window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Review Pemilik: Honda City 1.5L V 2020 saya – kegemaran keluarga untuk jalan jauh

Mersita · Oct 17, 2021 04:00 PM

Review Pemilik: Honda City 1.5L V 2020 saya – kegemaran keluarga untuk jalan jauh 01

Honda City 2020 GN-series dilancarkan dengan tiga varian; V sebagai varian teratas bagi kategori enjin pembakaran biasa. Walaupun lebih baru dan didatangkan dengan enjin DOHC baru, varian V dan juga S sekitar RM 1,000 lebih murah berbanding City generasi terdahulu. Model ini dipasang tempatan (CKD) di kilang Honda, Melaka.

Bagi rebiu pemilik kali ini, saudara Wan Afiq Azri berkongsi dengan kami pengalaman pemilikan Honda City 1.5L V 2020 kesayangannya. Rebiu ini pada mulanya dikongsi di laman forum peminat kereta kami, WapCar Community. Jika anda berminat untuk kongsikan kisah kereta kesayangan anda pula, dapatkan pautannya di penghujung artikel ini.

Maklumat asas kereta saya

Review Pemilik: Honda City 1.5L V 2020 saya – kegemaran keluarga untuk jalan jauh 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Model: Honda City 1.5L V 2020

Warna: Platinum White Pearl

Harga: RM 86,561

Tujuan saya membeli kereta ini

Review Pemilik: Honda City 1.5L V 2020 saya – kegemaran keluarga untuk jalan jauh 01

Tujuan utama saya ialah saya perlukan sebuah kereta yang selesa untuk dibawa dalam perjalanan jauh dari Lembah Klang ke kampung halaman saya di Terengganu. Saya juga sering membawa keluarga bercuti menaiki kereta. Saya perlu pastikan semua bagasi yang dibawa boleh dimuatkan di dalam but kereta dan pada masa sama, keluarga saya boleh menikmati perjalanan yang selesa dan menyenangkan.

Proses pemilihan kereta

Review Pemilik: Honda City 1.5L V 2020 saya – kegemaran keluarga untuk jalan jauh 02

Saya ada bajet RM 100,000

Model kereta lain yang saya turut pertimbangkan termasuklah Mitsubishi Xpander dan Toyota Vios.

Sebab saya memilih kereta ini

Review Pemilik: Honda City 1.5L V 2020 saya – kegemaran keluarga untuk jalan jauh 03

Ruang but dan keselesaan penumpang ialah keutamaan terbesar saya, dan Honda City memenuhi keperluan saya. Ruang but dan ruang tempat duduk belakang ialah antara yang terluas di dalam kelasnya. Penumpang sangat selesa duduk di belakang dengan tambahan salur penghawa dingin di sana. Tak ada masalah langsung untuk perjalanan jarak jauh.

Pengalaman pengguna Honda City 1.5L V 2020

Review Pemilik: Honda City 1.5L V 2020 saya – kegemaran keluarga untuk jalan jauh 04

Saya sudah memandu kereta ini sejauh 15,000 km dan purata penggunaan minyaknya ialah 14 km/liter.

Sebelum saya membuat pembelian, saya tidak begitu berminat dengan kereta ini. Namun, selepas sesi pandu uji, saya kagum dengan prestasi dan keselesaannya. Bagi sebuah kereta berharga bawah RM 100,000, saya rasakan Honda City memang berbaloi setiap sen yang dibelanjakan.

Review Pemilik: Honda City 1.5L V 2020 saya – kegemaran keluarga untuk jalan jauh 05

Saya tak temui sebarang isu dari segi keselesaan. Ia juga mempunyai kuasa enjin yang cukup tinggi dengan pengalaman pemanduan yang menyeronokkan, dengan adanya ‘sport mode’ dan ‘paddle shift’.

Salah satu kelebihan rahsia pada kereta ini jika dibandingkan dengan pesaingnya ialah sistem audio sedia ada yang hebat diluar jangkaan. Agak menghairankan bagi pengilang kereta segmen B untuk memberi fokus lebih kepada sistem audio kereta yang dihasilkan. Pengasingan perincian bunyi dan tahap bass dalam muzik cukup lunak didengar.

Review Pemilik: Honda City 1.5L V 2020 saya – kegemaran keluarga untuk jalan jauh 06

Tambahan pula, servis selepas-jualan Honda yang terbaik bagi saya. Jika saya ada sebarang masalah dengan kereta, pusat servis akan cuba untuk mencari jalan penyelesaian. Bagi kos penjagaan (maintenance) pula, setakat ini ia amat wajar.

Kelebihan dan Kekurangan

Review Pemilik: Honda City 1.5L V 2020 saya – kegemaran keluarga untuk jalan jauh 07

Kelebihan Honda City 1.5L V 2020 saya

  • Cekap minyak
  • Pengalaman pemanduan fleksibel dengan adanya pilihan mod ECON, Normal, dan Sport berserta ‘paddle shifter’ manual
  • Enjin dan pengalaman pemanduan diperhalusi
  • NVH dan keselesaan mantap

Review Pemilik: Honda City 1.5L V 2020 saya – kegemaran keluarga untuk jalan jauh 08

  • Salur penghawa dingin di tempat duduk belakang
  • Sistem audio hebat
  • Ruang but dan ruang kaki tempat duduk belakang terbaik dalam kelasnya

Review Pemilik: Honda City 1.5L V 2020 saya – kegemaran keluarga untuk jalan jauh 09

  • Kamera Honda LaneWatch yang sangat berguna untuk elak titik buta
  • Senang nak cari aksesori dan alat ganti
  • Agak murah untuk diselenggara

Kekurangan Honda City 1.5L V 2020 saya

Review Pemilik: Honda City 1.5L V 2020 saya – kegemaran keluarga untuk jalan jauh 10

Kualitinya boleh dipertingkatkan lagi. Beberapa bahagian kereta seperti suis pembuka but belakang amat nipis. Sudah banyak kes dilaporkan tentang suis ini yang cepat rosak.

‘Suspension’ juga perlu dipertingkatkan lagi kerana pengendaliannya boleh jadi kurang stabil sedikit apabila di selekoh dengan kelajuan tinggi.

Review Pemilik: Honda City 1.5L V 2020 saya – kegemaran keluarga untuk jalan jauh 11

Saya harap Honda boleh kaji semula kelengkapan kereta dalam keluaran seterusnya kerana saya rasakan Honda patut beri kelengkapan yang biasa ditemui di dalam kereta bawah RM 100,000. Contohnya penderia parkir hadapan, pemantau semua sudut 360 darjah, Honda Sensing (sama seperti Toyota Safety Sense dan Nissan Safety Shield).

Penilaian Honda City 1.5L V 2020 saya

Review Pemilik: Honda City 1.5L V 2020 saya – kegemaran keluarga untuk jalan jauh 12

Skor Penuh: 5/5

Prestasi 5/5

Kualiti dan Kelengkapan: 4/5

Ruang: 5/5

Keselesaan Perjalanan: 5/5

Kecekapan Minyak: 5/5

Harga dan Kos: 5/5

Rumusan

Review Pemilik: Honda City 1.5L V 2020 saya – kegemaran keluarga untuk jalan jauh 13

Honda City mempunyai pakej yang lengkap bagi sebuah kereta segmen B. Walaupun Honda City tiada teknologi secanggih kereta lain, ia masih cukup sempurna bagi mereka yang mencari keselesaan dan ruang yang luas. Saya juga berasa seronok memandu Honda City dengan penghantaran kuasa yang mencukupi dan pada masa sama, ia masih cekap minyak.

Secara keseluruhannya, jika anda sedang mencari sebuah kereta yang cukup lengkap dan seronok dipandu, saya pasti Honda Citylah jawapannya. Bagi saya, saya tak pernah menyesal membeli kereta ini dan saya pasti inilah keputusan terbaik dalam hidup saya.

Review Pemilik: Honda City 1.5L V 2020 saya – kegemaran keluarga untuk jalan jauh 14

Anda berminat untuk kongsikan pengalaman pemilikan anda dan bercerita tentang kereta kesayangan anda? Kami di WapCar amat berbesar hati untuk menerima nukilan anda dan mengongsikannya di forum popular kami, cuma klik pautan di dalam gambar di atas!

Tambahan pula, anda boleh menerima cenderahati istimewa dari kami. Jom daftar untuk dapatkan maklumat lanjut! Staf kami akan hubungi anda secepat mungkin sejurus selepas pendaftaran anda dihantar. Tunggu apa lagi? Jom!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda