window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Review Pemilik: Nissan Serena S-Hybrid 2013 - MPV keluarga serba boleh, selesa, jimat minyak!

Mersita · Aug 13, 2021 08:00 PM

Review Pemilik: Nissan Serena S-Hybrid 2013 - MPV keluarga serba boleh, selesa, jimat minyak! 01

Nissan Serena S-Hybrid sememangnya popular di kalangan pembeli berkeluarga dan rata-rata review pemilik Nissan Serena ialah mereka cukup berpuas hati dengan pilihan mereka. Seorang pembaca WapCar.my, EZ Wong, yang juga pemilik sebuah Nissan Serena S-Hybrid C26 2013 berkongsi pengalaman dan pandangan peribadinya sepanjang memiliki MPV 7 tempat duduk ini.

Jom baca pengalaman sebenar pemilik serta kelebihan/kekurangan Nissan Serena S-Hybrid 2013 ini.

Nota: EZ Wong memberitahu yang MPV ini ialah milik isterinya, namun naratif ini adalah menurut sudut pandangan peribadinya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tentang Nissan Serena S-Hybrid pemilik

Review Pemilik: Nissan Serena S-Hybrid 2013 - MPV keluarga serba boleh, selesa, jimat minyak! 01

Nissan Serena S-Hybrid ini pada mulanya didaftarkan pada penghujung tahun 2013 dan kami membelinya dengan harga yang cukup berpatutan sebagai unit Nissan Pre-Reg pada Februari 2015.

Model C26 ini dikuasakan oleh enjin MR20DD 2.0 liter yang menjana 147 PS dan 210 Nm (angka daripada enjin semata-mata, tidak termasuk 54 Nm dari motor elektriknya). Unit dwi-CVTC ‘direct injection’ ini dipadankan dengan kotak gear Xtronic CVT Nissan lengkap dengan Adaptive Shift Control.

Huruf ‘S’ dalam nama S-Hybrid bermaksud “smart” (pintar) dan Serena ini sebenarnya satu bentuk ‘micro-hybrid’. Apa yang Nissan lakukan ialah memperkasakan ECO Motor-nya iaitu ‘starter motor’ Serena yang mengawal Idling Stop dan juga berfungsi sebagai alternator ketika perlambatan. Bateri 12V-64V-Ah utamanya menggerakkan motor, manakala bateri sampingan menguasakan komponen-komponen elektrikal seperti radio, wiper, dan lain-lain.

Proses memilih dan perbandingan MPV keluarga terbaik

Review Pemilik: Nissan Serena S-Hybrid 2013 - MPV keluarga serba boleh, selesa, jimat minyak! 02

Mantra wajib ‘Happy wife, happy life’ tetap dipegang teguh. Dengan dua orang anak kecil dan ibu bapa warga emas yang tinggal bersama kami, kami pada masa itu mencari kereta yang boleh memuatkan ramai penumpang dan sesuai untuk perjalanan di bandar serta perjalanan balik kampung. Ketika itu, MPV masih relevan dan kegilaan ramai terhadap SUV baru bermula.

Sebelum kehadiran Nissan Serena, isteri saya memandu Nissan Sylphy milik saya dan saya pula ‘downgrade’ kepada hatchback Kia Spectra 5 miliknya. Kami bertukar kereta kerana Nissan Sylphy lebih bagus dengan kos pemilikan berbaloi untuk jangkamasa panjang. Lebih lega hati saya kerana si isteri sering memandu anak-anak dan ibu bapa kami ke sana ke mari dalam urusan harian.

Review Pemilik: Nissan Serena S-Hybrid 2013 - MPV keluarga serba boleh, selesa, jimat minyak! 03

Oleh itu, kriterianya sudah ditetapkan; bajet kurang RM 150,000, praktikaliti dan boleh memuatkan 7 orang dengan selesa berserta ruang luas untuk bagasi di belakang. Selain itu, kos penjagaan rendah dan saiz luaran juga penting untuk pengemudian lebih baik. Kami mengambill masa 6 bulan lebih dalam usaha untuk mencari kereta keluarga paling tepat dan sesuai bagi keperluan kami.

Ketika itu, MPV keluarga ‘mesra poket’ yang biasa masuk dalam senarai pertimbangan kami: Nissan Grand Livina, Toyota Wish (recon) dan Proton Exora. Tapi, semuanya tidak menepati syarat kami seperti di atas.

Kami juga ada mempertimbangkan SUV 7 tempat duduk ketika itu; Hyundai Santa Fe, Chevrolet Captiva, Nissan X-Trail, dan Ssangyong Stavic. Selain itu, MPV yang lebih ‘upmarket’ sikit pun dipertimbangkan; Nissan Serena C26 S-Hybrid, Mazda 5, Mazda Biante, dan Mazda 8 (terpakai) – tapi semuanya tidak menepati kriteria bajet dan ada juga yang tidak ada saiz luaran yang kami cari-cari.

Review Pemilik: Nissan Serena S-Hybrid 2013 - MPV keluarga serba boleh, selesa, jimat minyak! 04

Mazda Biante

Kami pun berbincang semula dan kami tahu yang kami takkan dapat buat pilihan yang ada segala-galanya tanpa kompromi. Dua pilihan terakhir kami ialah Mazda Biante dan Nissan Serena. Bajet dan saiz luaran menjadi satu isu.

Isu saiz itu mudah saja untuk diselesaikan, menggunakan Nissan Sylphy kami sebagai penanda aras – Mazda Biante dan Nissan Serena kedua-duanya nampak panjang dan lebar sedikit, tapi dengan pakej yang hebat di dalam dan lebih tinggi, kami cukup berkenan. Oleh itu, kami keluar sekali lagi dan memandu-uji Nissan Serena dan Mazda Biante secara berganti-ganti.

Review Pemilik: Nissan Serena S-Hybrid 2013 - MPV keluarga serba boleh, selesa, jimat minyak! 05

Mazda Biante

Kami akhirnya memutuskan untuk memilih Nissan Serena kerana ia mempunyai ruang dan kemudahan lebih baik di barisan terakhir di belakang, ruang simpanan tersembunyi di but, tindakbalas ‘throttle’ di dalam CVT-nya juga lebih baik berbanding kotak gear automatik Mazda Biante, dan keselesaan perjalanannya – kurang ‘melayang’ dan melantun.

Berbekalkan sasaran kami iaitu Nissan Serena, kami menghubungi beberapa pengedar untuk bertanyakan nilai jualan semula terbaik bagi Kia Spectra 5 untuk di’trade-in’ serta diskaun yang ada untuk mencukupkan bajet kami. Pada masa itu, model C26 facelift CKD diperkenalkan pada harga RM 150,000.

Akhirnya, kami menemui satu pengedar Nissan di Ara Damansara (disarankan oleh rakan sekerja) yang menepati semua kriteria kami dan dengan RM 120,000, kami diberi unit C26 CBU sebelum facelift. Kami bandingkan perbezaan antara model facelift dengan unit CBU Pre Reg ini – penjimatan lebih RM 30,000 nampak lebih masuk akal.

Kami timbang-timbang lagi dalam masa seminggu. Akhirnya, kami bayar deposit tanpa melihat unit Pre Reg sebenar itu di depan mata. Pengedar tersebut juga memberikan kami bermacam jenis ‘free gift’ seperti ‘tint’ cermin, pemain infotainment dan ‘roof monitor’ dinaiktaraf, ‘spoiler’, dan juga lapik kerusi kulit.

2 minggu selepas itu pada petang hari bekerja, kami pergi mengambil Nissan Serena baru kami. Cuaca pula hujan sepanjang hari. Saya dan isteri pergi mengambil MPV itu bersama-sama dan menggantikannya dengan Kia Spectra 5 pada malam itu juga. Kami bertemu dengan kereta keluarga baru kami buat pertama kalinya. Unit Pre Reg itu menepati jangkaan dan juga senarai semak kami semasa diambil. Dari sini, bermulalah perjalanan kami sebagai pemilik Serena.

Kelebihan Nissan Serena S-Hybrid C26 2013

Ketika memandu balik buat pertama kali dari Ara Damansara ke rumah, Nissan Serena terasa seperti naiktaraf yang sangat ketara serta-merta daripada Kia. Ia juga terasa seperti satu tahap lebih tinggi berbanding Nissan Sylphy yang masih saya miliki, ditambah lagi dengan ciri-ciri seperti sofa bergerak atau ‘family cruiser’ yang sangat-sangat selesa dan luas.

Review Pemilik: Nissan Serena S-Hybrid 2013 - MPV keluarga serba boleh, selesa, jimat minyak! 06

Rekaan dalaman yang ‘simple’

Sebuah MPV keluarga bukanlah untuk kestabilan di selekoh tajam ataupun kelajuan tinggi, tapi ia lebih menjurus kepada kebolehtahanan dan untuk membawa keluarga ke destinasi dengan selamat.

Kereta ini ialah ‘highway cruiser’ yangn jimat dan selesa (saya sudah cuba perjalanan 900+ km dengan tangka penuh sebelum ini, sebahagian besarnya pemanduan di lebuhraya) dengan kuasa yang mencukupi untuk naik ke Cameron atau Genting Highlands walaupun dengan ‘terkial-kial’ sedikit disebabkan oleh kotak gear CVT-nya dan enjin 2.0 sederhana.

Suspensinya lembut, tapi tidak begitu lembik sampaikan terlalu ‘understeer’ di selekoh, dan enjinnya juga tidak lemah (underpowered) memandangkan ia boleh membawa 7 orang dewasa dengan selesa di lebuhraya ketika cuaca terik dalam perjalanan ke Singapura, disamping kecekapan minyak yang hebat. Walaupun ia tinggi, keluar masuk dari Serena cukup mudah, lengkap dengan pemegang, sesuai untuk warga tua dan kanak-kanak.

Review Pemilik: Nissan Serena S-Hybrid 2013 - MPV keluarga serba boleh, selesa, jimat minyak! 07

Kalau nak keluar berkelah pun tak ada masalah, sumbat saja dengan barang-barang! Ia boleh memuatkan MTB 3x 27.5 dengan tayar hadapannya ditanggal dengan mudah dan ada ruang mencukupi lagi untuk barang-barang lain.

Kebolehan membawa item panjang dari IKEA di but dan kanak-kanak masih boleh duduk di belakang adalah cukup memuaskan.

Review Pemilik: Nissan Serena S-Hybrid 2013 - MPV keluarga serba boleh, selesa, jimat minyak! 08

Ketika arwah Ayah saya masih ada, dia memerlukan kerusi roda dan Serena terbukti hebat untuk perjalanan berulang-alik ke hospital apabila diperlukan. Ayah saya boleh duduk di kerusi dengan selesa dan kerusi rodanya tersimpan kemas di belakang.

Dengan ruang yang cukup besar di belakang (selepas tempat duduk paling belakang dilipat ke tepi), saya juga ada terfikir untuk memasang ‘ramp’ dan kunci kerusi roda supaya dia boleh duduk di atas kerusi roda dengan selamat di dalam kereta.

Kekurangan Nissan Serena S-Hybrid C26 2013

Review Pemilik: Nissan Serena S-Hybrid 2013 - MPV keluarga serba boleh, selesa, jimat minyak! 09

Namun, sama seperti kereta lain, Serena masih ada kekurangannya. Ia dilengkapi dengan 2 beg udara sahaja bagi penumpang di hadapan. Mujur ada kawalan penstabilan, tapi ia tiada pemegang Isofix dan juga tiada tayar ganti. Ia jauh berbeza daripada Serena generasi terkini yang lengkap semuanya.

Aspek kebolehtahanan adalah sangat subjektif. Kami belum lagi merasa pengalaman Serena ini rosak di tengah-tengah lebuhraya dan terkandas di tepi jalan. Tapi, saya rasa ada alatan mekanikal di dalam Nissan Serena yang mudah rosak (wear and tear) dalam masa 5 tahun dan 138,000 km.

Review Pemilik: Nissan Serena S-Hybrid 2013 - MPV keluarga serba boleh, selesa, jimat minyak! 10

Salah satu aduan awal yang saya ingat ialah pintu gelongsornya yang mengeluarkan bunyi pelik dan pada suatu ketika, mekanisma gelongsornya mengalami kegagalan dan perlu diganti – bawah waranti.

Hampir 3 tahun memiliki Serena ini, kami perasan yang ada bunyi aneh datang dari ruang enjin dan kami dapati belt aircond sudah perlu diganti. Ketika mereka memeriksa ‘belt’ ini, mereka perasan Serena kami ada kecacatan sedikit pada ‘compressor mount’-nya. Kedua-duanya kami ganti bawah waranti.

Kemudian, tiba pula kepada isu kotak gear CVT yang cukup popular di kalangan pemilik Serena lain. Kami berkunjung ke pusat servis 2 kali untuk menyelesaikan dua isu berbeza (kotak gear bising dan kehilangan kuasa secara tiba-tiba). Kedua-dua isu ini juga diselesaikan dengan waranti.

Isu terkini yang kami hadapi ialah kegagalan unit AV, dan kami gantikannya dengan unit Android OEM untuk kegunaan anak-anak.

Review Pemilik: Nissan Serena S-Hybrid 2013 - MPV keluarga serba boleh, selesa, jimat minyak! 11

Kos maintenance dan harga bateri hybrid Nissan Serena S-Hybrid

Memandangkan ia unit CBU Hybrid, kami percayakan Pusat Servis Sah Nissan untuk semua sesi servis dan kami tak pernah mengalami sebarang masalah dengan tuntutan waranti. Walaupun kos ‘maintenance’ agak rendah – hampir sama dengan Nissan Sylphy – pemilik perlu menggantikan 2 bateri apabila tiba masanya setiap hampir 2 tahun.

Ia jauh lebih murah berbanding bateri hybrid untuk kereta hybrid lain. Perlu diingatkan, jika sesiapa berminat untuk membeli Nissan Serena terpakai, sila periksa rekod ‘maintenance’-nya dan bahagian yang mana pernah diganti dahulu, tidak dilupakan juga program lanjutan waranti Nissan yang wajib ada untuk kemudahan di masa hadapan.

Review Pemilik: Nissan Serena S-Hybrid 2013 - MPV keluarga serba boleh, selesa, jimat minyak! 12

Review Pemilik: Nissan Serena S-Hybrid 2013 - MPV keluarga serba boleh, selesa, jimat minyak! 13

Penilaian

Skor Penuh: 3.6/5

Prestasi: 2.5/5 (boleh diterima untuk MPV keluarga)

Kelengkapan & Perincian: 3/5

Ruang: 5/5

Keselesaan Perjalanan: 4/5

Kecekapan Minyak: 4/5

Harga & Kos Pemilikan: 3.5/5

Kebolehtahanan: 3/5

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Nissan Serena S-Hybrid Highway Star

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda