta ini untuk kegunaan harian. Tak lebih, tak kurang – hanya kereta 7 tempat duduk yang cukup bagus.

Review Pemilik: Honda BR-V 1.5 V 2017 saya – Kereta keluarga yang ringkas, sesuai untuk e-hailing 13

Dari Bridgestone Ecopia 195/60/r16 kepada Toyo CR1 195/55/r16. Lebih senyap, lebih cengkam, dan lebih jimat minyak sedikit.

Review Pemilik: Honda BR-V 1.5 V 2017 saya – Kereta keluarga yang ringkas, sesuai untuk e-hailing 14

Anda berminat untuk kongsikan pengalaman pemilikan anda dan bercerita tentang kereta kesayangan anda? Kami di WapCar amat berbesar hati untuk menerima nukilan anda dan mengongsikannya di forum popular kami, cuma klik pautan di dalam gambar di atas!

Tambahan pula, anda boleh menerima cenderahati istimewa dari kami. Jom daftar untuk dapatkan maklumat lanjut! Staf kami akan hubungi anda secepat mungkin sejurus selepas pendaftaran anda dihantar. Tunggu apa lagi? Jom!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda BR-V Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda